March 8, 2021

Nik Nock

Blogger Malaysia

Cara Membuat Mee Sayur | Mee Sudin PeDAS

Cara-membuat-mee-sayur

Kesedaran mengenai makanan yang sihat semakin meningkat dari masa ke semasa. Bagi yang suka makan mee, mereka mula menghasilkan mee kuning sendiri dirumah. Apa kata kita cuba pula resepi cara membuat mee sayur yang lebih berkhasiat.

Ramai yang lebih suka memilih untuk menghasilkan makanan homemade berbanding membeli makana segera adalah disebabkan isu-isu keburukan mee segera yang terdapat dipasaran semakin tular di media sosial.

Ini secara tidak langsung dapat membuka mata sebahagian daripada kita untuk ubah tabiat pemakanan yang lebih sihat dan tidak terlalu bergantung kepada makanan segera.

Kenapa perlu banyak menghasilkan makanan secara homemade seperti mee adalah kerana dengan cara membuat mee sayur, kita dapat menentukan sendiri bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan mee.

Antara resepi yang kian menjadi pilihan adalah cara membuat mee sayur yang berkhasiat dan tentunya sebagai pilihan bagi mereka yang tidak sukakan sayur.

Mee sayur adalah mee yang dihasilkan dengan sayur-sayuran yang segar dan tanpa menggunakan bahan pengawet.

Sudah banyak produk mee sayur yang terdapat di pasaran, namun sekiranya ingin membuat sendiri di rumah, bolehlah mencuba resepi cara membuat mee sayur ini.

Cara membuat mee sayur yang berkhasiat
Mee Berasaskan Sayuran Yang Berkhasiat

Resepi Cara Membuat Mee Sayur Bayam Yang Ringkas

Kali ini Nik Nock kongsin cara membuat mee sayur menggunakan bayam tanpa bahan pengawet dan pewarna tiruan.

Bahan-bahan Cara Membuat Mee Sayur

  • 1 Kg tepung gandum
  • 2 Cawan air bayam
  • 1 Biji telur
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak masak

Langkah Demi Langkah Cara Membuat Mee Sayur

(1) Air Bayam

Langkah pertama Cara membuat mee sayur adalah dengan menyediakan air bayam.

Kisar bayam dengan air dan tapis untuk mendapatkan air bayam

(2) Campuran Air Bayam

Campuran air bayam, telur dan garam di dalam satu bekas. Kacau sehingg sebati

(3) Adunan Tepung

Cara membuat mee sayur seterusnya adalah menyediakan adunan tepung mee.

Ayak tepung di dalam bekas berlainan

Masukkan sikit demi sedikit campuran bayam dan telur ke dalam bekas berisi tepung.

Kacau dan uli sehingga adunan menjadi doh

(4) Canai Doh

Canaikan doh tadi sehingga nipis dan mengikut ketebalan yang dikehendaki.

Cara membuat mee sayur, boleh juga menggunakan mesin untuk menipiskan dan melicinkan doh mee.

(5) Mesin Mee

Masukkan doh yang dicanai nipis tadi ke dalam mesin pembuat mee.

Bagi yang tiada mesin mee, boleh potong penggunakan pisau

(6) Rebus mee

Didihkan air di dalam periuk. Apabila mendidih, masukkan mee tadi dan biarkan seketika.

(7) Toskan

Bila mee mula timbul, angkat mee dan toskan sehingg kering

(8) Masukkan Minyak

Cara membuat mee sayur tidak melekat adalah masukkan sedikit minyak ke dalam mee.

(9) Sedia Dimasak

Mee Sayur bayam sedia untuk dimasak dengan pelbagai jenis resepi

Selamat mencuba !

Cara membuat mee sayur bayam
Mee Sayur Bayam

Sekiranya kita tidak mempunyai masa untuk mencuba resepi cara membuat mee sayur ini, kita bolehlah mendapatkan mee sayur yang berada dipasaran.

Salah satu produk mee sayur adalah produk keluaran Mee Sudin yang beroperasi di Melaka.

Produk Mee Sudin adalah 100% berasaskan ekstrak sayur sayuran yang segar dan berkhasiat.

Mee Sayur Mee Sudin Yang Berkhasiat

Mee sayur Mee Sudin dibuat menggunakan seratus peratus ekstrak sayur-sayuran yang memberikan rasa lemak manis daripada sayur segar, tanpa pengawet atau pewarna.

Ianya sangat sesuai untuk mereka yang mengamalkan pemakanan sihat serta yang alah pada bahan kapur yang kebiasaannya digunakan dalam penghasilan mee sayur kering ini.

Tiga (3) Jenis Mee Sayur Mee Sudin

Keistimewaan Mee Sudin adalah ramuan adunannya menggunakan 100% ekstrak sayur-sayuran segar iaitu ekstrak sayur bayam, esktrak sayur lobak dan ekstrak sayur labu.

Mee sayur ini dikeluarkan dalam bentuk Mee Sudin Basah dan Mee Sudin Kering

Berikut adalah tiga (3) jenis mee sayur keluaran Mee Sudin yang berasaskan esktrak sayuran;

  1. Mee Bayam
  2. Mee Lobak
  3. Mee Labu
Cara membuat mee sayur mee bayam
Mee lobak
Cara membuat mee sayur mee labu

Kelebihan Mee Sayur Keluaran Mee Sudin

Keistimewaan mee sayur yang berkhasiat keluaran Mee Sudin bukan sahaja alternatif kepada mee kuning malah banyak lagi kelebihannya yang perlu kita tahu.

Antara keistimewaan mee sayur ini adalah seperti berikut;

(1) Keluaran Syarikat Bumiputera

Mee Sudin dikeluarkan syarikat Bumiputera dan dimiliki oleh usahawan Islam.

Produk Mee Sudin dihasilkan di kilang yang mendapat pensijilan MESTI.

Ianya HALAL dan boleh dimakan tanpa was-was.

(2) Ramuan Sayur Berkhasiat

Keistimewaan mee sayur berkhasiat adalah ramuan adunannya menggunakan 100% ekstrak sayur-sayuran segar iaitu ekstrak sayur bayam, esktrak sayur lobak dan ekstrak sayur labu.

(3) Tiada Perwarna Tiruan

Antara keistimewaan mee sayur keluaran Mee Sudin yang utama adalah ianya tidak menggunakan sebarang pewarna tiruan.

Warna mee sayur yang terhasil adalah warna semulajadi daripada esktrak sayur yang digunakan.

(4) Tiada Kapur

Mee Sayur ini juga tidak menggunakan kapur yang boleh menyebabkan rasa pahit pada mee.

(5) Tiada Bahan Pengawet

Tidak menggunakan sebarang bahan pengawet seperti asid borik adalah antara keistimewaan Mee Sudin yang berkhasiat.

(6) Rasa Yang Sedap

Walaupun ianya mee sayur namun rasanya sedap. Rasa yang lebih manis dan lemak adalah kerana kandungan ekstrak sayuran segar dan asli.

Ini adalah satu keistimewaan mee sayur yang membuatkan ramai orang menyukainya.

(7) Sesuai Orang Tak Makan Sayur

Inilah keistimewaan mee sayur kering berkhasiat bagi membantu kanak-kanak yang tidak makan sayur.

Mee Sayur ini membolehkan ibu-ibu memasak mee sayur kepada anak-anak agar mereka masih mendapat nutrisi sayuran walaupun tidak memakan sayuran.

Bukan sahaja untuk kanak-kanak, malah mee sayur ini juga membolehkan orang dewasa yang kurang memakan sayur untuk mendapatkan khasiat sayur-sayuran.

(8) Tahan Lebih Lama

Mee Sudin basah boleh disejuk bekukan untuk tahan dengan lebih lama. Begitu juga dengan Mee Sudin kering perlu di simpan di tempat yang kering.

Mee Sudin ini boleh bertahan dari 1-3 bulan sekiranya disimpan ditempat yang sesuai.

Cara membuat mee sayur mee kering
Mee Sayur Kering Tahan Lebih Lama

Masakan Mee Sudin Yang Berkhasiat

Masakan Mee Sudin boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing.

Antara keistimewaan mee sayur ini dalam masakan seharian kita adalah seperti berikut;

(1) Pelbagai Masakan

Mee Sayur ini boleh dimasak dengan pelbagai jenis masakan. Ianya boleh digoreng, sup, kari dan sebagainya.

Antara masakan yang menggunaka Mee Sudin ini adalah seperti berikut;

  • Mee Goreng
  • Mee Sup
  • Mee Kari
  • Mee Tomyam
  • Mee Rebus
  • Mee Bandung
  • Murtabak mee
  • Spaghetti
  • Kerabu Mee

(2) Nutrisi Lengkap

Mee sayur ini mengandungi lebih serat, vitamin dan mineral. Ianya mengandungi lebih mikronutrisi yang membantu menyokong kesihatan tubuh badan.

Mee sayur akan menghasilkan satu nutrisi yang lengkap dalam satu hidangan. Apapun jenis masakan, boleh ditambah protein seperti ayam, daging dan juga seafood.

(3) Tidak Perlu Banyak Rencah

Masakan yang menggunakan Mee Sudin tidak memerlukan penggunaan banyak rencah kerana rasa mee sayurnya sendiri sudah sedia rasa lemak dan manis sayuran.

(4) Tidak Pahit

Oleh kerana Mee Sudin tidak menggunakan kapur, rasa mee sayurnya tidak pahit untuk dimakan. Oleh sebab itu ia menjadi kegemaran ramai orang termasuk kanak-kanak.

Secara tak langsung, ibu-ibu tidak lagi perlu memaksa anak-anak untuk makan sayur, tapi boleh digantikan dengan mee sayur. Itulah keistimewaan masakan menggunakan Mee Sudin.

Cara Memasak Mee Sudin Kering

Cara memasak mee kering adalah berbeza dengan mee basah yang boleh terus digunakan dalam masakan.

Berikut adalah cara memasak mee sayur kering berkhasiat;

(1) Masak Air

Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih

(2) Rebus

Kemudian masukkan mee kering ke dalam perikut tersebut. Biarkan mee masak dalam 5-10 minit atau sehingga mee menjadi lembut dan kembang.

(3) Tos

Setelah mee lembut, bolehlah ditoskan mee tersebut dan dimasukkan ke dalam bekas.

(4) Masak

Mee sayur kering berkhasiat sedia untuk dimasak mengikut resepi masing-masing

Selamat Mencuba !

Testimoni Pelanggan Mee Sudin

Sudah ramai yang sudah merasa mee sayur Mee Sudin. Mereka sangat berpuas hati dengan rasa mee sayur ini terutamanya apabila anak-anak juga menyukai kesedapan Mee Sudin.

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan produk Mee Sudin ini bolehlah mengunjungi ke kedai mereka seperti berikut;

Lokasi Mee Sudin

Bagi yang tinggal jauh dan berada diluar kawasan Melaka boleh menghubungi mereka untuk urusan pembelian dan penghantaran melalui link wasap yang berikut;

KLIK DI SINI UNTUK WASAP MEE SUDIN

Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Mee Sudin.

FACEBOOK MEE SUDIN
INSTAGRAM MEE SUDIN
WEBSITE MEE SUDIN
YOUTUBE MEE SUDIN
NO TELEFON
012-3875531
(PUAN SITI JAMILAH)
WASAP MEE SUDIN
ALAMAT
G3, LAMAN NIAGA MBMB 
TAMBAK PAYA, JALAN KG TAMBAK PAYA, 
75460 AIR MOLEK MELAKA
LOKASI KE MEE SUDIN

Terima kasih kepada Usahawan MEE SUDIN yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan mee sayur yang berkhasiat. Semoga usaha MEE SUDIN terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.

Nik Nock

Artikel lain yang boleh di baca berhubung MEE SUDIN boleh KLIK pada link yang berikut;

Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS