
Kerepek pisang antara yang popular menjadi pilihan ramai masyarakat Malaysia. Biasanya sejak dari dulu resepi kerepek pisang rangup dihasilkan sendiri oleh ibu-ibu walau pun bukan untuk dijual, namun hanya untuk di makan bersama keluarga.
Kerepek adalah sejenis makanan ringan yang dipotong nipis dan digoreng sehingga garing. Kerepek dibuat daripada pelbagai jenis bahan seperti pisang dan ubi.
Antara pisang yang sesuai untuk dijadikan kerepek adalah seperti pisang nipah atau abu, pisang nangka dan juga pisang tanduk.
Bagi penggemar kerepek pisang, tentunya boleh membandingkan rasa antara kerepek pisang yang berbeza kan. Nik Nock sendiri suka kerepek pisang tetapi tidak tahu nak membezakan jenis pisang yang digunakan haha.
Asalkan ianya sedap dan rangup, mesti makan sampai licin. Jom kita tengok resepi kerepek pisang rangup.

Resepi Kerepek Pisang Rangup Menggunakan Pisang Nangka
Resepi kerepek pisang rangup ini dikongsikan oleh kawan yang berasal dari Johor. Resepinya ringkas tapi memang sedap dan rangup.
Bahan-bahan Resepi Kerepek Pisang Rangup
- Pisang Nangka
- Garam secukup rasa
- Bawang putih
- Minyak untuk menggoreng
Cara Penyediaan Resepi Kerepek Pisang Rangup
(1) Pilih Pisang Nangka
Resepi kerepek pisang rangup ini adalah dengan menggunakan pisang nangka. Boleh juga menggunakan pisang yang lain mengikut kesesuaian dan citarasa masing-masing.
Pilih pisang yg cukup tua tetapi masih mentah dan belum masak. Pisang yang belum bewarna kuning kerana jika pisang sudah mengkal, kerepek akan menjadi liat dan lemau.
Pisang nangka ni boleh di ambil di kebun ataupun boleh beli di kedai.

(2) Kupas Pisang Nangka
Kupas pisang nangka dengan hiriskan kulit pisang hinggan nampak isinya
Ini adalah untuk memudahkan proses mengupas pisang kerana pisang muda kulitnya akan melekat dengan isi.
(3) Sagat Pisang Nangka
Kemudian, sagatkan pisang mengikut kesesuain. Boleh disagat memanjang, serong ataupun menegak.
Letak penyagat di atas bekas yg berisi air supaya pisang yg disagat jatuh dalam air dan tidak melekat antara satu sama lain.
(4) Sediakan Air Garam bersama bawang putih
Tumbukkan beberapa ulas bawang putih bersama dengan garam. Masukkan dalam sedikit air lebih kurang setengah cawan.
Resepi kerepek pisang rangup ini menggunakan air garam dan bawang putih adalah untuk memberikan rasa masin pada kerepek dan merangupkan lagi kerepek pisang yang digoreng.

(5) Proses gorengan kerepek pisang

Panaskan minyak di dalam kuali. Minyak perlu banyak dan pastikan minyak betul-betul panas.
Masukkan pisang yang telah di sagat dan kacaukan supaya tidak melekat.
Masukkan air garam bersama bawang putih. Air garam ini perlu di masukkan lebih kurang setiap 2 kali gorengan.

(6) Angkat dan Sejat
Selepas pisang menjadi warna kekuningan, angkat kerepek pisang dan tapis lebihan minyak
(7) Sejukkan Kerepek
Selepas di goreng, kerepek pisang mesti disejukkan terlebih dahulu.
(8) Simpan di dalam bekas
Simpan Kerepek yang sudah sejuk di dalam bekas kedap udara supaya kerepek lebih rangup dan tahan lebih lama
Selamat Mencuba!!
Sekarang sudah banyak kerepek pisang yang dijual dan kita boleh beli sahaja sekiranya tiada masa untuk membuat kerepek dengan menggunakan Resepi kerepek pisang rangup.
Pelbagai Jenis Kerepek Pisang KerepekMart
KerepekMart juga ada menjual pelbagai jenis kerepek pisang yang sedap dan rangup untuk dinikmati oleh pelanggan mereka.
Mereka menjual pelbagai jenis kerepek pisang seperti kerepek pisang tanduk, kerepek pisang nangka dan sebagainya.


Selain kerepek pisang, KerepekMart juga menjual pelbagai jenis kerepek ubi, pelbagai jenis kacang dan lain-lain.
Antara kerepek yang boleh didapati di KerepekMart adalah seperti yang berikut;
- Kerepek Pisang Tanduk Masin
- Kerepek Pisang Nangka
- Kerepek Ubi Masin
- Kerepek Ubi Cheese
- Kerepek Ubi Kari
- Kerepek Ubi BBQ
- Kerepek Ubi Pedas Kering
- Kerepek Ubi Pedas Basah
- Kerepek Bawang
- Popia Gulung Udang
- Opak Kari
- Jagung Pilus Original
- Jagung Pilus Pedas
- Kacang Polong (Crunchy Peanut)
- Kerepek Tortila
- Keropok Kentang Kari
Testimoni Pelanggan KerepekMart
Kerepek daripada KerepekMart telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. Semuanya berpuas hati dengan rasa kerepek yang sedap dan servis yang diberikan oleh KerepekMart.

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan produk dan maklumat lanjut mengenai KerepekMart ini boleh mengunjungi kedai HQ mereka di Shah Alam dan juga kedai di Jitra, Kedah.
Lokasi KerepekMart Shah Alam
Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak KerepekMart.
FACEBOOK KEREPEK MART |
INSTAGRAM KEREPEK MART |
NO TELEFON 019 590 5992 (TUAN ARNIZAN) |
WASAP KEREPEK MART |
ALAMAT SELANGOR (HQ) NO14, LORONG MAHKOTA IMPIAN 2/17, FASA1 BANDAR PUNCAK ALAM, SELANGOR KEDAH N0 3, LORONG DAMAI, JALAN ALOR RAMBAI 0600 JITRA, KEDAH |
LOKASI KE KEDAI KEREPEK MART SHAH ALAM |
Terima kasih kepada Usahawan KerepekMart yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan kerepek. Semoga usaha KerepekMart terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.
Nik Nock
Artikel lain yang boleh di baca berhubung KerepekMart boleh KLIK pada link yang berikut;
Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS
More Stories
Idea Bilik Tidur Sempit | Izzahrra PeDAS
Tips Menghias Ruang Tamu | Izzahrra PeDAS
Kedai Perabot Online Izzahrra | Usahawan PeDAS