March 8, 2021

Nik Nock

Blogger Malaysia

Bahulu Sedap dan Lembut | Azzu Bahulu PeDAS

Bahulu-sedap-dan-lembut

Selera Nik Nock bila makan bahulu mesti nak bahulu sedap dan lembut kat dalam dia. Kalau dapat bahulu yang kurang manis lagi bagus terutama bila masa kita diet kan. Nak lagi best bila dapat makan bahulu masa panas-panas. Kalau nak makan bahulu panas ni ada dua (2) je cara dia. Masak sendiri atau kena ke kilang atau tempat buat bahulu la kan.

Bahulu sedap dan lembut
Bahulu Yang Sedap dan Lembut

Proses Membuat Bahulu Lembut dan Sedap

Semua ciri-ciri bahulu yang Nik Nock huraikan atas tu ada kat bahulu keluaran Azzu Bahulu di Tangkak, Johor. Azzu bahulu sememangnya sedap dan lembut. Maklum la proses pembuatan bahulu semua di buat di kilang mereka sendiri. Produk bahulu mereka pun telah mendapat sijil Halal daripada Jakim.

Nik Nock kongsikan serba sedikat proses pembuatan bahulu di kilang Azzu bahulu.

(1) Proses Mencuci Telor

Salah satu bahan utama dalam resepi bahulu semestinya telor ayam. Di kilang Azzu Bahulu, proses ini amat penting untuk menjamin kebersihan produk bahulu yang dikeluarkan.

Para pekerja Azzu akan memastika setiap biji telor akan dicuci dengan bersih sebelum digunakan ke dalam resepi bahulu.

Proses mencuci telur ayam untuk bahulu sedap dan lembut
Proses Mencuci Telur Dengan Bersih

(2) Proses Mengadun Adunan Bahulu

Proses yang ke dua adalan mengadun ke semua adunan untuk membuat bahulu seperti telur, tepung dan gula. Di Azzu Bahulu proses mengadun ini menggunakan tenaga kerja dan juga mesin pengadun.

Proses mengadun adunan bahulu sedap dan lembut
Proses Mengadun Adunan Bahulu

Proses ini amat penting untuk memastikan ke semua bahan di adun mengikut sukatan yang betul agar terhasil bahulu yang sedap dan lembut.

(3) Proses Menuang Adunan Bahulu Sedap dan Lembut

Setelah di adun, adunan bahulu kemudiannya di masukkan ke dalam bekas dan acuan yang betul mengikut jenis bahulu yang dikehendaki.

Proses ini penting untuk menentukan jenis bahulu. Adunan yang dituang juga perlu mengikut sukatan acuan supaya bahulu yang terhasil cantik terbentuk dan juga mudah digulung untuk bahulu gulung.

(4) Proses Membakar Bahulu

Antara proses yang paling penting dalam pembuatan bahulu adalah semasa membakar bahulu. Proses ini mesti mengikut suku dan masa yang betul agar bahulu yang terhasil adalah bahulu sedap dan lembut di dalamnya

Walau pun proses ini menggunakan pembakar elektrik, masih juga memerlukan pemantauan daripada pekerja untuk mengelakkan sebarang kemungkinan kerosakan bahulu.

Proses membakar bahulu sedap dan lembut
Proses Membakar Bahulu Sedap dan Lembut

(5) Proses Sejuk dan Pembungkusan

Setelah bahulu di bakar panas, bahulu mestilah disejukkan dahulu sebelum proses pembungkusan. Ini lah masanya yang Nik Nock maksudkan best kalau dapat makan bahulu panas-panas.

Untuk proses pembungkusan boleh dimulakan setelah bahulu sejuk. Ini untuk memastikan bahulu dapat tahan lebih lama (sehingga sebulan) serta untuk mendapatkan bahulu yang sedap dan lembut di dalam.

Proses Sejukkan Bahulu dan Pembungkusan
Proses Sejukkan Bahulu dan Pembungkusan

Bagi kawan-kawan yang nak makan bahulu panas boleh la ke kilang Azzu Bahulu di Tangkak Johor deh.

Produk Bahulu Sedap dan Lembut di Azzu Bahulu

Antara produk Azzu Bahulu yang menjadi pilihan utama pelanggan Azzu Bahulu adalah bahulu cermai original dan berinti seperti coklat.

Bahulu Cermai Original

Bahulu Cermai Original
Bahulu Cermai Original

Bahulu Cermai Inti Coklat

Bahulu Cermai Inti Coklat
Bahulu Cermai Berinti Coklat

Bahulu gulung keluaran Azzu dikeluarkan dalam pelbagai perisa. Ianya selalu ditempah untuk majlis keramaian dan juga untuk dijadikan door gift.

Bahulu Gulung Nenas

Bahulu gulung nenas

Bahulu Gulung Keladi

bahulu gulung keladi

Bahulu Gulung Strawberry

bahulu gulung strawberry

Berikut adalah senarai produk keluaran Azzu Bahulu ;

  • Bahulu Cermai Original
  • Bahulu Cermai Pandan
  • Bahulu Cermai Strawberi
  • Bahulu Cermai Pandan Inti Special
  • Bahulu Cermai Strawberi Inti Special
  • Bahulu Pusar / Saiz M / Saiz L
  • Bahulu Kemboja / Batik
  • Bahulu Mable
  • Bahulu Buah
  • Bahulu Cermai Asli
  • Bahulu Cermai Perisa
  • Bahulu Cermai Perisa Berinti
  • Bahulu Ikan
  • Bahulu Ikan Special berinti
  • Bahulu Gulung (9’) Nenas, Strawberry, Blueberry
  • Bahulu Gulung Coklat
  • Kuih Bakar Pandan
  • Kuih Bakar Jagung
  • Kuih Bakar Labu

Kepada kawan-kawan yang ingin mengunjungi Azzu Bahulu boleh ke kilang mereka yang berlokasi di Tangkak, Johor

Nik Nock kongsikan juga dengan kawan-kawan media sosial dan nombor untuk dihubungi bagi maklumat lanjut berhubung produk Azzu Bahulu Ledang Johor ini ya

FACEBOOK AZZU BAHULU
INSTAGRAM AZZU BAHULU
NO TELEFON
0173037621 / 06-9784 777
(NORAZLINA @ KAK AZZU)
ALAMAT
AZZU BAHULU
PKU 92 KAMPUNG SERI MAAMUR 
84900 TANGKAK JOHOR

Terima kasih kepada Usahawan Azzu Bahulu yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan kuih tradisional asli Bahulu. Semoga usaha Azzu Bahulu terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.

Artikel lain yang boleh di baca berhubung produk Azzu Bahulu boleh KLIK pada link yang berikut;

Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS