March 8, 2021

Nik Nock

Blogger Malaysia

Pakaian Muslimah Cetusan Hatie | Usahawan PeDAS

Pakaian-muslimah-cetusan-hatie

Industri pakaian muslimah telah berkembang dengan pesatnya di dalam mahupun di luar negara Malaysia. Banyak jenama fesyen Muslimah tempatan yang kian melopori gaya fesyen wanita islam ini . Pakaian muslimah Cetusan Hatie adalah antara jenama tempatan yang mendapat tempat dalam fesyen muslimah.

Mengikut pemahaman Nik Nock, fesyen muslimah adalah busana atau pakaian yang menutup aurat mengikut syariah Islam. Bukan hanya fokus kepada tudung, malah baju dan kain juga mestilah menepati syariah yang ditetapkan untuk menjaga aurat dan maruah seorang wanita.

Cetusan Hatie adalah jenama hasil ilham satu pasangan usahawan Bumiputera yang ingin memperkenalkan produk pemakaian muslim dan muslimah sejati kepada rakyat malaysia.

Logo Pakaian muslimah Cetusan Hati
Jenama Cetusan Hati Busana Muslimah

Mereka juga ingin memastikan dalam masa 5 tahun, produk cetusan hatie akan dimiliki oleh setiap orang di Malaysia.

Mencetus perubahan bermula dari HATI

Puan Norzamzarina & Tuan Syahid
Pengasan Cetusan Hatie
Pengasas Pakaian muslimah Cetusan Hati
Pasangan Suami Isteri Pengasa Cetusan Hatie

Menerusi syarikat Cetusan Hati Resources, jenama Cetusan Hatie memperkenalkan produk pemakaian patuh syariah untuk seisi keluarga berdasarkan rekaan yang berkonsepkan kekeluargaaan.

Produk utama meraka adalah pakaian yang meliputi kain, baju serta tudung bagi kegunaan muslim dan muslimah yang menepati syariah Islam.

Bukan hanya terhad kepada pakaian untuk wanita sahaja, Cetusan Hatie juga menumpukan pakaian muslimah untuk anak-anak perempuan dan pakaian muslim untuk bapa dan anak-anak lelaki.

Oleh itu, pemakaian muslimah Cetusan Hatie bukan sahaja membantu ibu bapa mendapatkan pakaian yang menutup aurat malah dapat memupuk minat dan mengajar anak-anak dari kecil cara pemakaian yang diajar oleh Islam.

Seterusnya, ini akan memastikan satu keluarga akan mengamalkan pemakaian muslim dan muslimah yang disyarikatkan oleh Islam.

Ciri-ciri Pakaian Muslimah Cetusan Hatie

Pakaian muslimah Cetusan Hati direka menepati ciri-ciri pakaian muslimah yang disyarikatkan oleh Islam.

Pakaian muslimah Cetusan Hatie yang menutup aurat
Busana Cetusan Hati Yang Menutup Aurat

Antara ciri-ciri Pakaian muslimah Cetusan Hatie adalah seperti berikut;

(1) Menutup Aurat

Bagi pakaian wanita, Cetusan Hati memastikan rekaan mereka menutup keseluruhan badan kecuali mukan dan tangan sahaja.

Begitu juga dengan pakaian untuk muslim, Cetusan Hatie menghasilkan baju dan seluar lelaki yang juga yang menutup aurat.

Koleksi tudung Cetusan Hatie direka dan dihasilkan dengan gaya labuh dan tidak nipis.

(2) Tidak Jarang & Tidak Nipis

Pakaian muslimah Cetusan Hatie dihasilkan daripada kain yang tidak jarang dan nipis. Maksudnya adalah material yang digunakan tidak akan menampakkan bahagian anggota badan untuk menjaga aurat si pemakai dengan baik.

(3) Longgar dan Tidak Ketat

Pakaian muslimah Cetusan Hatie direka agar ianya longgar dan tidak ketat untuk melindungi bentuk tubuh muslim dan muslimah.

Ia juga akan membuatkan si pemakai akan merasa selesa dan sesuai untuk melakukan kerja dan aktiviti seharian

(4) Tidak Menyerupai Lelaki

Pakaian muslimah Cetusan Hatie sudah semestinya tidak menyerupai pakaian lelaki untuk dipakai oleh wanita.

Manakala rekaan pakaian muslim adalah tidak menyerupai ciri-ciri pakaian wanita.

(5) Menggambarkan Imej Islam

Apabila memakai koleksi pakaian Cetusan Hatie, sudah semestinya ia akan menonjolkan imej kita sebagai seorang Islam.

(6) Warna dan Hiasan Sederhana

Pilihan warna untuk semua koleksi Cetusan Hatie adalah warna-warna natural dan tidak terlalu menonjol.

Begitu juga perhiasan dan corak yang direka adalah sederhana dan sesuai dengan padanan baju seadanya.

Kelebihan dan Keistimewaan Pakaian Muslimah Cetusan Hatie

Selain menepati tips memilih pakaian muslimah yang mematuhi syariah Islam, Cetusan Hatie juga menitikberatkan koleksi pakaian mereka agar dapat memikat hati muslimah untuk menjadikan pakaian Cetusan Hati sebagai pilihan mereka.

Pakaian muslimah Cetusan Hatie koleksi hijab
Hijab Cetusan Hati Yang Labuh dan Selesa

Antara kelebihan dan keistimewaan busana muslimah Cetusan Hatie adalah seperti berikut;

(1) Pelbagai Koleksi

Cetusan Hatie menghasilkan pelbagai koleksi dan jenis busana untuk wanita dan lelaki termasuklah kanak-kanak.

Ianya memberikan pelbagai pilihan untuk para pelanggan memilih pakaian yang sesuai untuk mereka dan keluarga.

(2) Sangat Selesa Dipakai

Apa yang paling utama adalah keselesaan si pemakai. Cetusan Hatie memilih material yang berkualiti sahaja untuk dijadikan bahan koleksi pakaian mereka.

Cetusan Hati ingin memastikan ke semua koleksi mereka menutup aurat namun tetap selesa dipakai.

(3) Sesuai Seisi Keluarga

Koleksi yang ada adalah meliputi pakaian untuk ibu, bapa dan anak-anak, daripada tudung, baju, dan seluar. Jadi ianyakan akan memupuk pemakaian menutup aurat mengikut syariah Islam untuk seisi keluarga

(4) Design Moden dan Terkini

Cetusan Hati tetap menghasilkan koleksi pakaian mereka mengikut design dan corak yang moden dan terkini.

Oleh itu, para pelanggan mereka tetap akan tampil kemas dengan gaya terkini walaupun mengenakan busana muslimah.

Koleksi Pakaian Muslimah Cetusan Hatie

Berikut adalah di antara koleksi busana muslimah Cetusan Hatie yang dihasilkan oleh mereka untuk menjadi pilihan pelanggan.

Koleksi Pakaian Cetusan Hatie
Koleksi Pakaian Cetusan Hatie
Koleksi Pakaian Cetusan Hatie

Testimoni Pelanggan Pakaian Muslimah Cetusan Hatie

Koleksi Cetusan Hatie telah menjadi pilihan ramai orang yang semakin membuka mata untuk memakai busana muslimah. Mereka amat berpuas hati dengan koleksi Cetusan Haitie yang mereka beli.

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan koleksi busana muslimah Cetusan Hatie ini boleh mengunjungi Facebook mereka seperti berikut;

Facebook Cetusan Hatie

Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Cetusan Hatie.

FACEBOOK CETUSAN HATIE
INSTAGRAM CETUSAN HATIE
WEBSITE CETUSAN HATIE
NO TELEFON
014-8404924
(PUAN NORZAMZARINA)
WASAP CETUSAN HATIE
ALAMAT
No 53 A-B, JALAN PERDANA 2
PUSAT PERNIAGAAN SLIM PERDANA, SLIM RIVER
35800, SLIM RIVER, PERAK, MALAYSIA
LOKASI KE BUTIK CETUSAN HATIE

Terima kasih kepada Usahawan CETUSAN HATIE yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan busana muslimah. Semoga usaha CETUSAN HATIE terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.

Nik Nock

Artikel lain yang boleh di baca berhubung CETUSAN HATIE boleh KLIK pada link yang berikut;

Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS