December 2, 2025

Nik Nock

Blogger Malaysia

Promosi Cetak Sampul Raya | Flexisprint

Promosi cetak sampul raya

Siapa setuju jika Nik Nock kata “Tak lengkap duit raya jika tiada sampulnya”? Seperti tiada baju baru untuk hari raya. Setiap kali hari raya, bukan sahaja tukang jahit dan peniaga kuih raya tidak menang tangan menyiapkan tempahan. Malah kedai printing juga sibuk menyiapkan tempahan promosi cetak sampul raya.

Walaupun teknologi telah menggantikan kad ucapan hari raya, namun sampul duit raya masih menjadi pilihan orang ramai. Maklum sahaja, tak meriah rasanya apabila duit raya diberikan tanpa sampul. Lagipun suka tengok kanak-kanak tak sabar membuka sampul untuk melihat jumlah duit raya yang diterima mereka.

Banyak manapun nilai duit raya yang diberi bukanlan menjadi ukurannya. Yang penting keikhlasan memberi itu pastinya akan menggembirakan orang yang menerima.

Tanpa kita sedar sebenarnya sampul raya boleh menghalang kita daripada sifat nak menunjuk-nunjuk dan berbanding-banding antara kita. Setiap orang pun ada bajet dan kekangan tersendiri kan. Lagipun duit raya tidaklah wajib diberi, namun budaya memberi ni kan amat dituntut oleh agama.

Asalkan kita berpada-pada sudah dapat membahagiakan keluarga, sanak-saudara dan kawan-kawan sudah pun mencukupi.

Antara Kelebihan Amalan Pemberian Duit Raya adalah seperti;

  • Sedekah kepada yang memerlukan
  • Tanda syukur kita kepada Allah SWT
  • Memberikan kegembiraan terutama kanak-kanak
  • Mendahulukan kepada yang lebih memerlukan

Di dalam sampul ataupun tidak, pemberian duit raya dituntut dalam Islam. Ianya dianggap sedekah dan boleh mengeratkan silaturahim. Selain itu, pemberian duit raya adalah amalan yang dapat membuka pintu rezeki kita. InshaAllah.

Kelebihan Penggunaan Sampul Duit Raya

Promosi Cetak Sampul Raya Flexisprint
Penggunaan Sampul Duit Raya Dapat Memberikan Elemen Keterujuaan dan Kegembiraan Kepada Kanak-kanak

Sebenarnya boleh saja berikan duit raya tanpa sampul, cuma ianya semacam tidak melengkapi suasana dan kemeriahan hari raya. Mengikut pendapat dan pengalaman Nik Nock sendiri, sampul duit raya mempunyai nilai sentimen yang tersendiri.

Jadi Nik Nock kongsikan antara sebab kenapa kita masih perlukan promosi cetak sampul duit raya.

(1) Suasana Hari Raya

Sudah tentunya apabila kita memberi duit raya di dalam sampul raya akan memberikan kemeriahan dan suasana hari raya. Kalau pada hari-hari biasa bukan perayaan, kita pun ada memberi duit juga kan. Tapi biasanya tanpa sampul.

Jadi kalau di hari raya pun duitnya tidak bersampul, seakan tiada perbezaannya daripada pemberian pada hari yang biasa.

(2) Ada Unsur Kejutan atau ‘Surprise’

Ini adalah satu sebab yang Nik Nock sendiri paling suka memberi duit raya di dalam sampul raya. Kiranya ada unsur kejutan la kan. Biarlah penerima tu teruja dan tak sabar nak membuka sampul dan tengok berapa jumlahnya terutamanya pada kanak-kanak.

(3) Senang Rancang dan Susun

Jika kita menggunakan sampul duit raya, sebenarnya ia memudahkan kita untuk merancang dan menyusun duit raya tersebut. Biasanya kan kita memberi jumlah duit raya mengikut urutan dan keutamaan.

Di bawah ini Nik Nock berikan sususan jumlah duit raya mengikut kebiasaanya. Namun ianya berbeza mengikut keutamaan masing-masing.

  1. Ibubapa
  2. Isteri
  3. Anak-anak / Anak Saudara
  4. Sanak Saudara
  5. Jiran terdekat
  6. Tetamu

Kita boleh membezakan jumlah duit raya dengan sampul duit raya yang berbeza ataupun kita asingkannya mengikut jumlah.

Jadi senang untuk kita memberikan duit raya nanti.

(4) Memberikan Kegembiraan

Memberi duit raya beserta sampul ini seakan kita memberikan hadiah. Semestinya si penerima akan berasa gembira meraikan hari raya setiap kali menerima sampul raya berisi duit raya kan.

(5) Tanda Penghargaan

Secara tidak langsung, pemberian sampul raya juga menunjukkan tanda penghargaan kita kepada orang yang tersayang terutamamya keluarga yang terdekat.

Bukan sahaja kita menghargai ibu bapa, isteri dan keluarga kerana sokongan dan tanda kasih sayang yang diberi, malah ianya dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kita.

Banyak kelebihannya jika kita menggunakan promosi cetak sampul duit raya. Sebagai seorang usahawan, Nik Nock sendiri menyedari bahawa sampul duit raya sebenarnya juga penting untuk perniagaan kita.

Jadi Kenapa Kita Perlukan Promosi Cetak Sampul Raya Untuk Perniagaan?

Jika selama ini kita membeli sampul duit raya di kedai dan pasaraya, apa kata selepas ini kita menggunakan promosi cetak sampul raya Flexisprint untuk perniagaan kita.

Maksudnya kita boleh mencetak logo atau tanda perniagaan kita di sampul raya untuk tujuan promosi perniagaan.

Pada pendapat Nik Nock, alang-alang kita sendiri pun menggunakan sampul raya setiap tahun, jadi dengan mengeluarkan sampul raya sendiri akan membantu perkembangkan jenama perniagaan.

Antara kelebihannya adalah seperti berikut;

(1) Penjenamaan dan Branding Perniagaan

Apabila kita mencetak logo dan nama perniagaan kita di sampul duit raya, secara tidak langsung kita sebenarnya mempromosikan perniagaan kita kepada umum. Lebih ramai yang mengedarkan sampul raya semasa hari raya, lebih luas peluang untuk kita untuk dikenali dan diingati.

(2) Sebagai Hadiah dan Tanda Penghargaan

Pemberian sampul duit raya kepada mereka yang terlibat dengan perniagaan kita juga boleh dianggap sebagai penghargaan kepada mereka. Antaranya adalah seperti;

  • Pasukan/Team/Pekerja Syarikat
  • Partner/Stokis/Ejen/Dropship
  • Pelanggan
  • Pembekal
  • Ahli Keluarga
  • Rakan-rakan

Kebiasaannya pemberian sampul raya ini adalah secara percuma sahaja. Ini adalah kerana mereka secara tidak langsung akan mengedarkan sampul raya kita kepada ramai orang semasa hari raya.

Ada juga usahawan yang memberikan sampul duit raya untuk setiap pembelian kepada pelanggan mereka. Jadi terpulanglah kepada kreativiti masing-masing ya.

Untuk pemberian sampul raya kepada pasukan atau pekerja syarikat, kita boleh lah sekalikan dengan duit raya untuk mereka. Sedikit sebanyak dapat juga membantu mereka berbelanja untuk menyambut hari raya.

(3) Membantu Meningkatkan Jualan & Pelanggan Baru

Apabila sudah ramai yang mengenali jenama perniagaan kita melalui hebahan sampul duit raya, ianya akan membantu meningkatkan jualan produk atau perkhidmatan yang kita jalankan.

Pelanggan yang diberikan sampul duit raya juga secara tidak langsung akan turut memperkenalkan produk dan perkhidmatan kita kepada kenalan mereka. Ini akan membuka peluang untuk kita mendapat pelanggan yang baru.

(4) Meningkatkan Kredibiliti

Jenama yang dicetak disampul raya juga menunjukkan kredibiliti dan keberadaan sesuatu perniagaan. Oleh itu pelanggan akan semakin percaya dengan perniagaan yang kita jalankan.

Apatah lagi sampul tersebut diterima daripada kenalan perniagaan yang sudah mengenali kita.

Jadi jom kita dapatkan promosi cetak sampul untuk hari raya akan datang di Flexisprint!!

Untuk promosi cetak sampul raya ini kita boleh dapatkannya daripada kedai printing Flexisprint. Bukan sahaja sampul raya, mereka juga menyediakan pelbagai servis printing.

Servis printing Flexisprint;

  • Sampul Duit Raya
  • Sticker Label
  • Box & Packaging
  • Custom Bag
  • Business Card
  • Flyers & brochures
  • Rubber Stamp
  • Corporate Gift
  • Calender
  • Wedding Products

Kelebihan Promosi Cetak Sampul Raya Flexisprint

(1) Kedai Printing Bumiputera yang Berpengalaman

Flexisprint ditubuhkan pada tahun 2004 oleh Tuan Jamil Ismail atau lebih dikenali sebagai BJ. Ini bermakna sudah hampir 20 tahun pengalaman mereka di dalam bidang percetakan.

Flexisprint mempunyai kakitangan yang pakar dalam bidang ini dan bersedia untuk memberikan servis yang terbaik kepada pelanggan.

Jadi jangan risau untuk mendapatkan servis daripada mereka. Nik Nock sendiri mengenali pihak Flexisprint sudah lama. Mereka sememangnya pakar dan sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan.

(2) Pelbagai Pilihan Template Sedia Ada

Flexisprint menyediakan pelbagai pilihan template rekabentuk atau ‘design’ yang sedia dipilih oleh pelanggan. Pilih sahaja template yang dimahukan dan serahkan sahaja kepada team Flexisprint untuk menyiapkan promosi cetak sampul raya yang ditempah.

Pelbagai template design untuk Promosi Cetak Sampul Raya Flexisprint
Pelbagai Pilihan Template Design Untuk Sampul Duit Raya

(3) Custom Design Mengikut Pilihan Pelanggan

Selain template yang disediakan, kita juga boleh menempah promosi cetak sampul raya dengan menggunakan design sendiri. Flexisprint juga menyediakan servis design jika diperlukan.

(4) Cepat dan Berkualiti

Oleh kerana kepakaran Flexisprint yang bertahun dalam bidang percetakan, servis yang diberikan bukan sahaja cepat dan pantas malah promosi cetak sampul raya yang dihasilkan amat berkualiti.

(5) Boleh Tempah Secara Online

Apa yang menariknya lagi, Flexisprint juga sedia menerima tempahan promosi cetak sampul raya secara online melalui website. Oleh itu, pelanggan tidak perlu ke luar untuk membuat tempahan. Segala urusan boleh dilakukan secara online sahaja.

Bagi yang berada di Shah Alam atau kawasan sekitarnya boleh juga walk-in ke kedai Flexisprint di Seksyen 2 dan Seksyen 13 Shah Alam.

Lokasi Promosi Cetak Sampul Raya – Flexisprint

Kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan promosi cetak sampul raya boleh menghubungi Flexisprint di talian whatsapp yang berikut untuk membuat tempahan atau mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

Nik Nock kongsikan juga link media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak mereka.

ALAMAT FLEXIS SEKSYEN 2
14, Jalan Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2, 40000 Shah Alam, Selangor
ALAMAT FLEXIS SEKSYEN 13
12, Jalan Balapan 13/32, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor
NO TELEFON
Tel : +60378029099
EMAIL
flexisprint@gmail.com

Semoga dengan perkongsian ini, Nik Nock berharap agar dapat membantu rakan-rakan yang ingin mendapatkan perkhidmatan percetakan daripada Flexisprint.

Terima kasih Flexisprint kerana menyediakan perkhidmatan percetakan dengan kualiti yang terbaik untuk orang ramai termasuk usahawan yang memerlukan bahan cetakan untuk pemasaran perniagaan. Semoga Flexisprint terus berjaya menjadi pusat percetakan pilihan nombor satu di Malaysia. Aameen.

Nik Nock
https://niknock.my/servis/