March 8, 2021

Nik Nock

Blogger Malaysia

Bengkung Ibu Anis KissMiss | Usahawan PeDAS

Bengkung-ibu-anis-kissmiss

Bagi ibu-ibu yang bersalin anak kecil, sudah tentunya melakukan banyak persiapan untuk menyambut kelahiran orang baru. Bukan sahaja untuk bayi, malah persiapan untuk ibu pun penting. Selain set bersalin, bengkung juga penting untuk keperluan selepas bersalin seperti bengkung ibu Anis KissMiss.

Bengkung ialah kain yang dililit kemas dari bahagian abdomen badan hingga ke pinggul. Amalan pemakaian bengkung ini merupakan salah satu amalan wajib bagi wanita berpantang dalam masyarakat Melayu.

Menurut amalan orang terdahulu, pemakaian bengkung bukan sekadar untuk membantu ibu berpantang mendapatkan semula bentuk badan yang ramping selepas hamil dan bersalin, tetapi juga baik untuk proses pemulihan ketika tempoh berpantang.

Jika dahulu bengkung dililit menggunakan tali kain, tapi bengkung kini leboh moden dan terdapat pelbagai jenis. Ada yang ikat menggunakan tali, menggunakan cangkuk atau pelekat velcro. Jadi ia lebih cepat dan mudah untuk dipakai atau ditanggalkan.

Bagi ibu muda yang baru pertama kali bersalin, bagaimana pula nak memilih bengkung yang sesuai ya? Maklum la, dekat pasaran kini begitu banyak jenis bengkung.

Jangan risau kerana ibu-ibu boleh memilih Bengkung ibu Anis KissMiss kerana ia adalah bengkung moden yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisional.

Bengkung Ibu Anis Kissmiss logo
Anis KissMiss Jenama Produk Barangan Bayi dan Ibu Bersalin

Produk Keluaran Bengkung Ibu Anis KissMiss

Produk bengkung ini adalah hasil keluaran syarikat Bumiputera Anis KissMiss Venture. Menurut pengasasnya, Puan Noor Hanisa, syarikatnya ditubuhkan pada tahun 2006 dengan hanya menjahit barut bayi.

Selepas itu, tahun demi tahun mereka telah mengeluarkan produk-produk baru seperti bengkung untuk ibu bersalin dan baby nest tilam untuk bayi.

Seterusnya, mereka turut menghasilkan kelengkaan ibu menyusu seperti bantal menyusu yang membolehkan para ibu yang menyusukan anak mereka dengan lebih selesa.

Bengkung Ibu Anis Kissmiss hijau
Bengkung Ibu Anis KissMiss

Antara Misi dan Matlamat Anis KissMiss adalah seperti berikut;

Matlamat Anis KissMiss

  • Mengembangkan perniagaan ke seluruh negeri
  • Meningkatkan ekonomi syarikat serta kebajikan pekerja
  • Mengenalkan produk ke luar Negara
  • Mengikut citarasa pelanggan
  • Design yang unik kepada pelanggan

Misi Anis KissMiss

  • Menampilkan perkhidmatan yang professional
  • Mencapai kematangan dalam syarikat
  • Menyediakan platform kepada usahawan baru yang ingin menceburi dalam bidang usahawan kecil
  • Menginovasikan produk keluaran syarikat

Niat yang baik, maka yang baik baik akan terjadi. Jangan pernah berhenti bangun jika kita jatuh berkali kali, berani mencuba dan terus mencuba

Be good to people

Noor Hanisa Mohammad Desa
Pengasas Anis KissMiss
Bengkung Ibu Anis Kissmiss pengasas
Pengasas Anis KissMiss

Keistimewaan Bengkung Ibu Anis KissMiss

Bengkung Aniss Kiss mempunyai banyak kelebihan dan manfaat buat wanita terutamanya yang bergelar ibu.

  • Sesuai digunakan untuk semua para wanita terutaman ibu bersalin
  • Ibu berpantang disarankan pakai sepanjang hari selama 100 hari
  • Para wanita pula disarankan pakai setiap malam sebelum tidur

Antara keistimewaan bengkung Aniss KissMiss adalah seperti yang berikut;

(1) Bengkung Ibu Anis KissMiss Mudah Disarung

Manapun bengkung yang dibeli, adalah penting untuk memilih bengkung yang mudah untuk dipakai. Bengkung Anis KissMiss adalah praktikal dan senang untuk dipakai.

Ini adalah kerana ianya mempunyai fungsi zip di bahagian tepi bengkung. Walaupun ada zip, bengkung ibu Anis KissMiss masih mengekalkan ciri-ciri bengkung melayu.

Hanya perlu sarung dan zipkan tak sampai seminit pun sudah siap dipakai.

(2) Selesa Dipakai

Bengkung Anis KissMiss adalah sangat selesa untuk dipakai.

Ibu-ibu juga tidak perlu bimbang apabila memakai bengkung ini, tidak akan menyukarkan ibu untuk ke tandas.

Bengkung ibu Anis KissMiss selesa untuk ibu menyusukan anak.

(3) Material Yang Selesa

Bengkung ibu Anis KissMiss dijahit menggunakan kain yang selesa dan serap peluh. Ini sangat penting kerana bengkung perlu dipakai sepanjang hari.

Bengkung ini juga tidak akan menyebabkan badan melecet dan tidak menimbulkan kegatalan pada kulit.

Material yang selesa juga akan memastikan ibu-ibu berada dalam keadaan selesa seterusnya akan mendapat rehat yang cukup dalam masa berpantang.

(4) Bengkung Dijahit Mengikut Size

Ibu-ibu boleh menempah bengkung ibu Anis KissMiss mengikut size yang diperlukan. Size yang sesuai mengikut badan adalah amat penting untuk memastikan ibu selesa memakainya.

Bila bengkung yang dipakai mengikut size yang betul, kesan pemakaian bengkung akan lebih berkesan.

Proses menjahit bengkung
Proses Menjahit Bengkung Anis KissMiss

(5) Membantu Membetulkan posture tubuh

Bengkung ibu Anis KissMiss membantu membetulkan posture badan ibu dengan betul dan tidak bongkok.

(6) Membantu Ibu Mendapatkan Bentuk Tubuh yang Ideal

Dengan pemakaian bengkung ini secara konsisten, akan membuatkan pinggang ibu semakin ramping dan perut yang kempis.

Ianya juga dapat mengelakkan perut ibu masuk angin serta mengelakkan badan menjadi gelebeh.

(7) Membantu Ibu Lebih Bertenaga

Bengkung ibu Anis KissMiss juga dapat membantu mengeluarkan darah kotor di dalam perut selepas bersalin.

Ini akan membuatkan ibu kelihatan lebih segar dan bertenaga.

Bagi ibu-ibu yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk Anis KissMiss ini boleh mengunjungi Instagram mereka.

Instagram Anis KissMiss

Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Anis KissMiss.

FACEBOOK ANIS KISSMISS
INSTAGRAM ANISS KISSMISS
NO TELEFON
0125425226
(PUAN NOOR HANISA)
WASAP ANIS KISSMISS
ALAMAT
39-1, JALAN GENTING, TAMAN SRI INDAH
11000 BALIK PULAU, PULAU PINANG
LOKASI KE ANIS KISSMISS

Terima kasih kepada Usahawan ANIS KISSMISS yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan barangan bayi dan ibu bersalin. Semoga usaha ANIS KISSMISS terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.

Nik Nock

Artikel lain yang boleh di baca berhubung Anis KissMiss boleh KLIK pada link yang berikut;


Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS