March 8, 2021

Nik Nock

Blogger Malaysia

Resepi Biskut Kelapa Legend | Rasso Tanjung PeDAS

Resepi-biskut-kelapa-legend

Antara biskut tradisional yang paling disukai adalah biskut kelapa. Tidak terbatas pada musim hari raya sahaja, biskut kelapa sangat sedap dimakan terutama masa minun petang. Menggunakan Resepi biskut kelapa legend, kita boleh cuba membuat sendiri biskut kelapa tradisional yang tak lapuk dek hujang, tak lekang dek panas.

Teringat pula, biskut kelapa yang mak buat dulu. Sangat rangup bila dimakan, orang kata cair dimulut lah. Biskut kelapa dibuat sendiri untuk dimakan seisi keluarga terutamanya bila tiba musim hari raya.

Biskut kelapa pada asasnya dibuat daripada tepung gandum, tepung ubi dan kelapa yang digoreng. Kebiasaanya biskut kelapa berbentuk bulat atapun bulan sabit rangup serta cair di dalam mulut

Resepi Biskut Kelapa Lagend Yang Rangup

Antara tips untuk menghasilkan resepi biskut kelapa legend yang rangup dan rapuh adalah seperti berikut;

Tiga bahan utama di dalam resepi biskut kelapa legend mestilah disangai terlebih dahulu. Sangai bermaksud goreng tanpa minyak

(1) Kelapa parut mestilah disangai terlebih dahulu

(2) Tepung gandum dan tepung ubi juga perlu disangai sehingga menjadi sedikit kering.

Semua ini adalah bertujuan untuk menghilangkan kelembapan dalam bahan-bahan tersebut. Ianya akan menghasilkan biskut kelapa yang bukan sahaja harum selepas dibakar malah, rangup serta akan tahan lebih lama.

Kebiasaanya bentuk biskut kelapa yang ada hanyalah berbentuk bulat atau bulan sabit sahaja. Ini adalah kerana adunannya yang rapuh memerlukan kekemasan dan ketelitian yang tinggi semasa menekap ke acuan.

Oleh itu, bentuk yang ringkas lebih memudahkan proses penghasilan biskut kelapa yang cantik.

Bahan-bahan Resepi Biskut Kelapa Lagend

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat resepi biskut kelapa legend adalah;

  • 1 1/2 Cawan kelapa parut (Disangai)
  • 1 Cawan tepung gandum (Disangai)
  • 2 Cawan tepung ubi (Disangai)
  • 1 1/2 Cawan marjerin
  • 1 Cawan Gula halus
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 Sudu garam halus
  • 1 Sudu teh esen vanila

Cara-cara Penyediaan Resepi Biskut Kelapa Legend

(1) Goreng tanpa minyak (sangai) bahan-bahan utama

Resepi biskut kelapa legend mesti kena sangai terlebih dahulu kelapa parut sehingga warna keperangan

Tepung gandum dan tepung ubi juga perlu disangai lebih kurang 10-15 minit menggunkan api yang kecil

Kemudian, sejukkan bahan-bahan yang disangai

kelapa parut disangai
Kelapa Parut Disangai Untuk Teksur Biskut Lebih Rangup

(2) Pukul Marjerin Bersama Gula

Di dalam bekas, masukkan marjerin dan gula serta kacau keduanya sehingga sebati.

Tidak perlu pukul/kacau sehingga kembang. Cukup hanya sebatikan marjerin dan telur sahaja.

(3) Masukkan Telur, Garam dan Esen Vanila

Ke dalam bekas yang sama, masukkan telur, garam dan esen vanila ke dalam adunan marjerin dan gula tadi.

Kacau sehingga sebati.

(4) Masukkan bahan-bahan sangai

Yang terakhirnya, masukkan kelapa parut, tepung gandum dan tepung ubi yang disangai ke dalam adunan.

Untuk resepi biskut kelapa legend ini, adunan mestilah diuli dengan menggunakan tangan. Uli sehinggan adunan tidak melekat ditangan.

(5) Canai dan Tekap Adunan

Setelah adunan diuli dan tidak melekat pada tangan, adunan itu bolehlah dicanai mengikut ketebalan yang dikehendaki.

Seterusnya bolehlah ditekap menggunakan acuan yang sesuai seperti bentuk bulat ataupun bulan sabit.

(6) Bakar Biskut Resepi Biskut Kelapa Legend

Panaskan oven terlebih dahulu.

Kemudian bakar biskut pada suhu 140’C-160’C mengikut kesesuaian oven masing-masing.

Bakar selama 20-30 menggunakan api atas dan bawah sehingga biskut menjadi garing dan bewarna kekuningan

Resepi biskut kelapa lagend dibakar salam oven
Biskut Kelapa Disusun Untuk Dibakar

(7) Sejuk dan Simpan

Selepas dibakar, hendaklah sejukkan dahulu biskut kelapa.

Setelah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

Resepi biskut kelapa legend sudah siap disediakan.

Selamat Mencuba!!

biskut kelapa di simpan di dalam bekas
Biskut Kelapa Disimpan Didalam Bekas Kedap Udara

Ternyata resepi biskut kelapa legend ini boleh menghasilkan biskut kelapa yang rangup mengikut cara orang lama.

Bagi yang tidak berkesempatan untuk mencuba resepi biskut kelapa legend ini, namun ingin menikmati biskut kelapa tradisional ini, boleh juga dapatkan biskut kelapa yang sedap daripada Rasso Tanjung.

Keistimewaan Biskut Kelapa dan Biskut Lutut Rasso Tajung

Tak perlu risau jika kita tak mampu untuk membuat sendiri resepi biskut kelapa legend. Maklum sajalah, prosesnya nampak mudah namum mengambil masa juga untuk menghasilkannya.

Itu belum ambil kira kemahiran yang diperlukan untuk memastikan biskut kelapa yang terhasil sedap dan rangup dimakan.

Dua produk biskut tradisional utama Rasso Tanjung adalah seperti berikut;

  1. Biskut Kelapa
  2. Biskut Lutut

Rasso Tanjung sememangnya pakar membuat biskut tradisional ini. Biskut kelapa mereka sudah tentunya menepati citarasa orang ramai.

biskut kelapa rasso tanjung
Biskut Kelapa Rasso Tanjung

(1) Resepi Tradisional Asli

Biskut tradisional Rasso Tanjung menggunakan resepi orang lama untuk menghasilkan biskut kelapa yang mengekalkan rasa yang asli.

(2) Buatan Bumiputera

Rasso Tanjung adalah syarikat Bumiputera muslim. Produk biskut tradisional mereka adalah Halal dan boleh dimakan tanpa was-was

(3) Rangup dan Tahan Lama

Biskut keluaran Rasso Tanjung dibuat menggunakan cara dan proses yang teliti membuatkan biskut yang terhasil rangup dan tahan lebih lama.

(4) Sedap dan Nostalgia

Selain rasanya yang sedap, ianya mengikut citarasa orang lama dan boleh menggamit kenangan dan memori lama bersama keluarga.

(5) Sesuai Dinikmati Semua

Rasa biskut Rasso Tanjung yang rangup dan sedap sesuai dengan citarasa pelbagai golongan tidak mengira umur.

Daripada kanak-kanak sehingga orang dewasa menggemari biskut kelapa dan biskut lutut ini.

(6) Boleh dijadikan Goodies

Biskut keluaran Rasso Tanjung sedia untuk ditempah sebagai goodies untuk pelbagai majlis dan tujuan seperti berikut;

  • Goodies majlis perkahwinan
  • Goodies majllis pertunangan
  • Goodies majlis harijadi
  • Goodies majlis rasmi syarikat/kerjaaan
  • Goodies majlis perjumpaan persatuam/alumni
  • Buah tangan ketika mengunjungi sanak saudara dan kenalan
  • Buah tangan ketika menziarahi pusat jagaan orang tua
  • Buah tangan ketika mengunjungi rumah anak yatim
  • Hamper untuk majlis anugerah dan pertandingan
  • Hamper untuk hari sukan
  • Sumbangan kepada masjid dan surau
  • Sumbangan kepada majlis amal
  • Hidangan ringan untuk majlis yang diadakan
  • Hidangan ringan untuk aktiviti ‘picnic’
  • Hidangan ringan untuk majlis buka puasa dan selepas terawih bulan Ramadhan
Biskut Lutut Rasso Tanjung
Biskut Lutut Rasso Tanjung

Kepada kawan-kawan yang menggemari biskut tradisional seperti biskut kelapa dan biskut lutut ini bolehlah dapatkan produk keluaran Rasso Tanjung ini.

Mereka beroperasi di Kota, Negeri Sembilan. Selain mengunjungi ke kedai Rasso Tanjung, boleh juga menghubungi mereka untuk membuat tempahan secara online.

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan biskut kelapa dan biskut lutut Rasso Tanjung ini boleh mengunjungi Facebook mereka seperti berikut;

Facebook Rasso Tanjung

Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Rasso Tanjung.

FACEBOOK RASSO TANJUNG
INSTAGRAM RASSO TANJUNG
SHOPEE RASSO TANJUNG
NO TELEFON
013-2478724
(PUAN AZREEN RIZAL)
WASAP RASSO TANJUNG
ALAMAT
B3 BENGKEL MARASRI KENDONG
71350 KOTA, NEGERI SEMBILAN
LOKASI KE KEDAI RASSO TANJUNG

Terima kasih kepada Usahawan RASSO TANJUNG yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan biskut tradisional. Semoga usaha RASSO TANJUNG terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.

Nik Nock

Artikel lain yang boleh di baca berhubung RASSO TANJUNG boleh KLIK pada link yang berikut;


Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS