March 8, 2021

Nik Nock

Blogger Malaysia

Sambal Pecal Segera Lahza | Usahawan PeDAS

Sambal-pecal-segera-Lahza

“Seng seneng mangan pecel?” atau “Siapa suka makan pecal?” Itulah dia. Pecal ni sememangnya makanan tradisi orang jawa dan semakin digemari juga oleh masyarakat Melayu. Kini, bagi mereka yang ingin merasa pecal bolehlah mencuba sambal pecal segera Lahza.

Nik Nock ada ramai kawan-kawan yang berasal dari Muar dan Batu Pahat Johor. Itu yang boleh tahu sikit dialog orang Jawa. Tapi agaknya betul la tu kan. Haha.

Pecal pun ada juga makan masa berkawan dengan diorang dulu. Pecal atau pecel ni kiranya macam adik beradik gado-gado, rojak petis atau janganam.

Makanan tradisi orang Jawa ni agak terkenal di Malaysia terutama negeri-negeri yang ramai masyarakat jawanya seperti Johor, Selangor dan Perak. Sebenarnya ada pelbagai versi pecal,

Pecal ni sejenis makanan yang terdiri daripada sayur-sayuran dan dimakan bersama kuahnya. Ada pelbagai jenis variasi pecal terutamanya penggunaan sayur-sayurannya seperi kangkung, sengkuang, timun, taugeh, tauhu dan tempe.

Manakala kuahnya pula dihasilnya dengan bahan utamanya iaitu ubi cekur yang memberikan identiti kepada pecal. Bahan-bahan lain adalah seperti kacang tanah, cili, bawang, belacan dan sebagainya.

Bagi yang ingin merasa dan memakan pecal, kita tak perlu pun membuat sendiri sambal segera ini kerana ianya sudah siap sedia untuk dinikmati seisi keluarga.

Sambal Pecal Segera Lahza
Sambal Pecal Segera Keluaran Lahza

Sambal Pecal Segera Lahza Keluaran Lahza Enterprise

Sambal pecal segera Lahza dikeluarkan oleh Lahza Enterprise yang diusahakan oleh pasangan suami isteri iaitu Tuan Saiful dan Puan Siti Nurlailah.

Menggunakan resepi turun menurun yang diwarisi oleh Puan Siti Nurlailah yang berasal daripada keturunan Jawa, produk ini diusahakan oleh keduanya yang ingin mengekalkan makanan tradisi keluarga mereka.

Idea untuk mengeluarkan sambal pecal segera Lahza adalah untuk membantu masyarakat tempatan yang suka atau ingin mencuba makanan tradisi jawa ini tanpa perlu memasaknya.

Matlamat dan visi mereka adalah untuk menjadikan Lahza sebuah jenama gergasi dalam industri produk makanan segera, dan menjadi peneraju dalam bidang ini menjelang tahun 2025.

Hidup tanpa impian umpama kapal yang belayar tanpa tujuan.

Puan Siti Nurlailah Binti Alias
Pengasas Sambal Pecal Segera Lahza
Pasangan Suami Isteri Yang Mempunyai Misi besar Untuk Jenama Lahza

Keistimewaan Sambal Pecal Segera Lahza

Produk keluaran Lahza ini adalah produk sedia dimakan (Ready To Eat) yang senang, mudah dan sedap.

Nik Nock kongsikan antara keistimewaan sambal segera ini adalah seperti yang berikut;

(1) Produk Keluaran Bumiputera

Produk ini dikeluarkan oleh syarikat tempatan milik usahawan Bumiputera muslim.

Sudan tentunya ianya halal dan boleh dimakan tanpa was-was

(2) Sedia Untuk Dimakan (Ready To Eat)

Sambal segera ini adalah produk keluaran Lahza yang sedia untuk dimakan dan tak perlu dimasak.

Hanya perlu dicampur air panas dan sedia untuk dihidangkan bersama sayur sayuran pecal.

(3) Resepi Asli Turun Temurun

Dihasilkan daripada resepi asli turun temurun daripada keluarga berketurunan Jawa, sambal pecal ini sangat sedap dan lazat kena dengan citarasa semua.

(4) Bahan-bahan Segar

Bukan sahaja resepi asli keturunan jawa, malah resepi sambal pecal segera Lazha menggunakan bahan-bahan segar dan berkualiti seperti kacang, cili kering, belacan dan sebagainya.

Bahan-bahan Sambal Pecal Segera Lahza
Bahan-bahan Segar dan Semulajadi Digunakan Untuk Sambal Pecal Segera Lahza

(5) Sesuai Untuk Semua

Sambal segera ini sangat sesuai untuk dimakan untuk semua golongan dan peringkat umur.

Kanak-kanak pun suka makan sambal pecal yang sedap ini.

(6) Menjimatkan Masa

Sudah tentunya sambal ini adalah sangat senang untuk digunakan. Oleh itu, ia menjimatkan masa dan tenaga kita untuk menyediakan pecal yang sedap

(7) Menjimatkan Kos

Harganya amat berpatutan dan mampu milik. Oleh itu, sambal ini boleh dibeli dengan senang oleh mereka yang ingin merasainya.

(8) Tahan Lama

Sambal pecal ini dibuat secara homemade dan boleh tahan sehingg enam (6) bulan.

(9) Pelengkap Rasa Pelbagai Hidangan

Bukan setakat boleh dihidangkan bersama sayur-sayuran pecal malah boleh juga dinikmati dan sebagai pelengkap hidangan dan masakan yang lain seperi cucur udang, sate dan sebagainya

Cara Penyediaan Sambal Pecal Segera Lahza

Makanan sedia dimakan ini, sangat senang dan mudah untuk disediakan. Berikut adalah cara penyediaan sambal pecal segera Lahza;

(1) Masukkan serbuk sambal pecal LAHZA ke dalam bekas

(2) Masukkan air panas mengikut kepekatan yang diingini

(3) Kacau sehingga sebati

(4) Siap untuk dihidangkan

Selamat Mencuba !!

Untuk dimakan sebagai pecal bolehlah disiapkan dahulu bahan-bahan seperti berikut;

Bahan-bahan pecal

  • Sayur-sayuran seperti kangkung, pucuk ubi, taugeh, kacang panjang dan sebagainya
  • Tempe goreng
  • Tauhu goreng
  • Sengkuang
  • Timun

Sambal Pecal Segera Lahza juga sesuai dan boleh dihidangkan bersama-sama hidangan dan makanan yang berikut;

  • Pecal
  • Sate
  • Nasi Himpit
  • Cucur Udang
  • Cucur biasa
  • Tempe goreng
  • Kuah Mee Rebus

Testimoni Sambal Pecal Segera Lahza

Sambal pecal segera Lahza kian mendapat sambutan ramai kerana rasanya yang enak dan sangat mudah untuk disediakan.

Kalau ada yang terliur dan ingin merasa sambal pecal segera Lahza ini bolehlah mengunjungi Facebook mereka seperti berikut;

Produk Keluaran Lahza Enterprise

Selain daripada sambal pecal, Lahza juga mengeluarkan kuah rojak yang juga menggunakan resepi keluarga turun temurun.

Kuah rojak Lahza
Kuah Rojak Keluaran Lahza

Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Lahza Enterprise.

FACEBOOK LAHZA
INSTAGRAM LAHZA
WEBSITE LAHZA
NO TELEFON
012-9683836
(PUAN SITI NURLAILAH)
WASAP LAHZA
ALAMAT
NO A99, FELDA TERSANG 2
27600 RAUB, PAHANG
LOKASI KE LAHZA

Terima kasih kepada Usahawan LAHZA yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan sambal pecal dan kuah royak sedai dimakan (ready to eat). Semoga usaha LAHZA terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.

Nik Nock

Artikel lain yang boleh di baca berhubung LAHZA boleh KLIK pada link yang berikut;

Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS