Tengah sedap-sedap mengunyah, tiba-tiba berbunyi retakan pada gigi. Aduhhh…rupa-rupanya gigi telah pecah dan terasa ada serpihan pada gigi. Kalau tidak dirawat dengan segera, kemungkinan akan semakin besar gigi pecah dan sakit pun akan terasa.
Itulah perangai kita kan. Selagi gigi tidak sakit, kita biasanya tidak akan terus berjumpa dengan doktor gigi untuk mendapatkan rawatan.
Nik Nock sendiri pernah juga mengalami gigi pecah semasa tengah selera makan keropok keping. Makan sambil sembang-sembang pulak tu dengan kawan-kawan. Tiba-tiba terasa macam tidak selesa pada gigi. Terus gunakan lidah untuk check gigi tersebut. Rupa-rupanya sah gigi telah pecah.
Dalam masa sehari dua memang rasa tidak selesa. Asyik check sahaja gigi tu nak tengok setakat mana pecahnya. Tengok ikut cermin tak nampak pula sangat sebab tempat sempit kan. Terus ambil keputusan untuk berjumpa dengan doktor gigi.

Apabila doktor check, memang sah gigi telah pecah. Rupa-rupanya gigi tersebut telah pun mempunyai lubang yang tidak kelihatan. Dan apabila kita makan benda yang agak, gigi tersebut terus pecah. Setelah membuat pemeriksaan, doktor telah membuat tampalan kepada gigi tersebut.
Nasib baik ianya belum berlubang hingga mendedahkan saraf gigi. Akhirnya masih dapat diselamatkan gigi itu. Nak ikutkan nasib baik. Tetapi Nik Nock sebenarnya masih boleh elakkan gigi tersebut berlubang sehingga menyebabkan ianya pecah tau!
Itu pun jika Nik Nock membuat pemeriksaan gigi secara berkala dengan doktor gigi. Maksudnya, jika kita membuat pemeriksaan gigi setipa enam bulan sekali, doktor akan dapat mengenalpasti gigi yang rosak dan memerlukan rawatan dengan lebih awal.
Jadi dalam kes Nik Nock tadi, dapatlah dikenalpasti gigi tersebut berlubang dan ditampal dengan lebih awal. Jadi kemungkinan gigi tersebut tidak akan pecah.
Itu ‘sekiranya’ lah kan. Tapi bila nasi dah jadi bubur, kita ambil sahaja iktibar dan pastikan kita tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Punca Gigi Pecah dan Sakit
Terdapat beberapa sebab dan punca yang boleh menyebabkan gigi pecah atau patah. Antaranya adalah seperti berikut;
- Mengunyah dan menggigit makanan yang keras seperti ais batu, tulang ayam, keropok yang keras dan sebagainya
- Menggigit objek yang keras dengan gigi seperti pen dan pensil
- Tabiat mengetap gigi
- Struktur tampalan atau rawatan yang lama juga boleh menyebabkan gigi pecah
- Trauma semasa bermain atau terhantuk kepada objek dan terkena kepada gigi
- Gigi yang berlubang yang tidak mendapat rawatan seperti tampalan

Sekiranya bahagian gigi yang pecah itu melibatkan sebahagian besar gigi, kita kemungkinan besar akan berasa sakit. Terutamanya apabila melibatkan akar gigi. Biasanya akan terasa sakit dan nyilu.
Namun, gigi pecah juga ada kemungkinan tidak akan menyebabkan kesakitan pada gigi, namum kita jangan membiarkannya sehinggan kita berasa sakit.
Apa yang Perlu Kita Lakukan Setelah Menyedari Gigi Pecah dan Sakit?
Sejurus selepas kita sedar yang gigi kita ada keretakan atau pun pecah, kita mestilah elakkan makanan dan minuman yang sejuk. Ini kerana gigi kita yang pecah kemungkinan akan berasa nyilu dan sakit bila terkena suhu yang sejuk.
Makan dengan perlahan untuk mengelakkan gigi pecah tidak menjadi lebih besar. Gigi yang pecah mungkin tidak melibatkan bahagian akar gigi namun, kita mestilah berhati-hati untuk mengelakkannya daripada berlaku.
Sekiranya kita sempat, kita boleh menyimpan serpihan gigi yang pecah atau patah dan tunjukkan kepada doktor yang merawat nanti. Ini akan membantu doktor untuk mengenalpasti jenis lapisan gigi yang pecah tersebut.
Tindakan yang paling utama adalah terus membuat temujanji dan mendapatkan pemeriksaan daripada Doktor Gigi untuk rawatan yang sesuai.
Sementara mendapatkan rawatan daripada Doktor Gigi, kita boleh lah cuba beberapa kaedah untuk bantuan sementara di rumah.
(1) Gunakan ubat penahan sakit. Ubat ini boleh didapati di farmasi dan akan membantu mengurangkan kesakitan yang dialami akibat gigi pecah dan sakit.
(2) Floss antara gigi yang pecah atau patah. Dengan mengeluarkan sisa makanan yang ada di antara gigi yang pecah boleh mengurangkan rasa sakit dan ngilu gigi. Namun kita perlu berhati-hati semasa floss gigi agar tidak menjejaskan gigi yang pecah itu.

Floss gigi antara amalan yang dapat menjaga kebersihan gigi dan mengurangkan kesakitan gigi
(3) Tidur dengan kepala ditinggikan. Apabila gigi retak dan sakit, kebiasaannya akan menyebabkan kita berasa sangat tidak selesa. Jika kita mengangkat kepala sedikit tinggi semasa tidur, ianya akan membantu mengurangkan tekanan di bahagian kepada. Jadi kesakitan pada gigi akan berkurangan.
(4) Berkumur dengan air garam suam. Bilas mulut dengan air garam yang suam akan dapat membantu melegakan gigi pecah dan sakit. Air garam berfungsi sebagai antiseptik dan dapat membantu menghilangkan bakteria dari kawasan yang dijangkiti akibat gigi pecah dan sakit.
(5) Elakkan makanan dan minuman yang sangat panas atau sejuk. Apabila gigi pecah dan sakit, lapisan dalam gigi akan terdedah dan akan menyebabkan kesakitan apabila terkena suhu yang berlebihan.
(6) Elakkan makanan dan minuman yang tinggi gula atau sangat masam. Makanan yang sebegini akan mengganggu saraf gigi dan akan mengakibatkan kesakitan.
Nik Nock juga ada berkongsi petua mengurangkan sakit gigi geraham berlubang di dalam artikel bertajuk ‘Sakit Gigi Geraham Berlubang’. Boleh KLIK DI SINI untuk membaca petua tersebut.
Kita boleh lah mencuba tips dan petua akan boleh mengurangkan akibat gigi pecah dan sakit sementara mendapatkan rawatan daripada doktor gigi.
Klinik Pergigian Verde Amani
Klinik Pergigian Verde Amani ini adalah milik sepasang suami isteri yang merupakan pasangan Doktor Gigi yang sangat berpengalaman.
Keduanya adalah sahabat yang sangat Nik Nock hormati. Dr. Verde Wigid Putra dan Dr. Rabi’atul Adawiah mengasaskan Klinik Pergigian Verde Amani demi membantu orang ramai memilik gigi yang sihat dan cantik.
Mereka menyediakan pelbagai servis dan rawatan pergigian dengan harga yang sangat berpatutan.

Buat rakan-rakan yang berada di sekitar Kelang dan Shah Alam Selangor, boleh kunjungi Klinik Pergigian Verde Amani untuk mendapatkan rawatan.
KLIK DI SINI UNTUK TANYA HARGA DAN SOALAN MENGENAI SERVIS GIGI
Atau boleh mengunjungi Laman Web dan media sosial Klinik Pergigian Verde Amani untuk mendapatkan maklumat dan tips mengenai kesihatan gigi yang mereka kongsikan.
Nik Nock kongsikan juga LINK media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Klinik Pergigian Verde Amani sebagai rujukan.InstagramFacebookTik TokYoutube
| WEBSITE VERDE AMANI |
| CALL CENTRE VERDE AMANI +6017-577-1657 |
| KLIK UNTUK WHATSAPP VERDE AMANI |
| LOKASI VERDE AMANI HQ NO.25 (GROUND FLOOR, JALAN RAJA NONG, 1/KS2, 41000 KLANG, SELANGOR |
| CAWANGAN VERDE AMANI NO. 41, JALAN RESAK 2/KS7, BANDAR BOTANIK, 41200 KLANG, SELANGOR |
Terima kasih Dr Putra kerana sentiasa memberikan nasihat pergigian yang terbaik. Semoga Klinik Pergigian Verde Amani terus berkembang maju dan membantu lebih ramai orang mendapat gigi yang cantik & sihat. Aameen
Nik Nock
Artikel lain yang boleh di baca berhubung masalah kesihatan gigi boleh KLIK pada link yang berikut;
More Stories
Promosi Cetak Sampul Raya | Flexisprint
CCTV Servis Ipoh | Chip Computer Ipoh
Gigi Berlubang Besar Tapi Tidak Sakit | Verde Amani