March 8, 2021

Nik Nock

Blogger Malaysia

Zana Therapy Oil Malaysia | Usahawan PeDAS

Zana-therapy-oil-malaysia

Industri minyak aroma terapi (Therapy Oil) di Malaysia semakin berkembang maju dengan penerimaan orang ramai dengan kebaikan dan manfaat yang diperoleh daripada minyak aroma terapi ini. Zana Therapy Oil Malaysia antara produk minyak terapi keluaran syarikat Bumiputera.

Therapy Oil secara asasnya adalah minyak pati hasil daripada esktrak daripada bahagian tumbuhan yang tertentu. Bahagian ini mengandungi minyak dan boleh diekstrak untuk mendapatkan pati minyak tersebut.

Begitu juga dengan Zana Therapy Oil (ZTO) yang terhasil daripada pati herba semulajadi yang diformulasikan untuk membantu ramai orang menangani masalah tekanan yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

Zana Therapy Oil Malaysia (ZTO)
Zana Therapy Oil (ZTO)

Zana Therapy Oil adalah jenama keluaran syarikat Suzana The Beauty Touch yang sudah pun mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun dalam bidang perniagaan.

Menurut Pengasas ZTO ini, Puan Suzana, syarikat beliau ingin menjadikan jenama Zana sebagai sebuah jenama yang terkenal di Malaysia. Mereka menyediakan perkhidmatan serta mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan yang berinovasi bagi membantu para wanita aktif untuk kekal sihat dan cergas.

Zana Therapy Oil Malaysia Logo
Jenama Zana Therapy Oil Malaysia Menjadi Pilihan Ramai

Mereka bermula dengan Zana Spa Muslimah dan mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas di dalam perkhidmatan spa dan urutan tradisional Melayu Melaka.

Mempunyai kepakaran dalam merawat dan menyediakan rawatan terapi khusus untuk wanita, kini Zana mengorak langkah dengan mengeluarkan produk minyak terapi iaitu Zana Therapy Oil yang diformulakan daripada bahan berasaskan herba semulajadi.

Wanita Sihat, Wanita Hebat

Puan Suzana Abu Talib

Ciri-ciri Zana Therapy Oil Malaysia

Banyak keistimewaan Zana Therapy Oil Malaysia yang dapat memberikan manfaat kepada ramai wanita. Antara ciri-ciri ZTO adalah seperti yang berikut;

(1) Keluaran Syarikat Bumiputera

Zana Therapy Oil Malaysia adalah produk keluaran Muslim Bumiputra yang boleh digunakan tanpa was-was.

(2) Zana Therapy Oil Malaysia Boleh Digunakan Pelbagai Peringkat Umur

(3) Minyak Pati Berkualiti Tinggi

ZTO dihasilkan dengan adunan minyak pati yang berkualiti tinggi dan iaitu pati pudina asli yang memberikan kesegaran.

Bahan-bahan lain di dalam ZTO adalah minyak kayu putih yang dapat meredakan ketegangan otot serta ‘tea tree’ yang sesuai untuk semua jenis kulit.

Zana Therapy Oil Malaysia Ekstrak Pudina
Bahan-bahan Ekstrak Utama ZTO

(4) Zana Therapy Oil Malaysia Minyak Tanpa Champor (Kapur Barus)

(5) Cepat Meresap dan Tidak Melekit

ZTO dirumus dengan formulasi yang tidak melekit apabila disapu dan cepat meresap terus dipermukaan badan.

Jadi, jangan risau kerana ianya akan memberikan keselesaan sepanjang penggunaannya

(6) Bau Wangi dan Mengegarkan

Minyak Zana Therapy Malaysia mempunyak keharuman mint pudina yang menyegarkan dan tidak mempunyai bauan yang tidak menyengitkan hidung

Baunya yang wangi memang sesuai untuk orang yang tidak sukakan bau minyak angin yang boleh membuatkan rasa tidak selesa.

(7) Berangin Lebih Lama

Apabila menggunakan ZTO, ianya akan memberikan kesegaran dan berangin yang tahan lama.

(8) Tidak Pedih dan Tak Panas

Minyak Zana Therapy Oil Malaysia tidak pedih untuk digunakan serta tidak memberikan rasa panas pada kulit.

(9) Mudah Dibawa Ke mana-mana

Size botol ZTO yang kecil memudahkan untuk kita membawanya kemana-mana sahaja.

Simpankanya ke dalam beg tangan atau ke dalam poket apabila keluar dari rumah memudahkan penggunaannya apabila diperlukan.

Boleh juga dibawa semasa melancong atau trip di dalam atau ke luar negara.

Zana Therapy Oil Malaysia mudah dibawa kemana-mana
Size ZTO Yang Kecil Mudah Dibawa dan Digunakan

(10) Zana Therapy Oil Malaysia Mudah Digunakan

Bentuk roll-on juga membuatkan ZTO senang untuk digunakan dan disapu pada tempat yang diperlukan.

Cara Penggunaan Zana Therapy Oil Malaysia

Zana Therapy Oil Malaysia adalah minyak aroma terapi yang boleh digunakan untuk bahagian luaran sahaja.

ZTO boleh disapukan pada bahagian sendi, otot, kepala, perut dan mana-mana tempat yang mengalami kesakitan.

Kegunaan dan Kebaikan Zana Therapy Oil Malaysia

Zana Theraphy Oil Malaysia yang diperbuat daripada pati daun pudina yang asli memberikan banyak kebaikan kepada penggunanya.

Antara kebaikan dan kegunaan Zana Theraphy Oil adalah dapat membantu melegakan keadaan seperti yang berikut;

(1) Migrain / Sakit Kepala / Stress / Pening / Mabuk / Mengantuk

ZTO dapat membantu memberikan kelegaan apabila kita mengalami masalah migrain, sakit kepala ataupun stress.

Boleh sapu ZTO pada kepala dan ianya akan memberikan bau yang mint yang menyegarkan serta berangin yang boleh memberikan kelegaan pada kepala.

(2) Sakit Sendi / Otot / Saraf / Sakit Betis / Peha

Untuk kesakitan yang berkaitan sendi dan urat, ZTO dapat membantu mengurangkan kesakitan dengan menyapu ZTO pada tempat yang sakit.

Kemudian urut dengan perlahan-lahan untuk mengurangkan sakit di tempat tersebut.

Rasa berangin akan mengurangka sakit pada sendi dan urat.

(3) Sakit Perut / Kembung Perut / Senggugut / Sakit Dada

ZTO juga boleh di sapu pada bahagian perut atau dada yang mengalami kembung atau sakit.

ZTO akan membantu mengurangkan sakit dan melegakan perut yang kembung dan berangin.

Testimoni Pelanggan Zana Therapy Oil Malaysia

Sudah ramai pelanggan ZTO yang berpuas hati dengan penggunaan minyak terapi ini. Mereka sudah pun menjadi pelanggan tetap ZTO yang banyak membantu memberikan kelegaan yang segera apabila diperlukan.

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan produk Zana Therapy Oil ini boleh mengunjungi Facebook mereka seperti berikut;

Facebook Zana Therapy Oil

Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Zana Theraoy Oil.

FACEBOOK ZANA THERAPY OIL
INSTAGRAM ZANA THERAPY OIL
WEBSITE ZANA THERAPY OIL
NO TELEFON
010-5400300 / 010-6675300
(PUAN SUZANA)
WASAP ZANA THERAPY OIL
ALAMAT
NO 11-1 & 13-1, JALAN KOMERSIAL, MITC
75450 AYER KEROH, MELAKA
LOKASI KE SPA ZANA THERAPY OIL

Terima kasih kepada Usahawan ZANA THERAPY OIL yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan produk berasaskan soya. Semoga usaha ZANA THERAPY OIL terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.

Nik Nock

Artikel lain yang boleh di baca berhubung ZANA THERAPY OIL boleh KLIK pada link yang berikut;


Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS