Biasanya kita wanita ni, bila solat mesti nak kena pakai telekung yang lengkap kan. Namun kini pelbagai inovasi telekung diperkenalkan untuk memudahkan wanita mengerjakan solat dengan menutup aurat dengan sempurna. Antara yang menarik adalah telekung berpoket Nahain Creative.
Nik Nock sendiri sejak dari kecil sudah diajar untuk solat dengan memakai telekung yang lengkap. Kebiasaanya telekung adalah bewarna putih. Namun sekarang, terdapat pelbagai jenis telekung dengan pelbagai rekabentuk, warna dan corak yang menarik.
Pada mulanya, Nik Nock ingatkan telekung berpoket Nahain Creative ini adalah untuk kegunaan wanita yang pergi menunaikan umrah sahaja. Namun sebenarnya ia sangat sesuai digunakan oleh semua wanita pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Tambahan pula, wanita sekarang sukakan kepada rekabentuk telekung yang senang di bawa, sedia untuk digunakan dan yang penting tetap cantik dan menutup aurat.
Lebih-lebih lagi setelah pendemik Covid19 melanda dunia ni kan, adalah sudah menjadi kewajipan atau norma baru untuk kita membawa telekung sendiri. Ini adalah kerana kebanyakan masjid, surau atau tempat solat kini tidak lagi menyediakan telekung untuk kegunaan ramai.
Kita digalakkan untuk membawa dan menggunakan telekung sendiri demi menjaga kebersihan dan mengelakkan jangkitan kepada orang lain.
Oleh itu amat sesuai untuk kita memilih telekung yang fleksibel untuk dibawa ke mana sahaja seperti telekung berpoket Nahain Creative.
Jom Nik Nock kongsikan serba sedikit kelebihan dan ciri-ciri yang menarik telekung berpoket ini.
Ciri-ciri Telekung Berpoket Nahain Creative
(1) Mudah Dibawa dan Sedia Digunakan
Kita orang perempuan ni kan, selalunya akan membawa satu beg telekung jika mahu ke luar rumah. Terutama bila kita keluar untuk jangka masa yang lama atau perjalanan yang jauh.
Namun kebiasaanya kita mudah lupa dan tertinggal beg telekung tersebut. Maklum la bila keluar rumah, banyak beg yang kena bawa. Handbag tu wajiblah kan. Beg kerja, beg telekung dan beg barang. Bagi yang ada anak belum termasuk beg keperluan anak lagi.
Jadi tak mustahil untuk kita tertinggal beg telekung. Oleh itu, telekung berpoket Nahain Creative ini amat membantu kerana ianya adalah telekung mini yang sangat senang untuk dibawa ke mana sahaja.
Tak perlu lagi bawa beg penuh tangan bila keluar rumah. Hanya bawa telekung berpoket Nahain Creative sahaja sudah cukup. Jangan lupa bawa stokin juga ya.
Kalau nak pakai terus sebagai tudung pun boleh, kerana rekabentuk telekung ini berompol dan cantik untuk digayakan.
(2) Rekaan Poket Yang Tersembunyi
Sudah semestinya ciri utama telekung berpoket Nahain Creative mempunyai poket. Ini adalah untuk memudahkan kita meletakkan barang beharga semasa solat.
Perlu ke ada poket di telekung? Kan kita dah ada handbag untuk barang yang dibawa.
Secara peribadi, Nik Nock berpandangan telekung yang mempunyai poket adalah penting terutama bila kita solat di tempat awam seperi masjid, surau di shopping kompleks atau pun di tempat perhentian semasa dalam perjalanan.
Bukan sekadar untuk mengisi barang semasa solat tapi secara tidak langsung kita dapat mengelakkan kecurian dan kehilangan barangan semasa mengerjakan solat.
Banyak kan kelebihan dan kegunaan poket di telekung ni. Tapi kan kalau dah letak barang di poket tu selesa ke nanti?
Jangan risau, bukan sahaja poket ni terlindung tapi tetap selesa walau pun diisi barangan di dalamnya.
- Poket tersembunyi hingga kita tak perasan pun telekung ini berpoket
- Poket dijahit kemas dan melekat dikain
- Barangan yang ada di dalam poket tidak akan bergoyang dan mengganggu pergerakan
(3) Sangat Selesa dan Mudah Dipakai
Rekaan telekung berpoket Nahain Creative ini direkabentuk dengan mementingkan keselesaan kepada pemakainya.
Diperbuat daripada jenis kain yang selesa, tidak renyuk dan sangat mudah untuk dijaga. Walaupun kita gumpal sahaja, telekungnya tidak akan berkedut.
Telekung ini juga direka dengan tiga lapisan kerinting dikelilingnya, membuatkan ianya sangat sesuai untuk dipakai bagi kegunaan harian seperti ke pejabat, ke majlis rasmi dan juga aktiviti harian.
Apa yang menarik, bahagian muka telekung berpoket Nahain Creative ini sangat selesa dipakai. Kita hanya perlu sarung sahaja dan ianya akan terletak cantik di muka.
Nak tahu tak…telekung ini direka tanpa tali dan getah. Maksudnya kita kita hanya sarung sahaja dah siap. Tak perlu pakai anak tudung pun ianya akan terlekap cantik di kepala. Amat menjimatkan masa kan…hanya sarung saja dah siap.
(4) Sesuai Untuk Haji dan Umrah
Telekung berpoket Nahain Creative amat sesuai untuk digunakan semasa kita mengerjakan haji dan umrah.
Rekaannya yang ringkas dapat memudahkan urusan kita mengerjakan ibadah di sana. Bukan sahaja cantik, malah telekung ini menutup aurat dengan sempurna.

Telekung Keluaran Nahain Creative
Telekung berpoket ini adalah keluaran daripada Syarikat Nahain Creative Collection yang merupakan pengeluar pakaian solat dan tudung wanita muslimat. Mereka sangat mementingkan keselesaan, kecantikan dan praktikaliti dalam produk keluaran mereka.
Semua produk keluaran mereka adalah lahir daripada sentuhan kreatif daripada pengasasnya sendiri iaitu Puan Norizah Yaakub yang juga merupakan seorang penulis.
Buku yang bertajuk “Malaikat Berbaju Merah” adalah antara buku beliau yang popular di kalangan jemaah umrah dan haji.
Beliau yang juga dikenali dengan nama Nurul Norizah berkongsi pengetahuan dan pengalaman beliau sendiri dengan menceritakan kisah-kisah benar dalam mengerjakan haji dan umrah.
Selain itu, beliau turut berkongsi tips keperluan haji dan umrah secara terperinci bagi membantu jemaah dalam persiapan untuk menunaikan haji dan umrah.
Pengalaman jualah yang menginspirasikan Puan Nurul Norizah untuk menghasilkan produk telekung yang sesuai untuk wanita zaman kini. Beliau berharap agar produk keluaran jenama Nahain Creative ini dapat membantu memudahkan wanita untuk beribdah dengan pakaian solat yang praktikal, mudah, cantik dan selesa.
Mudahkan Ibadahmu dengan Sentuhan Kami
Puan Nurul Norizah – Pengasas Nahain Creative

Selain telekung berpoket Nahain Creative, Puan Nurul Norizah turut mengeluarkan blouse telekung hoodie yang merupakan gabungan blouse longgar, telekung dan tudung.
Blouse Telekung Hoodie Nahain Creative
Blouse telekung hoodie ini sangat praktikal untuk di bawa semasa mengerjakan umrah dan haji. Ianya direka untuk memudahkan urusan kaum wanita dalam mengerjakan ibadah.
Bukan sahaja dapat menjimatkan masa malah rekaannya hoodie yang trendy sangat menarik untuk digayakan.

Antara ciri-ciri dan kelebihan blouse hoodie Nahain Creative adalah seperti berikut;
- Mudah, cantik dan selesa
- Rekaan hoodie yang trendy
- Membantu wanita cepat bersiap untuk ke masjid, surau, haji dan umrah
- Mesra wuduk, hanya keluarkan tangan dari cekaknya
- Bahu dijahit bersambung tidak melayang
- Berdagu dan menutup aurat dengan sempurna
- Tangan bercekak kemas
- Sesuai dijadikan hadiah kepada yang tersayang
- Sangat praktikal dan selesa untuk jemaah wanita memakai sepanjang mengerjakan umrah
Blouse telekung hoodie ini antara produk yang sangat ‘hot’ dan tinggi permintaanya untuk kaum wanita yang pergi menunaikan umrah dan haji.
Produk keluaran Nahain Creative ini sememangnya tidak rugi untuk dimiliki oleh setiap wanita muslimah zaman sekarang.
Telekung berpoket dan blouse telekung hoodie ini adalah antara kelengkapan pakaian mesti ada untuk setiap jemaah umrah wanita. Ia sangat praktial, mudah dan selesa serta membantu memudahkan urusan semasa mengerjakan ibadah sepanjang waktu umrah.

Kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan telekung keluaran Nahain Creative ini bolehlah menghubungi mereka untuk membuat pembelian atau boleh juga bertanyakan maklumat lanjut.
KLIK DI SINI UNTUK WHATSAPP NAHAIN CREATIVE
Nik Nock kongsikan juga link media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Nahain Creative.
| NO TELEFON 03 51673606 018 3160609 016 3571606 |
| NO WHATSAPP WHATSAPP NAHAIN CREATIVE 1 WHATSAPP NAHAIN CREATIVE 2 |
| ALAMAT NO 7, D’ PINGGIRAN KEMUNING, JALAN TANJUNG TENTERAM 30/24 A, SEKSYEN 30, 40460 SHAH ALAM, SELANGOR. WAKTU OPERASI 9 – 5 PETANG (ISNIN HINGGA SABTU) |
Terima kasih Puan Nurul Norizah kerana menghasilkan rekaan telekung yang amat selesa, cantik dan praktikal untuk para muslimah. Semoga jenama Nahain Creative akan terus menginspirasikan wanita dalam berfesyen dan menutup aurat dengan sempurna. Aameen
Nik Nock
More Stories
Makanan Bebas Gluten Malaysia | Eatslim Lifestyle
Serunding Daging Tahan Lama | HajiWan Serunding
Senarai Kelengkapan Umrah | Lelaki dan Perempuan