“Mahal la harga pasang braces swasta”…”Pakai Braces ni sebab nak cantikkan gigi”…Itulah yang selalu kita ungkapkan apabila berbicara mengenai braces. Merentas era dan waktu, kini bicara orang ramai mengenai pemakaian braces sudah pun berubah.
Nik Nock sendiri pun dahulunya berpendapat sebegitu. Pemakaian braces hanyalah untuk kecantikan gigi. Bila meniti usia ni, semakin matang dan banyak maklumat yang boleh kita peroleh dihujung jari.
Ya, sudah tentunya pemakaian braces adalah untuk kesihatan gigi yang perpanjangan bukan lah hanya untuk kecantikan dan trend semasa sahaja.
Lagi pun Nik Nock sendiri dikelilingi rakan-rakan doktor gigi yang berpengalaman dan sentiasa berkongsi maklumat mengenai gigi. Salah seorangnya adalah Dr. Verde Wigid Putra iaitu pemilik Klinik Pergigian Verde Amani.

Doktor Putra menguruskan Klinik Pergigian Verde Amani bersama-sama dengan isteri tercinta beliau iaitu Dr. Rabi’atul Adawiah binti Subahi.
Mereka dibantu oleh 25 orang kakitangan yang terdiri daripada Doktor gigi berpengalaman, Dental Assistant dan Customer Service.

Klinik Pergigian Verde Amani berlokasi di Jalan Raya Nong, Klang dan kini mempunyai satu cawangan di Taman Botanik Klang. Menurut Dr Putra, mereka kini dalam proses pembukaan cawangan baru di Shah Alam.
Menurut Dr Putra, gigi yang cantik dan teratur boleh dibentuk sejak dari kanak-kanak iaitu dengan pemakanan yang sihat.
Sebagai ibu-bapa kita mestilah menggalakkan anak-anak kita agar lebih sukakan sayur-sayuran dan buah buahan berbanding makanan segera. Ini adalah kerana makanan yang sihat akan membantu pertumbuhan size rahang yang cukup untuk pertumbuhan gigi.
Oleh itu, gigi akan tumbuh dengan teratur mengikut size rahang. Gigi yang teratur lebih mudah untuk dijaga dan akan memanjangkan hayat gigi.
Walau bagaimanapun setiap orang memiliki kecantikan tersendiri termasuklah gigi. Gigi yang tidak lurus boleh menjadi identiti yang unik untuk seseorang, dengan syarat mereka dapat menjaga gigi tersebut dengan baik.
Nik Nock sendiri pun memiliki gigi yang yang tidak lurus, dan masih berusaha untuk menjaga gigi dengan sebaiknya.
“With Great Power Comes Great Responsibility”
Uncle Ben – Spiderman
Salah satu dialog daripada filem “Spiderman” yang selalu dipetik oleh Doktor Putra adalah “With Great Power Comes Great Responsibility”. Ini membawa maksud setiap orang mesti bertanggungjawab menjaga gigi mengikut keadaan gigi masing-masing.
Namun sekiranya masih memerlukan pemasangan braces, boleh lah menghubungi Klik Pergigian Verde Amani untuk khidmat nasihat daripada Doktor Putra.

Nik Nock juga pernah berkeinginan untuk memakai braces dan membuat survey harga pasang braces swasta di Selangor. Ini adalah kerana setiap kali ke klinik gigi, doktor yang merawat pastinya mencadangkan agar Nik Nock memakai braces untuk memperbaiki susunan gigi.
Walau bagaimanapun sehingga kini, Nik Nock masih belum memakai braces kerana ianya memerlukan gigi dicabut sekurang-kurang 2 batang. Sayang betul rasanya nak cabut gigi yang elok kan.
Jadi berapakan harganya untuk pemasangan braces ni? Boleh ke pasang braces ni di klinik kerajaan selain daripada klinik swasta. Kita memang boleh mendapatkan perkhidmatan pemasangan braces di kedua-duanya.
Cuma ada perbezaan dari segi masa dan harga di antaranya ya.
Perbezaan Harga Pasang Braces Swasta Dengan Klinik Kerajaan
Sudah semestinya kita tidak boleh samakan harga pasang braces swasta dengan harga perkhidmatan yang sama di klinik kerajaan. Anggaran harga prosedur braces di klink kerajaan adalah di antara RM1,000-RM3,000 mengikut kes dan keadaan gigi.
Sudah tentunya ia lebih murah berbanding harga dengan klinik pergigian swasta, namun kita perlu mengambilkira harga tersebut dari segi masa, urusan operasi, keperluan serta kemampuan masing-masing.
Kebiasaanya Klinik Pergigian Kerajaan ditempatkan di dalam Klinik Kesihatan mengikut negeri dan daerah. Jadi kita perlu mendapatkan maklumat hubungan klinik pergigian kerjaan yang berhampiran terlebih dahulu.

Contohnya seperti Klinik Pergigian Cheras berada di Tingkat 2 Klinik Kesihatan Cheras. Kita boleh menghubungi klinik pergigian yang berhampiran untuk membuat temujanji.
Pada mulanya Nik Nock ada juga bertanyakan perkhidmatan pemasangan braces di klinik pergigian kerajaan, namun ada had umur juga rupanya untuk perkhidmatan braces di klinik kerajaan.
Mereka biasanya mengutamakan umur 17 tahun ke bawah dan kes yang betul-betul memerlukan pemakaian braces sahaja yang akan diberikan rawatan.
Sudah semestinya proses di klinik kerajaan memerlukan tempoh yang agak lama. Proses mendapatkan temujanji sudah mengambil masa berbulan untuk 1 temujanji.
Beberapa temujanji pula diperlukan sebelum kita dirujuk kepada pakar. Ada juga yang mengambil masa 1-2 tahun sebelum dapat berjumpa pakar. Selepas berjumpa pakar pula, ada beberapa temujanji yang diperlukan sehinggalah tibanya hari pemasangan braces tersebut.
Sebab itulah agaknya Klinik kerajaan mengutamakan kanak-kanak dan remaja sahaja kan…;-)
Bagaimana Pula Harga Pasang Braces Swasta?
Rata-rata Harga pasang braces swasta yang Nik Nock perolehi adalah bermula daripada RM4000-RM10,000 bergantung kepada keadaan gigi dan jenis rawatan yang diperlukan.
Ada klinik yang memberikan harga pasang braces swasta yang berbentuk beberapa pakej seperti termasuk perkhidmatan X-Ray gigi, cabut gigi, tampal gigi, retainer dan sebagainya.
Namun ada juga klinik yang memberikan harga pasang braces swasta yang agak murah namun tidak termasuk beberapa perkhidmatan dan keperluan yang lainnya.
Jadi, nasihat Nik Nock kepada kawan-kawan agar mendapatkan Harga pasang braces swasta yang penuh iaitu termasuk harga dan caj perkhidmatan lain yang diperlukan sebelum bersetuju untuk membuat pemasangan braces.
Ini adalah kerana, harga mungkin akan nampak murah daripada klinik yang lain kerana ianya masih tidak termasuk beberapa caj lain yang diperlukan.
Apabila kita bertanyakan harga braces, jangan lupa tanyakan soalan-soalan penting yang perlu kita tahu untuk mengelakkan kekeliruan harga. Kemungkinan apabila kita merasakan harga nya murah dan terus membayar deposit tetapi rupanya banyak lagi kos yang kita kena tanggung.
Antaranya soalan-soalan yang perlu ditanya adalah seperti berikut;
Adakah Harga Yang Dinyatakan termasuk caj-caj yang berikut;
- Caj X-Tray
- Caj Cabut Gigi
- Caj Tampal Gigi
- Caj Retainer
- Lain-lain Caj seperti bracket tercabit dan sebagainya
Jangan lupa tanyakan juga soalan yang berikut;
Kena bayar deposit ke?
Setelah mendapatkan harga yang sesuai dengan kemampuan kita, boleh lah membuat temujanji dengan klinik tersebut untuk mendapatkan perundingan bersama doktor.
Untuk memudahkan, di sini Nik Nock kongsikan harga pasang braces swasta di Klinik Pergigian Verde Amani untuk rujukan.
Klinik Verde Amani Menyediakan Harga Pasang Braces Swasta Yang Fleksibel
Kebanyakan klinik gigi memerlukan kita membayar deposit antara RM500-RM1000 dan baki pembayaran adalah secara bulanan. Jarang Nik Nock jumpa klinik yang memberikan harga pasang braces swasta tanpa deposit.
Kalau adapun, ianya adalah berbentuk promosi untuk tempoh masa yang tertentu sahaja melainkan Klinik Perigigian Verde Amani. Doktor Putra memberikan Harga pasang braces swasta tanpa deposit sepanjang masa.
Beliau ingin membantu megurangkan bebanan bayaran deposit yang tinggi kepada pelanggan mereka yang memerlukan pemasangan braces.
Berikut Nik Nock kongsikan harga pasang braces swasta di Klinik Pergigian Verde Amani.
| Perkhidmatan Braces | Harga |
|---|---|
| Orthodontics (Braces/Pendakap Gigi) Prosedur di Verde Amani (Bayaran fleksibel secara bulanan) | RM6,999 – RM7,999 |
Harga prosedur pemasangan braces di Klinik pergigian Verde Amani sangat berpatutan. Anggaran harga tersebut adalah bergantung kepada kes dan keadaan semasa gigi.
Pakej harga yang diberikan adalah termasuk yang berikut;
- Braces
- Retainer
- X-Ray
- Scalling (UNLIMITED)
- Tampalan (UNLIMITED)
- Cabut gigi (UNLIMITED)
- Betulkan bracket braces yang tercabut atau wayar tercucuk
Dan yang pentingnya TIADA DEPOSIT dan PEMBAYARAN FLEKSIBEL disediakan untuk pelanggan
Sudah tentunya harga yang diberikan adalah mengikut harga yang disyorkan oleh Persatuan Doktor-doktor Gigi Malaysia.
Sudah ramai pelanggan Klinik Gigi Verde Amani yang berpuas hati dengan perkhidmatan mereka.
Sekiranya ada kawan-kawan yang memerlukan perkhidmatan pemasangan braces di Klinik Pergigian Verde Amani boleh menghubungi pihak mereka untuk membuat temujanji atau mendapatkan maklumat lanjut mengenai harga pasang braces swasta ini.
KLIK DI SINI UNTUK TANYA HARGA DAN SOALAN PASANG BRACES
Atau boleh mengunjungi Laman Web Klinik Pergigian Verde Amani untuk mendapatkan maklumat dan tips mengenai kesihatan gigi yang mereka kongsikan.
Nik Nock kongsikan juga LINK media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Klinik Pergigian Verde Amani sebagai rujukan.
| WEBSITE VERDE AMANI |
| CALL CENTRE VERDE AMANI +6017-577-1657 |
| KLIK UNTUK WHATSAPP VERDE AMANI |
| LOKASI VERDE AMANI HQ NO.25 (GROUND FLOOR, JALAN RAJA NONG, 1/KS2, 41000 KLANG, SELANGOR |
| CAWANGAN VERDE AMANI NO. 41, JALAN RESAK 2/KS7, BANDAR BOTANIK, 41200 KLANG, SELANGOR |
Terima kasih Dr Putra kerana sentiasa memberikan nasihat pergigian yang terbaik. Semoga Klinik Pergigian Verde Amani terus berkembang maju dan membantu lebih ramai orang mendapat gigi yang cantik & sihat. Aameen.
Nik Nock
Artikel lain yang boleh di baca berhubung Klinik Pergigian boleh KLIK pada link yang berikut;
More Stories
Promosi Cetak Sampul Raya | Flexisprint
CCTV Servis Ipoh | Chip Computer Ipoh
Gigi Pecah dan Sakit | Verde Amani