November 26, 2025

Nik Nock

Blogger Malaysia

CCTV Servis Ipoh | Chip Computer Ipoh

CCTV Servis Ipoh

Peribahasa Melayu “Sediakan payung sebelum hujan” sebenarnya adalah tanda ingatan orang dulu-dulu kepada kita supaya “Berwaspada sebelum ditimpa kesusahan”. Pada zaman kini, pelbagai teknologi yang dapat membantu kita untuk berwaspada termasuklah mendapatkan CCTV Servis Ipoh daripada kedai Chip Computer yang berlokasi di Ipoh.

Buat kawan-kawan Nik Nock yang berada di sekitar Ipoh, Perak dan mahu mendapatkan CCTV Servis Ipoh bolehlah terus membaca perkongsian ini untuk lebih memahami keperluan pemasangan CCTV di rumah kediaman, pejabat, kawasan perumahan dan sebagainya.

Apa sebenarnya maksud CCTV?

CCTV adalah singkatan kepada ‘Closed Circut Television Camera’ atau dalam Bahasa Melayu adalah Telivisyen Litar Tertutup. Orang kita biasanya panggil CCTV sahaja dan kebanyakannya dah maklum apa maksudnya.

Pada Nik Nock, CCTV bukanlan perkara yang baru pada masa kini kan. Kat mana-mana pun kita dapat lihat banyak CCTV di pasang untuk pemantauan keselamatan.

Orang ramai pun dah semakin sedar tentang kepentingan CCTV untuk di pasang di rumah. Tambahan pula, kes jenayah kian meningkat setiap tahun. Kes mencuri, culik, dera, ragut dan banyak lagi jenayah yang membuatkan masyarakat semakin berwaspada.

Keputusan untuk memasang CCTV di premis dan kediaman sekurang-kurangnya membantu mengurangkan kebarangkalian untuk penjenayah semakin berleluasa.

CCTV sebagai pengawasan keselamatan orang ramai
CCTV Membantu Pengawasan Keselamatan Orang Ramai

Kenapa Perlu Kita Memasang CCTV?

Mengikut pemahaman Nik Nock, CCTV ini banyak kebaikannya yang dapat membantu kita untuk pemantauan keselamatan di premis dan kawasan sekitar.

CCTV dapat merakam dan merekod setiap detik peristiwa yang berlaku pada kawasan atau di lokasi pemasangannya. Pada zaman kini, beribu malah berjuta rekod rakaman dapat disimpan dalam sesuatu masa.

Oleh itu, dengan adanya rakaman CCTV dapat membantu orang ramai dalam banyak perkara seperti keselamatan rumah, anak-anak dan kawasan kejiranan.

CCTV juga kini sering digunakan untuk pengawasan di pasar raya, bank, pejabat, lapangan terbang dan sebagainya.

Secara ringkasnya Nik Nock senaraikan 5 sebab dan kelebihan untuk kita mendapatkan CCTV Servis Ipoh;

(1) Memantau keselamatan sekitar premis, rumah dan kejiranan

Pemilik premis dapat memantau keadaan rumah dan kawasan yang di pasang CCTV pada setiap masa melalui telefon atau komputer. Apabila melihat seseorang yang mencurigakan, sesuatu kemalangan seperti kebakaran, kita boleh mengambil tindakan yang lebih cepat.

(2) Mencegah jenayah

Biasanya apabila penjenayah menyedari sesuatu kawasan atau premis mempunyai CCTV, kemungkinan penjenayah akan membatalkan niat mereka untuk meneruskan perancangan mereka.

(3) Membantu siasatan terhadap kes jenayah

Rakaman CCTV dapat membantu siasatan pihak berkuasa menyelesaikan kes seperti rompakan, mencuri, penderaan, kecederaan dan sebagainya.

Bagitu juga dengan CCTV berbentuk ‘dashcam’ di kereta dapat merakamkan kejadian kemalangan dan no kereta yang terlibat.

(4) Mengurangkan Kos Insuran

Tidak ramai yang menyedari bahawa tahap keselamatan premis sebanarnya adalah penting untuk penilaian insuran. Jika premis berada di dalam keadaan selamat, tiada tuntutan insuran, maka kos polisi insuran akan lebih jimat. Oleh itu, pemasangan CCTV amat memainkan peranan.

(5) Kos Penyelenggaraan Yang Rendah

Selepas pemasangan CCTV dilakukan, ianya akan bekerja memantau premis dan rumah selama bertahun-tahun lamanya. Kita hanya perlu membuat pembersihan sekali sekala sahaja.

CCTV Servis Ipoh Pakar Pemasangan CCTV

Chip Computer Ipoh menawarkan servis pemasangan CCTV di sekitar kawasan Ipoh, Perak. Mereka mempunyai berpengalaman bertahun-tahun dan tramai pelanggan yang telah berpuas hati dengan servis yang diberikan.

Nik Nock amat syorkan CCTV Servis Ipoh ini kerana kelebihan yang diberikan oleh mereka seperti berikut;

(1) Khidmat Nasihat & Site Visit ke Tempat Pelanggan

CCTV Servis Ipoh bersedia untuk membuat lawatan atau ‘site visit’ ke tempat pelanggan dan memberikan khidmat nasihat mengenai pemasangan CCTV. Mereka juga akan mencadangkan jenis CCTV dan lokasi penempatan CCTV yang sesuai dengan premis pelanggan.

Jadi, kita tak perlu risau jika kita tiada sebarang pengalaman dalam pemasangan CCTV. Tanya apa juga soalan sehingga puas hati.

(2) Harga Yang Sangat Berpatutan

Kita tidak perlu risaukan harga, CCTV Servis Ipoh pastinya memberikan harga yang terbaik dengan menawarkan CCTV jenis HD yang berkualiti.

CCTV Servis Ipoh
Team Chip Computer Memasang CCTV di Rumah Pelanggan

(3) Mobile dan Internet Viewer

Setiap pemasangan CCTV, pihak CCTV Servis Ipoh akan memberikan tunjuk ajar dan cara untuk melihat CCTV secara online dengan menggunakan handphone dan komputer. Ianya sangat mudah dan tiada apa yang perlu dirisaukan.

(4) CCTV Servis Ipoh Yang Cekap dan Professional

Chip Computer mempunyai pasukan yang berpengalaman dan cekap untuk pemasangan CCTV. Pelanggan mereka tentunya akan berpuas hati dengan servis yang diberikan.

(5) Waranti CCTV

Setiap CCTV yang dipasang akan disertakan waranti selama 1 tahun. Jadi, tidak perlu risau jika ada sebarang masalah, team CCTV Servis Ipoh akan datang ke premis pelanggan untuk proses pembaikian

(6) Sales After Servis

Team CCTV Servis Ipoh juga menawarkan khidmat sokongan selepas jualan dan pemasangan CCTV. Para pelanggan boleh menghubungi mereka pada bila-bila masa yang diperlukan.

Kedai Chip Computer – CCTV Servis Ipoh

Selain CCTV, Chip Computer juga pakar dalam servis baiki komputer, laptop dan pemasangan unifi.

Antara Servis Yang Disediakan Oleh Chip Computer

Kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan CCTV Servis Ipoh ini boleh menghubungi Chip Computer di talian whatsapp yang berikut untuk membuat pembelian atau mendapatkan maklumat produk yang lebih terperinci.

KLIK DI SINI UNTUK WHATSAPP CHIP COMPUTER

Nik Nock kongsikan juga link media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak mereka.

ALAMAT
No 50A, Jalan Lengkok Wirajaya Timur 1, Taman Timah, 31350 Ipoh Perak
NO TELEFON
018-401 1664 (Nisa)
019-309 3610 (Husni)
EMAIL
admin@chipcomputer.com.my

Semoga dengan perkongsian ini, Nik Nock berharap agar dapat membantu rakan-rakan yang ingin mendapatkan perkhidmatan pemasangan CCTV dan pembaikian komputer di kedai Chip Computer Ipoh.

Terima kasih Chip Computer kerana menyediakan perkhidmatan pemasangan CCTV yang telah membantu ramai orang mengambil langkah berwaspada di atas keselamatan premis dan rumah sebagai langkah perlindungan. Semoga Chip Computer terus berkembang maju dan membantu pelanggan menyelesaikan masalah kerosakan komputer. Aameen.

Nik Nock

Artikel lain yang boleh di baca berhubung dengan senarai kelengkapan umrah boleh KLIK pada link yang berikut;