Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Lebih-lebih lagi kecantikan kulit muka. Muslimah kini lebih peka untuk memilih skincare yang halal dan lebih natural. Ini adalah untuk memastikan skincare tersebut boleh dipakai semasa melakukan ibadah. Terutamanya semasa menunaikan haji dan umrah. Sudah semestinya skincare mesra ihram Rehla menjadi pilihan.
Bukan sekadar cantik, tetapi sebenarnya fungsi skincare ini adalah untuk menjaga kebersihan kulit muka agar sentiasa bersih dan suci.
Lebih-lebih lagi jika kita mengenakan solekan di muka kan. Walaupun berseri bila kita bersolek, namun kita tetap kena bersihkannya setiap kali hendak bersolat.
Kekangan sebeginilah yang membuatkan ramai pengeluar makeup dan skincare mula menitikberatkan kandungan produk mereka agar ianya mesra wuduk untuk memudahkan wanita muslimah mengerjakan ibadah.
Rata-rata wanita kini memiliki satu set skincare yang menjadi rutin harian untuk penjagaan kulit. Tak kira berada di mana pun, penjagaan kulit muka tidak dapat dipisahkan daripada rutin harian. Walau pun terpaksa bekerja di luar, melancong sehinggalah pergi menunaikan ibadah haji dan umrah, mesti membawa skincare yang halal dan mesra wuduk.
Namun ada juga wanita yang tidak suka untuk memakai skincare. Bagi sesetengah orang, cukup sekadar cuci muka dengan air bersih.
Nik Nock sendiri pun tidak memakai skincare yang lengkap, memadai dengan pencuci muka, pelembab dan juga pelindung matahari.
Walau apa pun skincare yang kita gunakan, sebagai seorang muslimah kita mestilah menggunakan produk yang di jamin halal dan boleh dipakai sepanjang masa tanpa was-was.
Bukan sahaja wanita, namun kini orang lelaki juga sudah ramai yang mula menjaga kebersihan wajah dengan memilih produk yang halal.

Produk Skincare Mesra Ihram Rehla
Jadi apakah yang dimaksudkan dengan produk skincare mesra ihram Rehla ini?
Produk skincare keluaran Rehla adalah Selamat, Halal, Mesra Ibadah dan juga Mesra Ihram.
Produk skincare yang selamat, halal, mesra ibadah dan mesra ihram membawa maksud, kita boleh memakainya sewaktu kita menunaikan ibadah seperti solat, umrah dan haji tanpa was-was.
Ini bermakna, pengguna produk tidak perlu risau kerana semua bahan-bahannya adalah halal malah sangat berkualiti dan diiktiraf oleh JAKIM.
Produk skincare mesra ihram Rehla boleh digunakan tanpa was-was kerana;
- Diiktiraf Halal oleh JAKIM Malaysia.
- Diformulasikan dan dibangunkan oleh formulator terkenal dari universiti tempatan.
- Hanya menggunakan bahan natural dan juga dari ekstrak buah nanas sebagai bahan asas.
- Tidak mengandungi wangian dan bebas daripada SLS & SLE, parabens dan alkohol.
- SPF50 Rehla adalah ECO-Friendly dan “Reef-Friendly” (Tidak mempunyai bahan kimia yang terlarang)
Jenama Produk Skincare Mesra Ihram Rehla
Rehla adalah satu jenama yang diasaskan oleh Puan Siti Hajar Harun melalui pengalaman beliau yang sukar mencari produk yang tidak mempunyai bahan kimia yang merbahaya kepada kulit.
Puan Siti Hajar yang suka melancong di dalam dan luar negara juga selalu menghadapi masalah untuk membawa produk skincare yang boleh ‘Grab & Go’ tetapi selamat, natural dan tiada wangian dan alkohol.
Apa yang penting bagi beliau adalah produk yang suci dan boleh digunakan ketika menunaikan solat. Tetapi ianya agak sukar untuk didapati di pasaran masa kini.

