November 26, 2025

Nik Nock

Blogger Malaysia

Madu Quad Tualang Asli | Fitrah Sunnah

Madu-Quad-Tualang-Asli

Sesungguhnya madu itu manis dan berkhasiat. Bukan sahaja makanan sunnah yang mempunyai 1001 khasiatnya malah banyak kajian saintifik yang membuktikan madu memberi banyak manfaat kepada kesihatan manusia sejagat. Antara madu yang berkualiti tinggi dan dipercayai ramai adalah madu Quad tualang asli.

Madu dihasilkan oleh sekumpulan lebah di dalam sarang mereka. Ada pelbagai jenis madu di dunia ini seperti madu tualang, kelulut, propolis, manuka, semanggi, akasia dan sebagainya.

Banyak betul jenis madu. Macam-macam jenis dan pelbagai jenama madu yang terdapat di pasaran. Ada yang diimport dan ada juga madu yang diperoleh daripada pengeluar tempatan.

Ada madu yang dihasilkan oleh lebah ternak dan ada juga madu asli yang diperoleh daripada hutan tebal.

Madu Quad tualang asli ini adalah madu yang dihasilkan oleh lebah tualang daripada hutan.

Lebah tualang membina sarang pada pokok tualang di hutan
Madu Quad tualang asli di tuai daripada sarang lebah tualang daripada hutan

Lebah Tualang

Madu tualang adalah antara madu yang bermutu tinggi dan dihasilkan oleh lebah tualang atau nama saintifiknya ‘Apis Dorsata’.

Lebah tualang, lebah madu gergasi atau naning ini adalah lebah madu yang hidup di kawasan tropika. Nama lebah tualang diambil bersempena dengan sarang yang dibina kebanyakannya di pokok Tualang.

Pokok tualang pula tumbuh di hutan tebal, jadi madu ini agak susah untuk diperoleh.

Lebah tualang bersifat defensif dan tidak pernah diternak kerana sarangnya bersifat terbuka.

Oleh itu, madu quad tualang asli hanyalah diperoleh daripada hutan dan bukannya daripada lebah ternak.

Semestinya juga kualiti madu quad tualang asli ini adalah di antara yang terbaik. Madu ini mengandungi fenolik dan flavanoid yang tinggi.

Ia juga dapat meningkatkan stamina, mengubati batuk, mengelakkan demam, selsema dan tinggi dengan antioksida.

Apa pun jenis madu, kita mestilah memilih yang asli agar kita betul-betul mendapat manfaat daripada madu yang dimakan.

Nik Nock sendiri pernah merasa pelbagai jenis madu. Ada yang rasa manis dan ada juga yang rasa agak masam.

Madu Quad Tualang Asli ni rasanya manis, pekat, likat dan lembut.

Warna madunya pula ada gelap dan juga terang, bergantung pada lokasi sarang pengambilan madu. Selalunya madu Quad Tualang ni jarang berasa masam.

Ciri-ciri Madu Quad Tualang Asli

Warna Madu Tualang Asli ada yang berwarna gelap dan juga berwarna cerah. Perbezaan warna dan rasa Madu Tualang bergantung kepada di mana terletaknya sarang lebah di pokok tualang sama ada di tanah rendah atau di tanah tinggi.

Penghasilan madu juga bergantung kepada cuaca dan musim semasa madu dihasilkan oleh lebah Tualang

Sekiranya cuaca panas terik, madu yang dituai akan lebih kental berbanding madu di kawasan musim hujan kerana lebah mempunyai cukup waktu untuk mengipaskan madu yang terkumpul di dalam sarangnya.

Nik Nock pun baru tahu bahawa lebah tualang ini menggunakan sayap untuk menurunkan kadar air (kelembapan) madu secara semulajadi. Kelebihan madu kental ini pula, ianya susah untuk menjadi bergas.

Begitulah keunikan karakteristik madu lebah liar tualang hutan negara kita. Berbeza-beza warna, berbeza kekentalan dan berbeza nektar bunga.

Jadi antara ciri-ciri madu Quad tualang asli ini adalah seperti yang berikut;

(1) Warna Madu Tualang Asli ada yang berwarna gelap dan juga berwarna cerah. Perbezaan warna dan rasa Madu Tualang bergantung kepada di mana terletaknya sarang lebah di pokok tualang sama ada di tanah rendah atau di tanah tinggi.

(2) Madu tualang yang masih baru mempunyai buih-buih yang halus dan berkumpul di permukaan. Setelah beberapa ketika, buih-buih halus ini akan menyusut dan meninggalkan kesan buih di permukaannya.

Jika di dalam botol, lama kelamaan ia akan membentuk gelang polen atau propolis di sekeliling permukaan dinding botol tersebut.

(3) Bau haruman madu tualang agak kuat dan sedikit masam disebabkan oleh bau pati debunga hutan.

(4) Madu Quad ini mempunyai rasa aroma bunga multiflora yang lazat.

(5) Kepekatan madu tualang agak cair dan tidak pekat oleh kerana kandungan air di dalamnya agak tinggi iaitu 22%-26% namun bergantung kepada keadaan cuaca semasa madu dihasilkan.

Madu Makanan Sunnah

Madu ialah satu sumber makanan yang semenangnya terkenal di serata dunia. Madu bukan sahaja diambil sebagai makanan sumber kesihatan, malah banyak digunakan di dalam masakan, minuman dan juga kuih muih.

Bagi orang Islam, kita percaya kepada manfaat dan khasiat madu sebagai makanan sunnah. Kebaikan madu juga disebut dalam kitab Al-Quran.

“Kemudian makanlah dari segala (macam) buah-buahan lalu tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (MADU) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yamg menyembuhkan bagi manusia. Sungguh, pada demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Allah bagi orang yang berfikir.” 

[Surah An Nahl : ayat 69]

Madu tualang merupakan alternatif rawatan yang telah digunakan sejak dahulu lagi. Antara manfaat dan khasiat madu Quad tualang asli adalah seperti berikut;

(1) Kaya dengan Antioksida

Kandungan asid fenolik dan flavonoids di dalam madu tualang antara yang tertinggi di kalangan madu yang ada di Malaysia. Ianya adalah sumber antioksida yang baik untuk melawan radikal bebas yang berpunca daripada pencemaran, cahaya matahari dan bahan kimia.

Antioksida ini dapat melindungi sel dan tubuh badan daripada rosak.

(2) Meningkatkan stamina dan kesuburan

Pengambilan madu tualang dapat membantu meningkatkan kesuburan lelaki dan beberapa hormon wanita.

(3) Mempercepatkan penyembuhan luka

Madu tualang dapat membantu proses penyembuhan luka dan juga kesan terbakar. Ia juga dapat membantu melambatkan infeksi bakteria di dalam luka terutamanya bagi pesakit kencing manis.

Madu Quad tualang asli sumber tenaga dan membantu merawat luka
Madu Quad tualang asli memberikan tenaga dan manfaat kepada pelbagai masalah kesihatan

(4) Sumber Tenaga

Madu merupakan salah satu daripada sumber karbohidrat ringkas yang merangkumi glukosa dan fruktosa (65%-80%).

Karbohidrat adalah sumber tenaga utama yang diperlukan oleh setiap individu.

(5) Anti-Radang

Memandangkan kesan perawatan madu boleh membantu menyembuhkan luka, maka ianya juga mempunyai manfaat untuk mengurangkan keradangan.

Ia juga dapat melindungi diri daripada sinaran UV yang dapat mendorong kepada masalah keradangan dan kerosakan DNA pada sel badan.

(6) Anti-Kanser

Madu tualang yang kaya dengan bahan antioksida dapat membantu memelihara kesihatan sel dan bertindak untuk menghalang pembentukan sel tidak normal seperti kanser.

Kandungan flavonoids juga dapat membantu mengurangkan risiko tumor dan pembiakan sel abnormal kanser.

(7) Penjagaan Kecantikan Kulit

Kandungan flavanoid di dalam madu tualang menjadikannya kaya dengan antioksida dan menjadi pelindung kepada sel dan tisu kulit.

Antioksida akan membantu mengekalkan kolagen dan melambatkan proses penuaan dan kulit akan kelihatan cantik berseri-seri.

Madu tualang juga boleh dijadikan masker untuk menghaluskan kulit muka.

Ini hanyalah sebahagian daripada manfaat madu Quad tualang asli untuk kesihatan kita. Apa yang penting kita perlu mendapatkan madu yang asli untuk mendapat manfaat kesihatan daripadanya.

Pengedar Madu Quad Tualang Asli

Untuk mendapatkan madu Quad tualang asli, kita mestilah mendapatkannya daripada pengedar yang sah.

Ustaz Mohd Faizal Eshak melalui syarikatnya Fitrah Sunnah adalah Rakan Niaga rangkaian madu Quad yang sangat berpengalaman dalam penjualan madu Quad tualang asli.

Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lainnya. (Hadis Riwayat Ahmad)

Ustaz Mohd Faizal Eshak – Pengasas Fitnah Sunnah
Pengasas Fitrah Sunnah
Ustaz Faizal Eshak mahu menerapkan amalan pemakanan sunnah kepada masyarakat untuk mendapat manfaat daripada kebaikannya

Menurut Ustaz Faizal, beliau menjalankan perniagaan makanan sunnah seperti madu, habbatus sauda dan minyak zaitun adalah untuk membantu memberikan manfaat kesihatan kepada orang ramai melalui pemakanan sunnah yang sihat dan terjamin keasliannya.

Ustaz Faizal menjadi rakan niaga kepada Quadmeds yang mengeluarkan produk madu Quad tualang asli ini kerana yakin dengan keaslian madu keluarannya.

Beliau telah membantu ramai orang mendapatkan manfaat daripada pemakanan sunnah ini terutamanya menjadikan madu sebagai makanan tambahan harian. Secara tidak langsung, dapat meningkatkan tahap kesihatan diri.

Malah ada juga pelanggannya yang menghidapi pelbagai jenis penyakit dapat mengurangkan kesakitan hasil daripada amalan makan madu Quad tualang asli ini.

Beliau juga aktif menguruskan Pertubuhan Fitrah Ummah yang menawarkan perkhidmatan perlaksanaan ibadah aqiqah dan qurban di Malaysia dan juga luar negara seperti Kemboja, Vietnam, Thailand, Indonesia, Laos dan Bangladesh (Boleh KLIK di sini untuk ke website Pertubuhan Fitrah Ummah)

Ustaz Faizal berharap agar lebih ramai masyarakat Malaysia dapat mengamalkan pemakanan sunnah supaya dapat memperbaiki tahap kesihatan diri masing-masing.

Bila sihat, kita akan lebih bertenaga untuk menunaikan aktiviti harian kita termasuklah menunaikan ibadah kita seperti solat, haji dan umrah.

Kenapa mesti pilih madu Quad tualang asli?

  • Produk keluaran Muslim yang dijamin bersih dan halal
  • Dituai oleh Team Pemburu Madu, bukan import dari China
  • Menepati syarat piawai madu antarabangsa
  • Lebah hutan terbaik iaitu Apis Dorsata, bukan lebah ternak
  • Madu tualang yang kaya dengan Bee Pollen, Debungan dan Propolis
  • Madu dari ribuan nektar bunga, multifloral
  • Tiada campuran gula disahkan oleh UNIPEQ UKM
  • Mempunyai Sijil FOSIM KKM, MeSTI KKM, SGS dan GENOM Malaysia
Madu Quad dituai daripada hutan tebal
Madu Quad tualang asli dituai daripada sarang lebah di pokok yang tinggi di dalam hutan tebal

Madu Quad tualang asli ni boleh didapat di dalam pelbagai size dan pembungkusan. Ada yang di dalam botol pelbagai size dan juga ada di dalam bentuk stick yang mudah di bawa kemana-mana.

  • Madu Quad (2 kg)
  • madu Quad (1 kg)
  • Madu Quad (430 g)
  • Madu Quad (180 g)
  • Madu Quad Sarang (3 kg)
  • Madu Quad Sarang (325 g)
  • Madu Quad Stick (100 pcs)

Madu Quad Tualang Asli Stick Mudah di bawa Semasa Umrah

Madu Quad tualang asli ini juga boleh di dapati dalam bentuk stick yang sangat mudah untuk di makan dan senang di bawa ke mana sahaja termasuklah semasa melancong dan mengerjakan umrah.

Madu Quad dalam bentuk stick
Madu Quad dalam bentuk stick mudah di makan dan di bawa ke mana-mana

Madu Quad Stick sangat sesuai untuk di bawa semasa melancong atau semasa pergi menunaikan haji dan umrah. Sangat senang di makan dan dapat memberikan lebih tenaga dalam menunaikan ibadah tanpa merasa penat.

Kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan produk madu Quad ini bolehlah menghubungi mereka di talian whatsapp yang berikut untuk membuat pembelian atau mendapatkan maklumat produk yang lebih terperinci.

KLIK DI SINI UNTUK WHATSAPP FITRAH SUNNAH

Nik Nock kongsikan juga link media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak mereka.

WEBSITE FITRAH SUNNAH
NO TELEFON

012 333 5615
(USTAZ FAIZAL ESHAK)
ALAMAT

NO.2991-7, JALAN DAMANSARA
KG. SG. PENCHALA 60000 DAMANSARA
KUALA LUMPUR

Terima kasih Ustaz Faizal Eshak kerana memperjuangkan amalam pemakanan sunnah yang banyak memberi manfaat kesihatan kepada orang ramai. Semoga perniagaan Fitrah Sunnah akan terus berkembang maju di dalam dan luar negara. Aameen.

Nik Nock

Artikel lain yang boleh di baca berhubung dengan senarai keperluan dan kelengkapan ibadah umrah boleh KLIK pada link yang berikut;

Artikel lain yang boleh di baca berhubung dengan senarai kelengkapan umrah boleh KLIK pada link yang berikut;