November 26, 2025

Nik Nock

Blogger Malaysia

Serunding Daging Tahan Lama | HajiWan Serunding

Serunding daging tahan lama HajiWan

Serunding daging tahan lama HajiWan

“Tak ada seleranya nak makan makanan kat sini…”. Nik Nock ingat lagi dialog ni ketika berkunjung ke Beijing, China suatu ketika dulu. Pada masa tu, serunding daging yang di bawalah penjadi penyelamat dan pembuka selera. Serunding daging tahan lama ke Nik Nock? Sesuai ke untuk di simpan dan di bawa semasa travel?

Semestinya lah ianya tahan lama dan sangat sesuai untuk di simpan sebagai bekalan dan boleh dimakan pada bila-bila masa. Tapi kita mestilah memilih serunding yang berkualiti untuk memastikan serunding yang dibeli sedap dan boleh di simpan lama.

Serunding Makanan Popular dari Kampung Laut, Kelantan

Sebagai orang Kelantan, pilihan Nik Nock sekeluarga adalah serunding dari Kampung Laut yang terkenal dengan perusahaan serunding. Kampung Laut ni terletak di jajahan Tumpat, Kelantan. Terdapat berpuluh keluarga yang menjalankan perusahaan serunding di Kampung Laut.

Semuanya sedap dan mereka memiliki resepi, petua dan cara tersendiri dalam pembuatan serunding bagi memastikan serunding yang dihasilkan sempurna, berkualiti dan tahan lebih lama.

Arwah emak dulu pernah bercerita bahawa proses pembuatan serunding bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya memerlukan bahan yang berkualiti dan proses memasak yang agak lama bagi menghasilkan serunding daging tahan lama dan berkualiti.

Salah satu petuanya adalah santan perlu dimasak lebih lama dan serunding di masak sehingga betul-betul kering dengan menggunakan dapur kayu.

Barulah bau dan rasa serunding betul-betul sedap.

Walau bagaimanapun, setiap pengusaha memiliki resepi rahsia, cara dan petua masing-masing yang menjadikan Kampung Laut terkenal dengan perusahaan serunding.

Serunding Daging Tahan Lama HajiWan Kampung Laut, Kelantan

Antara perusahaan serunding yang Nik Nock syorkan adalah serunding daging tahan lama HajiWan. Jenama HajiWan diasaskan oleh Haji Wan Loh yang berasal dari Kampung Laut. Resepi turun temurun daripada nenek Haji Wan telah diteruskan oleh keluarga semenjak tahun 1976.

Sekitar tahun 2000, jenama serunding HajiWan telah mula dinaiktaraf dan dipasarkan bukan sahaja di pasar-pasar awam di Kelantan malah turut berada di kiosk-kiosk terpilih di sekitar Lembah Kelang.

Nik Nock bersama HajiWan
Nik Nock Bersama Haji Wan Loh iaitu Pengasas Serunding HajiWan

Menurut Haji Wan, beliau sentiasa inginkan perniagaan serunding HajiWan berkembang lebih maju. Bagi memenuhi permintaan serunding daging tahan lama HajiWan, beliau kini dalam proses membuka kilang baru untuk perniagaan serundingnya.

Kilang baru yang berlokasi di Kelantan itu lebih luas dan bakal menampung operasi yang lebih besar. Apa yang menginspirasikan, Haji Wan sentiasa berfikiran ke hadapan dalam mencapai misi dan matlamat perniagaan Serunding HajiWan.

Haji Wan bersama Perdana Menteri
Haji Wan bersama Perdana Menteri di Booth HajiWan Semasa Program KLCC Exhibition 2021

Produk Keluaran Serunding HajiWan

Serunding HajiWan bukan sahaja mengeluarkan serunding daging tahan lama sahaja, malah HajiWan mempelbagaikan serunding keluaran mereka demi memenuhi citarasa pelanggan yang pelbagai. Maklum je kan, bukan semua orang suka atau boleh makan daging.

Ada orang suka makan ayam terutamanya kanak-kanak. Malah ada juga yang suka makan ikan berbanding daging. Kalau macam Nik Nock ni semua pun suka makan! Begitulah selera masing-masing kan.

Oleh itu, HajiWan mengeluarkan tiga jenis serunding iaitu daging, ayam dan juga ikan. Setiap jenis serunding ini dinamakan dengan mana yang unik agar mudah diingati dan dibezakan mengikut jenis serunding keluaran mereka.

(1) ‘Daging Kay-Kay’ – Serunding Daging Tahan Lama HajiWan

Daging Kay-Kay adalah serunding yang diperbuat daripada daging lembu yang terpilih. ‘Meat Floss’ ini khas untuk peminat tegar serunding daging. Ianya sangat lembut dan sedap dimakan dengan pelbagai cara.

(2) ‘Serama Kok-Kok’ – Serunding Ayam HajiWan

Bagi peminat ayam, HajiWan mengeluarkan serunding ayam ‘Chicken Floss’ yang lembut dan sesuai dimakan oleh semua peringkat umur. Sudah tentunya amat sesuai untuk dinikmati oleh kebanyakan anak-anak yang lebih gemarkan daging ayam.

(3) ‘Tuna Blup-Blup’ – Serunding Ikan HajiWan

Selain dari serunding daging dan ayam, HajiWan juga mengeluarkan serunding ikan yang dinamakan ‘Tuna Blup-Blup’. Ianya diperbuat daripada ikan yang segar dan dimasak dengan resepi turun menurun. Serunding ayam ini mempunyai rasa yang enak, lemak dan sesuai dimakan begitu sahaja.

Produk keluaran serunding HajiWan
Serunding Daging, Ayam dan Ikan Keluaran HajiWan

Keistimewaan Serunding Daging Tahan Lama HajiWan

Bagi Nik Nock, istimewanya serunding HajiWan ni adalah kerana pengasasnya HajiWan yang sentiasa memberikan servis dan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan beliau. Beliau bukan sahaja mengutamakan kualiti produk serunding keluaran HajiWan malah servis kepada pelanggan menjadi keutamaannya.

Di sini Nik Nock kongsikan antara keistimewaan serunding daging tahan lama HajiWan.

(1) Serunding HajiWan Tahan Sehingga Setahun

Serunding HajiWan dimasak secara berkala untuk memastikan produk serundingnya sentiasa yang segar untuk dinikmati oleh pelanggan mereka. Resepi dan teknik masakan yang tersendiri menjadikan serunding daging tahan lama dan enak dimakan pada bila-bila masa.

Setiap pembungkusan serunding HajiWan akan dinyatakan tarikh pembuatannya untuk memastikan pelanggan dapat memantau tempoh kesegaran serunding yang dibeli.

Pastikan serunding disimpan di dalam bekas kedap udara dan elakkannya terdedah kepada cahaya matahari secara langsung. Cara ini juga dapat memastikan serunding daging tahan lama dan lebih terpelihara kesegarannya.

Nik Nock pasti, tak sampai setahun serunding HajiWan sudah pasti dah habis dimakan!

(2) Bahan Segar, Asli dan Berkualti

Sememangnya produk serunding keluaran HajiWan diperbuat daripada bahan mentah yang segar dan rempah ratus yang yang terpilih dan berkualiti sahaja. Ianya juga diperbuat tanpa sebarang bahan pengawet serta warna dan perasa tiruan.

Sebab itulah rasa serunding daging tahan lama HajiWan sedap!

(3) Produk Keluaran Bumiputera

HajiWan adalah jenama keluaran Bumiputera dan dijamin HALAL dan BERSIH serta boleh dimakan tanpa was-was.

(4) Resepi Keluarga Turun Temurun

Serunding HajiWan dimasak dan diproses di Kampung Laut, Kelantan menggunakan resepi keluarga turun temurun. Resepi keluarga ini dikekalkan sehingga kini demi memelihara keaslian produk keluaran serunding HajiWan.

(5) Rasa Serunding Sederhana Pedas

Semua serunding HajiWan mempunyai rasa dan keenakannya tersendiri. Teksturnya lembut dan sederhana pedas sangat sesuai dimakan seisi keluarga.

Serunding HajiWan juga boleh dimakan oleh ibu yang sedang berpantang sebagai penambah selera dan menambahkan tenaga kerana ianya mempunyai sumber protein yang baik untuk kesihatan.

(6) Sesuai Sebagai Hadiah, Doorgift Majlis dan Sedekah

Serunding daging tahan lama HajiWan sangat sesuai untuk dijadikan hadiah kepada keluarga, kawan-kawan dan sanak saudara bersempena sesuatu majlis atau sebagai tanda ingatan kita kepada mereka.

Serunding daging tahan lama HajiWan boleh dijadikan pengganti diri terutamanya kepada orang tua di kampung, anak yang sedang belajar dan tanda ingatan kepada keluarga dan kawan-kawan.

Selain itu, serunding HajiWan juga boleh dijadikan sumbangan dan sedekah kepada persatuan dan organisasi yang memerlukan seperti rumah anak yatim, fakir miskin, rumah orang tua serta badan-badan NGO yang aktif menjalankan sumbangan kepada pihak yang memerlukannya.

Paling sesuai adalah menjadikan serunding daging tahan lama HajiWan ini sebagai doorgift untuk majlis perkahwinan, pertunangan, harijadi dan lain-lain. Selain tahan lama, ianya juga sesuai dengan selera ramai orang. Oleh itu, doorgift tersebut akan memberi makna kepada tetamu.

(7) Bekalan Semasa Perjalanan, Aktiviti Luar dan Melancong

Bagi orang yang memiliki citarasa makanan Malaysia yang tinggi, Nik Nock amat syorkan agar kita membawa bekalan serunding daging tahan lama HajiWan semasa kita berkunjung atau melancong ke luar negara.

Ianya amat membantu meningkatkan selera makan kita bila berada di negara luar terutama yang mempunyai budaya dan citarasa makanan yang berbeza dengan Malaysia.

Serunding daging tahan lama sesuai di bawa semasa menunaikan haji dan umrah
Serunding HajiWan Sesuai Sebagai Bekalan Makanan Semasa Mengerjakan Haji dan Umrah

Serunding HajiWan juga amat sesuai untuk dibawa oleh jemaah Haji dan Umrah semasa berada di Tanah Suci Mekah. Ianya dapat membantu menambah selera makan dan memberikan tenaga kepada jemaah untuk menjalankan ibadah dengan lancar.

Selain melancong, mereka yang suka menjalankan aktiviti luar seperti memancing, mendaki dan berkhemah, eloklah juga membawa serunding daging tahan lama HajiWan sebagai bekalan makanan. Ianya amat mudah dibawa dan sedia dimakan pada bila-bila masa sepanjang aktiviti tersebut.


Kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan serunding daging tahan lama HajiWan ini boleh menghubungi mereka di talian whatsapp yang berikut untuk membuat pembelian atau mendapatkan maklumat produk yang lebih terperinci.

KLIK DI SINI UNTUK WHATSAPP HAJIWAN

Nik Nock kongsikan juga link media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak mereka.

ALAMAT
Richness Foods Industry,
No.15, Kg. Laut 1, Palekbang, 16040 Tumpat,
Kelantan
NO TELEFON
+6013-3308552
EMAIL
richness.wan@gmail.Com

Semoga dengan perkongsian ini, Nik Nock berharap agar dapat membantu rakan-rakan yang ingin mendapatkan serunding daging tahan lama keluaran HajiWan yang sedap, berkualiti dan sesuai dimakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Terima kasih Haji Wan yang sentiasa bersemangat untuk memperkenalkan serunding keluaran HajiWan yang ternyata mendapat tempat di hati pelanggan di dalam dan di luar negara. Semoga serunding HajiWan terus berkembang maju dan membawa nama negara di mata dunia dalam industri makanan tradisional. Aameen.

Nik Nock

Artikel lain yang boleh di baca berhubung dengan senarai kelengkapan umrah boleh KLIK pada link yang berikut;