February 27, 2021

Nik Nock

Blogger Malaysia

Barut Baby Homemade Selesa | Anis KissMiss PeDAS

Barut-baby-homemade-selesa

Barut bayi adalah kain yang digunakan untuk membalut perut bayi. Ini adalah amalan biasa bagi masyarakat Melayu untuk mengelakkan perut baby masuk angin atau penyakit yang lain. Oleh itu, barut baby homemade selesa keluaran Anis KissMiss menjadi pilihan kerana keselesaannya.

Ibu-ibu tidak perlu risau lagi kerana dengan memakaikan barut baby boleh mengelakkan baby mendapat kembung perut.

Barut perut juga dapat membantu baby daripada sentiasa terjaga dan dari terkejut.

Barut baby Homemade Selesa
Barut baby Homemade Selesa

Keistimewaan Barut Baby Homemade Selesa Anis KissMiss

(1) Jahit Kemas

Barut baby homemade dijahit sendiri oleh pihak Anis KissMiss untuk memastikan kepuasan hati pelanggan.

Jahitannya sangat kemas memberikan keselesaan pada bayi serta menjadikan balut tidak cepat rosak atau koyak.

Barut baby Homemade Selesa jahitan kemas
Proses Menjahit Barut Bayi

(2) 100% Kain Japanese Cotton

Barut baby homemade selesa daripada Anis KissMiss ini dijahit dengan menggunakan 100% kain Japanese Cotton. Jadi ianya sangat selesa untuk dipakaikan kepada bayi yang baru lahir.

Barut ini mudah menyerap peluh dan tidak gatal untuk kulit bayi.

(3) Design Terbaru

Barut Anis KissMiss ini dijahit dengan kemas menggunakan design dan corak terbaru. Jadi ibu-ibu boleh memilih corak mengikut kesukaan masing-masing.

Corak yang cantik sudah pastinya akan menceriakan lagi suasana serta dapat memberikan ketenangan buat ibu dan membuatkan bayi kelihatan lagi comey.

(4) Size Barut Baby Homemade Selesa yang lebar

Size barut yang lebar akan dapat menutup perut dan dada bayi. Ianya akan memberikan keselesaan pada bayi.

Kelebihan Pemakaian Balut Baby Homemade Selesa

Barut baby biasanya mula dipakaikan kepada bayi seawal umur 2 hari sehingga bayi berusia 2 bulan. Biasanya tali pusat bayi akan gugur pada hari ke 7, namun pemakaian barut diteruskan.

Antara kebaikan memakai barut baby homemade selesa adalah seperti berikut;

  • Membantu mengelakkan perut bayi kembung dan masuk angin yang boleh menyebabkan bayi sakit
  • Memberikan keselesaan pada bayi
  • Menjaga bahagian tali pusat daripada terkena gigitan semut dan serangga kecil yang lain
  • Pemakaian barut bayi dapat membantu mempercepatkan proses tali pusat tertanggal tanpa menyakitkan bayi

Cara Memakaikan Barut Baby Homemade Selesa Kepada Bayi

(1) Mandikan Bayi

Untuk memakaikan barut bayi, bayi perlu dimandikan terlebih dahulu dengan air suam

Sekiranya tali pusat belum tertanggal, keringkan dulu bahagian tersebut dengan menggunakan tuala yang lembut

Mandikan Bayi Dahulu Sebelum Memakai Barut
Mandikan Bayi Dahulu Sebelum Memakai Barut

(2) Sapukan Minyak Telon

Apabila tali pusat sudah kering, sapukan minyak telon pada perut bayi. Usap dan urut dengan perlahan-lahan

(3) Pakaikan Barut

Ambil barut dan pakaikan pada bayi. Ikatkan tali barut dengan ikatan yang kemas, tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar.

Pelbagai Corak Menarik Barut Bayi Anis KissMiss
Pelbagai Corak Menarik Barut Bayi Anis KissMiss

Bagi ibu-ibu yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk Anis KissMiss ini boleh mengunjungi Facebook mereka.

Facebook Anis KissMiss

Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Anis KissMiss.

FACEBOOK ANIS KISSMISS
INSTAGRAM ANISS KISSMISS
NO TELEFON
0125425226
(PUAN NOOR HANISA)
WASAP ANIS KISSMISS
ALAMAT
39-1, JALAN GENTING, TAMAN SRI INDAH
11000 BALIK PULAU, PULAU PINANG
LOKASI KE ANIS KISSMISS

Terima kasih kepada Usahawan ANIS KISSMISS yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan barangan bayi dan ibu bersalin. Semoga usaha ANIS KISSMISS terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.

Nik Nock

Artikel lain yang boleh di baca berhubung Anis KissMiss boleh KLIK pada link yang berikut;


Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS