Kerepek sememangnya sedap di makan begitu sahaja. Makan pula bersama keluarga atau kawan-kawan sambil minum petang memang sedap. Tengok-tengok je bekas dah licin kan. Selain itu, kerepek juga mendapat permintaan tinggi untuk dijadikan ole-ole semasa kenduri. Jom Nik Nock kenalkan pembekal door gift kerepek yang menyediakan servis ini.
Kerepek bukan hanya sesuai untuk dijadikan makanan ringan untuk dinikmati semasa menonton tv, minum petang dan masa bekerja, malah kerepek juga sesuai untuk dijadikan door gift atau buah tangan bagi majlis dan situasi tertentu mengikut kesesuaian.
Nik Nock kongsikan di sini, majlis atau situasi yang mana kita boleh jadikan kerepek sebagai buah tangan kepada tetamu atau kenalan.
- Door gift majlis perkahwinan
- Door gift majllis pertunangan
- Door gift majlis harijadi
- Door gift majlis rasmi syarikat/kerjaaan
- Door gift majlis perjumpaan persatuam/alumni
- Buah tangan ketika mengunjungi sanak saudara dan kenalan
- Buah tangan ketika menziarahi pusat jagaan orang tua
- Buah tangan ketika mengunjungi rumah anak yatim
- Hamper untuk majlis anugerah dan pertandingan
- Hamper untuk hari sukan
- Sumbangan kepada masjid dan surau
- Sumbangan kepada majlis amal
- Hidangan ringan untuk majlis yang diadakan
- Hidangan ringan untuk aktiviti ‘picnic’

KerepekMart Pembekal Door Gift Kerepek Menjadi Pilihan Ramai
Kerepek kini menjadi pilihan ramai orang untuk dijadikan door gift kepada para tetamu untuk majlis dan keraian yang di adakan seperti majlis perkahwinan.
Selain ianya sedap dimakan, kerepek juga menjadi pilihan untuk dijadikan door gift atas beberapa sebab dan faktor lain seperti kos, masa dan citarasa.
Nik Nock kongsikan di sini kenapa ramai orang memilih KerepekMart pembekal door gift kerepek mereka untuk majlis-majlis yang diraikan seperti berikut;
(1) Kos Yang Murah dan Berpatutan
Antara sebab utama mestilah melibatkan kos yang agak murah. Terutamanya majlis kenduri kahwin yang biasanya memerlukan banyak kos untuk kenduri.
Jadi kerepek selalunya menjadi pilihan dengan budget yang ada kerana biasanya door gift untuk kenduri kahwin memerlukan kuantiti yang agak banyak.
KerepekMart pembekal door gift kerepek menawarkan harga kerepek untuk door gift dengan serendah RM1

(2) Kerepek Menepati Citarasa Ramai
Seperti yang kita tahu, kerepek biasanya digemari oleh semua golongan tidak kira tua atau muda, tidak kira bangsa dan agama serta disukai oleh pelbagai golongan.
Oleh itu, door gift yang diberikan semasa kenduri pastinya akan dinikmati oleh tetamu tanpa pembaziran.
(3) Pembungkusan Pembekal Door Gift Kerepek Yang Kemas
Pembekal door gift kerepek memastikan kerepek dibungkus dengan kemas agar kerepek tetap segar dan rangup untuk dijadikan sebagai door gift. Pelanggan juga boleh menempah door gift mengikut bungkusan dan kuaniti yang diperlukan.
Boleh juga dibeli dengan pack yang besar untuk dibungkus sendiri oleh pelanggan.
(4) Pelbagai Pilihan Kerepek
Pembekal door gift kerepek menyediakan pelbagai jenis kerepek yanng boleh dipilih oleh pelanggan mengikut citarasa mereka untuk dijadikan sebagai door gift.
Antara pilihan kerepek yang ada di KerepekMart adalah seperti berikut;
- Kerepek Pisang Tanduk Masin
- Kerepek Pisang Nangka
- Kerepek Ubi Masin
- Kerepek Ubi Cheese
- Kerepek Ubi Kari
- Kerepek Ubi BBQ
- Kerepek Ubi Pedas Kering
- Kerepek Ubi Pedas Basah
- Kerepek Bawang
- Popia Gulung Udang
- Opak Kari
- Jagung Pilus Original
- Jagung Pilus Pedas
- Kacang Polong (Crunchy Peanut)
- Kerepek Tortila
- Keropok Kentang Kari

(5) Penghantaran Online Pembekal Door Gift Kerepek
Selain ke kedai KerepekMart yang berlokasi di Shah Alam dan Kedai, pelanggan boleh juga membuat tempahan door gift kerepek secara online. Pihak KerepekMart akan memastikan kerepek dibungkus dengan kemas untuk pengeposan kepada pelanggan mereka.
(6) Sticker Percuma daripada Pembekal Door Gift Kerepek
Istimewa untuk pelanggan yang membuat tempahan door gift, pihak KerepekMart berbesar hati untuk menyediakan sticker percuma kepada pelanggan mereka.
Ini sudah semestinya memberikan nilai tambah kepada pelanggan KerepekMart.

Testimoni Pembekal Door Gift Kerepek
Sudah ramai yang menempah kerepek untuk dijadikan door gift daripada KerepekMart. Mereka berpuas hati dengan rasa kerepek yang sedap dan servis yang diberikan oleh KerepekMart.

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai KerepekMart ini boleh mengunjungi Facebook mereka.
Instagram KerepekMart
Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak KerepekMart.
| FACEBOOK KEREPEK MART |
| INSTAGRAM KEREPEK MART |
| NO TELEFON 019 590 5992 (TUAN ARNIZAN) |
| WASAP KEREPEK MART |
| ALAMAT SELANGOR (HQ) NO14, LORONG MAHKOTA IMPIAN 2/17, FASA1 BANDAR PUNCAK ALAM, SELANGOR KEDAH N0 3, LORONG DAMAI, JALAN ALOR RAMBAI 0600 JITRA, KEDAH |
| LOKASI KE KEDAI KEREPEK MART SHAH ALAM |
Terima kasih kepada Usahawan KerepekMart yang mempunyai wawasan untuk memperkembangkan perniagaan kerepek. Semoga usaha KerepekMart terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.
Nik Nock
Artikel lain yang boleh di baca berhubung KerepekMART boleh KLIK pada link yang berikut;
Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS


More Stories
Makanan Bebas Gluten Malaysia | Eatslim Lifestyle
Serunding Daging Tahan Lama | HajiWan Serunding
Senarai Kelengkapan Umrah | Lelaki dan Perempuan