March 8, 2021

Nik Nock

Blogger Malaysia

Azzu Bahulu Ledang Johor | Usahawan PeDAS

Bahulu ni antara makanan tradisional yang menjadi pilihan utama masyarakat Melayu. Pergi ke mana-manan negeri di Malaysia pun akan ada tempat yang menjual bahulu. Kalau kat Kelantan memang dari kecik la Nik Nock makan bahulu. Pergi Kedah, Terengganu, Sarawak dan semua negeri pun akan jumpa bahulu. Kalau di Johor Azzu Bahulu Ledang Johor memang popular dengan bahulunya yang sedap.

Azzu bahulu ledang Johor
Azzu Bahulu Ledang Johor Resepi Asli Tradisional Johor

Azzu Bahulu Terkenal di Negeri Johor

Azzu bahulu adalah hasil keluaran syarikat Azzu Seri Maamur Enterprise berlokai di Tangkak, Johor juga dikenali dengan Azzu Bahulu Ledang Johor. Nama Azzu bahulu sememangnya sudah terkenal di Negeri Johor. Kalau ada yang datang ke Tangkak, sudah semestinya singgah di Azzu Bahalu.

Bukan sahaja penduduk di sekitar Tangkak dan seluruh Negeri Johor, malah kalau ada rombogan dari negeri lain pun pasti akan singgah di Azzu Bahulu untuk menikmati bahulu panas dan membeli bahulu untuk di bawa pulang.

Misi Perniagaan Azzu Bahulu Ledang Johor

Nik Nock sendiri mengenali pemilik Azzu Bahulu iaitu Puan Norazlina Binti Samsi atau beliau lebih gemar membahasakan dirinya Kak Azzu. Bukan sahaja orangya cantik dan manis malah Kak Azzu adalah seorang usahawan yang mempunyak impian yang besar untuk memperluaskan perniagaan bahulunya.

Pengasas Azzu Bahulu Ledang Johor
Pengasas Azzu Bahulu

Menurut Puan Norazlina Binti Samsi iaitu Pengasas kepada Azzu Bahulu, Azzu bahulu mempunyai beberapa misi untuk memperluaskan lagi pasaran mereka dan menaikkan ekonomi sekitarnya.

  • Membantu meningkatkan ekonomi penduduk setempat
  • Memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat kampung terutama generasi muda, ibu tunggal serta isi rumah berpendapatan rendah
  • Mencapai jualan 1 juta setahun pada tahun 2020

Usaha yang berterusan, Yakin dengan rezeki Allah SWT

Norazlina Binti Samsi

Produk Utama Azzu Bahulu Ledang Johor

Produk utama bahulu Azzu semestinya bahulu asli tradisional Negeri Johor. Azzu Bahulu menghasilkan pelbagai aneka bahulu traditional seperti bahulu cermai, bahulu ikan, aneka perisa bahulu gulung, aneka bahulu berperisa, aneka kuih bakar traditional dan lain-lain.

Bahulu Cermai

bahulu cermai
Bahulu Cermai

Aneka Perisa Bahulu Gulung

Bahulu Gulung Pelbagai Perisa
Bahulu Gulung Pelbagai Perisa

Bahulu Ikan

bahulu ikan

Bahulu Berperisa dan Berinti

Azzu bahulu ledang johor pelbagai rasa
Bahulu Pelbagai Rasa

Kelebihan Azzu Bahulu Ledang Johor

Kilang Bumiputera dan Halal

Bahulu Azzu Bahulu Ledang Johor dihasilkan di kilang sendiri yang telah telah mendapat pensijilan HALAL. Pihak Azzu Bahulu sangat menjaga kualiti pengeluaran dan kebersihan sepanjang proses pembuatan Bahulu.

Bahulu Resepi Tradisional Johor

Produk bahulu Azzu menggunakan resepi asli tradisional Johor yang sangat sedap mengikut citarasa dulu-dulu.

Makan bahulu daripada Azzu mampu mengimbau kenangan lama sewaktu kecik dahulu bersama emak, nennek dan seisi keluarga

Bahulu Segar dan Panas

Azzu bahulu di bakar setiap hari bagi memastikan rasa bahulu yang segar dan sedap untuk para pelanggan

Bahulu Asli Yang Pelbagai

Azzu Bahulu bukab sahaja BERCITARASA TINGGI malah dikeluarkan dalam pelbagai bentuk, warna dan perisa untuk menarik pelbagai golongan supaya menikmati bahulu tradisional Johor

Harga Azzu Bahulu Yang Berpatutan

Tanpa mengenepikan rasa dan kualiti, bahulu keluaran Azzu Bahulu di jual dengan harga kasih sayang yang berpatutan seperti jualan bahulu cermai, bahulu ikan, bahulu gulung dan sebagainya.

Azzu Bahulu Meningkatkan Ekonomi Setempat

Azzu Bahulu membuka peluang bagi penduduk sekitarnya untuk mendapatkan pekerjaan di kilang mereka. Dengan ini akan meningkatkan taraf ekonomi setempat

Malah Azzu Bahulu juga memberi ruang untuk mereka yang ingin menjadi agen dan pengedar Azzu Bahulu.

Azzu Bahulu untuk Door Gift dan Hamper

Azzu Bahulu Ledang Johor juga menyediakan door gift dan hamper bahulu untuk majlis-majlis seperti kenduri kahwin, majlis harijadi, majlis persatuan, syarikat dan organisasi.

Door gift untuk majlis
Door Gift Untuk Majlis

Kepada kawan-kawan yang ingin mengunjungi Azzu Bahulu boleh ke kilang mereka yang berlokasi di Tangkak, Johor

Nik Nock kongsikan juga dengan kawan-kawan media sosial dan nombor untuk dihubungi bagi maklumat lanjut berhubung produk Azzu Bahulu Ledang Johor ini ya

FACEBOOK AZZU BAHULU
INSTAGRAM AZZU BAHULU
NO TELEFON
0173037621 / 06-9784 777
(NORAZLINA @ KAK AZZU)
ALAMAT
AZZU BAHULU
PKU 92 KAMPUNG SERI MAAMUR 
84900 TANGKAK JOHOR

Terima kasih kepada Usahawan Azzu Bahulu yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan kuih tradisional asli Bahulu. Semoga usaha Azzu Bahulu terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.

Artikel lain yang boleh di baca berhubung produk Azzu Bahulu boleh KLIK pada link yang berikut;

Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS