February 27, 2021

Nik Nock

Blogger Malaysia

Kacang Potong Noors Cookies | Usahawan PeDAS

Kacang-potong-noors-cookies

Kacang potong atau di panggil juga ‘bepang’ dan ‘kacang gula’ adalah sejenis makanan orang lama yang manis dan rangup dan sedap dimakan. Kacang Potong Noors Cookies adalah kesinambungan kacang gula asli dalam versi yang lebih moden.

Rasanya tidak ramai golongan muda kini yang tahu atau pernah makan kacang potong.

Kacang potong diperbuat daripada kacang yang bersalut gula cair dan sedap dimakan begitu sahaja.

Kacang potong Noors Cookies logo
Jenama Noors Cookies

Matlamat dan Misi Noors Cookies

Menurut Pengasas Noors Cookies, mereka ingin memonopoli pasaran kacang gula ini di Malaysia, seterusnya memperkembangkan perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi termasuk antarabangsa.

“Kita buat dia, pastinya boleh”

Shah Nor Azdzilawaty Binti Shahrani
Pengasas Noors Cookies
Pengasas Kacang potong Noors Cookies
Pengasas Noors Cookies

Selain daripada produk kacang potong Noors Cookies juga pakar dalam pengeluaran dan pembuatan kek dan biskut.

Berpengalaman lebih dari 12 tahun dalam bidang ini, Noors Cookies ingin melangkah dengan lebih jauh dalam bidang kek dan pastry seterusnya produk makanan manisan tradisional keluaran mereka.

Kek Noors Cookies
Antara Kek-kek Noors Cookies

Keistimewaan Kacang Potong Noors Cookies

Jarang kita nampak kacang potong yang dikomersilkan. Biasanya kalau ke pasar, kita akan jumpa kacang potong dalam bentuk pembungkusan yang biasa.

Terdapat beberapa perbezaan dengan produk kacang potong yaang ada di pasaran.

Berikut adalah di antara keistimewaan produk keluaran Noors Cookies;

(1) Kacang Potong Noors Cookies Mempunyai Packaging Yang Menarik

Noors Cookies membawakan pembaharuan dari segi pembungkusan atau ‘packaging’ yang menarik.

Dengan itu, secara tak langsung ianya dapat menarik perhatian golongan muda untuk mengenali kacang potong.

Kacang potong Noors Cookies

(2) Kacang Potong Noors Cookies Individual Pack

Kacang potong Noors Cookis dibungkuskan secara ‘individual pack’ untuk memudahkan pengguna makan kacang potong satu persatu.

Oleh itu, tiada lagi masalah untuk mengikat plastik bungkusan kacang potong dan kacang potong masuk angin.

(3) Mengekalkan Resepi Tradisional

Noors Cookies masih lagi mengekalkan resepi asli untuk resepi turun menurun keluarga mereka.

Resepi warisan dikekalkan agar tetap menggamit kenangan bagi golongan lama dan boleh diperturunkan kepada generasi baru.

(4) Sesuai Dimakan oleh Semua

Kacang potong Noors Cookies sesuai untuk dimakan oleh semua golongan tidak kira peringkat umur, bangsa dan agama.

(5) Rasa Yang Tidak Terlau Manis

Kacang potong ini mempunyai rasa karamel yang tidak terlalu manis dan mengikut citarasa pelbagai usia.

(6) Nipis dan Rangup

Noors Cookies akan memastikan kacang potong keluaran mereka tidak terlalu tebal. Ianya nipis secukupnya dan sangat senang dimakan serta rangup.

Sangat sesuai untuk golonga yang tua kerana ia tidak keras sert akan cair di dalam mulut.

(7) Kacang Potong Noors Cookies Senang Dibawa

Bentuk packaging kacang potong ini menjadikan ianya senang untuk di bawa kemana-mana sahaja. Sizenya yang kecil boleh dimasukkan ke dalam handbag.

Sesuai juga untuk dibawa semasa melancong ke luar negara untuk dijadikan makanan ringan.

Packaging Yang Senang Dibawa

(8) Sesuai Dijadikan Door Gift

Kacang potong ini sememangnya sangat sesuai untuk dijadikan door gift untuk pelbagai masjlis seperti kenduri kahwin, majlis hari jadi dan sebagaimya.

Ia juga boleh dijadikan buah tangan kepada sanak-saudara dan kawan-kawan.

Nik Nock kongsikan di sini, majlis atau acara yang sesuai untuk kita jadikan kacang potong sebagai buah tangan kepada tetamu atau kenalan.

  • Door gift majlis perkahwinan
  • Door gift majllis pertunangan
  • Door gift majlis harijadi
  • Door gift majlis rasmi syarikat/kerjaaan
  • Door gift majlis perjumpaan persatuam/alumni
  • Buah tangan ketika mengunjungi sanak saudara dan kenalan
  • Buah tangan ketika menziarahi pusat jagaan orang tua
  • Buah tangan ketika mengunjungi rumah anak yatim
  • Hamper untuk majlis anugerah dan pertandingan
  • Hamper untuk hari sukan
  • Sumbangan kepada masjid dan surau
  • Sumbangan kepada majlis amal
  • Hidangan ringan untuk majlis yang diadakan
  • Hidangan ringan untuk aktiviti ‘picnic’
door-gift

(9) Keluaran Bumiputera dan Halal

Apa yang paling penting adalah produk keluaran Noors Cookies adalah 100% keluaran Bumiputera dan muslim dan boleh dimakan tanpa was-was.

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk Noors Cookies ini boleh mengunjungi Facebook mereka.

Facebook Noors Cookies

Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Noors Cookies.

FACEBOOK NOORS COOKIES
INSTAGRAM NOORS COOKIES
NO TELEFON

010-3905190
(PUAN SHAH NOR)
WASAP NOORS COOKIES
ALAMAT
LOT 4, ZON PEMPROSESAN MAKANAN GENTING
JALAN PERMATANG TEPI
11000 BALIK PULAU, PULAU PINANG
LOKASI KE NOORS COOKIES

Terima kasih kepada Usahawan NOORS COOKIES yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan kuih frozen tradisional. Semoga usaha NOORS COOKIES terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.

Nik Nock

Artikel lain yang boleh di baca berhubung Noors Cookies boleh KLIK pada link yang berikut;


Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS