April 23, 2024

Nik Nock

Blogger Malaysia

Petua Redakan Sakit Kepala | Zana PeDAS

Petua-redakan-sakit-kepala

“Sakitnya kepala ni…Kenapa la tiba-tiba sakit kepala. Ada petua redakan sakit kepala? Kalau boleh tak nak makan ubat”. Inilah antara dialog biasa apabila kita diserang sakit kepala.

Sakit kepala ni kebiasaannya akan dialami oleh semua orang. Ada yang sakit sikit, malah ada yang sakit kepala dengan teruk ataupun migrain. Sudahnya terpaksa berjumpa doktor dan mengambil ubat.

Bagaimana pula dengan orang yang tak suka makan ubat? Sudah tentunya mesti kita tercari-cari petua redakan sakit kepala yang dapat membantu mengurangkan sakit itu.

Pendapat Nik Nock sendiri, bagi sakit kepala yang biasa dan tidak teruk, kita boleh cuba amalkan petua tanpa mengambil sebarang ubatan. Namun, apabila sakit kepala itu berlanjutan, mestilah pergi berjumpa dengan doktor.

Ini adalah kerana dikhuatiri sakit kepala yang teruk dan kerap itu mungkin disebabkan sakit yang lagi kronik. Maklum lah kan zaman sekarang macam-macam jenis penyakit yang tak mustahil kita hadapi.

Segala jenis petua hanyalah satu alternatif untuk kita amalkan. Nasihat doktor pakar patut diutamakan sebelum sakit itu berlarutan dan menjejaskan kesihatan kita.

Tips dan Petua Redakan Sakit Kepala Tanpa Ubat

Nik Nock kongsikan petua redakan sakit kepala yang kita boleh cuba untuk meredakan sakit kepala yang dialami.

Petua Redakan Sakit Kepala Dengan Bertenang

Perkara pertama yang perlu kita buat apabila sakit kepala adalah kita perlu bertenang atau rilekskan diri.

Cubala cari tempat yang sunyi, sejuk dan selesa agar kita boleh duduk dengan tenang dan ianya sangat membanti rasa sakit kepala tersebut.

Rasa sakit kepala atau migrain akan terus menyerang sekiranya kita berada dalam suasana yang sebaliknya seperti suasana bising, bingit, panas, sesak dan merimaskan.

Oleh itu, petua redakan sakit kepala cara ini yang memberikan suasana yang tenang membolehkan kita mendapat rehat yang secukupnya. Seterusnya mengurangkan kemungkinan kita mendapat migrain.

Petua Redakan Sakit Kepala Dengan Tidur atau Berbaring

Petua redakan sakit kepala yang seterusnya adalah dengan tidur atau berbaring.

Boleh juga cuba berbaring dengan posisi bersujud kerana ia membolehkan darah mengalir memasuki semua saluran darah yang berada di dalam otak.

Dengan ini, ia akan membantu menghilangkan rasa migrain yang teruk. Jadi bolehlah cuba berada dalam posisi bersujud sehingga migrain berkurang.

Petua redakan sakit kepala dengan tidur atau baring
Tidur dan Baring Posisi Sujud Boleh Meredakan Sakit Kepala

Duduk Dalam Gelap Antara Petua Redakan Sakit Kepala

Percaya atau tidak, duduk dalam gelap adalah antara petua redakan sakit kepala dapat membantu mengurangkan rasa sakit kepala.

Mestilah berehat di dalam bilik yang gelap, kerana cahaya yang terlalu terang adalah antara punca kita mendapat sakit kepala atau migrain..

Selain itu, cahaya terang juga boleh menyebabkan migrain menjadi semakin teruk

Atau kita juga boleh menggunakan ‘sleep mask’ semasa tidur untuk mengurangkan cahaya.

Mandi atau Basahkan Rambut

Mengikut petua redakan sakit kepala orang lama, mandi atau basuhkan rambut antara cara yang berkesan untuk melegakan rasa migrain.

Kita perlulah membasahkan keseluruhan rambut dari hujung hingga ke kulit kepala. Cara ini akan membantu menyejukkan kepala yang panas.

Atau cara yang paling mudah adalah mandi dengan duduk di bawah pancuran air selama dua hingga tiga minit semasa mandi.

Letakkan Ais Juga Petua Redakan Sakit Kepala

Sekiranya kita mengalami sakit kepala semasa sedang bekerja atau berada di luar rumah, bolehlah mencuba petua redakan sakit kepala dengan meletakkan ais di atas kepala.

Sama ada balut ais dengan menggunakan kain dan tuala atau menggunakan pek ais.

Letakkan pek ais tersebut di bahagian kepala yang paling sakit dan biarkan seketika dalam dua ke tiga minit.

Ulang sehingga sakit kepala berkurangan. Petua ini juga boleh membangkitkan rasa segar dan meningkatkan mood yang baik dalam diri kita.

Selain pek ais, boleh juga gunakan cool fever.

Minum Air Kosong Secukupnya

Kebiasaannya kita tidak perasan yang kita kurang minum air apabila sibuk kerja seharian. Akibatnya kita akan dehidrasi dan ini boleh menjadi punca sakit kepala.

Jadi pastikan kita minum air secukupnya kerana air dapat melancarkan pengaliran darah seterusnya membantu proses pengaliran oksigen ke dalam tubuh kita.

Oleh itu, badan akan berasa lebih segar dan sihat dengan hanya minum air secukupnya setiap hari.

Ini adalah petua redakan sakit kepala yang paling asas dan mesti diamalkan untuk kesihatan diri secara keseluruhannya.

Pudina Bahan Petua Redakan Sakit Kepala

Menthol yang memberi aroma segar pada pudina dikatakan dapat membantu saraf dan otot-otot menjadi lebih relaks dan sekaligus dapat membantu mengurangkan rasa sakit kepala.

Kita boleh cuba menggunakan minyak pudina untuk disapu pada dahi atau kepala.

Kita juga boleh cuba meminum teh pudina tanpa gula agar untuk mengelakkan rasa sakit kepala atau migrain.

Petua redakan sakit kepala dengan pudina
Teh Pudina Yang Menyegarkan Boleh Kurangkan Sakit Kepala

Minyak Aroma Terapi

Selain menggunakan minyak panas atau minyak angin, minyak aroma terapi juga boleh membantu menghilangkan rasa migrain.

Sapukan minyak aroma terapi di kepala, leher, belakang telinga serta tengkok supaya migrain tidak berterusan.

Gosok dan urut perlahan lahan sememangnya akan membantu meredakan sakit kepala kerana darah di kepala akan berjalan dengan lancar.

Semoga dengan petua-petua yang dikongsikan ini dapat membantu kawan-kawan semua dalam menangani masalah sakit kepala atau migrain supaya ianya tidak berpanjangan.

Selamat Mencuba!!

Bagi yang ingin mencari minyak aroma terapi, bolehlah mencuba produk Zana Therapy Oil yang dibuat berasaskan pati pudina.

Petua redakan sakit kepala dengan ZTO

Petua Redakan Sakit Kepala Dengan Zana Therapy Oil

Zana Therapy Oil adalah salah satu minyak aroma terapi yang telah menjadi pilihan ramai. ZTO adalah hasil keluaran syarikat Bumiputera yang boleh digunakan untuk melegakan rasa sakit kepala.

Penggunaan ZTO juga salah satu petua redakan sakit kepala.

Petua redakan sakit kepala dengan ZTO
Ciri-ciri Keistimewaan ZTO

Berikut adalah antara ciri-ciri keistimewaan ZTO;

(1) Keluaran Syarikat Bumiputera

Zana Therapy Oil Malaysia adalah produk keluaran Muslim Bumiputra milik syarikat Suzana The Beauty Touch yang boleh digunakan tanpa was-was.

ZTO juga adalah bersifat mesra wudhuk di mana pengguna boleh mengambil wudhuk seperti biasa walaupun memakai minyak ZTO.

(2) Boleh Digunakan Pelbagai Peringkat Umur

ZTO adalah sesuai untuk digunaka oleh pelbagai peringkat umur.

ZTO banyak membantu orang dewasa untuk meredakan kesakitan yang dialami. Kanak-kanak juga boleh menggunaka ZTO dengan selamat.

(3) Minyak Pati Berkualiti Tinggi

Kelebihan minyak angin beraroma ZTO adalah ianya dihasilkan dengan adunan minyak pati yang berkualiti tinggi dan iaitu pati pudina asli yang memberikan kesegaran.

Bahan-bahan lain di dalam ZTO adalah minyak kayu putih yang dapat meredakan ketegangan otot serta ‘tea tree’ yang sesuai untuk semua jenis kulit.

(4) Kelebihan Minyak Angin Beraroma Tanpa Champor (Kapur Barus)

(5) Cepat Meresap dan Tidak Melekit

ZTO dirumus dengan formulasi yang tidak melekit apabila disapu dan cepat meresap terus dipermukaan badan.

Jadi, jangan risau kerana ianya akan memberikan keselesaan sepanjang penggunaannya

(6) Bau Wangi dan Mengegarkan

Kelebihan minyak angin beraroma ZTO juga ia mempunyai keharuman mint pudina yang menyegarkan dan tidak mempunyai bauan yang tidak menyengitkan hidung

Baunya yang wangi memang sesuai untuk orang yang tidak sukakan bau minyak angin yang boleh membuatkan rasa tidak selesa.

(7) Berangin Lebih Lama

Apabila menggunakan ZTO, ianya akan memberikan kesegaran dan berangin yang tahan lama.

(8) Tidak Pedih dan Tak Panas

Kelebihan minyak angin beraroma ZTO adalah ianya tidak pedih untuk digunakan serta tidak memberikan rasa panas pada kulit.

(9) Mudah Dibawa Ke mana-mana

Size botol ZTO yang kecil memudahkan untuk kita membawanya kemana-mana sahaja.

Simpankanya ke dalam beg tangan atau ke dalam poket apabila keluar dari rumah memudahkan penggunaannya apabila diperlukan.

Boleh juga dibawa semasa melancong atau trip di dalam atau ke luar negara.

(10) ZTO Mudah Digunakan

Bentuk roll-on juga membuatkan ZTO senang untuk digunakan dan disapu pada tempat yang diperlukan.

Cara Penggunaan Zana Therapy Oil (ZTO)

Zana Therapy Oil adalah minyak aroma terapi yang boleh digunakan untuk bahagian luaran sahaja.

ZTO boleh disapukan pada bahagian sendi, otot, kepala, perut dan mana-mana tempat yang mengalami kesakitan.

Kegunaan dan Kelebihan Zana Therapy Oil, Petua Redakan Sakit Kepala

Zana Theraphy Oil yang diperbuat daripada pati daun pudina yang asli memberikan banyak kebaikan kepada penggunanya.

Antara kebaikan dan kelebihan Zana Theraphy Oil adalah dapat membantu melegakan keadaan seperti yang berikut;

(1) Migrain / Sakit Kepala / Stress / Pening / Mabuk / Mengantuk

ZTO dapat membantu memberikan kelegaan apabila kita mengalami masalah migrain, sakit kepala ataupun stress.

Boleh sapu ZTO pada kepala dan ianya akan memberikan bau yang mint yang menyegarkan serta berangin yang boleh memberikan kelegaan pada kepala.

(2) Sakit Sendi / Otot / Saraf / Sakit Betis / Peha

Untuk kesakitan yang berkaitan sendi dan urat, ZTO dapat membantu mengurangkan kesakitan dengan menyapu ZTO pada tempat yang sakit.

Kemudian urut dengan perlahan-lahan untuk mengurangkan sakit di tempat tersebut.

Rasa berangin akan mengurangka sakit pada sendi dan urat.

(3) Sakit Perut / Kembung Perut / Senggugut / Sakit Dada

ZTO juga boleh di sapu pada bahagian perut atau dada yang mengalami kembung atau sakit.

ZTO akan membantu mengurangkan sakit dan melegakan perut yang kembung dan berangin.

Kegunaan ZTO Petua redakan sakit kepala
Keguanaan ZTO

Testimoni Pelanggan Zana Therapy Oil Malaysia

Sudah ramai pelanggan ZTO yang berpuas hati dengan kelebihan ZTO ini. Mereka sudah pun menjadi pelanggan tetap ZTO yang banyak membantu memberikan kelegaan yang segera apabila diperlukan.

Customer ZTO

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan minyak aroma terapi Zana Therapy Oil ini boleh mengunjungi spa mereka di Ayer Keroh, Melaka.

Lokasi Zana Therapy Oil

Bagi yang tinggal jauh dan diluar kawasan Melaka boleh menghubungi mereka untuk urusan pembelian dan penghantaran.

KLIK DI SINI UNTUK WASAP ZANA THERAPY OIL

Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Zana Therapy Oil.

FACEBOOK ZANA THERAPY OIL
INSTAGRAM ZANA THERAPY OIL
WEBSITE ZANA THERAPY OIL
NO TELEFON
010-5400300 / 010-6675300
(PUAN SUZANA)
WASAP ZANA THERAPY OIL
ALAMAT
NO 11-1 & 13-1, JALAN KOMERSIAL, MITC
75450 AYER KEROH, MELAKA
LOKASI KE SPA ZANA THERAPY OIL

Terima kasih kepada Usahawan ZANA THERAPY OIL yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan produk berasaskan soya. Semoga usaha ZANA THERAPY OIL terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.

Nik Nock

Artikel lain yang boleh di baca berhubung ZANA THERAPY OIL boleh KLIK pada link yang berikut;


Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS