Sakit gigi ni dia datang tanpa diundang. Tiba-tiba sahaja terasa gigi sakit. Terutamanya bila sakit gigi geraham berlubang dan dibiarkan tanpa rawatan. Sakitnya akan menyebabkan semua aktiviti seharian kita terganggu.
Nik Nock sendiri pernah mengalami sakit gigi akibat daripada gigi dibiarkan berlubang dan tidak segera berjumpa doktor. Pada asalnya kecil sahaja lubangnya.
Tapi disebabkan kita ni jenis memeramkannya selagi tidak sakit, akhirnya lubang gigi semakin membesar dan sakit gigi geraham berlubang pun berlaku.
Nik Nock harap kawan-kawan bukanlah macam tu ya. Teringat pula pepatah yang selalu dikatakan oleh sahabat Nik Nock, Doktor Verde Putra ni.
Lebih Baik Sakit Hati Daripada Sakit Gigi
Dr Verde Putra, Pengasas Klinik Pergigian Verde Amani
Itulah yang selalu diungkapkan oleh Doktor Putra apabila mula berbicara pasal gigi, hahaha. Ada yang setuju ke nak bangkang ni???

Nik Nock rasa betul juga apabila kita betul-betul sakit gigi geraham berlubang memang sakit tu tak dapat ditahan-tahan. Doktor pun tak dapat membuat rawatan semasa gigi tu sakit, cuma boleh diberikan ubat tahan sakit sahaja kan.
“Sediakan Payung Sebelum Hujan”
Peribahasa ni selalu kita dengar semenjak dari kecil, ianya membawa maksud “Berwaspada Sebelum Ditimpa Kesusahan“. Dalam kes sakit gigi geraham berlubang ni kita perlulah peka dengan keadaan gigi.
Sekiranya gigi kita ada tanda pecah, berlubang atau karang gigi, kita jangan biarkan dan terus berjumpa dengan doktor gigi ya.
Ini adalah kerana gigi berlubang tidak mempunyai sebarang rawatan alternatif selain daripada rawatan daripada Doktor Gigi. Sama ada gigi berlubang itu dapat dirawat tampalan, rawatan akar atau terpaksa dicabut sekiranya keadaan tidak dapat diselamatkan lagi.
Antara tips untuk mengelakkan gigi berlubang adalah seperti berikut;
- Berus gigi sekurang-kurang 2 kali sehari selepas makan dan sebelum tidur
- Flos gigi selepas makan
- Kurangkan makanan bergula dan manis
- Lebihkan minum air kosong
- Lebihkan makan sayur dan buah
Dan perkara yang paling penting yang selalu kita lupa adalah;

Jumpa Doktor Gigi Secara Berkala Sekurang-kurangnya 6 Bulan Sekali
Menurut Doktor Putra, kita menjaga gigi mesti mengikut keadaan gigi masing-masing. Seperti berus gigi 2 kali sehari adalah bagi yang tiada masalah gigi.
Namun untuk mereka yang ada masalah gigi berlubang atau susunan gigi tidak teratur memerlukan penjagaan gigi yang extra seperti menggosok gigi setiap kali selepas makan dan flos gigi dengan lebih kerap.
Nik Nock sendiri pun selalu menggunakan flos sejak dari dulu. Ini kerana susunan gigi Nik Nock pun tidak lurus. Jadi perlu sangat untuk memastikan tiada makanan yang tertinggal di celah-celah gigi.
Ada orang mungkin memerlukan lawatan ke klinik gigi yang lebih kerap kerana mengalami masalah dan kerosakan gigi. Oleh itu, doktor dapat membantu memantau dan memberikan rawatan secara berkala sehingga gigi dapat dipulihkan.
Namun, kita hanya mampu merancang kan, kita dah menjaga gigi sebaiknya tapi ada kalanya sakit gigi geraham berlubang datang secara tiba-tiba.
Jadi apa yang kita perlu lakukan sementara mendapatkan rawatan daripada Doktor Gigi?
Tips dan Petua Sakit Gigi Geraham Berlubang
Jadi Nik Nock kongsikan beberapa petua dan tips untuk mengatasi masalah sakit gigi geraham berlubang semasa kita berada dirumah.
(1) Bersihkan Gigi Dengan Air Suam
Kita perlu pastikan gigi bersih dan tiada sebarang sisa makanan yang tertinggal. Guna berus gigi bersama air suam dapat membantu membersihkan keseluruah mulut dan mengurangkan kesakitan yang dialami.
(2) Berkumur Dengan Air Garam

Kita juga boleh berkumur dengan air garam yang suam untuk mengurangkan sakit gigi geraham berlubang dengan langkah-langkan seperti berikut;
- Tambahkan 2 sudu kecil garam ke dalam segelas air suam
- Kacau sehingga larut
- Bilas dan berkumur dengan air tersebut dan buang ke dalam sinki
- Ulang berkumur sehingga air habis
Bilasan air garam yang suam secara menyeluruh ke dalam mulut dapat membantu membersihkan cebisan makanan dalam ruang gigi dan dapat meredakan keradangan.
Jangan Guna Air Panas atau Sejuk kerana ianya boleh menambahkan sakit gigi geraham berlubang.
(3) Minyak Bunga Cengkih
Minyak cengkih juga boleh digunakan sebagai rawatan sementara untuk sakit gigi geraham berlubang. Caranya adalah seperti berikut;
- Titiskan 2 ke tiga titis minyak bunga cengkih ke atas putik kapas, bebola kapas atau tisu yang lembut
- Kemudian letakkan kapas tersebut ke tempat gigi yang berlubang dan biarkan sehingga rasa sakit gigi berkurang
- Ulang sekiranya perlu
Sekiranya minyak bunga cengkih terlalu pekat atau kuat, kita boleh cairkan nya sedikit dengan mencampurkan dengan minyak zaiton.
(4) Ubat Farmasi dan Klinik
Kita juga perlu pastikan di rumah sentiasa tersedia ubat tahan sakit yang boleh diperoleh daripada farmasi atau klinik gigi.
Jadi, sekiranya sakit gigi geraham berlubang tidak mampu ditahan, boleh lah kita memakan ubat terlebih dahulu semasa di rumah.
Nik Nock pernah membaca, ubat seperti Ibuprofen dan acetaminophen adalah dua jenis analgesik yang boleh didapati di farmasi untuk membantu mengurangkan sakit gigi geraham berlubang.
Seeloknya kita perlu mendapatkan nasihat lanjut mengenai penggunaan ubatan ini dari pihak Farmasi dan Doktor gigi ya.
(5) Senaman Dapat Kurangkan Sakit Gigi Geraham Berlubang
Ya, senaman pun boleh membantu mengurangkan sakit gigi yang berlubang. Bila kita bersenam, badan akan mengeluarkan endorfin yang merupakan ubat penenang semulajadi.
Kalau kita dalam keadaan tersangat sakit, mungkin kita boleh membuat senaman ringat seperti berjalan laju atau menaiki tangga.
Dengan perkongsian ini, Nik Nock berharap dapat membantu kita mengurangkan sakit gigi geraham berlubang sementara kita di rumah dan sebelum kita mendapatkan rawatan daripada Doktor Gigi.

Klinik Gigi Kawasan Kelang
Buat rakan-rakan yang berada di sekitar Kelang dan Shah Alam Selangor, boleh juga kunjungi Klinik Pergigian Verde Amani untuk mendapatkan rawatan.
KLIK DI SINI UNTUK TANYA HARGA DAN SOALAN MENGENAI SERVIS GIGI
Atau boleh mengunjungi Laman Web dan media sosial Klinik Pergigian Verde Amani untuk mendapatkan maklumat dan tips mengenai kesihatan gigi yang mereka kongsikan.
Nik Nock kongsikan juga LINK media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Klinik Pergigian Verde Amani sebagai rujukan.
| WEBSITE VERDE AMANI |
| CALL CENTRE VERDE AMANI +6017-577-1657 |
| KLIK UNTUK WHATSAPP VERDE AMANI |
| LOKASI VERDE AMANI HQ NO.25 (GROUND FLOOR, JALAN RAJA NONG, 1/KS2, 41000 KLANG, SELANGOR |
| CAWANGAN VERDE AMANI NO. 41, JALAN RESAK 2/KS7, BANDAR BOTANIK, 41200 KLANG, SELANGOR |
Terima kasih Dr Putra kerana sentiasa memberikan nasihat pergigian yang terbaik. Semoga Klinik Pergigian Verde Amani terus berkembang maju dan membantu lebih ramai orang mendapat gigi yang cantik & sihat. Aameen
Nik Nock
Artikel lain yang boleh di baca berhubung Klinik Pergigian Verde Amani boleh KLIK pada link yang berikut;
More Stories
Promosi Cetak Sampul Raya | Flexisprint
CCTV Servis Ipoh | Chip Computer Ipoh
Gigi Pecah dan Sakit | Verde Amani