Majoriti pengguna telefon masa kini biasanya mempunyai plan data untuk kegunaan internet. Namun penggunaan internet di rumah mahupun pejabat adalah lebih menjimatkan sekiranya kita memilih untuk menggunakan internet yang berkelajuan tinggi. Unifi Fiber Ipoh atau Chip Computer Ipoh menyediakan perkhidmatan ini buat warga Perak.
Nik Nock pasti internet telah menjadi keperluan dan menjadi keutamaan hampir dalam semua bidang termasuk ekonomi, sosial dan pendidikan.
Lebih-lebih lagi semenjak pandemik Covid-19 melanda, sekolah dan institusi pengajian tinggi sudah mulakan kelas secara online. Begitu juga ibu bapa yang perlu bekerja dari rumah mengikut syarat dan keperluan majikan masing-masing.
Sekiranya bilangan ahli keluarga ramai adalah lebih menjimatkan untuk mendapatkan pemasangan Unifi Fiber Ipoh bagi talian internet yang lebih laju dan stabil.
Malahan ianya dapat mengatasi masalah kehabisan data dan menyebabkan urusan kerja dan kelas online akan terganggu.
Berapa Harga Pasang Unifi Fiber Ipoh?
Harga dan caj bagi pemasangan Unifi Fiber Ipoh adalah pembayaran secara bulanan mengikut kelajuan dan penggunaan data mengikut pakej yang dipilih.
(1) Pakej Unifi Home Untuk Seisi Keluarga
Unifi ni sebenarnya ada banyak pakej yang disediakan. Semuanya bergantung kepada kategori pengguna mengikut tahap penggunaan internet masing-masing.
Pakrj yang ada adalah seperti Unifi Home, Business, Mobile dan sebagainya. Bagi penggunaan keluarga di rumah, pakej yang popular adalah Unifi Home. Jadi Nik Nock sharekan pakej yang biasanya kita ambil untuk kegunaan di rumah adalah seperti berikut;

Unifi Home ni adalah sesuai untuk penggunaan 1-5 orang pada kadar pengunaan yang biasa. Maksudnya untuk akses internet dan meeting online sudah mencukupi untuk melanggan pakej ini. Ambil pakej kelajuan 100mbps untuk lebih kelajuan internet atau 30mbps untuk kadar penggunaan yang biasa.
(2) Pakej Unifi Business Untuk Syarikat
Buat mereka yang ada perniagaan di pejabat dengan kadar penggunaan internet yang tinggi, kita boleh pertimbangkan untuk melanggan Unifi Business. Ianya dapat menampung lebih ramai pengguna dengan kelajuan yang tinggi.
Antara pakej Unifi Business yang ada di website Unifi adalah seperti berikut;

Pemilihan pakej yang sesuai adalah bergantung kepada kadar penggunaan internet masing-masing. Jangan risau jika masih keliru untuk memilih pakej yang sesuai, kerana kita boleh menghubungi pihak Unifi dan ejen-ejen Unifi yang berdaftar untuk mendapatkan nasihat dan cadangan.
Bagi yang tinggal di sekitar Ipoh, boleh menghubungi pihak Unifi Fiber Ipoh untuk mendapatkan lebih penerangan lanjut.
Apakah Syarat Untuk Pasang Unifi Fiber Ipoh?
Untuk membuat pemasangan Unifi Fiber Ipoh kita perlu menentukan beberapa perkara seperti berikut;
(1) Membuat Semakan Coverage
Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah menyemak coverage untuk tempat tinggal kita. Ini dapat dilakukan dengan memasukkan alamat kediaman atau pejabat kita di laman web Unifi berikut;
KLIK DI SINI UNTUK SEMAKAN COVERAGE UNIFI
Atau boleh juga menghubungi pihak Unifi Fiber Ipoh untuk mereka membantu membuat semakan coverage.
(2) Kontrak Unifi
Kontrak pemasangan Unifi adalah selama 2 tahun atau 24 bulan. Jika berlakunya perlanggaran kontrak, kita perlu membayar baki kontrak di darab dengan bayaran bulanan.
Sekiranya pelan sedia ada di upgrade atau downgrade semasa dalam kontrak, maka kontrak yang sedia ada akan kembali menjadi tempoh 2 tahun.
(3) Pemasangan Unifi Fiber Ipoh PERCUMA
TIADA BAYARAN untuk pemasangan yang standard. Namun untuk pemasangan yang non-standard, bil akan dikenakan oleh kontraktor. Oleh itu, kita perlu memastikan kos dengan kontraktor sebelum melakukan pemasangan yang non-standard.
Antara contoh pemasangan Non-standard yang Nik Nock faham adalah seperti panjang cable melebihi 50meter, underground installation dan pendawaian siling.
Pihak Unifi hanya akan menanggung kos untuk pemasangan standard sahaja seperti pendawaian biasa di dalam premis cable sepanjang 50meter,
aripada DP, cable ditarik terus ke fiber termination box (FTB)

(4) Pendaftaran Unifi PERCUMA
Pendaftaran Unifi adalah percuma sahaja buat Warganegara Malaysia dan bukan warganegara. Tiada caj yang akan dikenakan oleh pihak Unifi. Oleh itu, berhati-hatilah sekiranya terdapat pihak yang mengenakan sebarang bayaran.
Nak lebih selamat boleh membuat pemasangan dengan pihak Unifi Fiber Ipoh.
Bagi bukan warganegara, ianya juga percuma namun mereka perlu membayar deposit dan perlu tinggal di Malaysia sekurang-kurangnya 2 tahun.
(5) Bayaran Pendahuluan
Kita juga perlu membuat pembayaran pendahuluan sebanyak RM100 ke akaun unifi dalam tempoh 48 jam selepas pemasangan. Deposit ini akan dipulangkan semula ke akaun unifi kita pada bil yang seterusnya.
Untuk pemasangan unifi perniagaan pula, bayaran pendahuluan adalah sebanyak RM200 dan juga akan dipulangkan pada bil bulan yang seterusnya.
Mudah sahaja kan untuk mendaftar dan membuat pemasangan Unifi. Unifi mempunyai ramai ejen yang berdaftar untuk membuat pemasangan dan pendaftaran Unifi.
Salah satu ejen yang Nik Nock syorkan bagi warga Perak adalah Unifi Fiber Ipoh atau pun Chip Computer.
Kedai Chip Computer – Unifi Fiber Ipoh

Selain Unifi Fiber Ipoh, Chip Computer juga pakar dalam servis baiki komputer, laptop dan pemasangan CCTV. Boleh KLIK DI SINI untuk Servis CCTV Ipoh
Kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan Unifi Fiber Ipoh ini boleh menghubungi Chip Computer di talian whatsapp yang berikut untuk membuat pembelian atau mendapatkan maklumat produk yang lebih terperinci.
KLIK DI SINI UNTUK WHATSAPP CHIP COMPUTER
Nik Nock kongsikan juga link media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak mereka.
| ALAMAT No 50A, Jalan Lengkok Wirajaya Timur 1, Taman Timah, 31350 Ipoh Perak |
| NO TELEFON 018-401 1664 (Nisa) 019-309 3610 (Husni) |
| EMAIL admin@chipcomputer.com.my |
Semoga dengan perkongsian ini, Nik Nock berharap agar dapat membantu rakan-rakan yang ingin mendapatkan perkhidmatan pemasangan Unifi, CCTV dan pembaikian komputer di kedai Chip Computer Ipoh.
Terima kasih Chip Computer kerana menyediakan perkhidmatan pemasangan Unifi yang telah membantu ramai orang mendapatkan pakej internet yang stabil, laju dan memudahkan kerja dan urusan secara online. Semoga Chip Computer terus berkembang maju dan membantu pelanggan mendapatkan servis dan penyelenggaraan komputer. Aameen.
Nik Nock
Artikel lain yang boleh di baca berhubung dengan servis Chip Computer Ipoh boleh KLIK pada link yang berikut;
More Stories