February 27, 2021

Nik Nock

Blogger Malaysia

Biskut Lutut Rasso Tanjung | Usahawan PeDAS

Biskut-lutut-rasso-tanjung

Dulu-dulu waktu musim hujan, sejuk dan masa minum petang, apa yang terbayang kat memori korang? Kalau Nik Nock terbayang mak bancuh kopi cecah dengan biskut kering. Ataupun cicah dengan biskut lutut Rasso Tanjung. Sedar tak sedar boleh habis satu (1) tin biskut lutut.

Bagi yang tak pernah makan dan tak pernah dengar mengenai biskut lutut, sudah tentunya korang dari generasi muda la kan. Biskut lutut ni memang menggamit momori bagi orang lama.

Sekarang ni biskut lutut jarang dapat tengok kat pasaraya besar. Kalau ada pun mesti kat kedai runcit, pasar atau pasaraya kecil terutama di kampung-kampung.

Kalau ada yang teringin nak merasa biskut lutut ni jangan risau, sebab Rasso Tanjung memang keluarkan produk biskut lutut yang sedap.

Biskut lutut Rasso Tanjung menggamit memori
Biskut Lutut Menggamit Kenangan Semasa Kecil

Biskut Lutut Rasso Tanjung Mengamit Memori

Biskut Lutut Rasso Tanjung adalah produk keluaran Bumiputera daripada Syarikat Azreen Rizal Enterprise. Beroperasi di Kota, Negeri Sembilan yang sememangnya terkenal dengan biskut lutut keluaran mereka.

Menurut Puan Azreen, beliau beriltizam untuk menjadi antara pengeluar utama produk makanan halal di Malaysia terutamanya produk biskut tradisional Melayu.

Syarikat beliau akan terus mengeluarkan dan membekal produk biskut tradisional halal yang menepati citarasa semua golongan sama ada rakyat tempatan mahupun antarabangsa.

Logo Biskut lutut Rasso Tanjung
Jenama Rasso Tanjung Mengeluarkan Biskut Tradisional

Beliau telah membangunkan jenama Rasso Tanjung semenjak tahun 2018. Puan Azreen mengutamakan bahan semulajadi tanpa pengawet dan pewarna tiruan dalam proses pembuatan produk mereka.

Sehingga kini, produk Rasso Tanjung yang sedap, rangup dan halal menjadi pilihan ramai.

Menggapai impian bersama yang tersayang

Azreen Rizal
Pengasas Rasso Tanjung
Pengasas
Puan Azreen Pengasas Rasso Tanjung

Keistimewaan Biskut Lutut Rasso Tanjung

Berikut Nik Nock kongsikan antara keistimewaan Biskut Lutut Rasso Tanjung dan mengapa ianya menjadi pilihan ramai.

(1) Biskut Lutut Rasso Tanjung Keluaran Bumiputera

Sudah tentunya biskut lutut ini menjadi pilihan utama pelanggan mereka kerana ianya dibuat dan dihasikan oleh syarikat bumiputera. Ianya Halal dan boleh dimakan tanpa was-was.

(2) Biskut Tradisional Bahan Semulajadi

Biskut lutut ini menggunakan resepi asli melayu dan diadun dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi dan berkualiti tinggi.

Diadun tanpa sebarang pengawet dan pewarna tiruan, biskut lutut Rasso Tanjung memberikan rasa yang sedap, rangup dan rasa asli seperti dulu-dulu.

(3) Biskut Rangup dan Garing

Biskut Lutut Rasso Tanjung mempunyai tekstur yang rangup kerana ianya dibakar pada suhu yang rendah. Ianya senang dimakan kerana tidak keras.

Ia juga diuli dengan lama untuk menghasilkan biskut lutut yang garing

(4) Biskut Lutut Rasso Tanjung Tahan Lama

Biskut ini dihasilkan dengan teliti agar ianya tahan lama dan boleh disimpan sehingga enam (6) bulan di dalam bekas kedap udara.

(5) Saiz Biskut Yang Kecil

Rasso Tanjung mengeluarkan biskut lutut yang bersaiz kecil. Tujuan utamanya adalah untuk memudahkan ianya dimakan dan boleh dicicah bersama air di dalam cawan atau gelas.

(6) Sesuai Untuk Semua Golongan

Semenjak dahulu, biskut lutut digemari oleh pelbagai peringkat umur. Rasso Tanjung mengekalkan rasa asli, saiz kecil dan kerangupan biskutnya supaya dapat dinikmati oleh orang tua, dewasa dan kanak-kanak.

Secara tak langsung dapat mengekalkan biskut tradisional ini untuk generasi baru turun temurun.

(7) Boleh Dinikmati Bersama Minuman Lain

Seperti kelazimannya, biskut lutut ini memang sedap dimakan dengan air kopi, teh, susu dan sebagainya.

Namun ianya juga tetap sedap untuk dimakan begitu sahaja.

Biskut lutut Rasso Tanjung bersama teh
Biskut Lutut Dinikmati Bersama Secawan Kopi atau Teh

(8) Boleh Dimakan pada bila-bila Masa

Kebiasaanya biskut lutut ini popular untuk dimakan pada musim hujan bersama air kopi panas. Namun itu suatu memori yang tak dapat dilupakan.

Yang sebenarnya biskut lutut ini biasa dimakan pada waktu minum pagi, tengahari ataupun malam. Dan pada waktu diperlukan untuk mengalas perut di kala kelaparan.

(9) Mengukuhkan tali persaudaraan

Dengan adanya biskut lutut, biasanya satu keluarga akan menikmatinya bersama-sama. Ianya akan lebih berselera bila makan bersama. Secara tak langsung akan mengeratkan lagi kasih sayang sesama keluarga.

Tidak terhad kepada keluarga, biskut lutut juga sesuai untuk dimakan bersama sahabat handai, sanak saudara dan juga rakan sekerja.

(10) Sesuai Dijadikan Goodies atau Hadiah

Biskut lutut sebagai goodies
Packaging Biskut Lutut Untuk Dijadikan Goodies atau Hadiah

Biskut tradisional keluaran Rasso Tanjung ini, bukan sahaja sedap dimakan begitu sahaja, malah ianya sangat sesuai untuk dijadikan goodies atau hadiah bagi sebarang majlis yang diadakan untuk meraikan tetamu yang hadir.

Nik Nock kongsikan di sini, majlis atau acara yang sesuai untuk kita jadikan biskut lutut sebagai buah tangan kepada tetamu atau kenalan.

  • Goodies majlis perkahwinan
  • Goodies majllis pertunangan
  • Goodies majlis harijadi
  • Goodies majlis rasmi syarikat/kerjaaan
  • Goodies majlis perjumpaan persatuam/alumni
  • Buah tangan ketika mengunjungi sanak saudara dan kenalan
  • Buah tangan ketika menziarahi pusat jagaan orang tua
  • Buah tangan ketika mengunjungi rumah anak yatim
  • Hamper untuk majlis anugerah dan pertandingan
  • Hamper untuk hari sukan
  • Sumbangan kepada masjid dan surau
  • Sumbangan kepada majlis amal
  • Hidangan ringan untuk majlis yang diadakan
  • Hidangan ringan untuk aktiviti ‘picnic’
  • Hidangan ringan untuk majlis buka puasa dan selepas terawih bulan Ramadhan

Selain biskut lutut, Rasso Tanjung juga mengeluarkan biskut kelapa tradisional melayu yang sangat sedap.

Biskut kelapa Rasso Tanjung
Biskut Kelapa Yang Rangup Keluaran Rasso Tanjung

Testimoni Pelanggan Biskut Lutut Rasso Tanjung

Biskut tradisional Rasso Tanjung mendapat sambutan yang hangat daripada pelanggan mereka. Rata-rata mereka sangat berpuas hati dengan rasa keaslian biskut Rasso Tanjung.

Pelanggan Rasso Tanjung
Pelanggan Rasso Tanjung

Agen Rasso Tanjung

Rasso Tanjung juga membuka peluang kepada orang ramai yang ingin menambah pendapatan untuk bersama-sama mereka sebagai rakan niaga.

Sehingga kini mereka mempunyai enam (6) agen disekitar Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

Untuk mendapatkan matlumat lanjut mengenai pengambilan agen, bolehlah KLIK pada LINK di bawah untuk WASAP pihak Rasso Tanjung.

KLIK DI SINI UNTUK WASAP RASSO TANJUNG

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan biskut lutut Rasso Tanjung ini boleh mengunjungi Facebook mereka seperti berikut;

Facebook Rasso Tanjung

Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Rasso Tanjung.

FACEBOOK RASSO TANJUNG
INSTAGRAM RASSO TANJUNG
SHOPEE RASSO TANJUNG
NO TELEFON
013-2478724
(PUAN AZREEN RIZAL)
WASAP RASSO TANJUNG
ALAMAT
B3 BENGKEL MARASRI KENDONG
71350 KOTA, NEGERI SEMBILAN
LOKASI KE KEDAI RASSO TANJUNG

Terima kasih kepada Usahawan RASSO TANJUNG yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan biskut tradisional. Semoga usaha RASSO TANJUNG terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.

Nik Nock

Artikel lain yang boleh di baca berhubung RASSO TANJUNG boleh KLIK pada link yang berikut;


Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS