February 27, 2021

Nik Nock

Blogger Malaysia

Kebaikan Tilam Baby Nest | Anis KissMiss PeDAS

Kebaikan-tilam-baby-nest

Antara trend kelengkapan untuk bayi sekarang adalah baby nest. Dikatakan terdapat banyak kebaikan tilam baby nest yang membuatkan setiap ibu bapa menyediakannya kepada bayi mereka.

Baby nest adalah sebuah inovasi perlengkapan tidur bayi untuk membantu buah hati ibu tidur lebih nyenyak dan aman ketika tidur bersama ibu atau tidur sendiri di dalam baby coat.

Anis KissMIss juga mengeluarkan tilam baby nest untuk memberikan keselesaan kepada bayi serta memberikan pelbagai pilihan untuk ibu bapa memilih baby nest yang dikehendaki.

Kebaikan-tilam-baby-nest
Baby Nest Anis KissMiss

Kebaikan Tilam Baby Nest Anis KissMiss

Baby nest dijahit dengan kain yang selesa sesuai dengan kulit sensitif bayi untuk keselesaan bayi.

(1) Mengurangkan ‘Startle Reflex’

Pada enam bulan pertama setelah kelahiran, bayi sedang membiasakan diri dengan lingkungan sekitarnya setelah sembilan bulan berada di dalam rahim ibu. Karena itulah bayi seringkali bangun secara terkejut dan kemudiannya menangis.

Ini adalah kerana pengaruh persekitarnya, seperti cahaya atau suara.

Ketika bayi bangun karana terkejut, bayi akan secara refleks meregangkan kedua tangannya seperti berusaha untuk meraih sesuatu.

Ini adalah kerana ketika berada di dalam kandungan ibu, bayi biasanya akan berasa selesa dan selamat dikelilingi dinding rahim ibu.

Oleh itu, kebaikan tilam baby nest akan membantu membuatkan bayi merasa selesa ketika bayi mengalami startle reflex dan bayi akan lebih mudah untuk tidur kembali.

(2) Kebaikan Tilam Baby Nest Membantu Bayi Tidur Selesa Dengan Ibubapa

Kebanyakan ibu bapa memilih untuk tidur bersama bayi mereka. Ini adalah kerana mereka akan lebih rasa dekat dengan bayi serta memudahkan mereka memantau bayi seperti memberikan susu pada waktu tengah malam.

Oleh itu, kebaikan tilam baby nest akan membuatkan bayi selesa tidur dan kurang terjaga sekiranya tersentuh dengan pergerakan ibu bapa semasa mereka tidur.

(3) Memberikan Perlindungan Tambahan

Kebaikan tilam baby nest akan memberikan perlindungan tambahan kepada bayi apabila diletakkan di dalam baby court.

Ibu bapa tidak perlu risau lagi untuk meletakkan bayi ke dalam baby court kerana baby nest akan melindungi bayi daripada terkena dinding baby court.

Begitu juga sekiranya bayi diletakkan di atas sofa atau katil, baby nest akan memberikan perlindungan kepada bayi daripada jatuh.

(4) Memberikan Keselesaan Bayi Pada Posisi Meniarap

Kebaikan tilam Baby nest juga akan membantu bayi tidur dengan selesa pada posisi meniarap. Ini adalah kerana dengan menidurkan bayi dalam keadaan meniarap akan merangsang pertumbuhan pembesaran bayi.

(4) Kebaikan Tilam Baby Nest Sebagai Alas Di dalam Stroller

Baby nest boleh dijadikan alas bila ibu bapa meletakkan bayi mereka di dalam stoller.

Bayi akan merasa lebih selesa berada di dalam stroller terutama bila di bawa keluar berjalan-jalan.

(5) Sesuai untuk Majlis

Kebaikan tilam Baby nest secara tidak langsung boleh digunakan untuk meletakkan bayi semasa mengadakan sesuatu majlis seperti majlis cukur jambul atau semasa orang datang melawat.

Oleh kerana terdapat pelbagai corak yang cantik, jadi ianya sesuai berbanding kita meletakkan bayi di atas tilam semasa majlis berlangsung.

(6) Set Baby Nest Anis KissMiss 6 in 1

Setiap set baby nest Anis KissMiss disediakan set seperti yang berikut;

  • 1 Bantal Baby
  • 2 Bantal Panjang
  • 1 Comforter
  • 1 Bantal Newborn
  • 1 Travel Bag

Pelanggan Baby Nest Anis KissMiss

Sudah ramai ibu bapa yang menggunakan baby nest daripada Anis KissMiss. Mereka amat berpuas hati dengan kualiti produk dan perkhidmatan yang diberikan oleh Anis KissMiss.

Bagi ibu-ibu yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk Anis KissMiss ini boleh mengunjungi Facebook mereka.

Facebook Anis KissMiss

Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Anis KissMiss.

FACEBOOK ANIS KISSMISS
INSTAGRAM ANISS KISSMISS
NO TELEFON
0125425226
(PUAN NOOR HANISA)
WASAP ANIS KISSMISS
ALAMAT
39-1, JALAN GENTING, TAMAN SRI INDAH
11000 BALIK PULAU, PULAU PINANG
LOKASI KE ANIS KISSMISS

Terima kasih kepada Usahawan ANIS KISSMISS yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan barangan bayi dan ibu bersalin. Semoga usaha ANIS KISSMISS terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.

Nik Nock

Artikel lain yang boleh di baca berhubung Anis KissMiss boleh KLIK pada link yang berikut;


Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS