February 27, 2021

Nik Nock

Blogger Malaysia

Tips Membuat Kuih Frozen | Aizan Food PeDAS

Tips-membuat-kuih-frozen

Kali ini Nik Nock kongsikan cara dan tips membuat kuih frozen. Dah kenapa mesti buat kuih frozen kan? Sebabnya zaman sekarang ni dah semakin sibuk dan tiada masa untuk membuat kuih setiap kali kita terasa nak makan kuih kan.

Kalau ada masa sekalipun, kuih frozen ini akan menolong kita untuk mengelakkan pembaziran. Ini adalah kerana, kita boleh menyimpan kuih frozen untuk di makan di lain masa.

Ini belum lagi bila tiba-tiba kita menerima tetamu yang datang ke rumah. Kalau ada kuih frozen di rumah, bolehlah dihidangkan untuk para tetamu kan.

Tips membuat kuih frozen karipap sardin
Kuih Karipap Sardin Frozen

Sebenarnya bukan sahaja kuih, namun jenis makanan yang lain pun boleh disejukbekukan. Contohnya masakan lauk pauk, kek dan buah-buahan.

Semuanya adalah bertujuan untuk memudahkan penyimpanan makanan dan mempercepatkan penyediaan makanan serta mengelakkan pembaziran.

Tips Membuat Kuih Frozen Atau Disimpan Secara Sejuk Beku Di Rumah

Sebelum menyejuk bekukan kuih, sudah semestinya kita mestilah membuat kuihnya terlebih dahulu kan.

Boleh menggunakan resepi sendiri, resepi keluarga ataupun di carian google untuk membuat kuih. Contoh kuih yang boleh dibuat adalah seperti karipap, donut, samosa dan sebagainya.

Tips membuat kuih frozen karipap
Karipap Frozen Aizan Food

(1) Tips Membuat Kuih Frozen, Rehatkan Kuih Dahulu

Setelah selesai membuat kuih, kuih tersebut hendaklah direhatkan terlebih dahulu. Ianya perlu direhatkan selama lebih kurang 30 minit sahaja.

(2) Susunkan Kuih Di Atas Dulang

Kemudian, susunkan kuih yang ingin di sejuk bekukan di atas dulang yang bersesuaian. Pastikan dulang yang digunakan muat untuk diletakka di dalam peti ais atau freezer.

(3) Tips Membuat Kuih Frozen, Masukkan Kuih Ke Dalam Freezer

Kuih yang disusun di dalam dulang perlu dimasukkan ke dalam freezer selama 1 jam. Proses ini adalah untuk mematikan tepung kuih agar tidak melekat antara satu sama lain.

(4) Bungkus Kuih Dalam Plastik

Kuih yang telah disejukkan hendaklah di masukkan ke dalam platik yang sesuai untuk proses sejuk beku atau frozen.

(5) Kuih Sedia Untuk Di Sejuk Beku

Langkah terakhir bagi tips membuat kuih frozen adalah letakkan kuih yang dbungkus tadi di bahagian sejuk beku. Ianya boleh disimpan dalam 3 hingga 6 bulan mengikut jenis kuih.

Cara yang lain bagi tips membuat kuih frozen adalah dengan membakar atau menggoreng kuih dengan separa masak sebelum di masukkan ke dalam plastik khas untuk di sejuk bekukan.

Apa pun caranya, pastikan kuih yang hendak disejuk bekukan di buat dengan resepi yang sedap ya. Nanti kalau tak sedap, bukan sebab kuih frozen tapi kita yang tidak pandai membuat kuih yang sedap.

Sekiranya masih tiada masa atau tidak pandai membuat kuih dan mencuba tips membuat kuih frozen bolehlah kita membeli kuih frozen yang sedia ada di pasaran.

Pelbagai Jenis Kuih Frozen Aizan Food

Boleh juga mendapatkan kuih frozen daripada Aizan Food kerana mereka menyediakan pelbagai jenis kuih frozen untuk pilihan pelanggan mereka.

Aizan Food menyediakan kuih mereka dengan menggunakan resepi keluarga turun temurun dan menggunakan bahan dan rempah ratus yang asli.

Tips membuat kuih frozen pelbagai jenis kuih

Antara kuih tradisional frozen keluaran Aizan Food adalah seperti yang berikut;

  1. Karipap (Tahan 4 Bulan)
  2. Karipap Sardin (Tahan 4 Bulan)
  3. Cucur badak (Tahan 4 Bulan)
  4. Samosa (Tahan 4 Bulan)
  5. Onde-onde (Tahan 4 Bulan)
  6. Donut (Tahan 4 Bulan)
  7. Cucur Kacang (Tahan 3 Bulan)
  8. Roti Canai (Tahan 6 Bulan)

Karipap (Tahan 4 Bulan)

Tips membuat kuih frozen karipap

Cucur badak (Tahan 4 Bulan)

Tips membuat kuih frozen cucur badak

Samosa (Tahan 4 Bulan)

Tips membuat kuih frozen samosa

Onde-onde (Tahan 4 Bulan)

Donut (Tahan 4 Bulan)

Roti Canai (Tahan 6 Bulan)

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk Aizan Food ini boleh mengunjungi Facebook mereka.

Facebook Aizan Food

Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Aizan Food.

FACEBOOK AIZAN FOOD
INSTAGRAM AIZAN FOOD
NO TELEFON
012 438 9097
(PUAN NOR AIZAN)
WASAP AIZAN FOOD
ALAMAT
KAMPUNG SUNGAI DAUN ATAS
06680 ALOR SETAR, KEDAH

Terima kasih kepada Usahawan Aizan Food yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan kuih frozen tradisional. Semoga usaha Aizan Food terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.

Nik Nock

Artikel lain yang boleh di baca berhubung Aizan Food boleh KLIK pada link yang berikut;


Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS