November 26, 2025

Nik Nock

Blogger Malaysia

Kopi Tenaga UnaCoffee

Kopi-Tenaga-UnaCoffee

Salah satu minuman yang popular di serata dunia dan menjadi kegemaran ramai orang adalah kopi. Ada pelbagai jenis kopi yang menjadi pilihan sebagai minuman setiap pagi, petang atau malam. Kopi tenaga UnaCoffee juga telah menjadi pilihan ramai untuk kekal bertenaga sepanjang hari.

Ramai orang yang memilih kopi sebagai pemangkin tenaga untuk aktiviti seharian terutamanya bila terpaksa kerja hingga larut malam atau memandu kenderaan untuk jarak perjalanan yang jauh.

Kopi Gaya Hidup Masyarakat

Kopi kini bukan hanya pelengkap sarapan pagi, namun telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup masyarakat termasuklah di Malaysia.

Masyarakat kini menjadikan kopi sebagai satu pilihan minuman di kala santai berjumpa dengan kawan-kawan serta ahli keluarga.

Kalau dipandang ke masa lalu, budaya minum kopi telah pun menjadi budaya di negara kita. Kopi selalunya menjadi pilihan untuk minum petang bersama keluarga.

Minum kopi bersama makanan sampingan seperti goreng pisang, cekodok atau pun biskut telah menjadi satu tradisi yang diamalkan sehingga lah sekarang.

Nik Nock masih ingat lagi waktu kecil dahulu, antara makanan padanan untuk kopi atau teh di waktu sarapan pagi dan minuman petang adalah ubi kayu rebus.

Terutamanya pada musim hujan. Itulah menu yang menjadi pilihan kami sekeluarga.

Zaman sudah berlalu, kini sudah banyak cafe yang menyediakan menu kopi yang pelbagai jenis dan rasa. Tak kira golongan usia, kopi kini menjadi pilihan utama masyarakat dalam kehidupan seharian.

Bukan sahaja minum kopi bersama kawan dan keluarga, malah kopi turut menjadi pilihan sebagai minuman semasa perbincangan perniagaan.

Ada yang kata “jika tak minum kopi satu hari, bagaikan tak lengkap kehidupan pada hari tersebut”. Ini memang betul bagi penggemar kopi tegar.

Namun ada juga yang tidak boleh minum kopi atas pelbagai sebab. Antaranya adalah minum kopi boleh menyebabkan rasa sakit kepala, sakit perut, tak dapat tidur dan sebagainya.

Ada juga yang tidak minum kopi kerana menjaga kesihatan diri. Ini adalah kerana kebanyakan kopi yang berada di pasaran adalah tinggi gula.

Bagi yang sedang diet pula, kopi tanpa gula selalunya menjadi pilihan namun tidak ramai pula yang boleh minum kopi tanpa gula kerana kopi mempunyai rasa yang agak pahit.

Oleh kerana permintaan kopi yang tinggi ditambah dengan kesedaran orang ramai terhadap kesihatan diri semakin meningkat, kopi tenaga UnaCoffee juga telah mendapat permintaan yang semakin tinggi.

Inovasi Kopi Tenaga UnaCoffee

Jenama UnaCoffee diasaskan oleh Ts Dr Aida Firdaus Muhammad Nurul Azmi dan lebih dikenali sebagai Ts Dr Aida Azmi. Beliau merupakan seorang pensyarah kanan Jabatan Sains dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains Gunaan, UiTM Shah Alam.

Ts Dr Aida Azmi sangat berpengalaman dalam bidang bioteknologi makanan dan enzim dan telah bekerjasama dengan pelbagai industri makanan tempatan dan antarabangsa dalam pembangunan produk makanan berfungsi, Halal dan pensijilan makanan seperti GMP, MeSTI dan HACCP.

Ts Dr Aida Azmi juga terlibat secara aktif dengan misi kemanusiaan dan menubuhkan jenamanya sendiri iaitu “Wakaf Ilmu”, sejenis program pemindahan ilmu kepada golongan malang di seluruh Malaysia dan Indonesia.

Beliau juga menulis Travelog bernama “Kembara Jiwa” pada 2016.

Pendedahan kepada trend semasa dalam sains dan teknologi makanan telah membuatkan Ts Dr Aida Azmi melangkah ke dunia keusahawanan dan menubuhkan Fav Food Industries, sebuah syarikat permulaan (start-up) UiTM yang memfokuskan mengenai penyelidikan dan pembangunan makanan berfungsi serta menyediakan pelbagai latihan dan perundingan kepada orang ramai.

UnaCoffee adalah produk inovasi Ts Dr Aida Azmi yang pertama di bawah syarikat Fav Food Industries dan beliau akan membangunkan lebih banyak produk makanan berfungsi pada masa yang akan datang.

Pengasas UnaCoffee Dr Aida Azmi
Ts Dr Aida Azmi – Pengasas UnaCoffee yang berpengalaman dalam membangunkan produk makanan berfungsi dan berkhasiat

UnaCoffee Latte is loaded with high protein and vitamin B complex to boost your energy throughout the day without caffeine overdose.

Ts Dr Aida Azmi – Pengasas UnaCoffee

Beliau amat menggalakkan orang ramai mencuba UnaCoffee. Ini adalah kerana UnaCofee sarat dengan protein dan vitamin B kompleks yang berperanan untuk meningkatkan tenaga sepanjang hari tanpa kafein yang berlebihan.

UnaCoffee merupakan kopi pracampuran yang berprotein tinggi dan bervitamin yang direka sebagai pemangkin tenaga ataupun energy booster. Selain itu, ia juga dapat memberikan kesan kesegaran yang membuatkan pengguna menjadi fokus dan peka. Kandungan protein dalam kopi dapat memberikan rasa kenyang.

Kopi-Tenaga-UnaCoffee-OriginalKopi-Tenaga-UnaCoffee-Tapau-Tenaga
Kopi Tenaga UnaCoffee (Latte) mengandungi Vitamin B Kompleks yang membantu memberikan tenaga tambahan

Apakah yang dimaksudkan dengan produk makanan berfungsi?

Makanan berfungsi merupakan satu sumber makanan, yang mempunyai penambahan daripada segi komposisi zat dan gizi, lebih daripada kandungan biasa dan mampu memberi impak positif kepada satu atau lebih sistem badan, seterusnya meningkatkan kesihatan individu.

Oleh itu, kopi tenaga UnaCoffee merupakan pilihan kopi yang terbaik kerana ianya bukan sekadar kopi biasa malah mempunyai zat yang baik untuk kesihatan kita.

Jadi apakah bahan-bahan kandungan kopi tenaga UnaCoffee yang menjadikannya sebagai makanan berfungsi dan bermanfaat untuk kesihatan kita?

UnaCoffee mengandungi bahan-bahan yang premium dan berkhasiat seperti Whey Protein, Vitamin B-Kompleks dan juga biji kopi Arabica yang berkualiti tinggi daripada Poland.

Kelebihan Kopi Tenaga UnaCoffee

Bukan sekadar kopi biasa, kopi tenaga UnaCoffee mempunyai banyak kelebihan dan sesuai untuk diminum oleh semua golongan.

Lebih-lebih lagi ia menggunakan nano sugar yang sangat sesuai untuk golongan yang mementingkan kesihatan pada masa yang sama sukakan kopi.

Antara kelebihan kopi keluaran UnaCoffee ini adalah seperti berikut;

(1) Gula Nano (Baik untuk kesihatan)

Gula nano digunakan sebagai pemanis dalam UnaCoffee di mana ia memiliki kandungan kalori dan Indeks Glisemik (GI) yang rendah serta digunakan dalam kuantiti yang sedikit sahaja.

Penggunaan gula nano ini adalah pilihan yang terbaik pengganti gula putih. Ianya tidak memberikan kesan kepada kandungan gula dalam darah tetapi memberikan rasa manis yang mencukupi untuk rasa kopi yang segar. Antara kelebihan gula nano adalah seperti berikut;

  • Rendah kalori
  • Rendah karbohidrat
  • Rasa manis seperti gula
  • Tahan lama
  • Stabil di suhu panas
  • Sesuai untuk semua minuman dan masakan

(2) Tinggi Protein (Whey Protein)

UnaCoffee mengandungi kandungan protein yang tinggi (11.5%).

Ini akan memberikan rasa kenyang yang berpanjangan boleh diambil sewaktu rasa lapar.

(3) Rendah Kafein

UnaCoffee mengandungi kafein yang rendah iaitu sekitar 100mg setiap hidangan sahaja. Ianya amat sesuai untuk orang yang tidak dapat menerima kafein yang tinggi.

Seterusnya dapat mengelakkan masalah gastrik, migraine dan dada yang berdebar-debar disebabkan pengambilan ckafein berlebihan.

(4) Bervitamin (Vitamin B Kompleks)

UnaCoffee Latte mengandungi Vitamin B kompleks yang bertindak sebagai pemangkin tenaga atau ‘energy booster’. Ini dapat membantu kita memperoleh tenaga untuk bekerja atau menjalankan aktiviti harian dengan proaktif.

Vitamin B Kompleks juga dapat meningkatkan daya tumpuan pada sesuatu perkara dan peka kepada keadaan sekeliling serta mengurangkan keletihan pada mata.

Amat sesuai untuk orang yang ingin dapatkan lebih tenaga untuk bekerja, memandu, belajar, melancong dan sebagainya

Bukan sekadar kopi. Alang-alang kita minum kopi, kopi tenaga UnaCoffee boleh menjadi pilihan yang tepat untuk membantu memberikan tenaga pada masa yang sama kita dapat kekalkan kesihatan kita.

Kopi tenaga UnaCofee juga amat sesuai untuk di bawa semasa mengerjakan haji dan umrah kerana ia akan membantu memberikan tenaga sepanjang mengerjakan ibadah.

Rangkaian Produk Kopi Tenaga UnaCoffee

Sehingga kini, UnaCoffee telah mengeluarkan dua (2) jenis perisa kopi UnaCoffee dalam bentuk sachet di dalam kotak (15 sachet), ready-to-mix (botol: persia Latte dan Mocha) dan juga dalam tub (450g).

(1) Kopi Tenaga UnaCoffee (Latte) – Dalam kotak

Kopi ini di datangkan dalam bentuk serbuk di dalam sachet. Ada 15 sachet di dalam 1 kotak.

Cara Penyediaan : Hanya perlu bancuh di dalam air suam (bagi mengelakkan kerosakan pada protein) untuk merasai rasa kopi UnaCoffee Latte yang lazat.

UnaCoffe di dalam kotak
Kopi Tenaga UnaCoffee (Latte) juga boleh didapati dalam kotak yang mengandungi 15 sachet setiap kotak

(2) Kopi Tenaga UnaCoffee (Latte) – Ready-to-mix

Perisa Latte ini adalah dalam bentuk serbuk di dalam botol.

Cara Penyediaan : Pengguna perlu memasukkan air sejuk di dalam botol tersebut, goncang botol hingga larut dan kopi latte UnaCoffee sedia dinikmati.

Kopi Tenaga UnaCofee Latte Set
Latte Set UnaCoffee

(3) Kopi Tenaga UnaCoffee (Mocha)Ready-to-mix 

Perisa Mocha ini juga adalah bentuk serbuk di dalam botol.

Cara Penyediaan : Pengguna perlu memasukkan air sejuk di dalam botol tersebut, goncang botol hingga larut dan kopi latte UnaCoffee sedia dinikmati.

Kopi Tenaga UnaCofee Mocha Set
Mocha Set UnaCoffee

(4) Kopi Tenaga UnaCoffee (Latte) – Dalam tub

Kopi ini didatangkan dalam bentuk serbuk (450g) per tub. Pengguna boleh membancuh sendiri mengikut selera masing-masing menggunakan scoop khas yang telah disediakan.

Kopi Tenaga UnaCoffee (Latte) – Dalam Tube

Membership UnaCoffee

Apa yang menarik adalah pihak UnaCoffee juga menyediakan potongan harga sekiranya kita mendaftar sebagai ahli UnaCoffee.

Setiap ahli UnaCoffee boleh menikmati potongan harga sebanyak 15% sekiranya mendaftar ‘Membership Una’.

Para pelanggan UnaCoffee boleh scan barcode yang tertera di poster ini untuk pendaftaran sebagai ahli UnaCoffee

Kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan produk UnaCoffee ini bolehlah menghubungi mereka di talian whatsapp yang berikut untuk membuat pembelian atau mendapatkan maklumat produk yang lebih terperinci.

KLIK DI SINI UNTUK WHATSAPP UNACOFFEE

Nik Nock kongsikan juga link media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak mereka.

WEBSITE UNACOFFEE
WHATSAPP UNACOFFEE
TELEGRAM UNACOFFEE
NO TELEFON

+60136098042
ALAMAT

FAV FOOD INDUSTRIES
NO 38-3F, JALAN SETIA PERDANA U13/AY
SEKSYEN U13, SETIA ALAM
40170 SHAH ALAM

Terima kasih Ts Dr Aida Azmi untuk kajian dan pembangunan produk makanan berfungsi yang berkhasiat UnaCoffee. Semoga produk keluaran UnaCoffee akan terus memberikan manfaat dan kebaikan untuk masyarakat yang sihat dan perniagaan UnaCoffee terus berkembang maju di serata dunia. Aameen.

Nik Nock

Artikel lain yang boleh di baca berhubung dengan senarai kelengkapan umrah boleh KLIK pada link yang berikut;