Aduh…tiba-tiba sahaja terasa sakit kepala, pening dan terasa mual. Terutamanya bila kita sedang bertugas di luar atau sedang dalam perjalanan ke tempat yang jauh. Kita akan bernasib baik sekiranya membawa balm sakit kepala Pearlherbs di dalam beg. Ianya boleh membantu melegakan rasa sakit tersebut.
Siapa yang tak pernah rasa sakit kepala kan. Hampir setiap daripada kita mesti pernah mengalami sakit kepala. Walau pun ada kalanya ianya tidak serius, namun jika dibiarkan berterusan sakit itu akan menggangu kerja atau aktiviti seharian kita.
Nik Nock sendiri pun banyak pengalaman sakit kepala. Kadang-kadang kita tidak tahu punca dari mana, tiba-tiba sahaja sakit kepala datang. Mungkin ianya kesan daripada cuaca yang panas atau pun keadaan tekanan dari dalam diri sendiri.
Jika kita sudah sediakan balm sakit kepala Pearlherbs ini di dalam beg, mudah bagi kita untuk menggunakannya bila mana diperlukan. Balm ini dalam meredakan sakit kepada yang dialami.
Jadi penggunaan balm sakit kepala Pearlherbs sangatlah dapat membantu untuk melegakan sakit kepala. Ia sangat mudah untuk digunakan dan sedia di bawa kemana-mana sahaja kerana saiznya yang kecil.

Keistimewaan Balm Sakit Kepala Pearlherbs
Kecil bukan sebarang kecil, tetapi balm kecil ini mengandungi campuran minyak kayu putih asli yang banyak digunakan untuk produk kesihatan.
Antara lain kelebihan minyak kayu putih di dalam balm sakit kepada Pearlherbs ini adalah seperti berikut;
1) Membantu Meredakan Masalah Pernafasan
Masalah pernafasan adalah seperti selsema, hidung tersumbat, asma dan lain-lain. Cara penggunaannya adalah sapu sedikit balm pada bahagian dada atau boleh juga hidu bau balm sakit kepala Pearlherbs. Kandungan antibakteria di dalam balm dapat membantu melawan bakteria yg mengganggu saluran pernafasan kita.
2) Membantu Meredakan Sakit Kepala
Jika kita merasa sakit kepala, sapukan sedikit balm pada bahagian belakang leher dan di atas kening. Ini dapat membantu mengurangkan rasa sakit kepala yang dialami.
3) Membantu Menyembuhkan Luka Kecil
Balm ini juga boleh di sapu pada bahagian luka-luka kecil seperti bekas gigitan nyamuk, terhiris objek yang tajam, luka melecur yang kecil dan sebagainya. Luka-luka ini akan berkurangan dan akhirnya kemungkinan akan sembuh tanpa meninggalkan parut.

4) Aromaterapi
Baunya yang lembut dan menenangkan dapat mengurangkan rasa tekanan yang kita hadapi. Oleh sebab itulah, minyak kayu putih juga boleh dijadikan sebagai essential oil.
5) Membantu Mengurangkan Demam
Apabila kita demam demam dengan suhu badan tinggi sehingga 40 darjah celcius, kita boleh sapukan sedikit balm sakit kepala Pearlsherbs pada bahagian dahi. Ini dapat membantu menurunkan suhu badan tersebut.
Bukan sahaja sakit kepala, balm ini juga boleh digunakan untuk melegakan batuk dan selsema, pening, lenguh-lenguh badan, terkena gigitan nyamuk, luka-luka kecil sewaktu kecemasan dan juga dibawa semasa perjalanan jauh (travelling).
Balm sakit kepada Pearlherbs juga sangat sesuai untuk dibawa semasa mengerjakan haji dan umrah kerana ia dapat membantu mengurangkan sakit sendi dan lenguh-lenguh semasa mengerjakan ibadah.
Balm sakit kepala Pearlherbs memang sangat sesuai untuk di bawa ke mana-mana sahaja. Seperti sediakan payung sebelum hujan. Kita sudah sedia dengan balm ini sekiranya kita memerlukannya.
Antara lain keistimewaan balm yang kecil ini adalah seperti berikut;
- Kecil senang di bawa
- Tidak melekit
- Mudah meresap
- Tidak panas pada kulit
- Tiada steroid atau bahan merbahaya
- Selamat untuk semua termasuk kanak-kanak
Balm Keluaran Pearlherbs
Produk kecil-kecil cili api ini adalah hasil keluaran syarikat Pearlherbs Cosmetics. Menurut pengasasnya iaitu Puan Wan Faziati Bt Wan Sa’ari, beliau menyambung legasi perubatan tradisional atuknya. Beliau ingin menyebarkan kepentingan herba-herba dan petua zaman dahulu supaya tidak lupus ditelan zaman.
Beliau juga ingin mengekalkan warisan dalam perubatan tradisional dan meneruskan cara orang lama bagaimana menghargai khazanah alam dalam perubatan tradisional ini. Semoga ianya dapat diwarisi kepada generasi sekarang dan yang akan datang.
Mengekalkan tradisi warisan dalam perubatan tradisional dan ingin meneruskan cara orang-orang dulu menghargai kejadian alam. Percaya bahawa herba-herba adalah terbaik untuk tubuh badan kita.
“We share, We care”
Wan Faziati Bt Wan Sa’ari

Balm keluaran Pearlherbs Cosmestic ini adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan dan selamat digunakan oleh semua peringkat umur termasuk kanak-kanak.
Puan Wan Faziati berharap agar produk ini dalam dimiliki oleh setiap keluarga kerana ia dapat melengkapi keperluan harian mereka sekiranya ada ahli keluarga yang memerlukannya. Ibu bapa tidak lagi perlu risau jika anak-anak menghidapi demam, selsema, melecur dan sebagainya.
Balm sakit kepala Pearlherbs ini dapat digunakan untuk melegakan kesakitan sebelum mendapatkan rawatan doktor jika diperlukan.
Begitu juga dengan anak-anak yang menjaga ibu bapa yang sudah berusia dan uzur. Balm ini dapat membantu meredakan sakit sendi, lenguh-lenguh dan sengal pada badan.
Bukan sahaja di rumah, malah boleh sediakan satu balm untuk diletakkan di dalam beg setiap ahli keluarga yang keluar bekerja, ke sekolah atau sebarang aktiviti harian yang lain.
Mereka sudah membantu ramai pelanggan yang terdiri daripada semua golongan usia. Telah banyak testimoni dan maklum balas yang positif yang diterima oleh pihak Pearlherbs Cosmetics.
Kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan balm sakit kepala Pearlherbs ini bolehlah menghubungi mereka di talian whatsapp yang berikut untuk membuat pembelian atau mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
KLIK DI SINI UNTUK WHATSAPP PEARLHERBS
Nik Nock kongsikan juga link media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak mereka.
| WEBSITE PEARLHERBS |
| NO TELEFON 013-6287820 WAN FAZIATI BT WAN SA’ARI NIK YUSMIRA AZIANTI ISMAIL |
| WHATSAPP PEARLHERBS |
| ALAMAT PEJABAT URUSAN PEARLHERBS COSMETICS NO.5A, LOT 4011, LORONG HJ SAID SEKSYEN 30, 40460 SHAH ALAM SELANGOR KLIK UNTUK KE LOKASI PEARLHERBS |
Terima kasih Puan Wan Faziati dan keluarga Pearlherbs Cosmetics kerana memperjuangkan perubatan tradisional dengan mengeluarkan produk herba untuk diwarisi oleh generasi akan datang. Semoga segala perjuangan yang murni ini akan dipermudakan dan diberikan kejayaan dalam perniagaan turun temurun ini. Aameen.
Nik Nock
More Stories
Makanan Bebas Gluten Malaysia | Eatslim Lifestyle
Serunding Daging Tahan Lama | HajiWan Serunding
Senarai Kelengkapan Umrah | Lelaki dan Perempuan