November 26, 2025

Nik Nock

Blogger Malaysia

Suplemen Sakit Lutut Cmary | Gluta Colla Plus

Suplemen-Sakit-Lutut-Cmary

Bila semakin berusia ni kan, biasanya kesihatan kita akan semakin merosot. Antara masalah yang selalu dihadapi oleh golongan yang meningkat usia adalah sakit lutut. Pengambilan suplemen sakit lutut Cmary iaitu Gluta Colla Plus boleh membantu mengurangkan kesakitan yang dialami.

Namun sakit lutut ini bukan berpunca daripada faktor usia sahaja. Ianya boleh berlaku disebabkan oleh faktor kemalangan dan aktiviti harian yang lasak.

Nik Nock sendiri pernah mengalami sakit lutut selepas melakukan aktiviti pendakian bukit. Nak daki bukit untuk sihat, namun sakit lutut pula yang dapat. Itulah kalau kita tidak berhati-hati, risiko untuk mendapat sakit lutut boleh berlaku tak kira dalam apa pun situasi.

Tapi yang penting, bila sahaja kita merasa lutut kita sakit kita mestilah mendapatkan rawatan daripada doktor yang bertauliah. Mana la tahu kan ada yang terkehel di mana-mana. Sakit lutut ni melibatkan sendi juga.

Suplemen-Sakit-Lutut-Cmary
Gluta Colla Plus Cmary

Jenama Cmary

Cmary adalah satu jenama yang diasaskan oleh Puan Siti Mariam Binti Ismail.

Beliau pernah mengalami kecederaan yang parah akibat terjatuh selepas terpijak beg plastik. Kejadian itu telah menyebabkan tulang rawan di kakinya rosak. Beliau telah menjalani pembedahan sebanyak dua kali dan akhirnya Doktor telah mengesahkan beliau tidak akan sembuh dan perlu menggunakan tongkat seumur hidup beliau.

Disebabkan kecederaan sebegitu, Puan Siti Mariam telah dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) selama 5 tahun.

Namun, siapalah kita hambanya berbanding dengan kekuasaan Ilahi. Beliau akhirnya kembali sihat seperti sediakala pada tahun 2016 dan tidak lagi perlu menggunakan tongkat untuk berjalan.

Apa yang berlaku telah membuatkan Puan Siti Mariam ingin membantu lebih ramai orang yang menghadapi masalah kesihatan agar mereka terus tabah dan tidak berputus asa.

Beliau sembuh dengan izin Allah SWT melalui suplemen yang beliau amalkan serta azam dan sifat tidak berputus harapannya untuk sembuh.

Melalui detik itulah, beliau bersama-sama suaminya, menjalankan perniagaan produk suplemen Gluta Colla Plus semenjak tiga tahun yang lalu di bawah syarikat Cmary Rich Sdn Bhd yang berlokasi di Shah Alam, Selangor.

Kini perniagaannya kian berkembang dan telah membantu ramai orang mengurangkan masalah kesihatan yang di hadapi termasuklah mereka yang terpaksa mendirikan solat di atas kerusi sehingga boleh kembali solat berdiri.

Setiap penyakit ada ubatnya. Jangan berputus asa berusaha untuk sihat. Kesihatan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Tapi boleh beli suplemen Cmary untuk membantu anda sihat dan menambah nilai hidup yang lebih baik. InShaAllah.

Puan Siti Mariam – Pengasas Cmary
Pengasas Cmary
Puan Siti Mariam Menginspirasikan Cmary Melalui Pengalaman Beliau Yang Memegang Kad OKU

Kisah yang penuh inspirasi ini menjadikan Puan Siti Mariam terus berusaha tanpa henti untuk membantu mereka yang sakit atau sekurang kurangnya meringankan kesakitan yang dialami.

Jadi, apa sebenarnya kelebihan suplemen Gluta Colla Plus ini?

Suplemen Sakit Lutut Cmary Gluta Colla Plus

Suplemen sakit lutut Cmary ni bukan sahaja sesuai untuk yang mengalami masalah sakit lutut sahaja. Malah ianya mempunyai fungsi-fungsi yang utama seperti yang berikut;

(1) Fokus untuk membantu sakit lutut dan sendi

(2) Membantu meningkatkan tenaga dalam badan

(3) Membantu memelihara sistem imunisasi badan

(4) Bagus untuk proses penyembuhan badan

(5) Membantu kulit menjadi lebih sihat, cerah dan lembut

Seperti sediakan payung sebelum hujan. Pengambilan makanan tambahan dan suplemen sakit lutut Cmary juga boleh membantu meningkatkan imunisasi dalam badan kita seterusnya dapat mencegah sebarang jenis penyakit.

Pada masa kini, semakin ramai yang mula prihatin terhadap pengambilan suplemen dalam membantu meningkatkan tahap kesihatan diri.

Tambahan lagi semenjak wabak Covid19 melanda dunia. Kita semakin peka dalam menjaga kesihatan diri untuk mengelakkan sebarang jenis penyakit terutamanya Covid19 yang meragut banyak nyawa manusia.

Jadi pengambilan suplemen yang baik sudah menjadi sebahagian daripada keperluan norma baru dalam masyarakat kini.

Antara testimoni pengguna suplemen sakit lutut Cmary yang kini tidak perlu pakai tongkat lagi

Kandungan Cmary Gluta Colla Plus

Jadi apakah kandungan suplemen sakit lutut Cmary yang sudah membantu ramai orang dalam masalah sakit lutut ni?

Terdapat 4 kandungan utama suplemen sakit lutut Cmary yang memberikan banyak kebaikan kepada kesihatan kita.

(1) Glutathione

Banyak manfaat glutathione untuk kesihatan kita. Selain dihasilkan secara semulajadi oleh badan, glutathione juga boleh didapati dalam makanan tertentu seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Glutathione juga terdapat di dalam suplemen sakit lutut Cmary.

Antara kebaikan glutathione adalah membantu masalah yang berikut;

  • Menguatkan sistem imunisasi badan
  • Merawat penyakit mata seperti katarak dan glaukoma
  • Melambatkan proses penuaan
  • Mengurangkan serangan asma
  • Menguatkan daya ingatan
  • Membantu dalam proses penyembuhan sesuatu penyakit
  • Mengurangkan kolestrol
  • Baik untuk kesihatan jantung

(2) Protein Ikan Talapia (Bahan istimewa Suplemen Sakit Lutut Cmary)

Protein ikan talapia ini sangat istimewa kerana ianya kaya dengan kandungan kolagen yang membantu mencantikkan kulit dan antipenuaan.

Ianya juga mengandungi pelbagai vitamin dan garam mineral seperti berikut;

  • Niasin
  • Vitamin B12
  • Fosforus
  • Selenium
  • Kalium
  • Kolagen
Kelebihan Kandungan Suplemen sakit lutut

(3) Vitamin C

Vitamin C sangat diperlukan badan kita, terutamanya untuk pertumbuhan dan pembaikan semua jenis tisu dalam badan.

Bahkan ia mampu membuatkan kulit menjadi cantik dan awek muda. Ia juga boleh didapati dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, kedua-duanya adalah sumber terbaik vitamin C.

Begitu juga kandungan vitamin C di dalam suplemen sakit lutut Cmary. Ia membantu dalam proses penyembuhan dan meningkatkan antibodi dan sistem imunisasi badan terhadap penyakit.

(4) Strawberi

Rasa buah strawberi sangat lazat seperti gula-gula dapat membantu menenggelamkan semua perisa vitamin dan protein ikan talapia yang hanyir di dalam kandungan suplemen sakit lutut Cmary.

Bukan sahaja lazat malah strawberi mempunyai banyak khasiat yang merangkumi banyak aspek kepada kesihatan kita secara luaran dan dalaman. Strawberi juga sumber yang baik untuk mendapatkan vitamin C, folat dan kalium.

Cara Pengambilan Suplemen Sakit Lutut Cmary

  • Ambil 1-2 tablet sehari
  • Ambil sebelum tidur (malam) dan seawal mungkin selepas bangun pagi (perut kosong)
  • Ambil 3 liter air kosong sehari untuk kesan yang baik

(MAKAN SEMASA PERUT KOSONG UNTUK PENYERAPAN ZAT YANG MAKSIMA)

Gluta Colla Plus Cmary adalah satu pilihan yang sesuai untuk diamalkan untuk bagi yang mengalami masalah kesihatan yang seperti berikut;

  • Sakit lutut
  • Kejang otot
  • Sakit tumit kaki
  • Sakit tengkuk
  • Sakit bahu
  • Sakit belakang
  • Kebas
  • Sakit pinggang

Suplemen sakit lutut Cmary ini juga sangat sesuai untuk mereka yang ingin mengerjakan umrah dan haji. Sudah ramai yang mencuba suplemen ini dan dapat meringinkan atau mengelakkan mereka daripada sakit semasa mengerjakan ibadah.

Kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan suplemen sakit lutut Cmary ini bolehlah menghubungi mereka di talian whatsapp yang berikut untuk membuat pembelian atau mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

KLIK DI SINI UNTUK WHATSAPP CMARY

Nik Nock kongsikan juga link media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Cmary.

WEBSITE CMARY
NO TELEFON

601110054053
60355252369
NO WHATSAPP

WHATSAPP CMARY
ALAMAT

8-G, JALAN KEMUNING PRIMA D33/D, KEMUNING UTAMA, 40400 SHAH ALAM, SELANGOR

KLIK UNTUK KE LOKASI CMARY
WAKTU OPERASI

ISININ – KHAMIS (10AM-4.30PM)
JUMAAT (10AM-12.30PM, 2.30PM-5.00PM)
SABTU (10AM-12PM)
AHAD (TUTUP)

Terima kasih Puan Siti Mariam kerana sentiasa menjadi inspirasi untuk semua atas sifat tidak berputus asa dan sentiasa ingin membantu orang ramai mendapatkan kesihatan yang lebih baik. Semoga usaha Puan dapat membawa jenama Cmary ke peringkat yang lebih jauh di mata dunia. Aameen.

Nik Nock

Artikel lain yang boleh di baca berhubung dengan senarai kelengkapan umrah boleh KLIK pada link yang berikut;