Mee sayur semakin mendapat sambutan daripada orang ramai. Mee sayur basah mahupun mee sayur kering berkhasiat menjadi pilihan terutama kepada yang memilih untuk pemakanan yang lebih nutrisi dan menyihatkan.
Ramai pengusaha mee sayur yang memberikan kesedaran kepada orang ramai untuk memilih mee sayur yang ternyata lebih berkhasiat. Antara pengusaha yang giat mempromosikan kebaikan mee sayur ini adalah jenama Mee Sudin.
Mee Sudin diusahakan oleh usahawan Bumiputera dari Melaka iaitu Puan Jamilah Mahful. Anak kelahiran Kampung Mak Midah ini berkata beliau berjaya mengeluarkan mee sayur dalam bentuk kering adalah usahanya untuk memasarkan produk berkenaan ke destinasi luar Melaka seperti Pulau Pinang, Johor, Kelantan, Terengganu dan seluruh Malaysia.
Mengulas idea mengeluarkan mee sayur, katanya resepi itu diperoleh daripada kakak iparnya, Adiah Gusi, 40, manakala jenama ‘Mee Sudin’ adalah sempena nama arwah ayahnya Mahful Yamin yang mesra dengan panggilan ‘Wak Sudin’ dalam kalangan penduduk kampung serta kenalan rapat.

Menerusi syarikatnya Mee Sudin Food Industry, produk Mee Sudin kini mempunyai 10 ‘home dealer’ di sekitar Melaka selain dipasarkan menerusi beberapa pasar mini halal.
Mee sayur kering berkhasiat juga diniagakan secara online dan boleh dipos ke seluruh negara.
Mee Sudin Mee Sayur Kering Berkhasiat
Mee sayur kering berkhasiat dibuat menggunakan seratus peratus ekstrak sayur-sayuran yang memberikan rasa lemak manis daripada sayur segar, tanpa pengawet atau pewarna.
Ianya sangat sesuai untuk mereka yang mengamalkan pemakanan sihat serta yang alah pada bahan kapur yang kebiasaannya digunakan dalam penghasilan mee sayur kering ini.
Tiga (3) Jenis Mee Sayur Kering Berkhasiat
Keistimewaan Mee Sudin adalah ramuan adunannya menggunakan 100% ekstrak sayur-sayuran segar iaitu ekstrak sayur bayam, esktrak sayur lobak dan ekstrak sayur labu.
Mee sayur ini dikeluarkan dalam bentuk Mee Sudin Basah dan Mee Sudin Kering
Berikut adalah tiga (3) jenis mee sayur keluaran Mee Sudin yang berasaskan esktrak sayuran;
(1) Mee Bayam

(2) Mee Lobak

(3) Mee Labu

Keistimewaan Mee Sayur Kering Berkhasiat
Keistimewaan mee sayur kering berkhasiat keluaran Mee Sudin bukan sahaja alternatif kepada mee kuning malah banyak lagi kelebihannya yang perlu kita tahu.
Antara keistimewaan mee sayur ini adalah seperti berikut;
(1) Keluaran Syarikat Bumiputera
Mee Sudin dikeluarkan syarikat Bumiputera dan dimiliki oleh usahawan Islam.
Produk Mee Sudin dihasilkan di kilang yang mendapat pensijilan MESTI.
Ianya HALAL dan boleh dimakan tanpa was-was.
(2) Ramuan Sayur Berkhasiat
Keistimewaan mee sayur kering berkhasiat adalah ramuan adunannya menggunakan 100% ekstrak sayur-sayuran segar iaitu ekstrak sayur bayam, esktrak sayur lobak dan ekstrak sayur labu.
(3) Tiada Perwarna Tiruan
Antara keistimewaan mee sayur kering berkhasiat yang utama adalah ianya tidak menggunakan sebarang pewarna tiruan.
Warna mee sayur yang terhasil adalah warna semulajadi daripada esktrak sayur yang digunakan.
(4) Tiada Kapur
Mee Sayur ini juga tidak menggunakan kapur yang boleh menyebabkan rasa pahit pada mee.
(5) Tiada Bahan Pengawet
Tidak menggunakan sebarang bahan pengawet seperti asid borik adalah antara keistimewaan mee sayur kering berkhasiat.
(6) Rasa Yang Sedap
Walaupun ianya mee sayur namun rasanya sedap. Rasa yang lebih manis dan lemak adalah kerana kandungan ekstrak sayuran segar dan asli.
Ini adalah satu keistimewaan mee sayur yang membuatkan ramai orang menyukainya.
(7) Sesuai Orang Tak Makan Sayur
Inilah keistimewaan mee sayur kering berkhasiat bagi membantu kanak-kanak yang tidak makan sayur.
Mee Sayur ini membolehkan ibu-ibu memasak mee sayur kepada anak-anak agar mereka masih mendapat nutrisi sayuran walaupun tidak memakan sayuran.
Bukan sahaja untuk kanak-kanak, malah mee sayur ini juga membolehkan orang dewasa yang kurang memakan sayur untuk mendapatkan khasiat sayur-sayuran.
(8) Tahan Lebih Lama
Mee sayur berkhasiat ini lebih tahan lama berbanding dengan mee basah biasa. Jika disimpan ditempat yang kering, ia mampu bertahan sehingga ke tiga (3) bulan.

Masakan Mee Sayur Kering Berkhasiat
Masakan mee sayur kering boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing.
Antara keistimewaan mee sayur kering dalam masakan seharian kita adalah seperti berikut;
(1) Pelbagai Masakan
Mee Sayur ini boleh dimasak dengan pelbagai jenis masakan. Ianya boleh digoreng, sup, kari dan sebagainya.
Antara masakan yang menggunaka Mee Sudin ini adalah seperti berikut;
- Mee Goreng
- Mee Sup
- Mee Kari
- Mee Tomyam
- Mee Rebus
- Mee Bandung
- Murtabak mee
- Spaghetti
- Kerabu Mee
(2) Nutrisi Lengkap
Mee sayur ini mengandungi lebih serat, vitamin dan mineral. Ianya mengandungi lebih mikronutrisi yang membantu menyokong kesihatan tubuh badan.
Mee sayur akan menghasilkan satu nutrisi yang lengkap dalam satu hidangan. Apapun jenis masakan, boleh ditambah protein seperti ayam, daging dan juga seafood.
(3) Tidak Perlu Banyak Rencah
Masakan yang menggunakan Mee Sudin tidak memerlukan penggunaan banyak rencah kerana rasa mee sayurnya sendiri sudah sedia rasa lemak dan manis sayuran.
(4) Tidak Pahit
Oleh kerana Mee Sudin tidak menggunakan kapur, rasa mee sayurnya tidak pahit untuk dimakan. Oleh sebab itu ia menjadi kegemaran ramai orang termasuk kanak-kanak.
Secara tak langsung, ibu-ibu tidak lagi perlu memaksa anak-anak untuk makan sayur, tapi boleh digantikan dengan mee sayur. Itulah keistimewaan masakan menggunakan Mee Sudin.
Cara Memasak Mee Sayur Kering Berkhasiat
Cara memasak mee kering adalah berbeza dengan mee basah yang boleh terus digunakan dalam masakan.
Berikut adalah cara memasak mee sayur kering berkhasiat;
(1) Masak Air
Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih
(2) Rebus
Kemudian masukkan mee kering ke dalam perikut tersebut. Biarkan mee masak dalam 5-10 minit atau sehingga mee menjadi lembut dan kembang.
(3) Tos
Setelah mee lembut, bolehlah ditoskan mee tersebut dan dimasukkan ke dalam bekas.
(4) Masak
Mee sayur kering berkhasiat sedia untuk dimasak mengikut resepi masing-masing
Selamat Mencuba !

Testimoni Pelanggan Mee Sudin
Sudah ramai yang sudah merasa mee sayur Mee Sudin. Mereka sangat berpuas hati dengan rasa mee sayur ini terutamanya apabila anak-anak juga menyukai kesedapan Mee Sudin.
Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan produk Mee Sudin ini bolehlah mengunjungi Instagram mereka seperti berikut;
Instagram Mee Sudin
Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Ansal Ternak.
| FACEBOOK MEE SUDIN |
| INSTAGRAM MEE SUDIN |
| WEBSITE MEE SUDIN |
| YOUTUBE MEE SUDIN |
| NO TELEFON 012-3875531 (PUAN SITI JAMILAH) |
| WASAP MEE SUDIN |
| ALAMAT G3, LAMAN NIAGA MBMB TAMBAK PAYA, JALAN KG TAMBAK PAYA, 75460 AIR MOLEK MELAKA |
| LOKASI KE MEE SUDIN |
Terima kasih kepada Usahawan MEE SUDIN yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan mee sayur yang berkhasiat. Semoga usaha MEE SUDIN terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.
Nik Nock
Artikel lain yang boleh di baca berhubung MEE SUDIN boleh KLIK pada link yang berikut;
Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS



More Stories
Makanan Bebas Gluten Malaysia | Eatslim Lifestyle
Serunding Daging Tahan Lama | HajiWan Serunding
Senarai Kelengkapan Umrah | Lelaki dan Perempuan