March 8, 2021

Nik Nock

Blogger Malaysia

Bahulu Door Gift Johor | Azzu Bahulu PeDAS

Bahulu-door-gift-johor

Bahulu sering sahaja menjadi pilihan ahli keluarga untuk dijadikan sebagai door gift majlis perkahwinan. Nik Nock pun sering mendapat door gift bahulu kalau ke kenduri kahwin. Sekarang ni majlis rasmi, masjlis persatuan dan majlis keramaian juga sering menjadikan bahulu sebagai pilihan door gift. Azzu Bahulu Ledang juga menyediakan Bahulu Door Gift Johor sebagai pilihan pelanggan mereka.

Azzu bahulu door gift johor
Azzu Bahulu Door Gift Majlis Kenduri Kahwin

Azzu Bahulu Door Gift Johor Pelbagai Majlis

Bahulu bukan sahaja dibeli untuk dimakan seisi keluarga, malah bahulu juga boleh dibeli untuk dijadikan sebagai pemberian kepada orang lain seperti door gift, hamper dan buah tangan.

Bahulu Sebagai Buah Tangan

Bahulu Azzu sangai sesuai di gunakan sebagai buah tangan untuk ibu dan ayah ketika pulang ke kampung.

Juga sesuai untuk diberikan semasa menziarahi sanak saudara, sahabat handai dan semasa kunjungan ke mana-mana majlis.

Ia akan menjadikan kunjungan kita lebih diberkati dan diingati dan seterusnya mengeratkan silaturrahim

Bahulu Sebagai Sedekah atau Sumbangan

Bgi individu atau organisasi yang mengadakan kunjungan ke rumah kebajikan, rumah anak yatim, rumah orang tua dan sebagainya, mereka juga boleh menjadikan Azzu Bahulu door gift Johor sebagai sumbangan mereka.

Bahulu door gift johor sebagai sumbangan
Bahulu Boleh Dijadikan Sumbangan

Selain menjamu mereka dengan pelbagai hidangan, pemberian wang ringgit, bahulu juga boleh menceriakan mereka untuk dinikmati bersama-sama semasa minum petang atau malam.

Bahulu juga boleh dijadikan sebagai hidangan sedekah kepada surau, masjid atau mana-mana majlis tahlil.

Bahulu Sebagai Hamper

Bahulu daripada Azzu Bahulu juga boleh dijadikan sebagai hamper untuk diberikan bersempena dengan mana-mana majlis anugerah, pertandingan atau majlis persatuan.

Bahulu Door Gift Johor untuk Majlis Kenduri

Ramai yang menjadikan bahulu sebagai door gift untuk majlis perkahwinan, pertunangan, majlis harijadi dan sebagainya.

Bahulu juga dijadikan salah satu hidangan sampingan di majlis kenduri untuk dinikmati oleh tetamu selain daripada menjamu nasi minyak

Bahulu Door Gift Exclusive

Kalau nak tahu bahulu telah pun dapat menambat hati ke semua golongan. Bukan sahaja rakyat biasa seperti kita yang menjadikan bahulu sebagai door gift atau sumbangan, malah golongan korporat, VIP, VVIP termasuk kerabat di Raja pun selalu menjadikan bahulu pilihan utama untuk dijadikan door gift dan sumbagan mereka.

Door Gift Eksklusif Yang Ditempah Oleh Kerabat DiRaja

Menurut Azzu Bahulu Ledang Johor mereka menerima permintaan yang tinggi bagi bahulu untuk dijadikan sebagai door gift, hamper dan sumbangan. Ini adalah bahulu Azzu mempunyai keistimewaan mereka yang tersendiri

Keistimewaan Azzu Bahulu Door Gift Johor

Tahan Lama

Azzu bahulu boleh tahan sehingga 1 bulan tanpa bahan pengawet dan di simpan di dalam bekas kedap udara

Kurang Manis

Azzu bahulu mempunyai rasa bahulu yang kurang manis dan menepati citarasa pelbagai golongan masyarakat zaman kini

Garing Di Luar Lembut Di dalam

Azzu bahulu mengekalkan rasa bahulu traditional garing di luar lembut serta gebu di dalam.

Mengimbau Kengangan Lama

Menikmati Bahulu Azzu mampu mengimbau kenagan di waktu zaman silam bersama ibu dan nenek .

Di Bakar Setiap Hari

Bahulu Azzu adalah  bahulu segar kerana di bakar dan di proses setiap hari.

Kilang Yang Bersih

PemprosesanAzzu bahulu di buat di kilangnya yang bersih kerana kebersihan adalah keutamaan syarikat azzu dalam menjaga dan menghasilkan produk pengeluaran bahulu.

Bahulu Azzu Sedia Di Makan

Bahulu Azzu boleh di makan pada setiap masa seperti sarapan pagi dan minum petang serta di gemari untuk semua peringkat umur.

Ianya sangai sesuai di hidangkan bersama keluarga.

Azzu Bahulu Halal

Bahulu azzu telah mendapat pensyijilan halal dan boleh makan tanpa was-was

Sijil Halal Produk Keluaran Azzu Bahulu

Testimoni Pelanggan Azzu Bahulu Door Gift Johor

Azzu Bahulu telah menerima pelbagai tempahan daripada pelanggan yang keseluruhannya telah berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak Azzu bahulu.

Pelanggan Azzu Yang Menempah Hamper

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan produk bahulu keluaran Azzu Bahulu ini boleh mengunjungi Instagram mereka.

Instagram Azzu Bahulu

Nik Nock kongsikan juga dengan kawan-kawan media sosial dan nombor untuk dihubungi bagi maklumat lanjut berhubung produk Azzu Bahulu Ledang Johor ini ya

FACEBOOK AZZU BAHULU
INSTAGRAM AZZU BAHULU
NO TELEFON
0173037621 / 06-9784 777
(NORAZLINA @ KAK AZZU)
ALAMAT
AZZU BAHULU
PKU 92 KAMPUNG SERI MAAMUR 
84900 TANGKAK JOHOR

Terima kasih kepada Usahawan Azzu Bahulu yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan kuih tradisional asli Bahulu. Semoga usaha Azzu Bahulu terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.

Artikel lain yang boleh di baca berhubung produk Azzu Bahulu boleh KLIK pada link yang berikut;

Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS