Setelah dua tahun wabak Covid-19 melanda dunia, kini segala aktiviti perjalanan dan pelancongan telah dibuka untuk orang ramai. Ini termasuklah ibadah umrah turut dibenarkan oleh kerajaan Arab Saudi. Namun segalanya adalah dalam keadaan norma baru. Senarai kelengkapan umrah kini bukan hanya tertumpu kepada keperluan barangan sahaja, malah penjagaan diri dan kesihatan juga perlu diutamakan.
Syukur kepada Allah SWT kerana muslimin dan muslimah hampir seluruh dunia telah telah dibenarkan untuk mengerjakan ibadah haji dan umrah.
Walau bagaimanapun beberapa tetapan dan garis panduan perlu dipenuhi oleh para jemaah untuk menunaikan ibadah umrah. Paling utama adalah setiap jemaah diwajibkan mengambil suntikan lengkap Covid-19 yang diiktiraf oleh Arab Saudi.
Selain itu, jemaah juga perlu mengemukakan sijil vaksinasi yang disahkan secara rasmi untuk mendapatkan visa kemasukan elektronik melalui aplikasi kesihatan Eatmarna dan Tawakkalna di laman sesawang Kementerian Luar Arab Saudi.
Jika ada perancangan untuk menunaikan ibadah umrah pada masa ini, eloklah kita membuat semakan melalui agensi pelancongan dan umrah atau Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang bertanggungjawab di dalam pengurusan umrah di negara kita.
Pastikan juga syarikat atau ejen umrah yang kita pilih mempunyai lesen perniagaan pengendalian pelancongan luar negera bagi umrah dan ziarah ya. Boleh KLIK di sini untuk senarai syarikat yang mempunyai lesen umrah.
Maklum sahajalah, pelbagai maklumat yang kita baca di media sosial mengenai perihal syarat umrah yang terbaru ini.
Nik Nock juga ada terbaca baru-baru ini ada yang menyebarkan syarat had umur untuk mengerjakan umrah. Apa pun, pastikan kita mendapat maklumat daripada pihak yang berwajib, InshaAllah semuanya akan dipermudahkan.
Harga pakej umrah juga turut ada kenaikan disebabkan SOP yang telah ditetapkan seperti hanya dua jemaah yang dibernarkan untuk berada dalam satu bilik berbanding dengan enam orang untuk satu bilik sebelum pandemik.

Banyak juga kan perkara yang perlu diambil berat semasa menunaikan umrah ketika fasa endamik ini, memandangkan virus Covid-19 masih lagi wujud di kalangan manusia dan sehingga kini sentiasa ada varian baru yang membimbangkan.
Itulah yang Nik Nock maksudkan, kini senarai kelengkapan umrah selain keperluan pakaian dan peralatan juga perlu diseimbangkan dengan keperluan kesihatan diri untuk memastikan kita sentiasa sihat sepanjang mengerjakan ibadah umrah.
Senarai Kelengkapan Umrah Sebagai Persediaan Menunaikan Ibadah dengan Lancar
Antara senarai kelengkapan umrah yang penting untuk dibawa semasa mengerjakan umrah adalah seperti berikut;
- Blouse Telekung Hoodie dan Telekung Berpoket Nahain Creative
- Set Penjagaan Kulit Mesra Ibadah dan Mesra Ihram Rehla
- Suplemen Sakit Lutut – Gluta Colla Plus Cmary
- Bekalan Ubat-ubatan Farmasi Ideal
- Kopi Tenaga UnaCoffee
- Balm Sakit Kepala Pearlherbs
- Madu Quad Tualang Asli
(1) Senarai Kelengkapan Umrah (Wanita) :
Blouse Telekung Hoodie dan Telekung Berpoket Nahain Creative
Keperluan utama bagi jemaah umrah wanita sudah tentunya pakaian yang menutup aurat.
Bukan sahaja menutup aurat dengan sempurna, malah pakaian yang mudah, senang dan selesa amat penting untuk kita bawa semasa menunaikan umrah.
Antara jenama yang sentiasa menjadi pilihan wanita untuk pakaian yang selesa, mudah dan praktikal semasa mengerjakan umrah adalah produk keluaran Nahain Creative.
Mereka sememangnya pakar dalam mereka bentuk pakaian umrah yang praktikal untuk jemaah wanita.
Antara produk Nahain Creative yang sentiasa menjadi pilihan jemaah wanita untuk dibawa semasa mengerjakan umrah adalah blouse telekung hoodie dan telekung poket princess 2tone.

i) Blouse Telekung Hoodie
Blouse ini direka untuk memudahkan urusan jemaah wanita semasa mengerjakan ibadah umrah.
Ianya berbentuk telekung dan blouse (rekaan dua dalam 1) yang sangat selesa dan praktikal untuk di bawa semasa mengerjakan umrah.
Blouse telekung hoodie antara produk ‘hot’ yang sangat tinggi permintaanya untuk kaum wanita yang pergi menunaikan umrah.
Rekaannya bukan sahaja dapat menjimatkan masa malah hoodie yang trendy sangat menarik untuk digayakan.
Antara ciri-ciri dan kelebihan blouse hoodie Nahain Creative yang sesuai untuk jemaah wanita adalah seperti berikut;
- Mudah, cantik dan selesa dipakai semasa umrah
- Rekaan hoodie yang trendy
- Membantu jemaah cepat bersiap untuk ke masjid, ziarah dan ibadah umrah
- Mesra wuduk, hanya keluarkan tangan dari cekaknya
- Bahu dijahit bersambung dan tidak melayang
- Berdagu dan menutup aurat dengan sempurna
- Tangan bercekak kemas
i) Telekung Poket Princess 2Tone
Telekung berpoket amat sesuai untuk digunakan semasa kita mengerjakan umrah.
Rekaannya yang ringkas dapat memudahkan urusan kita mengerjakan ibadah semasa di Tanah suci. Bukan sahaja cantik, malah telekung ini juga menutup aurat dengan sempurna.

Keistimewaan Telekung berpoket Nahain Creative untuk kegunaan jemaah wanita;
- Sangat Selesa
- Mudah dipakai, hanya sarung terus melekap di kepala
- Tidak perlu ikat tali
- Tidak perlu anak tudung
- Cantik seperti tudung
- Muka terletak cantik dan berdagu
- Ringan dan tidak panas
- Tidak melekat di badan
- Senang dijaga
- Ada poket tersembunyi untuk mengisi barang-barang
- Elak peragut dan kecurian
- Tidak perlu membawa beg telekung semasa mengerjakan umrah
- Rekaan kerinting tiga layer yang cantik beralun daripada material denim dan comosoft crepe
- Sangat praktikal untuk memudahkan urusan ibadah semasa umrah
Telekung berpoket dan blouse telekung hoodie ini adalah antara kelengkapan pakaian mesti ada untuk setiap jemaah umrah wanita. Ia sangat praktial, mudah dan selesa serta membantu memudahkan urusan semasa mengerjakan ibadah sepanjang waktu umrah dan haji
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk Nahain Creative ini boleh KLIK link berikut;
Boleh KLIK di sini untuk WhatsApp Nahain Creative
(2) Senarai Kelengkapan Umrah (Lelaki & Wanita) :
Set Penjagaan Kulit Mesra Ibadah dan Mesra Ihram Rehla
Set penjagaan kulit atau skincare adalah salah satu senarai kelengkapan umrah yang tidak boleh dilupakan bagi jemaah lelaki dah wanita.
Keadaan cuaca di tanah Arab sama ada musim sejuk atau panas akan membuatkan kulit dan muka kita menjadi kering dan kusam. Ini akan membuatkan kita tidak begitu selesa ketika menunaikan ibadah umrah.
Oleh itu, penggunaan skincare yang betul dapat membantu memberikan kelembapan kepada kulit kita. Terutamanya untuk kulit yang sensitif akan menjadi cepat kering dan boleh menggelupas.
Pemilihan skincare untuk di bawa semasa mengerjakan umrah perlulah mesra ibadah dan mesra ihram bagi memastikan produk yang digunakan adalah halal dan tidak menganggu ibadah kita.
Rangkaian produk daripada Rehla sememangnya menjadi pilihan para jemaah umrah, bukan sahaja produknya berkualiti dan berkesan malah ianya juga mesra ibadah dan juga mesra ihram.

Produk skincare mesra ihram Rehla boleh digunakan tanpa was-was kerana;
- Diiktiraf Halal oleh JAKIM Malaysia.
- Diformulasikan dan dibangunkan oleh formulator terkenal dari universiti tempatan.
- Hanya menggunakan bahan natural dan juga dari ekstrak buah nanas sebagai bahan asas.
- Tidak mengandungi wangian dan bebas daripada SLS & SLE, parabens dan alkohol.
- SPF50 Rehla adalah ECO-Friendly dan “Reef-Friendly” (Tidak mempunyai bahan kimia yang terlarang)
Apa yang uniknya skincare mesra ihram Rehla ini adalah bahan utamanya yang natural. Ianya diformulasikan daripada ekstrak buah nanas yang mengandungi ‘Bromelain’.
Beberapa kajian mendapati bahawa bromelain dapat membantu mengatasi masalah kulit. Ia juga banyak digunakan di dalam produk untuk menyembuhkan luka akibat terbakar pada kulit sekaligus menghilangkan sel-sel kulit mati.
Selain dari ekstrak bromelain daripada nanas, Rehla juga mengandungi bahan-bahan natural dan premium yang lain seperti minyak argan, minyak bunga matahari dan minyak babassu.

Rehla menyediakan set permulaan atau ‘Starter Kit’ yang mengandungi lima (5) set produk penjagaan kulit iaitu;
(1) Hydrating Facial Cleanser
(2) Hydra Intense Face Serum
(3) Hydrating and Nourishing Face Oil
(4) Hydra Essential Moisturiser
(5) Daily UV Defence SPF 50
Set ini sangat sesuai untuk lelaki dan wanita yang ingin mencuba skincare mesra ihram Rehla. Setnya yang kecil bukan sahaja sesuai sebagai set percubaan malah sesuai untuk di bawa ke mana sahaja terutamanya semasa menunaikan haji dan juga umrah. Kulit yang lembab dan lembut akan membuatkan para jemaah selesa untuk mengerjakan ibadah.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk skincare daripada Rehla ini boleh KLIK link berikut;
Boleh KLIK di sini untuk WhatsApp Rehla
Senarai Kelengkapan Umrah (Lelaki & Wanita) #3 :
(3) Suplemen Sakit Lutut – Cmary Gluta Colla Plus
Bila kita pergi menunaikan umrah sudah semestinya kita melakukan banyak pergerakan dan perjalanan untuk melakukan ibadah. Kebanyakan jemaah akan mengalami rasa sakit lutut, sendi atau kaki terutamanya para jemaah yang sudah berusia dan uzur.
Oleh itu kesihatan yang baik dapat membantu kita mengerjakan ibadah umrah dengan lancar.
Pengambilan makanan tambahan atau suplemen ini dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan atau sekurang-kurangnya dapat mengurangkan rasa sakit yang kita alami.
Antara senarai kelengkapan umrah yang penting adalah suplemen Gluta Colla Plus keluaran Cmary. Para jemaah boleh membawa suplemen ini semasa mengerjakan umrah sebagai makanan tambahan semasa berada di sana.
Suplemen Gluta Colla Plus juga boleh diamalkan sebelum ke umrah bagi mendapat manfaat untuk kesihatan tubuh dan sendi badan kita.

Gluta Colla Plus ini mempunyai fungsi-fungsi yang utama seperti yang berikut;
(1) Fokus untuk membantu sakit lutut dan sendi
(2) Membantu meningkatkan tenaga dalam badan
(3) Membantu memelihara sistem imunisasi badan
(4) Bagus untuk proses penyembuhan badan
(5) Membantu kulit menjadi lebih sihat, cerah dan lembut
Suplemen ini adalah satu pilihan yang sesuai untuk diamalkan oleh para jemaah terutamanya yang mengalami masalah kesihatan yang seperti berikut;
- Sakit lutut
- Kejang otot
- Sakit tumit kaki
- Sakit tengkuk
- Sakit bahu
- Sakit belakang
- Kebas
- Sakit pinggang
Suplemen Gluta Colla Plus Cmary ini sememangnya sangat sesuai untuk jemaah yang mengerjakan umrah atau haji. Sudah ramai yang mencuba suplemen ini dan dapat meringinkan atau mengelakkan mereka daripada sakit semasa mengerjakan ibadah.
Boleh KLIK di sini untuk WhatsApp Cmary
Senarai Kelengkapan Umrah (Lelaki & Wanita) #4 :
(4) Bekalan Ubat-ubatan Farmasi Ideal
Sudah semestinya bekalan ubat-ubatan mestilah dimasukkan di dalam senarai kelengkapan umrah untuk para jemaah. Bekalan ubat mestilah di bawa bersama sebagai persediaan sekiranya kita mengalami demam atau kesakitan semasa berada di Tanah Suci.
Bagi pesakit yang telan mendapat preskripsi ubat daripada doktor, mereka perlu membawa bekalan ubat yang betul dan mencukupi.
Oleh itu kita perlu mendapatkan bekalan ubat-ubatan daripada farmasi komuniti yang berhampiran.
Bagi jemaah yang berada di sekitar Shah Alam dan Klang, boleh ke Farmasi Ideal yang terletak di Desa Latania. Farmasi Ideal juga mempunyai cawangan di Kota Pendamar Klang dan Kemaman, Terenganu.
Farmasi Ideal adalah berdaftar sebagai farmasi komuniti yang berlesen. Ahli Farmasi Ideal bersedia untuk membantu para jemaah mendapatkan bekalan ubat-ubatan yang sesuai.

Antara senarai kelengkapan umrah untuk bekalan ubat-ubatan adalah seperti yang berikut;
(1) Ubat Hospital
Ubat hospital adalah keperluan bagi pesakit seperti kencing manis, darah tinggi, jantung atau sebagainya. Ianya memerlukan preskripsi daripada doktor pesakit.
(2) Oral Aid
Oral aide seperti bonjela perlu di bawa bersama ketika menunaikan umrah kerana keadaan cuaca yang kering di Mekah dan Madinah boleh menyebabkan ulser mulut.
(3) Panadol atau Ubat demam
Panadol diperlukan bukan sahaja untuk menurunkan suhu badan semasa demam, ianya juga boleh melegakan sakit badan dan sakit kepala
(4) Methyl Salicylate
Methyl salicylate adalah ubat sapuan untuk melegakan rasa lenguh pada sendi dan otot
(5) Vaseline
Kegunaan vaseline adalah untuk melembapkan kulit dan mengelakkan bibir pecah akibat cuaca yang kering
(6) Smecta
Ianya adalah ubat cirit birit. Sekiranya mengalami sakit perut akibat daripada tidak biasa dengan makanan arab.
(7) Ubat Selsema
Ubat selsema seperti loratadine, cetrizine atau piriton juga perlu di bawa sebagai persediaan sekiranya mengalami selsema semasa di sana.
(8) Ubat tahan muntah atau pening
Ubat sperti metoclopramide, promethazine atau veloxin boleh membantu menghilangkan rasa mual, muntah dan pening.
Keperluan penjagaan kendiri untuk mengelakkan jangkitan Covid-19 juga perlu di bawa semasa mengerjakan umrah.
- Pelitup muka atau ‘Face mask’
- Hand sanitizer
- Saliva Test Kit
- Termometer
- Pulse Oximeter
Para jemaah boleh mendapatkan nasihat ahli Farmasi Ideal untuk mendapatkan bekalan ubat-ubatan dan kelengkapan kendiri untuk di bawa bersama semasa mengerjakan umrah atau haji
Sekiranya kita kurang pasti untuk membawa ubat-ubatan yang sesuai untuk ke Mekah, kita tidak perlu risau kerana ahli Farmasi Ideal bersedia untuk membantu memberikan perkhidmatan rundingan dan memberikan cadangan ubat-ubatan yang sesuai untuk di bawa ke sana.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Farmasi Ideal ini boleh KLIK link berikut;
Boleh KLIK di sini untuk WhatsApp Farmasi Ideal
Senarai Kelengkapan Umrah (Lelaki & Wanita) #5 :
(5) Kopi Tenaga Una Coffee
Salah satu senarai kelengkapan umrah yang selalu di bawa oleh para jemaah adalah minuman segera seperti kopi.
Masyarakat kini lebih cenderung untuk memilih minuman yang kurang atau tanpa gula. Ini adalah kerana kesedaran terhadap penggunaan gula yang berlebihan boleh memberikan kesan yang buruk terhadap kesihatan diri.
Oleh kerana itulah kopi keluaran UnaCoffee sentiasa menjadi pilihan ramai termasuklah para jemaah umrah dan haji.
Bukan sahaja kerana kopi tenaga UnaCoffee mudah dibawa dan sedap diminum, malah ianya diperbuat daripada bahan premium yang terpilih sahaja.
UnaCoffee mengandungi bahan-bahan yang premium dan berkhasiat seperti Whey Protein, Vitamin B-Kompleks dan juga biji kopi Arabica yang berkualiti tinggi daripada Poland.
Kelebihan Kopi Tenaga UnaCoffee
Bukan sekadar kopi biasa, kopi tenaga UnaCoffee mempunyai banyak kelebihan dan sesuai untuk diminum oleh para jemaah umrah ketika berada di Tanah Suci.
Tambahan pula, UnaCoffee menggunakan nano sugar yang sangat sesuai untuk jemaah bagi mengekalkan kesihatan mereka sepanjang tempoh menunaikan ibadah umrah.

Antara kelebihan kopi keluaran UnaCoffee dan sesuai untuk para jemaah umrah adalah seperti berikut;
(1) Gula Nano (Baik untuk kesihatan)
Gula nano digunakan sebagai pemanis dalam UnaCoffee di mana ia memiliki kandungan kalori dan Indeks Glisemik (GI) yang rendah serta digunakan dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
Penggunaan gula nano ini adalah pilihan yang terbaik pengganti gula putih. Ianya tidak memberikan kesan kepada kandungan gula dalam darah tetapi memberikan rasa manis yang mencukupi untuk rasa kopi yang segar.
- Rendah kalori
- Rendah karbohidrat
- Rasa manis seperti gula
- Tahan lama
- Stabil di suhu panas
- Sesuai untuk semua minuman dan masakan
(2) Tinggi Protein (Whey Protein)
UnaCoffee mengandungi kandungan protein yang tinggi (11.5%).
Ini akan memberikan rasa kenyang yang berpanjangan dan boleh diminum sewaktu rasa lapar. Oleh itu, para jemaah tidak perlu risau untuk berada di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram pada jangkamasa yang lama untuk menunaikan ibadah.
(3) Rendah Kafein
UnaCoffee mengandungi kafein yang rendah iaitu sekitar 80mg setiap hidangan sahaja. Ianya amat sesuai untuk jemaah yang tidak dapat menerima kafein yang tinggi.
Seterusnya ia dapat membantu mengelakkan masalah gastrik, migraine dan dada yang berdebar-debar disebabkan pengambilan kafein berlebihan.
(4) Bervitamin (Vitamin B Kompleks)
UnaCoffee mengandungi Vitamin B kompleks yang bertindak sebagai pemangkin tenaga atau ‘energy booster’.
Ini dapat membantu jemaah memperoleh tenaga untuk melakukan ibadah umrah.
Vitamin B Kompleks juga dapat meningkatkan daya tumpuan jemaah pada sesuatu perkara dan peka kepada keadaan sekeliling serta mengurangkan keletihan pada mata.
Kopi tenaga UnaCofee ini sememangnya sesuai untuk di bawa semasa mengerjakan umrah kerana ia akan membantu memberikan tenaga sepanjang mengerjakan ibadah seperti bertawaf, saie, solat dan juga membaca Al-Quran.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kopi tenaga UnaCoffee boleh KLIK link berikut;
Boleh KLIK di sini untuk WhatsApp UnaCoffee
Senarai Kelengkapan Umrah (Lelaki & Wanita) #6 :
(6) Balm Sakit Kepala Pearlherbs
Di dalam senarai kelengkapan umrah, antara keperluan yang mesti ada adalah balm sakit kepala Pearlherbs.
Bukan sahaja sakit kepala, balm ini juga boleh digunakan untuk melegakan batuk dan selsema, pening, lenguh-lenguh badan, terkena gigitan nyamuk, luka-luka kecil dan sewaktu kecemasan sepanjang jemaah berada di Tanah Suci.

Ia sangat mudah untuk digunakan dan sedia di bawa kemana-mana sahaja kerana saiznya yang kecil.
Jemaah hanya perlu meletakkan balm sakit kepala Pearlherbs ini di dalam beg sepanjang masa dan menggunakannya pada bila-bila masa yang diperlukan.
Kecil bukan sebarang kecil, tetapi balm kecil ini mengandungi campuran minyak kayu putih asli yang mengandungi pelbagai khasiat untuk kesihatan.
Kelebihan minyak kayu putih di dalam balm Pearlherbs ini dapat membantu para jemaah umrah jika menghadapi masalah seperti berikut;
1) Membantu Meredakan Masalah Pernafasan
2) Membantu Meredakan Sakit Kepala
3) Membantu Menyembuhkan Luka Kecil
4) Aromaterapi
5) Membantu Mengurangkan Demam
Balm sakit kepala Pearlherbs ini sangat sesuai untuk di bawa bersama ketika menunaikan haji dan umrah kerana ia dapat membantu memberikan kelegaan buat jemaah sekiranya mengalami masalah pernafasan, sakit kepala, mengurangkan demam dan sebagainya.
Para jemaah tidak perlu risau kerana balm ini sangat mudah untuk digunakan, hanya sapu pada bahagian kepala atau tempat yang dikehendaki.
- Kecil senang di bawa
- Tidak melekit
- Mudah meresap
- Tidak panas pada kulit
- Tiada steroid atau bahan merbahaya
- Selamat untuk semua termasuk kanak-kanak
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai balm sakit kepala Pearlherbs ini boleh KLIK link berikut;
Boleh KLIK di sini untuk WhatsApp Pearlherbs
Senarai Kelengkapan Umrah (Lelaki & Wanita) #7 :
(7) Madu Quad Tualang Asli – Fitrah Sunnah
Madu adalah salah satu makanan sunnah yang mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan manusia.
Antara kebaikan madu adalah ianya merupakan sumber tenaga yang terbaik. Oleh itu, madu juga amat sesuai untuk di bawa oleh para jemaah haji dan umrah semasa menunaikan ibadah.
Madu yang diambil pada setiap pagi sebelum sarapan akan memberikan tenaga extra kepada jemaah umrah.
Semestinya madu quad tualang asli ini adalah di antara yang terbaik. Madu ini mengandungi fenolik dan flavanoid yang tinggi.
Ia juga dapat membantu meningkatkan stamina, mengubati batuk, mengelakkan demam dan selsema yang dihidapi oleh jemaah kerana madu tualang mempunyai kandungan antioksida yang tinggi.
Madu Quad tualang asli ni boleh didapat di dalam pelbagai size dan pembungkusan. Ada yang di dalam botol pelbagai size dan juga ada di dalam bentuk stik yang mudah di bawa kemana-mana.
- Madu Quad (2 kg)
- Madu Quad (1 kg)
- Madu Quad (430 g)
- Madu Quad (180 g)
- Madu Quad Sarang (3 kg)
- Madu Quad Sarang (325 g)
- Madu Quad Stick (100 pcs)

Madu Quad Stick sangat sesuai untuk di bawa semasa pergi menunaikan haji dan umrah. Sangat senang di makan dan dapat memberikan lebih tenaga dalam menunaikan ibadah tanpa rasa penat.
Cara Pengambilan Madu Quad Semasa Umrah
- Madu Quad Stick ini sangat mudah untuk di bawa dan mudah untuk di makan.
- Para jemaah perlu membawa sekurang-kurangnya 30 stick madu Quad semasa di tanah haram.
- Boleh mengamalkan dua (2) stick madu setiap hari iaitu pada waktu pagi dan malam.
- Boleh di letakkan di dalam beg sebagai bekalan semasa berada di tanah haram sehinggalah pulang ke Malaysia kembali.
Kenapa mesti pilih madu Quad tualang asli?
Para jemaah tidak perlu risau kerana madu Quad tualang ini semestinya 100% asli dan mempunyai pengiktirafan daripada KKM, MeSTI, SGS dan sebagainya
- Produk keluaran Muslim yang dijamin bersih dan halal
- Dituai oleh Team Pemburu Madu, bukan import dari China
- Menepati syarat piawai madu antarabangsa
- Lebah hutan terbaik iaitu Apis Dorsata, bukan lebah ternak
- Madu tualang yang kaya dengan Bee Pollen, Debungan dan Propolis
- Madu dari ribuan nektar bunga, multifloral
- Tiada campuran gula disahkan oleh UNIPEQ UKM
- Mempunyai Sijil FOSIM KKM, MeSTI KKM, SGS dan GENOM Malaysia
Dengan mengamalkan madu secara konsisten setiap hari, ianya dapat membantu para jemaan mengerjakan ibadah dengan keadaan kesihatan yang baik dan penuh tenaga.
Pastikan juga madu Quad tualang asli ini diperoleh daripada Rakan Niaga Quadmeds iaitu Fitrah Sunnah bagi jaminan madu tualang yang original.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai madu Quad tualang asli ini boleh KLIK link berikut;
Boleh KLIK di sini untuk WhatsApp Madu Quad
Secara ringkasnya berikut adalah senarai keperluan umrah untuk membantu bakal jemaah umrah dan haji membuat persiapan dan persediaan bagi menunaikan ibadah.
Senarai Kelengkapan Umrah (Telekung, Ubat dan Suplemen)
- Blouse Telekung Hoodie dan Telekung Berpoket Nahain Creative
- Set Penjagaan Kulit Mesra Ibadah dan Mesra Ihram Rehla
- Suplemen Sakit Lutut Gluta Colla Plus Cmary
- Bekalan Ubat-ubatan Farmasi Ideal
- Kopi Tenaga UnaCoffee
- Balm Sakit Kepala Pearlherbs
- Madu Quad Tualang Asli
Senarai Kelengkapan Umrah Bagi Semua
- Pakaian Tidur
- Pakaian Dalam
- Beg Galas
- Baju Sejuk
- Tasbih
- Al-Quran
- Buku Doa
- Minyak Wangi
- Kasut / Selipar
- Ubat-Ubatan
- Losyen Badan & Tangan
- Sarung Tangan
- Hand Sanitizer
- Barangan Mandian
- Botol Air
Senarai Kelengkapan Umrah Bagi Jemaah Lelaki
- Kain Ihram
- Baju Melayu
- Seluar / Kain Pelikat
- Tali Pinggang
- Kopiah
Senarai Kelengkapan Umrah Bagi Jemaah Perempuan
- Kain Telekung
- Baju Jubah
- Stokin
- Tudung
- Peralatan Keperluan Wanita
- Alat Solek
Semoga dengan perkongsian senarai kelengkapan umrah ini dapat membantu para jemaah yang akan menunaikan ibadah umrah membuat persediaan.
Jemaah yang dijemput untuk menjalankan Umrah dan Haji ketika pandemik COVID-19 adalah jemaah yang terpilih dan sangat beruntung.
Apa yang penting adalah kita biasakan diri dengan norma baru sewaktu mengerjakan umrah seperti mematuhi SOP yang telah digariskan oleh pihak berkuasa.
Didoakan agar semua jemaah umrah akan dapat menunaikan ibadah dengan lancar. Semoga kita dijauhi daripada sebarang jenis penyakit termasuk Covid-19 semasa berada di Tanah Suci.
Terima kasih kepada semua usahawan yang menyediakan produk kelengkapan yang halal, suci dan mesra ibadah untuk keperluan para jemaah ketika menunaikan ibadah umrah. Semoga usaha semua pihak iaitu Nahain Creative, Rehla, UnaCoffee, Pearlherbs, Farmasi Ideal, CMary dan Fitrah Sunnah terus memberikan manfaat kepada muslim dan muslimah untuk menunaikan umrah dengan sempurna Aameen
Nik Nock
More Stories
Makanan Bebas Gluten Malaysia | Eatslim Lifestyle
Serunding Daging Tahan Lama | HajiWan Serunding
Madu Quad Tualang Asli | Fitrah Sunnah