February 27, 2021

Nik Nock

Blogger Malaysia

Resepi Kacang Potong Rangup | Noors Cookies

Resepi-Kacang-Potong-Rangup

Kacang potong ni sebenarnya snek atau makanan ringan yang boleh di makan begitu sahaja. Kalau dulu kacang potong ni dibuat sendiri di rumah. Lebih-lebih lagi bila nak raya, kacang potong juga dijadikan sebagai hidangan biskut raya. Kalau berminat nak buat sendiri, boleh cuba resepi kacang potong rangup yang pastinya sedap untuk dimakan.

Resepi kacang potong rangup ni biasanya tidak banyak bezanya antara resepi yang ada. Secara asasnya ia diperbuat daripada kacang yang dibaluti dengan gula cair.

Kalau berbeza pun mungkin daripada tambahan bahan-bahan lain serta jenis kacang yang digunakan.

Resepi kacang potong rangup
Kacang Potong atau Bepang Kacang

Resepi Kacang Potong Rangup Tradisional Yang Ringkas dan Mudah

Kali ini Nik Nock kongsikan resepi kacang potong rangup yang paling ringkas dan asli untuk membuat sendiri kacang potong.

Bahan-bahan

  • 1 Cawan Gula
  • 1 Cawan Kacang (goreng tanpa minyak dan buang kulitnya)
  • 1/2 Cawan Bijan 1/2 (bijan digoreng tanpa minyak lebih kurang 3 minit)
  • 2 Sudu Minyak

Cara Penyediaan

(1) Sediakan Talam atau Loyang untuk diisikan Kacang Potong nanti

Tabur sedikit bijan di atas talam logam atau loyang. Jangan guna talam plastik.

Tujuan bijan ditabur adalah untuk memudahkan mengeluarkan Kacanf Potong dari talam nanti.

(2) Tumbuk Kacang Goreng

Tumbuk kasar kacang yang telah digoreng tadi sehingga pecah 2 atau 4 bahagian. Jangan terlalu halus.

(3) Masakkan Gula Hangus Resepi Kacang Potong Rangup

Panaskan periuk di atas api yang perlahan.

Kemudian, masukkan gula ke dalam periuk dan kacau dengan senduk dengan perlahan-lahan.

Masukkan minyak dan teruskan mengacau dengan perlahan-lahan.

Masak sehingga gula berubah warnanya keperang-perangan (karamel)

Resepi kacang potong rangup masak gula hangus
Masak Gula Hangus

(4) Masukkan bijan dan kacang Resepi Kacang Potong Rangup

Masukkan kacang dan bijan ke dalam periuk dan kacau sehingga rata di dalam air gula karamel tersebut.

(5) Tuang Adunan Ke dalam Loyang Resepi Kacang Potong Rangup

Tuang adunan kacang tadi ke dalam talam berlapik bijan yang telah disediakan awal tadi.

Resepi kacang potong rangup tuang adunan

(6) Ratakan Adunan Dalam Loyang Resepi Kacang Potong Rangup

Balut dahulu senduk dengan plastik dan letakkan sedikit minyak pada plastik tersebut.

Ratakan adunan dalam loyang dengan nipis menggunaka senduk tadi mengikut ketebalan yang dikendaki.

Jangan terlalu tebal untuk dapatkan tekstur yang rangup.

(7) Potong Adunan Resepi Kacang Potong Rangup

Potong kan adunan kacang tersebut mengikut saiz yang dikendaki sementari adunannya masih lembut.

(8) Sejukkan Kacang Potong Resepi Kacang Potong Rangup

Adunan yang dipotong dibiarkan sejuk.

Setelah cukup sejuk, bolehlah pecahkan kepingan kacang mengikut potongan tadi.

Akan terhasillah kepingan kacang potong hasil resepi kacang potong rangup

Resepi kacang potong rangup potong keping
Kacang Potong Yang Siap Dimasak

(9) Simpan Kacang Potong Dalam Bekas Kedap Udara

Kacang potong hasil daripada resepi kacang potong rangup yang sudah siap bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.

Selamat Mencuba Resepi Kacang Potong Rangup!!

Kawan-kawan boleh lah mencuba resepi ini untuk dijadikan snek atau makanan ringan. Juga boleh dibuat kuih untuk dinikmati pada hari raya nanti.

Resepi ini juga sangat sesuai untuk dijadikan kudap kudapan seisi keluarga

Keistimewaan Kacang Potong Noors Cookies

Jika tiada masa atau tidak berkesempatan untuk mencuba resepi kacang potong rangup ini, namun masih ingin merasa kacang potong asli, boleh juga kacang potong keluaran Noors Cookies.

Resepi kacang potong rangup noors cookies
Kacang Potong Noors Cookies

Antara keistimewaan kacang potong Noors Cookies adalah seperti yang berikut;

(1) Packaging Yang Menarik

Noors Cookies membawakan pembaharuan dari segi pembungkusan atau ‘packaging’ yang menarik.

Dengan itu, secara tak langsung ianya dapat menarik perhatian golongan muda untuk mengenali kacang potong seterusnya dapat kekalkan makanan tradisional ini.

(2) Individual Packaging

Kacang potong Noors Cookis dibungkuskan secara ‘individual pack’ untuk memudahkan pengguna makan kacang potong satu persatu.

Oleh itu, tiada lagi masalah untuk mengikat plastik bungkusan kacang potong dan kacang potong masuk angin.

Individual Pack Noors Cookies
Individual Pack Kacang Potong

(3) Mengekalkan Resepi Tradisional

Noors Cookies masih lagi mengekalkan resepi asli untuk resepi kacang potong keluaran mereka.

Resepi warisan dikekalkan agar tetap menggamit kenangan bagi golongan lama dan boleh diperturunkan kepada generasi baru.

(4) Sesuai Dimakan oleh Semua

Kacang potong Noors Cookies sesuai untuk dimakan oleh semua golongan tidak kira peringkat umur, bangsa dan agama.

(5) Rasa Yang Tidak Terlau Manis

Kacang potong ini mempunyai rasa karamel yang tidak terlalu manis dan mengikut citarasa pelbagai usia.

(6) Nipis dan Rangup

Noors Cookies akan memastikan kacang potong keluaran mereka tidak terlalu tebal. Ianya nipis secukupnya dan sangat senang dimakan serta rangup.

Sangat sesuai untuk golonga yang tua kerana ia tidak keras sert akan cair di dalam mulut.

(7) Kacang Potong Noors Cookies Senang Dibawa

Bentuk packaging kacang potong ini menjadikan ianya senang untuk di bawa kemana-mana sahaja. Sizenya yang kecil boleh dimasukkan ke dalam handbag.

Sesuai juga untuk dibawa semasa melancong ke luar negara untuk dijadikan makanan ringan.

8) Sesuai Dijadikan Door Gift

Kacang potong ini sememangnya sangat sesuai untuk dijadikan door gift untuk pelbagai masjlis seperti kenduri kahwin, majlis hari jadi dan sebagaimya.

Nik Nock kongsikan di sini, majlis atau acara yang sesuai untuk kita jadikan kacang potong sebagai buah tangan kepada tetamu atau kenalan.

  • Door gift majlis perkahwinan
  • Door gift majllis pertunangan
  • Door gift majlis harijadi
  • Door gift majlis rasmi syarikat/kerjaaan
  • Door gift majlis perjumpaan persatuam/alumni
  • Buah tangan ketika mengunjungi sanak saudara dan kenalan
  • Buah tangan ketika menziarahi pusat jagaan orang tua
  • Buah tangan ketika mengunjungi rumah anak yatim
  • Hamper untuk majlis anugerah dan pertandingan
  • Hamper untuk hari sukan
  • Sumbangan kepada masjid dan surau
  • Sumbangan kepada majlis amal
  • Hidangan ringan untuk majlis yang diadakan
  • Hidangan ringan untuk aktiviti ‘picnic’
Door Gift Noors Cookies
Door Gift Kacang Potong Noors Cookies

(9) Keluaran Bumiputera dan Halal

Apa yang paling penting adalah produk keluaran Noors Cookies adalah 100% keluaran Bumiputera dan muslim dan boleh dimakan tanpa was-was.

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk Noors Cookies ini boleh mengunjungi Facebook mereka.

Facebook Noors Cookies

Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Noors Cookies.

FACEBOOK NOORS COOKIES
INSTAGRAM NOORS COOKIES
NO TELEFON

010-3905190
(PUAN SHAH NOR)
WASAP NOORS COOKIES
ALAMAT
LOT 4, ZON PEMPROSESAN MAKANAN GENTING
JALAN PERMATANG TEPI
11000 BALIK PULAU, PULAU PINANG
LOKASI KE NOORS COOKIES

Terima kasih kepada Usahawan NOORS COOKIES yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan kuih frozen tradisional. Semoga usaha NOORS COOKIES terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.

Nik Nock

Artikel lain yang boleh di baca berhubung Noors Cookies boleh KLIK pada link yang berikut;


Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS