
Pada kebiasaannya, kedai yang menjual air soya mestilah ada manisan tafufah yang dijual bersama kan. Ianya mudah didapati di gerai-gerai, di pasar malam dan di kedai manisan. Mudah sahaja nak dapatkannya. Apa kata selain beli dikedai, kita cuba pula buat sendiri di rumah dengan resepi taufufah air soya.
Taufufah asalnya adalah manisan masyarakat cina yang juga dipanggil ‘doufuhua’. Ia diperbuat daripada tauhu yang sangat lembut dan dijadikan manisan dalam menu makanan mereka.
Ia kemudiannya dihidangkan bersama air gula yang menjadi pelengkap rasa manisan taufufah.
Taufufah kini bukan sahaja digemari oleh masyarakat cina, malah menjadi antara pilihan utama manisan masyarakat melayu. Rasanya yang lembut dan manis memikat selera orang melayu dari dulu sehingga kini.
Taufufah menjadi pilihan terutama untuk menu manisan semasa berbuka puasa. Namun kini tidak terhad hanya di bulan Ramadhan, namun menjadi pilihan pada setiap masa.
Untuk membuat sendiri taufufah di rumah, sebenarnya ia tidaklah serumit yang kita fikirkan.

Resepi Taufufah Air Soya Ringkas dan Senang
Nik Nock kongsikan resepi taufufah air soya yang paling mudah untuk kita cuba menjadikannya hasil air tangan sendiri di rumah.
Bahan-bahan Resepi Taufufah Air Soya
- 2 Liter Air Soya
- 1 Bungkus Agar-agar tali
- 1 Cawan Air
- 1 Ketul Gula Melaka
- Beberapa helai daun pandan
Cara Penyediaan Resepi Taufufah Air Soya
(1) Masak Agar-agar
Didihkan 1 cawan air ke dalam periuk. Masukkan daun pandan untuk bau yang wangi.
Selepas air mendidih, masukkan agar-agar tali.
Masak agar-agar dalam 10 minit sehingga kesemuanya larut.
(2) Masukkan Air Soya
Masukkan air soya ke dalam periuk yang sama dimasak agar-agar.
Pastikan agar-agar betul-betul larut, sebelum masukkan air soya.
Panaskannya seketika.
Untuk resepi taufufah air soya ini, boleh gunakan air soya Fani Soy atau beli air soya kotak di pasaraya.
(3) Tapis dan Masukkan Ke Dalam Bekas
Kemudian tapis air soya tersebut dan dimasukkan ke dalam bekas yang dikehendaki
Biarkan sejuk seketika, kemudian masukkan ke dalam peti ais.
(4) Air Gula Melaka / Air Gula
Untuk menyediakan air gula melaka bagi resepi taufufah air soya ini, masakkan gula melaka bersama secawan air di dalam periuk.
Tunggu sampai larut dan mendidih.
Boleh ditambah gula jika ingin menambah kemanisan air gula melaka tersebut mengikut citarasa.
Sekiranya tiada gula melaka, boleh juga masakkan gula sahaja bersama air sehingga larut.
(5) Hidangkan Hasil Resepi Taufufah Air Soya
Setelah sejuk, boleh keluarkan taufufah dan masukkan ke dalam mangkuk kecil.
Kemudian boleh dihidang bersama air gula merah/air gula mengikut kemanisan yang dikehendaki.
Selain dimakan sejuk, Taufufah juga boleh dimakan panas-panas mengikut citarasa masing-masing.
Selamat Mencuba Resepi Taufufah Air Soya!!
Jangan risau sekiranya tiada masa untuk mencuba resepi taufufah air soya dan kalau dah cuba masak sendiri pun tidak menjadi seperti yaang diingini kerana kita boleh beli sahaja kan.
Jika tiada masa mencuba Resepi Taufufah Air Soya, boleh dapatkan Taufufah Keluaran Fani Soy

Bagi yang berada di Johor terutamanya kawasan sekitar Labis, bolehlah mengunjungi kilang Fani Soy untuk mendapatkan taufufah Fani Soy yang sedap dan menyegarkan.
Tak perlulah membuat sendiri taufufah di rumah sekiranya kita tiada masa untuk menyediakannya.
Lagipun taufufah keluaran Fani Soy adalah keluaran Bumiputera dan boleh dimakan tanpa was-was.
Selain taufufah, Fani Soy juga mengeluarkan produk berasaskan kacang soya yang lain seperti air soya, fucuk tahu, kerepek tempe dan sebagainya.
Antara produk-produk keluaran Fani Soy adalah seperti berikut;
- Air soya
- Pati Air Soya
- Taufufah
- Fucuk Tahu
- Kerepek Tempe


Kelebihan Produk Berasaskan Soya Keluaran Fani Soy
Berikut Nik Nock kongsikan kelebihan dan keistimewaan produk-produk berasaskan soya keluaran Fani Soy.
(1) Keluaran Kilang Bumiputera
Sudah semestinya Fani Soy adalah produk keluaran syarikat Bumiputera milik muslim. Semua produk dihasilkan di kilang Fani Soy yang semestinya mempunyai persekitaran yang bersih dan penggunaan bahan-bahan yang halal.
Semua produk Fani Soy boleh dimakan tanpa was-was.
(2) Ramuan Segar dan Tanpa Bahan Pengawet
Fani Soy hanya menggunakan bahan-bahan segar tanpa menambah apa-apa bahan pengawet ke dalam produk soya keluaran mereka.
Bahan-bahan yang digunakan hanya menggunakan bahan segar, halal dan berkualiti bagi memastikan mutu keluaran produk Fani Soy berada di tahap baik dan berkualiti.
(3) Harga Mampu Milik
Fani Soy menawarkan harga yang berpatutan kepada pelanggan mereka. Ini adalah untuk memastikan semua orang mampu untuk merasa hasil kesegaran produk soya mereka.
(4) Pengiktirafan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS)
Apa yang penting dalam sebuah perniagaan makanan adalah kebersihan. Pihak Fani Soy telah mendapat pengiktirafan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS) daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
BeSS ini diberikan untuk premis dan food truck Fani Soy untuk proses pembuatan dan penyediaan makanan dan minuman yang selamat dan sihat kepada pelanggan. Oleh itu, kita tidak perlu risaukan tahap kebersihan yang diberikan oleh Fani Soy.
(5) Sesuai Dinikmati Oleh Semua Golongan
Sudah semestinya produk berasaskan soya terutamanya minuman susu soya menjadi pilihan ramai orang dari pelbagai golongan, bangsa dan agama.
Tidak mengira usia, produk Pakar Soya Fani Soy boleh dinikmati oleh kanak-kanak, orang dewasa dan juga orang tua.
(6) Pelbagai Jenis Packaging
Fani Soy mengeluarkan produk mereka dalam beberapa jenis pembungkusan dan ‘packaging’. Ini memberikan pelanggan mereka pelbagai pilihan mengikut citarasa masing-masing.
Ini juga memudahkan pelanggan menikmati produk Fani Soy dengan mudah dan senang.
(7) Boleh Ditempah Untuk Majlis
Pihak Fani Soy juga sedia untuk menerima tempahan bagi sebarang jenis majlis seperti yang berikut;
- Majlis Perkahwinan
- Majlis Pertunangan
- Majlis Kesyukuran
- Majlis Akikah
- Majlis di Masjid dan Surau
- Majlis di Rumah Anak Yatim
- Majlis Rewang @ Gotong Royong

(8) Penghantaran Percuma
Yang lebih istimewanya, pihak Pakar Soya Fani Soy menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma kepada pelanggan yang berada di sekitar Segamat, Muar, Yong Peng dan Batu Pahat.
Bagi pelanggan yang berada di luar kawasan tersebut, masih lagi boleh menempah untuk dihantar ke tempat yang dikehendaki. Boleh lah menghubungi pihak Fani Soy untuk pertanyaan caj dan servis mengikut kawasan.
(9) Penggunaan Food Truck Fani Soy
Selain menjalankan operasi jualan mereka di kilang sendiri, mereka juga menggunakan food truck dalam mengembangkan lagi perniagaan Fani Soy.

Dengan penggunaan food truck, mereka dapat bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain mengikut kesesuaian dan memberikan peluang kepada lebih ramai orang untuk merasai kesegaran produk Fani Soy.
Kalau ada yang tinggal atau lalu ke kawasan Labis, bolehlah singgah di Pakar Soya Fani Soy untuk mendapatkan produk soya mereka yang menjadi kegemaran ramai.
Antara kawasan lain diliputi oleh food truck Fani Soy adalah seperti di Taman Pagoh Jaya, Majlis Perbandaran Muar, KK3 Bandar Pontian dan sebagainya.
Testimoni Pelanggan Fani Soy
Taufufah dan produk berasaskan soya keluaran Fani Soy telah mendapat sambutan dan maklum balas positif para pelanggan mereka.
Mereka sangat sukakan kesegaran produk Fani Soy dan perkhidmatan yang Fani Soy sediakan.

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan produk berasaskan soya Fani Soy ini boleh mengunjungi Facebook mereka seperti berikut;
Facebook Fani Soy
Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Fani Soy.
FACEBOOK FANI SOY |
NO TELEFON 019-6252899 (PUAN NORAINI) |
WASAP FANI SOY |
ALAMAT 1 JALAN MAWAR KAWASAN PERNIAGAAN FELCRA BUKIT KEPONG 85300 LABIS, JOHOR |
LOKASI KE KILANG FANI SOY |
Terima kasih kepada Usahawan FANI SOY yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan produk berasaskan soya. Semoga usaha FANI SOY terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.
Nik Nock
Artikel lain yang boleh di baca berhubung FANI SOY boleh KLIK pada link yang berikut;
Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS
More Stories
Idea Bilik Tidur Sempit | Izzahrra PeDAS
Tips Menghias Ruang Tamu | Izzahrra PeDAS
Kedai Perabot Online Izzahrra | Usahawan PeDAS