
Air soya atau susu soya atau dipanggil juga air kacang soya sudah menjadi kebiasaan diminum untuk menghilangkan dahaga atau hidangan semasa makan. Air soya sedap Johor menyediakan air soya yang segar untuk dinikmati oleh orang ramai.
Air soya sedap Johor sememangnya terkenal dengan minuman kacang soya yang menyegarkan dan boleh dinikmati atau diminum panas dan juga sejuk.
Ianya juga merupakan sumber protein yang lengkap yang diperlukan oleh tubuh kita serta kaya dengan kandungan vitamin dan mineral seperti kalsium, zat besi dan vitamin B12.
Air soya dihasilkan daripada kacang soya yang diproses sehingga menghasilkan air soya.

Resepi Ringkas Air Soya Sedap Johor
Berikut Nik Nock kongsikan proses penghasilan air soya sedap Johor menggunakan resepi yang ringkas untuk dbuat sendiri di rumah.
Bahan-bahan
- 250g Kacang Soya
- Air secukupnya
- Daun Pandan secukupnya
- Gula Secukup rasa
Cara Penyediaan
(1) Basuh dan Rendam
Basuh bersih kacang soya dan rendamkan semalaman sehingga kacang menjadi kembang.
Buang kulit kacang soya yang tetanggal dan tukarkan air supaya tidak masam.
(2) Kisar Kacang Soya
Kemudian, masukkan kacang soya ke dalam pengisar bersama 3 cawan air.
Kicar sehingga kacang hancur
(3) Tapis dan Perah
Kacang yang dikisar kemudiannya di tapis ke dalam periuk dengan penapis atau kain.
Perah kacang sehingga menjadi hampas dan ulang sehingga kacang habis.
(4) Masak
Setelah selesai proses memerah, air soya yang terhasil bolehlah dimasak di atas api yang perlahan.
Jangan lupa masukkan sekali daun pandan yang diikat.
(5) Air Gula
Boleh masukkan terus gula ke dalam air soya yang dimasak ataupun masak gula bersama air secara berasingan.
Air gula yang terhasil bolehlah ditambah sewaktu hendak meminum air soya. Ianya lebih sesuai untuk citarasa keluarga yang berbeza.
Bagi yang ada diabetes atau yang diet, boleh kurangkan gula atau minum soya tanpa gula.
(6) Masak Hingga Mendidih
Masak air soya sehingga ia mendidih dan elakkannya daripada membuak keluar dari periku.
Padamkan air dan biarkan suam
Jika sukakan sejuk, masukkan ais ke dalam air soya untuk dinikmati bersama keluarga.
Selamat Mencuba!!
Air Soya Sedap Johor Keluaran Fani Soy
Bagi yang berada di Johor terutamanya kawasan sekitar Labis, bolehlah mengunjungi kilang Fani Soy untuk mendapatkan air soya sedap Johor yang menyegarkan.
Tak perlulah memproses soya sendiri di rumah sekiranya kita tiada masa untuk menyediakannya.
Lagipun air soya sedap Johor keluaran Fani Soy adalah keluaran Bumiputera dan boleh diminum tanpa was-was.
Produk Berasaskan Soya Keluaran Fani Soy
Selain air soya sedap Johor, Fani Soy juga mengeluarkan produk berasaskan kacang soya yang lain seperti taufufah, fucuk tahu, kerepek tempe dan sebagainya.
Antara produk-produk keluaran Fani Soy adalah seperti berikut;
- Air soya
- Pati Air Soya
- Taufufah
- Fucuk Tahu
- Kerepek Tempe


Kelebihan Air Soya Sedap Johor dan Produk Berasaskan Soya Keluaran Fani Soy
Berikut Nik Nock kongsikan kelebihan dan keistimewaan air soya sedap Johor dan produk-produk berasaskan soya keluaran Fani Soy.
(1) Keluaran Kilang Bumiputera
Sudah semestinya Fani Soy adalah produk keluaran syarikat Bumiputera milik muslim. Semua produk dihasilkan di kilang Fani Soy yang semestinya mempunyai persekitaran yang bersih dan penggunaan bahan-bahan yang halal.
Air soya sedap Johor dan semua produk Fani Soy boleh dimakan tanpa was-was.

(2) Air Soya Sedap Johor Segar dan Tanpa Bahan Pengawet
Fani Soy hanya menggunakan bahan-bahan segar tanpa menambah apa-apa bahan pengawet ke dalam produk soya keluaran mereka.
Bahan-bahan yang digunakan hanya menggunakan bahan segar, halal dan berkualiti bagi memastikan mutu keluaran produk Fani Soy berada di tahap baik dan berkualiti.
(3) Harga Mampu Milik
Fani Soy menawarkan harga yang berpatutan kepada pelanggan mereka. Ini adalah untuk memastikan semua orang mampu untuk merasa hasil kesegaran produk soya mereka.
(4) Pengiktirafan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS)
Apa yang penting dalam sebuah perniagaan makanan adalah kebersihan. Pihak Fani Soy telah mendapat pengiktirafan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS) daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
BeSS ini diberikan untuk premis dan food truck Fani Soy untuk proses pembuatan dan penyediaan makanan dan minuman yang selamat dan sihat kepada pelanggan. Oleh itu, kita tidak perlu risaukan tahap kebersihan yang diberikan oleh Fani Soy.
(5) Air Soya Sedap Johor Sesuai Dinikmati Oleh Semua Golongan
Sudah semestinya produk berasaskan soya terutamanya minuman susu soya menjadi pilihan ramai orang dari pelbagai golongan, bangsa dan agama.
Tidak mengira usia, produk Pakar Soya Fani Soy boleh dinikmati oleh kanak-kanak, orang dewasa dan juga orang tua.
(6) Pelbagai Jenis Packaging
Fani Soy mengeluarkan produk mereka dalam beberapa jenis pembungkusan dan ‘packaging’. Ini memberikan pelanggan mereka pelbagai pilihan mengikut citarasa masing-masing.
Ini juga memudahkan pelanggan menikmati produk Fani Soy dengan mudah dan senang.
(7) Boleh Ditempah Untuk Majlis
Pihak Fani Soy juga sedia untuk menerima tempahan bagi sebarang jenis majlis seperti yang berikut;
- Majlis Perkahwinan
- Majlis Pertunangan
- Majlis Kesyukuran
- Majlis Akikah
- Majlis di Masjid dan Surau
- Majlis di Rumah Anak Yatim
- Majlis Rewang @ Gotong Royong
(8) Penghantaran Percuma
Yang lebih istimewanya, pihak Pakar Soya Fani Soy menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma kepada pelanggan yang berada di sekitar Segamat, Muar, Yong Peng dan Batu Pahat.
Bagi pelanggan yang berada di luar kawasan tersebut, masih lagi boleh menempah untuk dihantar ke tempat yang dikehendaki. Boleh lah menghubungi pihak Fani Soy untuk pertanyaan caj dan servis mengikut kawasan.
(9) Penggunaan Food Truck Fani Soy

Selain menjalankan operasi jualan mereka di kilang sendiri, mereka juga menggunakan food truck dalam mengembangkan lagi perniagaan Fani Soy.
Dengan penggunaan food truck, mereka dapat bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain mengikut kesesuaian dan memberikan peluang kepada lebih ramai orang untuk merasai kesegaran produk Fani Soy.
Kalau ada yang tinggal atau lalu ke kawasan Labis, bolehlah singgah di Pakar Soya Fani Soy untuk mendapatkan produk soya mereka yang menjadi kegemaran ramai.
Antara kawasan lain diliputi oleh food truck Fani Soy adalah seperti di Taman Pagoh Jaya, Majlis Perbandaran Muar, KK3 Bandar Pontian dan sebagainya.
Testimoni Pelanggan Air Soya Sedap Johor Fani Soy
Air soya sedap Johor dan produk berasaskan soya keluaran Fani Soy telah mendapat sambutan dan maklum balas positif para pelanggan mereka.
Mereka sangat sukakan kesegaran produk Fani Soy dan perkhidmatan yang Fani Soy sediakan.


Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan air soya sedap Johor dan produk berasaskan soya Fani Soy ini boleh mengunjungi kilang mereka di Labis, Johor.
Lokasi Fani Soy
Bagi yang tinggal jauh dan diluar kawasan sekitar kilang Fani Soy boleh menghubungi mereka untuk urusan penghantaran.
KLIK DI SINI UNTUK WASAP FANI SOY
Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Sani Soy.
FACEBOOK FANI SOY |
NO TELEFON 019-6252899 (PUAN NORAINI) |
WASAP FANI SOY |
ALAMAT 1 JALAN MAWAR KAWASAN PERNIAGAAN FELCRA BUKIT KEPONG 85300 LABIS, JOHOR |
LOKASI KE KILANG FANI SOY |
Terima kasih kepada Usahawan FANI SOY yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan produk berasaskan soya. Semoga usaha FANI SOY terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.
Nik Nock
Artikel lain yang boleh di baca berhubung FANI SOY boleh KLIK pada link yang berikut;
Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS
More Stories
Idea Bilik Tidur Sempit | Izzahrra PeDAS
Tips Menghias Ruang Tamu | Izzahrra PeDAS
Kedai Perabot Online Izzahrra | Usahawan PeDAS