
Air soya ni sememangnya minuman yang kegemaran rakyat Malaysia. Memang mudah untuk mendapatkan air soya, bukan sahaja di pasaraya malah juga mana-mana kedai memang ada menu air soya. Juga diusahakan oleh ramai usahawan minuman kacang soya termasuklah Pakar Soya Fani Soy.
Fani Soy adalah jenama yang dimiliki oleh Syarikat FN Maju Enterprise yang berlokasi di Labis, Johor.

Selain menjalankan operasi jualan mereka di kilang sendiri, mereka juga menggunakan food truck dalam mengembangkan lagi perniagaan Fani Soy.
Dengan penggunaan food truck, mereka dapat bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain mengikut kesesuaian dan memberikan peluang kepada lebih ramai orang untuk merasai kesegaran produk Fani Soy.
Kalau ada yang tinggal atau lalu ke kawasan Labis, bolehlah singgah di Pakar Soya Fani Soy untuk mendapatkan produk soya mereka yang menjadi kegemaran ramai.
Antara kawasan lain diliputi oleh food truck Fani Soy adalah seperti di Taman Pagoh Jaya, Majlis Perbandaran Muar, KK3 Bandar Pontian dan sebagainya.

Menurut Pengasas Fani Soy, Puan Noraini Ismail, misi Fani Soy adalah untuk mengeluarkan produk soya yang segar agar dapat dinikati dengan kegembiraan oleh para pelanggan mereka.
You never slow down marketing, you never stop marketing. Kalau you stop umpama you stop mengayuh bila you tengah mendaki bukit menaiki basikal, you akan jatuh lingkup & dah tak sempat nak toleh ke belakang.
Noraini Ismail
Pengasas Fani Soy

Produk Utama Pakar Soya Fani Soy
Perniagaan Pakar Soya Fani Soy adalah mengeluarkan produk berasaskan kacang soya iaitu air soya, tahfufahdan fucuk tahu.
Produk Fani Soy adalah berasaskan kacang soya sebenar tanpa menggunakan bahan mana-mana pengawet.
Tiga (3) produk Fani Soy adalah seperti yang berikut;
(1) Air Susu Soya

(2) Taufufah

(3) Fucuk Tahu

(4) Lain-lain Produk


Keistimewaan Produk Pakar Soya Fani Soy
Berikut Nik Nock kongsikan keistimewaan produk Pakar Soya Fani Soy.
(1) Keluaran Bumiputera
Sudah semestinya Fani Soy adalah produk keluaran syarikat Bumiputera milik muslim. Semua produk dihasilkan dalam persekitaran yang bersih dan penggunaan bahan-bahan yang halal.
Semua produk boleh dimakan tanpa was-was.
(2) Segar dan Tanpa Bahan Pengawet
Fani Soy hanya menggunakan bahan-bahan segar tanpa menambah apa-apa bahan pengawet ke dalam produk soya keluaran mereka.
Bahan-bahan yang digunakan hanya menggunakan bahan segar, halal dan berkualiti bagi memastikan mutu keluaran produk Fani Soy berada di tahap baik dan berkualiti.
(3) Produk Pakar Soya Fani Soy Harga Mampu Milik
Fani Soy menawarkan harga yang berpatutan kepada pelanggan mereka. Ini adalah untuk memastikan semua orang mampu untuk merasa hasil kesegaran produk soya mereka.
(4) Pengiktirafan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS)
Apa yang penting dalam sebuah perniagaan makanan adalah kebersihan. Pihak Fani Soy telah mendapat pengiktirafan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS) daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
BeSS ini diberikan untuk premis dan food truck Fani Soy untuk proses pembuatan dan penyediaan makanan dan minuman yang selamat dan sihat kepada pelanggan. Oleh itu, kita tidak perlu risaukan tahap kebersihan yang diberikan oleh Fani Soy.

(5) Sesuai Dimakan Oleh Semua Golongan
Sudah semestinya produk berasaskan soya terutamanya minuman susu soya menjadi pilihan ramai orang dari pelbagai golongan, bangsa dan agama.
Tidak mengira usia, produk Pakar Soya Fani Soy boleh dinikmati oleh kanak-kanak, orang dewasa dan juga orang tua.
(6) Pelbagai Jenis Packaging
Fani Soy mengeluarkan produk mereka dalam beberapa jenis pembungkusan dan ‘packaging’. Ini memberikan pelanggan mereka pelbagai pilihan mengikut citarasa masing-masing.
Ini juga memudahkan pelanggan menikmati produk Fani Soy dengan mudah dan senang.
(7) Boleh Ditempah Untuk Majlis
Pihak Fani Soy juga sedia untuk menerima tempahan bagi sebarang jenis majlis seperti yang berikut;
- Majlis Perkahwinan
- Majlis Pertunangan
- Majlis Kesyukuran
- Majlis Akikah
- Majlis di Masjid dan Surau
- Majlis di Rumah Anak Yatim
(8) Penghantaran Percuma
Yang lebih istimewanya, pihak Pakar Soya Fani Soy menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma kepada pelanggan yang berada di sekitar Segamat, Muar, Yong Peng dan Batu Pahat.
Bagi pelanggan yang berada di luar kawasan tersebut, masih lagi boleh menempah untuk dihantar ke tempat yang dikehendaki. Boleh lah menghubungi pihak Fani Soy untuk pertanyaan caj dan servis mengikut kawasan.
Testimoni Pelanggan Pakar Soya Fani Soy
Produk keluaran Fani Soy telah mendapat sambutan dan maklum balas positif para pelanggan mereka.
Mereka sangat sukakan kesegaran produk Fani Soy dan perkhidmatan yang Fani Soy sediakan.


Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan produk berasaskan soya Fani Soy ini boleh mengunjungi Facebook mereka seperti berikut;
Facebook Fani Soy
Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Fani Soy.
FACEBOOK FANI SOY |
SHOPEE RASSO TANJUNG |
NO TELEFON 019-6252899 (PUAN NORAINI) |
WASAP FANI SOY |
ALAMAT 1 JALAN MAWAR KAWASAN PERNIAGAAN FELCRA BUKIT KEPONG 85300 LABIS, JOHOR |
LOKASI KE KILANG FANI SOY |
Terima kasih kepada Usahawan FANI SOY yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan produk berasaskan soya. Semoga usaha FANI SOY terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.
Nik Nock
Artikel lain yang boleh di baca berhubung FANI SOY boleh KLIK pada link yang berikut;
Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS
More Stories
Idea Bilik Tidur Sempit | Izzahrra PeDAS
Tips Menghias Ruang Tamu | Izzahrra PeDAS
Kedai Perabot Online Izzahrra | Usahawan PeDAS