March 8, 2021

Nik Nock

Blogger Malaysia

Door Gift Kacang Potong | Noors Cookies PeDAS

Door-gift-kacang-potong

Satu pilihan yang jarang dibuat oleh ramai orang adalah memilih door gift kacang potong sebagai buah tangan atau door gift untuk diberikan kepada tetamu. Generasi muda kini mungkin tidak pernah merasa kacang potong kan?

Kacang potong atau ‘Bepang’ atau juga dikenali sebagai ‘Kacang gula’ adalah makanan ringan yang manis dan rangup. Ianya diperbuat daripada gula dan kacang dan boleh dimakan begitu sahaja.

Kacang potong ini dahulunya popular sebagai makanan ringan yang manis untuk dimakan bersama keluarga semasa minum petang.

Rasa kacangnya yang rangup dengan manis gula membuatkannya sangat digemari oleh masyarakat lama.

Kini, kacang potong telah melalui evolusi moden berbanding dulu terutamanya dari segi pembungkusan atau ‘paackaging’ yang lebih menarik’.

Door gift kacang potong
Kacang Potong Noors Cookies Sesuai Dijadikan Door Gift

Kacang potong bukan sahaja sedap dimakan sebagai snek, malah ianya sangat sesuai untuk dijadikan door gift bagi sebarang majlis yang diadakan untuk meraikan tetamu yang hadir.

Nik Nock kongsikan di sini, majlis atau acara yang sesuai untuk kita jadikan kacang potong sebagai buah tangan kepada tetamu atau kenalan.

  • Door gift majlis perkahwinan
  • Door gift majllis pertunangan
  • Door gift majlis harijadi
  • Door gift majlis rasmi syarikat/kerjaaan
  • Door gift majlis perjumpaan persatuam/alumni
  • Buah tangan ketika mengunjungi sanak saudara dan kenalan
  • Buah tangan ketika menziarahi pusat jagaan orang tua
  • Buah tangan ketika mengunjungi rumah anak yatim
  • Hamper untuk majlis anugerah dan pertandingan
  • Hamper untuk hari sukan
  • Sumbangan kepada masjid dan surau
  • Sumbangan kepada majlis amal
  • Hidangan ringan untuk majlis yang diadakan
  • Hidangan ringan untuk aktiviti ‘picnic’
Door gift kacang potong dijadikan hantaran
Kacang Potong Noors Cookies Juga Dijadikan Hantaran

Door Gift Kacang Potong Keluaran Noor Cookies

Kacang potong kini kian popular menjadi salah satu pilihan untuk dijadikan sebagai door gift terutamanya pada majlis perkahwinan.

Nik Nock kongsikan di sini kenapa ramai orang memilih door gift kacang potong untuk majlis-majlis yang diraikan adalah seperti berikut;

(1) Kos Yang Murah dan Berpatutan

Antara sebab utama mestilah melibatkan kos yang agak murah. Terutamanya majlis kenduri kahwin yang biasanya memerlukan banyak kos untuk kenduri dan sebagainya.

Jadi kacang potong boleh menjadi pilihan dengan budget yang ada kerana biasanya ia untuk kenduri kahwin memerlukan kuantiti yang agak banyak.

(2) Kacang Potong Menepati Citarasa Ramai

Kacang potong biasanya digemari oleh semua golongan tidak kira tua atau muda, tidak kira bangsa dan agama serta disukai oleh pelbagai golongan.

Terutamanya kanak-kanak yang sukakan snek yang manis dan rangup sebagai kudapan mereka yang aktif.

Oleh itu, door gift yang diberikan semasa kenduri pastinya akan dinikmati oleh tetamu tanpa pembaziran.

(3) Door Gift Kacang Potong Memeriahkan Lagi Majlis

Dengan menyediakan door gift kacang potong kepada para tetamu sudah semestinya tetamu berbesar hati menerimanya.

Secara tak langsung kemeriahan majlis akan lebih dirasai dan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan.

(4) Mengembalikan Nostalgia Lama

Menikmati kacang potong pastinya akan menggamit kenangan dan memori lama para tetamu apabila menerimanya sebagai buah tangan daripada tuan rumah.

Kenangan masa kecil menikmati kacang potong semasa minum petang bersama keluarga, pastinya membuatkan kita lebih bersyukur mempunyai keluarga yang tersayang.

Door gift kacang potong boleh makan bersama kopi
Kacang Potong Boleh Dinikmati Dengan Kopi

(5) Makanan Tradisi Kacang Potong Tidak Lupus Ditelan Zaman

Snek lama yang kian dilupakan ini pastinya akan terus menjadi pilihan orang ramai terutamanya generasi yang akan datang.

Trend door gift kacang potong secara tidak langsung mempromosikan makanan tradisi ini untuk golongan muda agar mereka terus menghargai tradisi lama.

6) Door Gift Kacang Potong Boleh Tempah Secara Online

Selain ke kedai Noors Cookies yang berlokasi di Balik Pulau, Pulau Pinang, pelanggan yang berada di luar kawasan boleh juga membuat tempahan door gift ini secara online.

Pihak Noors Cookies akan memastikan produk akan dibungkus dengan kemas untuk pengeposan kepada pelanggan mereka.

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk Noors Cookies ini boleh mengunjungi Instagram mereka.

Instagram Noors Cookies

Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Noors Cookies.

FACEBOOK NOORS COOKIES
INSTAGRAM NOORS COOKIES
NO TELEFON

010-3905190
(PUAN SHAH NOR)
WASAP NOORS COOKIES
ALAMAT
LOT 4, ZON PEMPROSESAN MAKANAN GENTING
JALAN PERMATANG TEPI
11000 BALIK PULAU, PULAU PINANG
LOKASI KE NOORS COOKIES

Terima kasih kepada Usahawan NOORS COOKIES yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan kuih frozen tradisional. Semoga usaha NOORS COOKIES terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.

Nik Nock

Artikel lain yang boleh di baca berhubung Noors Cookies boleh KLIK pada link yang berikut;


Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS