Jika kita tiba-tiba demam atau sakit, antara tempat yang kita akan singgah adalah farmasi yang berdekatan. Ini adalah kerana selain klinik dan hospital, farmasi adalah institusi yang boleh kita percayai untuk mendapatkan ubat. Antara farmasi yang selalu menjadi pilihan orang ramai adalah farmasi komuniti setempat seperti Farmasi Komuniti Desa Latania.
Nik Nock sendiri pun selalunya akan ke farmasi untuk mendapatkan ubat daripada ahli farmasi. Mereka biasa akan bertanyakan beberapa soalan sebelum mencadangkan ubat yang sesuai.
Sudah berapa hari demam? Batuk berkahak atau tidak? Sakit kepala bahagian mana?
Lebih kurang kita berjumpa dengan doktor lah cuma ianya di farmasi bukan di klinik.
Sudah memadai jika kita mengalami sakit atau demam yang ringan dan ubat yang kita peroleh daripada ahli farmasi biasanya dapat meredakan sakit yang dialami.
Walau bagaimanapun, sekiranya sakit kita masih berterusan, kita mestilah berjumpa dengan doktor di hospital dan klinik kerana mereka memiliki peralatan dan bantuan lebih lengkap untuk memeriksa keadaan atau masalah yang kita hadapi.
Kebiasaanya kita akan memilih farmasi yang berhampiran dengan tempat tinggal kita. Ini adalah kerana ianya lebih dekat dan senang untuk ke lokasi yang berdekatan. Lebih-lebih lagi sewaktu kecemasan atau bekalan ubat yang ada sudah habis dan kita perlukan ubat dengan cepat.

Farmasi yang berdekatan inilah yang dipanggil dengan nama farmasi komuniti.
Apakah yang dimaksudkan dengan Farmasi Komuniti?
Farmasi Komuniti adalah Farmasi yang menyediakan perkhidmatan kaunseling dan membekal ubat-ubatan di premis oleh ahli Farmasi yang berlesen, mengikut keperluan kesihatan orang awam dalam sesuatu kawasan.
Jadi kita tidak perlu risau untuk mendapatkan khidmat daripada ahli farmasi komuniti yang berdekatan sekiranya kita memerlukan perkhidmatan perubatan.
Ahli farmasi yang bertugas adalah ahli farmasi yang bertauliah dan mempunyai lesen yang dibenarkan.
Peranan Ahli Farmasi Komuniti Desa Latania
Pada zaman kini, ubat sudah menjadi sebahagian daripada rutin kesihatan kita seharian. Kalau orang dulu-dulu, mereka banyak bergantung kepada ubatan herba, jamu dan akar kayu untuk memulihkan penyakit dan menjaga kesihatan.
Namun dengan teknologi, kebanyakan ubatan sekarang telah dimodenkan dalam bentuk pil dan tablet.
Oleh itu, ada kalanya keperluan ubat-ubatan ini boleh juga membebankan kita terutamanya dari segi kos, kekerapan pengambilan ubat, kesan sampingan dan sebagainya.
Antara peranan ahli farmasi komuniti Desa Latania yang boleh membantu masyarakat setempat mendapatkan ubat yang sesuai adalah seperti yang berikut;
1) Memastikan Ubat Yang Betul Untuk Pesakit
Tugas yang penting bagi seorang ahli farmasi adalah menyesuaikan ubat yang betul untuk pesakit terutamanya bagi yang pernah dimasukkan ke hospital atau telah mendapat ubat di klinik sebelumnya.
Ini juga boleh menjadi cabaran buat ahli farmasi jika terdapat pesakit yang berjumpa dengan beberapa doktor berlainan dan membuat pengisian semula preskripsi ubat mereka di farmasi yang berbeza.
Oleh itu, adalah penting bagi kita untuk menyimpan senarai ubat dan membawanya bersama setiap kali berjumpa doktor. Ahli farmasi juga dapat memastikan ubat-ubatan yang diberikan adalah tepat dan sesuai untuk pesakit.
2) Membantu Mengurangkan Kos
Ubat-ubatan yang dipreskripsi oleh doktor boleh menjadi mahal dan tidak mampu dibeli oleh sesetengah orang terutamanya melibatkan ubat yang berjenama.
Jadi ahli farmasi adalah pilihan alternatif untuk kita mendapatkan ubat dengan kos yang rendah. Ini adalah kerana mereka boleh mencadangkan ubat yang mempunyai fungsi yang sama dengan kos yang lebih rendah atau kurang mahal berbanding dengan ubat berjenama.
3) Membantu Pengurusan dan Pengambilan Ubat
Ada orang yang perlu mengambil beberapa jenis ubat dalam suatu masa untuk beberapa bulan pengambilan. Ini berkemungkinan akan menyebabkan kita lupa atau tertinggal mana-mana ubat yang akan menyebabkan kita kehilangan dos ubat tersebut.
Apabila kita pergi ke farmasi komuniti yang sama untuk setiap ubat yang diambil, ahli farmasi akan dapat membantu mencadangkan cara yang lebih mudah untuk menguruskan preskripsi kita.
Bergantung kepada jenis ubat dan kekerapan pengambilannya, ahli farmasi boleh mendapatkan bekalan ubatan tersebut untuk tempoh yang diperlukan.
Mereka juga dapat memberikan nasihat bagaimana untuk mengatur dan mengingati jadual pengambilan ubat supaya tidak tertinggal.
Nik Nock percaya, ahli farmasi sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu kesihatan penduduk setempat. Kita sentiasa boleh mengajukan sebarang soalan menganai ubat-ubatan kerana mereka juga adalah sumber yang boleh kita percayai.
Bagi yang tinggal di Desa Latania, Shah Alam atau kawasan sekitarnya, bolehlah mengunjungi Farmasi Ideal Desa Latania iaitu sebuah farmasi komuniti yang berdaftar sekiranya memerlukan sebarang bantuan atau perundingan perubatan.

Farmasi Komuniti Desa Latania
Farmasi Ideal yang berlokasi di Desa Latania, Shah Alam bersedia untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk di sekitarnya.
Mereka bukan sahaja memberikan perhidmatan perundingan mengenai ubat yang diperlukan oleh para pelanggan malah di Farmasi Ideal Desa Latania pelanggan juga akan diberikan perhidmatan percuma yang lain termasuk penjagaan luka dan fisioterapi.
Antara perkhidmatan Farmasi Ideal;
- Menyediakan bekalan ubatan
- Peralatan perubatan
- Perkhidmatan perundingan professional
- Fisioterapi
- Penjagaan luka
Ahli farmasi komuniti memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat berkaitan ubat-ubatan bagi memastikan pesakit mendapat maklumat yang tepat untuk ubat yang diambil.
Perkhidmatan utama yang disampaikan oleh ahli farmasi komuniti adalah sesi kaunseling ubat-ubatan.
Sesi kaunseling ini adalah platform sangat berkesan bagi mempertingkatkan pemahaman masyarakat terhadap ubat-ubatan yang diambil di samping mengukuhkan keyakinan pesakit untuk mematuhi pengambilan ubat.
Oleh itu, kita sebagai pengguna atau pesakit perlu juga memberikan maklumat yang tepat mengenai keadaan kesihatan kita supaya ahli farmasi dapat memberikan nasihat dan ubat yang sesuai untuk kita.
Farmasi Komuniti Desa Latania juga membantu para bakal jemaah haji dan umrah untuk mendapatkan bekalan perubatan yang sesuai semasa menunaikan ibadah.
Jadi kita tak perlu risau sekiranya kita kurang pasti untuk membawa ubat-ubatan yang sesuai untuk ke Mekah.
Farmasi komuniti Desa Latania akan memberikan perkhidmatan rundingan dan memberikan cadangan ubat-ubatan yang sesuai untuk di bawa ke sana.
Cawangan Farmasi Ideal Klang dan Terengganu
Selain di Desa Latania, Farmasi Ideal juga berada di dua cawangan yang lain iaitu di Kota Pendamar Klang dan Kemaman Terengganu.
Jadi sesiapa yang berada di kawasan yang berdekatan boleh la berkunjung ke Farmasi Ideal ya.



Menurut pengasas Farmasi Ideal, Tuan Muhamad Faris Badarudin, mereka adalah sebuah farmasi yang aktif dan progresif dalam mengendalikan farmasi komuniti ini. Farmasi Ideal fokus untuk memberikan perkhidmatan kepada masyarakat setempat yang berbilang bangsa.
Selain daripada bekalan dan peralatan perubatan, Farmasi Ideal juga menyediakan perundingan professional mengenai ubat-ubatan dan keperluan kesihatan untuk masyarakat setempat.
Tuan Faris juga menyediakan perhidmatan fisioterapi dan penjagaan luka secara percuma di semua cawangan Farmasi Ideal mereka.
OUR JOB NEED TO BE DONE, NOT TO BE HEARD
Tuan Muhammad Faris Badarudin

Mereka mempunyai ahli farmasi dan kakitangan yang berpengalaman di setiap cawangan dan sedia untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Sekiranya ada kawan-kawan yang memerlukan perkhidmatan dan bantuan dalam permasalahan kesihatan, bolehlah mengunjungi farmasi komuniti Desa Latania untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka.
KLIK DI SINI UNTUK WHATSAPP FARMASI IDEAL
Nik Nock kongsikan juga link media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Farmasi Ideal.
| WEBSITE FARMASI IDEAL |
| NO TELEFON 011-23840381 |
| NO WHATSAPP WHATSAPP FARMASI IDEAL 1 WHATSAPP FARMASI IDEAL 2 WHATSAPP FARMASI IDEAL 3 |
| ALAMAT 10, JALAN NAGASARI, E36/E, DESA LATANIA 40470 SHAH ALAM, 40470 KLANG SELANGOR KLIK UNTUK KE FARMASI IDEAL DESA LATANIA KLIK UNTUK KE FARMASI KOTA PENDAMAR KLIK UNTUK KE FARMASI IDEAL KEMAMAN |
| WAKTU OPERASI ISININ – AHAD (9AM-9PM) |
Terima kasih Tuan Faris dan pasukan Farmasi Ideal yang sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk masyarakat setempat. Semoga Farmasi Ideal akan terus berkembang dan menyumbang kepada kesihatan masyarakat yang berterusan. Aameen.
Nik Nock
More Stories
Makanan Bebas Gluten Malaysia | Eatslim Lifestyle
Serunding Daging Tahan Lama | HajiWan Serunding
Senarai Kelengkapan Umrah | Lelaki dan Perempuan