
Kesibukan zaman kini telah menyebabkan makanan frozen menjadi popular di kalangan isi rumah. Oleh itu, industri makanan frozen termasuk kuih frozen semakin berkembang dan mendapat permintaan tinggi. Kuih Frozen Aizan Food turut mengambil peluang memperkenalkan kuih frozen homemade mereka di pasaran Malaysia.
Kuih frozen adalah kuih muih yang telah siap dimasak dan dibekukan supaya ianya mudah untuk digunakan oleh isi rumah yang tiada masa untuk membuat kuih sendiri.

Kuih Frozen Aizan Food Kuih Homemade Segera
Kuih frozen Aizan Food adalah keluaran usahawan bumiputera dari Alor Setar, Kedah. Menurut Pengasasnya, Puan Aizan kuih muih yang dihasilkan adalah dengan menggunakan resepi keluarga beliau dan menggunakan bahan dan rempah ratus yang asli.

Aizan Food telah pun lebih dari tujuh (7) tahun menjalankan perniagaan ini. Mereka menitik beratkan rasa kuih yang kekal sedap untuk dimakan walaupun telah disejuk bekukan.
Oleh itu, proses pembuatan kuih frozen dibuat dengan teliti, bersin dan konsisten dari segi penggunaan ramuan yang digunakan di dalam resepi mereka.
Mencapai impian perlukan kesabaran, kegigihan dan ketekunan.
Puan Nor Aizan Abdul Hamid
Pengasas Aizan Food

Keistimewaan Kuih Frozen Aizan Food
Antara keistimewaan kuih muih Aizan Food adalah seperti yang berikut;
(1) Kuih Muih Resepi Asli Warisan Keluarga
Resepi kuih muih yang dihasilkan adalah mengikut resepi asli warisan keluarga dari turun temurun.
(2) Perniagaan Milik Bumiputera
Perniagaan Aizan Food adalah 100% diuruskan dan dimiliki oleh usahawan Bumiputera
(3) Halal dan Bersih
Keseluruhan proses penghasilan semua kuih muih di buat dengan persekitaran yang bersih serta halal untuk dimakan tanpa was-was.
(4) Kuih Tahan Lama
Produk keluaran Aizan Food boleh bertahan sehinggan 3-6 bulan mengikut jenis kuih.
(5) Mudah dan Cepat
Kuih frozen yang dihasilkan amat mudah dan cepat untuk disediakan. Ini membolehkan pengguna menjimatkan masa daripada membuat kuih sendiri.
(6) Sedap Dimakan
Semua keluaran kuih sejuk beku Aizan Food adalah sedap untuk dimakan seisi keluarga
(7) Sumber Pendapatan Sampingan
Aizan Food juga membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin menambahkan pendapatan dengan berniaga kuih sejuk beku ini.
Jenis-jenis Kuih Frozen Aizan Food
Aizan Food mengeluarkan pelbagai jenis kuih sejuk beku untuk dijual kepada pelanggan. Jadi pelanggan mereka mempunyai pilihan mengikut citara masing-masing.
Antara kuih muih sejuk beku yang dikeluarkan oleh Aizan Food adalah seperti yang berikut;
(1) Karipap (Tahan 4 Bulan)
(2) Karipap Sardin (Tahan 4 Bulan)

(3) Cucur badak (Tahan 4 Bulan)

(4) Samosa (Tahan 4 Bulan)

(5) Onde-onde (Tahan 4 Bulan)

(6) Donut (Tahan 4 Bulan)

(7) Cucur Kacang (Tahan 3 Bulan)
(8) Roti Canai (Tahan 6 Bulan)

Testimoni Kuih Frozen Aizan Food
Kuih sejuk beku Aizan Food telah mendapat tempat di hati para pelanggan mereka yang tersendiri. Mereka sangat suka dengan rasa kuih Aizan Food yang sedap.
Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk Aizan Food ini boleh mengunjungi Facebook mereka.
Facebook Aizan Food
Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Aizan Food.
FACEBOOK AIZAN FOOD |
INSTAGRAM AIZAN FOOD |
NO TELEFON 012 438 9097 (PUAN NOR AIZAN) |
WASAP AIZAN FOOD |
ALAMAT KAMPUNG SUNGAI DAUN ATAS 06680 ALOR SETAR, KEDAH |
Terima kasih kepada Usahawan Aizan Food yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan kuih tradisional frozen tradisional. Semoga usaha Aizan Food terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.
Nik Nock
Artikel lain yang boleh di baca berhubung Aizan Food boleh KLIK pada link yang berikut;
Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS
More Stories
Idea Bilik Tidur Sempit | Izzahrra PeDAS
Tips Menghias Ruang Tamu | Izzahrra PeDAS
Kedai Perabot Online Izzahrra | Usahawan PeDAS