November 26, 2025

Nik Nock

Blogger Malaysia

Makanan Bebas Gluten Malaysia | Eatslim Lifestyle

Makanan bebas gluten Malaysia

Cerita pasal diet ni sememangnya popular di kalangan rakyat Malaysia. Terutamanya golongan yang mempunyai berat badan yang berlebihan. “Tak nak makan nasi, nak diet..”, itulah di antara dialog yang popular bila nak kurus. Nasi tu sebenarnya tidak termasuk di dalam kategori makanan bebas gluten Malaysia.

Biasa kan kita dengar perkataan gluten? Terutamanya kepada mereka yang sentiasa mencari jalan untuk diet mesti sudah biasa dengar atau pernah membaca mengenai makanan bebas gluten Malaysia.

Ya, Nik Nock sendiri sudah biasa dengar mengenai jenis-jenis makanan bebas gluten Malaysia ni. Semasa berusaha menurunkan berat badan dahulu, Nik Nock banyak mencuba pelbagai jenis diet yang ada seperti Atkins, Intermitten Fasting, Ketodiet dan Suku-suku separuh.

Semasa dalam proses pencarian maklumat mengenai diet-diet tersebut maka terjumpalah maklumat mengenai diet makanan bebas gluten Malaysia.

Apakah Maksud Diet Bebas Gluten?

Gluten merupakan beberapa jenis protein utama yang terkandung di dalam gandum, barli dan rai. Apabila kita mencapurkan air, yis dan tepung yang mengandungi gluten dan menguli adunan tersebut, pretein gluten yang ada akan menjadi elastik seperti gam. Apabila dibakar, protein gluten akan membantu mengekalkan bentuk roti dan teksturnya.

Bagi sesetengah orang, makanan yang mempunyai gluten tidak dapat dicerna dengan baik dan boleh mengakibatkan beberapa masalah kesihatan seperti alahan, pencernaan dan juga penyakit ‘celiac’ atau autoimun.

Oleh itu, untuk mengurangkan risiko kesihatan bertambah teruk, orang yang mengalami alahan kepada gluten biasanya akan mengamalkan diet makanan bebas gluten Malaysia.

Diet bebas gluten bermaksud menukar bahan utama di dalam menu atau hidangan kepada makanan yang tidak mengandungi gluten.

Antara contoh makanan yang mengandungi gluten adalah seperti nasi, gandum, mee, bijirin dan pasta.

Tepung adalah makanan yang mengandungi gluten
Tepung dan Bijirin adalah Antara Makanan Yang Mengandungi Gluten

Untuk diet bebas gluten ini kita perlu memastikan makanan yang diambil adalah bebas daripada senarai makanan yang mengandungi gluten tersebut.

Apakah Jenis Makanan Bebas Gluten Malaysia?

Berikut Nik Nock kongsikan lima jenis makanan bebas gluten Malaysia.

(1) Tepung Bebas Gluten

Tepung adalah bahan makanan yang mengandungi gluten, namun ada beberapa alternatif bahan makanan sebagai ganti kepada gandum.

a) Beras perang

Kita boleh menukar beras putih kepada beras perang yang bebas gluten. Biasanya beras perang ini agak melekit. Antara jenama beras perang yang berada di pasaran adalah seperti Faiza, Jasmine, Eco Brown dan sebagainya.

b) Tepung badam, Tepung jagung dan Tepung Ubi Kayu

Ini adalah antara tepung bebas gluten yang boleh di dapati di pasaraya terdekat. Walaupun pada labelnya tertulis perkataan tepung sebelum ‘beras’ dan ‘jagung’, namun ianya adalah antara makanan bebas gluten Malaysia yang selamat di makan.

c) Kentang

Pada asasnya kentang tidak mengandungi gluten. Namun bergantung juga kepada cara dan bagaimana ianya disediakan. Semakin banyak bahan lain yang ditambah, semakin tinggi risiko gluten akan hadir bersama kentang tersebut.

d) Quinoa

Sama seperti kentang, quinoa juga bebas daripada gluten secara semulajadi. Namun perlu diingatkan bahawa quinoa mengandungi prolamin yang tidak sesuai untuk individu yang mengalami masalah ‘celaic’.

e) Pasta Bebas Gluten

Pasta biasanya diperbuat daripada gandum yang mengandungi gluten. Jenis-jenis pasta adalah seperti spageti, fettucine, makaroni, lasagna dan ravioli.

Namun di pasaran sekarang sudah ada pasta yang diperbuat daripada tepung bebas gluten.

(2) Protein

Boleh dikatakan hampir ke semua jenis daging dan tumbuhan adalah bebas gluten. Kita boleh mengambil makanan berprotein ini tanpa was-was terhadap kandungan glutennya.

a) Kekacang

b) Daging Merah

c) Daging Putih

d) Makanan Laut

Walau bagaimanapun, kita mestilah berhati-hati dengan protein yang diproses terutamanya makanan berprotein di dalam tin. Ini adalah kerana ada kemungkinan ianya dicampur dengan sos dan bahan perasa yang mengandungi gluten.

Oleh itu kita mestilah prihatin dan membaca label pada setiap makanan yang kita ambil.

Antara contoh makanan protein yang diproses adalah daging dan ayam di dalam tin, sosej atau hotdog, salami, kicap dan sebagainya.

(3) Produk Tenusu dan Minyak

Sebahagian besar daripada produk tenusu secara semulajadinya adalah bebas gluten. Namun ramuan dan perisa yang ditambah oleh pengeluar dan pengilang menjadikannya berisiko untuk mengandungi gluten.

Beberapa bahan yang mengandungi gluten yang kebiasaannya ditambah ke dalam produk tenusu adalah seperti pemekat, malt dan pati makanan yang telah diolah.

Antara Makanan bebas gluten Malaysia
Antara Sumber Makanan Bebas Gluten

Antara makanan bebas gluten Malaysia dalam kategori produk tenusu dan minyak adalah seperti berikut;

  • Susu
  • Mentega
  • Keju
  • Krim
  • Yogurt
  • Minyak Zaitun
  • Minyak Kelapa
  • Minyak Bijan
  • Minyak Canola
  • Minyak Matahari

Seperti biasa, kita mesti memeriksa label pada produk-produk ini untuk memastikan tiada bahan yang mengandungi gluten ditambah sebagai ramuannya.

(4) Minuman Bebas Gluten

Selain makanan, kita juga perlu berhati-hati dengan minuman yang mengandungi gluten seperti barli, kopi berperisa dan malt.

Kita boleh memilih minuman yang bebas gluten seperti jus buah-buahan segar, teh, serai, soda dan sebagainya.

Walaupun ianya bebas gluten kita masih perlu bersederhana dalam pengambilan minuman harian terutamanya yang mengandungi gula.

Diet makanan bebas gluten Malaysia ini bukan sahaja bagus diamalkan untuk individu yang alah kepada gluten, namun ia juga boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja yang ingin menjaga kesihatan dan menurunkan berat badan.

Makanan Bebas Gluten Malaysia – Diet Keto Friendly

Sebenarnya diet makanan bebas gluten Malaysia ini adalah hampir sama dengan Keto Diet. Ini adalah kerana Keto Diet mengamalkan pemakanan yang rendah karbohidrat dan tinggi lemak.

Keto Diet juga agak popular di Malaysia kerana sudah ramai pengamalnya yang dapat menurunkan berat badan dan meningkatkan tahap kesihatan diri.

Antara makanan yang boleh diambil di dalam Diet Keto adalah seperti berikut;

(1) Protein Haiwan

  1. Makanan Laut
  2. Daging dan Ayam
  3. Telur

(2) Bahan Tenusu

  • Keju
  • Yogurt
  • Susu berasaskan tumbuhan

(3) Sayur-sayuran

  • Sayuran Hijau
  • Zucchini
  • Sayuran Tinggi Lemak (Avocado & Buah Zaitun)
  • Sayuran Tidak Berkanji (Kobis)

(4) Lemak dan Minyak

  • Minyak Zaitun
  • Mentega
  • Minyak Sapi

Pemakanan yang diamalkan juga adalah terdiri daripada makanan bebas gluten Malaysia. Oleh itu, ianya sesuai juga untuk diamalkan oleh mereka yang mempunyai alahan terhadap gluten.

Makanan Diet Keto – Produk Keluaran EatSlim Lifestyle

EatSlim Lifestyle ini diasaskan oleh Puan Adda Uwais yang sangat suka mengamalkan gaya pemakanan yang sihat. Beliau percaya dengan mengamalkan Diet Keto dapat menurunkan kadar obesiti bukan sahaja di Malaysia malah di dunia.

Dengan penubuhan EatSlim Lifestyle beliau ingin membantu rakyat Malaysia mendapatkan produk pemakanan yang bebas gluten dan bebas gula. Produk keluaran EatSlim Lifestyle sangat sesuai untuk mereka yang ingin mengamalkan Diet Keto seterusnya dapat memperbaiki tahap kesihatan diri.

Produk Makanan bebas gluten Malaysia Keluaran EatSlim Lifestyle
Produk Makanan Bebas Gluten Keluaran EatSlim Lifestyle

Bukan sahaja sesuai untuk individu yang ingin sihat dan menurunkan berat badan, malah produk keluaran EatSlim Lifestyle juga sesuai untuk pesakit kencing manis dan orang yang mempunyai alahan terhadap gluten.

Kawan-kawan yang berminat untuk mengamalkan Diet Keto atau hendak mendapatkan produk makanan bebas gluten dan gula ini boleh menghubungi EatSlim Lifestyle di talian whatsapp yang berikut untuk membuat pembelian atau mendapatkan maklumat produk yang lebih terperinci.

Nik Nock kongsikan juga link media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak mereka.

ALAMAT
NO.B-G-08, P8 AVENUE JALAN SH 1, 1, Persiaran Selayang Heights,
68100 Batu Caves, Selangor
NO TELEFON
03 61278906 / 010 552 4025 / 0182909005
EMAIL
ketodietsifu@gmail.com

Semoga dengan perkongsian ini, Nik Nock berharap agar dapat membantu rakan-rakan yang ingin mendapatkan produk Diet Keto keluaran EatSlim Lifestyle. Produk keluaran mereka adalah dijamin bebas gluten dan gula serta sangat sesuai untuk mereka yang ingin mengamalkan Diet Keto.

Terima kasih Puan Adda yang sentiasa bersemangat untuk membantu ramai orang untuk hidup lebih sihat dengan mengamalkan pemakanan rendah karbohidrat. Semoga EatSlim Lifestyle akan terus berkembang maju dengan produk-produk bebas gluten dan bebas gula keluaran mereka. Aameen.

Nik Nock

Artikel lain yang boleh di baca berhubung dengan senarai kelengkapan umrah boleh KLIK pada link yang berikut;