November 26, 2025

Nik Nock

Blogger Malaysia

Gigi Berlubang Besar Tapi Tidak Sakit | Verde Amani

Gigi-berlubang-besar-tapi-tidak-sakit

Kita ni kan selalu ambil ringan terhadap kesihatan gigi. Ada kala tu kita dah tahu gigi berlubang besar tapi tidak sakit, maka kita pun membiarkannya tanpa mendapatkan pemeriksaan daripada dotor gigi. Siapa macam ni???

Nik Nock pun macam tu jugaa…Biasanya kalau dapat rasa gigi berlubang, kita akan membiarkannya sehinggalah ianya sakit dan mengganggu aktiviti kehidupan seharian kita kan.

Dah sakit barulah nak jumpa doktor gigi. Biasanya doktor tidak akan terus membuat rawatan sewaktu sakit gigi. Kita akan diberikan pil tahan sakit dan diminta untuk kembali ke klinik untuk rawatan apabila sakit dah reda.

Tidak berjumpa doktor
Biasanya Kita Akan Biarkan Gigi Berlubang Sehingga Kita Berasa Sakit

Biasanya kita akan dapat rasa kalau gigi kita dah mula berlubang, terutama pada gigi geraham. Bila makan , kita dapat rasa sisa makanan akan terlekat pada bahagian yang berlubang.

Kalau gigi berlubang di bahagian yang sempit, mungkin kita akan menyedarinya apabila lubang itu semakin membesar. Kadang-kadang tu kita sedar apabila lubang gigi sudah pun besar.

Tapi kenapa walaupun gigi berlubang besar, tapi kita tidak berasa sakit? Adakah kita perlu membuat tampalan atau rawatan kepada gigi tersebut walau pun tidak sakit?

Nik Nock ada bertanyakan soalan ini kepada sahabat Nik Nock iaitu Doktor Verde Putra, pemilik Klinik Pergigian Verde Amani. Beliau adalah seorang Doktor Gigi yang amat berpengalaman.

Menurut Doktor Verde Putra, gigi berlubang besar tapi tidak sakit masih perlu meendapatkan rawatan daripada doktor gigi. Ini adalah untuk memastikan gigi dapat dirawat dengan betul mengikut keadaan gigi.

Punca Gigi Berlubang

Gigi berlubang selalu terjadi akibat daripada kurang penjagaan gigi dan kebersihan mulut. Ini akan menyebabkan bakteria dan sisa makanan terlekat di celah celah gigi dan menyebabkan gigi berlubang.

Beberapa keadaan yang boleh menyebabkan gigi berlubang adalah seperti berikut;

  • Tidak atau kurang menjaga kebersihan gigi atau menggosok gigi
  • Kerap mengambil makanan dan minuman yang manis
  • Kerap memakan asam atau makanan berasid
  • Terlalu banyak mengambil makanan tinggi karbohidrat
  • Tidak mendapat florida yang mencukupi
  • Mulut terlalu kering
Makanan manis menyebabkan gigi rosak
Pengambilan Makanan dan Minuman yang Manis Boleh Menyebabkan Gigi Berlubang

Kenapa Gigi Berlubang Besar Tapi Tidak Sakit

Kenapa agaknya kita tidak berasa sakit walaupun gigi kita berlubang??

Ini boleh terjadi kerana pada peringkat awal gigi berlubang besar tapi tidak sakit, lubang tersebut belum mencapai ke akar gigi.

Namun sekiranya dibiarkan, lama kelamaan ianya akan mendedahkan akar gigi yang akan menyebabkan sakit gigi yang terlampau.

Ada juga keadaan di mana gigi berlubang besar tapi tidak sakit adalah kerana gigi tersebut sudah membusuk sehingga menyebabkan saraf gigi kurang kepekaannya terhadap sakit.

Rawatan Gigi Berlubang Besar Tapi Tidak Sakit

Menurut Doktor Putra, walau pun gigi berlubang besar tapi tidak sakit, kita tetap perlu berjumpa dengan doktor gigi untuk membuat pemeriksaan dan mendapatkan rawatan yang sesuai.

Jangan bertangguh untuk berjumpa doktor gigi kerana ianya boleh menyebabkan keadaan bertambah buruk dengan kos rawatan akan meningkat. Ada kemungkinan juga gigi tersebut tidak dapat diselamatkan lagi.

Gigi yang berlubang boleh menyebabkan rasa sakit dan sensitif pada gigi. Ia juga boleh menyebabkan gusi menjadi bengkak.

Antara rawatan atau cara untuk mengurangkan simpton tersebut adalah seperti berikut;

(1) Rawatan Awal

  • Mengekalkan kebersihan gigi. Kita boleh menjaga kebersihan gigi dengan menggosok gigi selepas waktu makan.
  • Ubat tahan sakit. Kita juga boleh mendapatkan ubat tahan sakit daripada farmasi untuk mengurangkan kesakitan sebelum mendapatkan rawatan di klinik gigi.
  • Kawal jenis makanan. Kita boleh mengelakkan makanan yang terlalu panas atau sejuk yang boleh menyebabkan gigi bertambah sakit.

(2) Tampal gigi

Tampalan gigi adalah antara rawatan yang biasanya akan dilakukan oleh doktor gigi untuk gigi yang berlubang.

Kebiasaanya, doktor akan membersihkan dan mengeluarkan bahagian gigi yang reput pada lubang dan menampal dengan bahan tampalan yang sesuai.

(3) Crown Gigi

Crown gigi adalah satu prosedur pemasangan suatu bahan berbentuk gigi di atas gigi yang rosak atau berlubang.

  • Melindungi gigi yang retak
  • Mengembalikan bentuk gigi yang sudah rosak
  • Menutupi dan melindungi gigi yang berlubang
  • Menutupi gigi yang berubah warna, seperti kuning atau hitam

(4) Rawatan Akar

Rawatan akar akan diperlukan apabila lubang tersebut telah sampai kepada bahagian saraf gigi dan gigi tersebut masih boleh diselamatkan.

Rawatan ini diperlukan apabila lubang itu telah sampai kepada bahagian saraf gigi. Dalam prosedur ini, doktor akan membuang tisu saraf dan saluran darah di kawasan gigi yang reput itu.

Kemudian, lubang tersebut akan dimasukkan dengan bahan yang akan mengeras. Crown juga akan dibuat bagi merawat gigi tersebut.

Untuk rawatan akar ini, biasanya kita perlu membuat beberapa kali rawatan sehingga rawatan gigi tersebut selesai.

Gigi-berlubang-besar-tapi-tidak-sakit-akar
Rawatan Akar Boleh Menyelamatkan Gigi

Cara Untuk Mengelakkan Gigi Berlubang

Gigi berlubang boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Langkah terbaik untuk mengelakkannya daripada berlaku adalah dengan menjaga kebersihan gigi.

Antara cara yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan gigi berlubang adalah seperti berikut;

  • Kurangkan makanan manis atau berasid
  • Kurangkan pengambilan makanan ringan
  • Sentiasa membuat pemeriksaan gigi (Sekurang-kurangya 6 bulan sekali)
Gigi Berlubang Besar Tapi Tidak Sakit Gosok Gigi

Gosok gigi sebanyak dua kali sehari dan gunakan ubat gigi yang mempunyai flourida

Kita juga boleh mengamalkan pengambilan makanan dan minuman yang sihat dan kurang gula untuk menjaga kesihatan gigi dan mengelakkan gigi berlubang.

Kepada sesiapa yang mengalami masalah gigi berlubang besar tapi tidak sakit, Nik Nock nasihatkan agar jangan mengambil mudah.

Sebaik sahaja kita dapat mengesan mana-mana gigi kita berlubang, terus sahaja kita berjumpa dengan doktor gigi untuk membuat pemeriksaan.

Jangan dibiarkan sehingga kita terpaksa melalui proses rawatan yang mahal atau pun terpaksa mencabut gigi kerana tidak dapat diselamatkan lagi.

Klinik Gigi Kawasan Kelang

Gigi Berlubang Besar Tapi Tidak Sakit Klinik Pergigian Verde Amani
Klinik Pergigian Verde Amani

Buat rakan-rakan yang berada di sekitar Kelang dan Shah Alam Selangor, boleh kunjungi Klinik Pergigian Verde Amani untuk mendapatkan rawatan.

KLIK DI SINI UNTUK TANYA HARGA DAN SOALAN MENGENAI SERVIS GIGI

Atau boleh mengunjungi Laman Web dan media sosial Klinik Pergigian Verde Amani untuk mendapatkan maklumat dan tips mengenai kesihatan gigi yang mereka kongsikan.

Nik Nock kongsikan juga LINK media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Klinik Pergigian Verde Amani sebagai rujukan.

WEBSITE VERDE AMANI
CALL CENTRE VERDE AMANI
+6017-577-1657
KLIK UNTUK WHATSAPP VERDE AMANI
LOKASI VERDE AMANI HQ
NO.25 (GROUND FLOOR, JALAN RAJA NONG,
1/KS2, 41000 KLANG, SELANGOR
CAWANGAN VERDE AMANI
NO. 41, JALAN RESAK 2/KS7, BANDAR BOTANIK,
41200 KLANG, SELANGOR

Terima kasih Dr Putra kerana sentiasa memberikan nasihat pergigian yang terbaik. Semoga Klinik Pergigian Verde Amani terus berkembang maju dan membantu lebih ramai orang mendapat gigi yang cantik & sihat. Aameen

Nik Nock

Artikel lain yang boleh di baca berhubung masalah kesihatan gigi boleh KLIK pada link yang berikut;

KLIK DI SINI untuk artikel mengenai Sakit Gigi Geraham Berlubang