September 28, 2020

Nik Nock

Blogger Malaysia

Program PeDAS MDEC Bantu Usahawan Setempat

Program-pedas-mdec-logo-pedas

Alhamdulillah kali ini Nik Nock diberi peluang untuk menulis Artikel khusus untuk Usahawan Program PeDAS MDEC yang terpilih. Nik Nock mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Terima Kasih kepada pihak MDEC dan Lunaworks yang sudi bekerjasama dengan Blog Nik Nock dalam usaha untuk memperkasakan Usahawan yang terlibat di dalam dunia Online terutama di Carian Google.

PeDAS ni bukannya PEDAS seperti makan cili tu dehh. Ianya suatu program inisiatif kerajaan untuk membantu para usahawan luar bandar untuk mendigitalkan perniagaan mereka yang selama ini dilakukan secara offline.

Program PeDAS MDEC
Perkataan Sama Tapi Maksud Berbeza Dengan Pedas Cili

Apa itu Program PeDAS MDEC

Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS)

Program PeDAS MDEC telah dilancarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dengan kerjasama agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) di seluruh negara melalui 10 Pusat Internet Desa (PID) pada 26 Ogos 2019.

Program ini dilaksanakan khusus untuk menggalakkan transformasi digital di kalangan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) di kawasan luar bandar, sejajar dengan perkembangan e-dagang yang pesat.

Pusat Internet Desa Yang Terlibat

Berikut adalah senarai Pusat Internet Desa (PID) yang menjalankan Program PeDAS MDEC;

1JohorPagohSuhamdy Shamsuddin
suhamdysham@gmail.com 
018 358 0052
2JohorSg MatiNorazimah Binti Jema’on
emmashaz@gmail.com 
06 975 1063
3JohorTg MalimZalia Hezlin Binti Abolah Zawawi
zaliahezlin2106@gmail.com 
05 458 5835
4KedahKuala NerangMohd Faizan Bin Mahmood
mohdfaizanmahmood@gmail.com 
04 786 5284
5MelakaTg KlingZamila Omar Mohammad
zamilaommar@gmail.com 
06 351 3992
6Negeri SembilanKotaNor Sharaniza Binti Asa’ari
syaraniza@gmail.com 
06 438 1082
7PahangSg KoyanKasmawati Mat Japar
kasma1808@gmail.com 
09 340 2129
8PerakKuala KurauZatul Immah Binti Jamaludin
adamshaklee@gmail.com 
05 727 6516
9Pulau PinangBalik PulauSiti Huraizah Binti Abdul Rahman
sitihuraizah@gmail.com 
04 866 2706
10SelangorBeranangIsmaini Izra Ismail
ismainiizra87@gmail.com 
03 8766 0780
Maklumat PID Yang Terlibat Dengan Program PeDAS MDEC

Perkhidmatan Program PeDAS MDEC

Perkhidmatan yang ditawarkan di PID yang terlibat di bawah Program PeDAS MDEC adalah seperti latihan, bimbingan dan sokongan

#1 – Program Latihan

  • Program keusahawanan
  • Akses kepada 58 modul perniagaan melalui pembelajaran dalam talian

#2 – Program Bimbingan (Coaching)

  • Jurulatih untuk perniagaan anda
  • Perkhidmatan eDagang oleh pemain industri

3. Program Sokongan (Support)

  • Perkhidmatan untuk mengenalpasti tahap kesediaan usahawan dalam perniagaan eDagang dan cadangan untuk mengurangkan jurang tersebut
  • Menghubungkan usahawan dengan agensi yang berkaitan untuk membantu mengembangkan perniagaan

Antara Aktiviti Program Coaching PeDAS di PID Kota, Negeri Sembilan;

  • Program-pedas-mdec-coaching
  • Program-pedas-mdec-coaching-kota4
  • Program-pedas-mdec-coaching-kota3
  • Program-pedas-mdec-coaching-kota2

Program Penulisan Artikel Blog Usahawan Program PeDAS MDEC

Selain latihan, bimbingan dan sokongan yang diberikan kepada usahawan di bawah Program PeDAS MDEC, pihak MDEC telah mengambil inisiatif seterusnya untuk terus menyokong usahawan yang betul-betul ingin memperkembangkan perniagaan mereka di dunia online.

Oleh itu, seramai 30 orang usahawan daripada 10 PID yang terlibat di bawah Program PeDAS MDEC telah dipilih untuk program penulisan blog.

Program penulisan blog ini adalah satu lagi cabang pemasaran online untuk mempromosikan perniagaan mereka di laman carian Google. Maklumat dan keterangan produk mereka akan mudah dijumpai oleh pelanggan melalui carian di laman web.

Bukan sahaja mudah di cari dan dijumpai, malah maklumat mereka akan berpeluang menduduki halaman pertama carian Google.

Alhamdulillah Blog Nik Nock adalah satu satu daripada Blog yang dipilih untuk menulis mengenai perniagaan 30 orang usahawan yang terlibat di bawah Program PeDAS MDEC yang terpilih.

Kebanyakan artikel perniagaan usahawan ini di blog Nik Nock telahpun mendapat tempat di halaman pertama di dalam Carian Google.

Antara Artikel Blog Nik Nock Untuk Usahawan PeDAS berada tempat teratas dan halaman pertama di carian Google;

  • Program-pedas-mdec-ansal-ternak
  • Program-pedas-mdec-bloomer-queen

Penulisan Blog Nik Nock Usahawan PeDAS

Untuk program ini Nik Nock telah menulis 90 artikel untuk 30 orang usahawan yang terpilih. Mereka terdiri daripada pelbagai bidang perniagaan yang berasal daripada penduduk setempat.

Setiap satunya mempunyai maklumat dan keterangan mengenai usahawan itu sendiri serta perniagaan yang mereka jalankan.

Nik Nock berharap penulisan ini bukan sahaja dapat membantu memperkembangkan perniagaan usahawan yang terlibat.

Malah daapt membantu kawan-kawan pembaca mendapatkan maklumat produk hasil keluaran Bumiputera dan usahawan tempatan yang Halal dan berkualiti.

Berikut Nik Nock berikan salah satu LINK untuk tulisan bagi 30 Usahawan Program PeDAS MDEC yang terlibat dengan Program Penulisan Blog ini.

Usahawan #1 : Momazing Store
Usahawan #2 : Bloomer Queen
Usahawan #3 : FZ Agro
Usahawan #4 : Admires Lip Matte
Usahawan #5 : Aini Pinky Food
Usahawan #6 : Wanz Bites
Usahawan #7 : Zieyra Design
Usahawan #8 : Seri Nenda
Usahawan #9 : Azzu Bahulu Ledang
Usahawan #10 : Lulu Tree
Usahawan #11 : AjidYan Cendol
Usahawan #12 : Sayap Walet
Usahawan #13 : Sandwich Terliur
Usahawan #14 : Baihaq
Usahawan #15 : Kerepek MART
Usahawan #16 : Aizan Food
Usahawan #17 : Noors Cookies
Usahawan #18 : Anis KissMiss
Usahawan #19 : Rasso Tanjong
Usahawan #20 : Fani Soy
Usahawan #21 : Zana Therapy Oil
Usahawan #22 : Cetusan Hatie
Usahawan #23 : Ansal Ternak
Usahawan #24 : Mee Sudin
Usahawan #25 : Lahza
Usahawan #26 : Fatma Sofea
Usahawan #27 : Capal Arils
Usahawan #28 : Dhiaza Bahulu Sekupang
Usahawan #29 : Shahrinie
Usahawan #30 : Izzahrra