Setelah melalui pelbagai proses dan kajian, akhirnya beliau dapat mengeluarkan produk skincare mesra ihram Rehla.
Sehingga kini Rehla telahpun berkembang dan mengeluarkan pelbagai produk yang lain seperti produk mandian halal dan juga hand sanitizer.
MULAI DENGAN YANG HALAL, HANYA REHLA
Puan Siti Hajar – Pengasas Rehla
Kenapa perlu bawa skincare mesra ihram Rehla semasa umrah dan haji?
Keadaan cuaca di tanah Arab samada musim sejuk atau panas akan membuatkan kulit dan muka kita menjadi kering dan kusam. Ini akan membuatkan kita tidak begitu selesa ketika menunaikan ibadah haji atau umrah.
Oleh itu, penggunaan skincare mesra ihram Rehla dapat membantu memberikan kelembapan kepada kulit kita. Terutamanya untuk kulit yang sensitif akan menjadi cepat kering dan boleh menggelupas.
Jadi apakah kandungan skincare mesra ihram Rehla ni yang menjadikannya produk yang dapat membantu melembabkan dan melindungi kulit kita?
Kandungan Skincare Rehla
Apa yang uniknya skincare mesra ihram Rehla ini adalah bahan utamanya yang natural. Ianya diformulasikan daripada ekstrak buah nanas yang mengandungi ‘Bromelain’.
Bromelain adalah enzim protease yang ditemui dalam buah nanas (Ananas comosus) yang tergolong dalam keluarga tanaman Bromeliaceae. Enzim bromelain juga boleh di dapati pada bahagian batang nanas dan pada beberapa jenis buah-buahan lain (walaupun begitu, kandungan bromelin pada buah lain adalah rendah berbanding buah nanas)
Beberapa kajian mendapati bahawa bromelain dapat membantu mengatasi masalah kulit. Ianya juga banyak digunakan di dalam produk untuk menyembuhkan luka akibat terbakar pada kulit sekaligus menghilangkan sel-sel kulit mati.

Selain dari ekstrak bromelain daripada nanas, Rehla juga mengandungi bahan-bahan natural dan premium yang lain seperti minyak argan, minyak bunga matahari dan minyak babassu.
Bukan sahaja bahan-bahan yang terpilih dijadikan ramuan, malah formulasi skincare mesra ihram Rehla dihasilkan daripada kajian yang penuh teliti oleh Pakar Kimia daripada Universiti tempatan.
Produk Keluaran Rehla
Jenama Rehla fokus kepada produk yang mesra ibadah, mesra ihram dan disahkan halal.
Selain skincare, Rehla juga turut mengeluarkan set penjagaan badan yang berasaskan bahan semulajadi, bebas daripada bahan kimia yang merbahaya dan selamat untuk digunakan oleh semua peringkat umur.
(1) Set Skincare Mesra Ihram Rehla

Sememangnya skincare mesra ihram Rehla telah mula mendapat perhatian ramai muslimah yang mementingkan produk yang halal dan yang paling penting tetap memberikan kesan yang baik kepada kulit.
Bukan untuk wanita sahaja, malah formulasi Rehla boleh digunakan juga oleh orang lelaki.
Rehla menyediakan set permulaan atau ‘Starter Kit’ yang mengandungi lima (5) set produk penjagaan kulit iaitu;
(1) Hydrating Facial Cleanser
Hydra Facial Cleanser diformulasikan dari ekstrak Nanas yang mengandungi agen “ANTI-OKSIDA” dan “ANTI-RADANG” yang akan membantu MENGURANGKAN KERADANGAN dan MENYEMBUHKAN KULIT.
(2) Hydra Intense Face Serum
Hydra Intense Face Serum menggunakan teknologi High pressure Homogenizer bagi menghasilkan Nano Teknologi ke dalam produk supaya ianya membentuk sebagai nano particles size yang sangat halus untuk lebih efikasi dan lebih efektif meresap ke dalam kulit
(3) Hydrating and Nourishing Face Oil
“Hydrating and Nourishing Face Oil pula sangat baik untuk kulit muka kita kerana ianya akan mengunci minyak untuk menghidrat kulit dengan lebih baik dan juga bagus untuk kemasan solekan. Solekan kita akan mudah diadun dan membuatkan solekan tahan lebih lama.
(4) Hydra Essential Moisturiser
Hydra Essential Moisturiser juga dihasilkan daripada ekstrak Nanas atau nama saintifiknya enzim bromelain yang mengandungi Vitamin E yang kaya dengan “ANTIOKSIDAN”. Ini akan melindungi kulit kita daripada kerosakan dan membantu menganjalkan kulit.
(5) Daily UV Defence SPF 50
Pelengkap kepada set skincare mesra ihram Rehla ini ialah pelindung matahari Sun Defense SPF50. Ianya tidak mengandungi bahan kimia berbahaya iaitu oxybenzone dan octinoxate yang boleh membahayakan alam sekitar terutamnya terumbu karang.

Set ini sangat sesuai untuk lelaki dan wanita yang ingin mencuba skincare mesra ihram Rehla. Setnya yang kecil bukan sahaja sesuai sebagai set percubaan malah sesuai untuk di bawa ke mana sahaja seperti melancong, menunaikan haji dan juga umrah.
(2) Set Penjagaan Badan (Body Set) Rehla
Set penjagaan badan Rehla juga diformulasi dengan menggunakan ekstrak nenas serta minyak semulajadi untuk penjagaan kulit dan badan agar sentiasa segar dan sihat.
Satu set penjagaan badan Rehla ini mengandungi produk yang lengkap untuk penjagaan diri.
(1) Moisturising Shampoo
Syampu Rehla ini dirumus dengan ekstrak akar daun basil dan xylitol yang dapat membantu mencegah keguguran rambut dan kelemumur. Ia juga akan membuatkan rambut menjadi cantik, berkilat dan sihat secara semulajadi.
(2) Ultra-Nourishing Shower Oil
Mandian ini sangat kaya dengan minyak semulajadi. Buihnya akan membersihkan kulit secara halus dan akan membuatkan kita berasa segar setiap kali selepas mandi.

(3) Nourishing Hand & Body Lotion
Losyen badan daripada Rehla ini akan membantu melembapkan kulit serta menjadikannya licin dan lembut.
(4) Moisturising Lip Balm
Lip balm Rehla diperbuat daripada campuran minyak semulajadi dan ekstrak ‘Yellow mustard sprout’. Ianya membantu melindungi bibir daripada keadaan cuaca yang kering dan juga bertindak sebagai anti-penuaan.
(5) Deep Moisturising Balm
Balm pelembap Rehla ini diperbuat daripada campuran mentega koko dan minyak mineral. Ianya berfungsi untuk melembap dan menganjalkan kulit.
Sudah semestinya set penjagaan badan Rehla ini juga boleh digunakan tanpa was-was dan ianya juga mesra ibadah dan mesra ihram.
Kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan set skincare mesra ihram Rehla ini bolehlah menghubungi mereka di talian whatsapp yang berikut untuk membuat pembelian atau mendapatkan maklumat produk yang lebih terperinci.
KLIK DI SINI UNTUK WHATSAPP REHLA
Nik Nock kongsikan juga link media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak mereka.
Semoga dengan perkongsian ini, Nik Nock berharap agar dapat membantu rakan-rakan terutamanya muslim dan muslimah untuk mendapatkan produk penjagaan muka dan badan yang halal, selamat dan mesra ibadah ini.
Terima kasih Puan Siti Hajar kerana menginspirasikan para muslim dan muslimah untuk menggunakan produk skincare yang mesra ibadah dengan ramuan yang berkualiti. Semoga jenama Rehla terus berkembang maju membawa nama negara dan islam di mata dunia. Aameen.
Nik Nock
More Stories
Makanan Bebas Gluten Malaysia | Eatslim Lifestyle
Serunding Daging Tahan Lama | HajiWan Serunding
Senarai Kelengkapan Umrah | Lelaki dan Perempuan