February 27, 2021

Nik Nock

Blogger Malaysia

Baju Menyusu Patuh Syariah | Cetusan Hatie PeDAS

Baju-menyusu-patuh-syariah

Ibu yang mempunyai bayi kecil dan masih menyusu selalunya menghadapi cabaran apabila berada di tempat awam dan perlu menyusukan bayi. Masih ramai lagi ibu yang tercari-cari baju menyusu patuh syariah untuk membolehkan mereka menyusu bayi dengan tidak mendedahkan aurat terutama berada ditempat terbuka.

Ini menyebabkan ramai ibu yang terpaksa hadkan masa untuk keluar rumah bagi memastikan bayinya dapat disusukan mengikut masa yang diperlukan oleh bayi.

Bagaimana sekiranya ada perkara yang memerlukan ibu keluar bersama bayi? Sudah semestinya ibu memerlukan baju dan pakaian yang mesra menyusu dan pada masa yang sama baju menyusu patuh syariah demi menjaga aurat semasa menyusukan bayi.

Zaman yang kian moden juga menjadikan ramai ibu muda sekarang memerlukan bayu menyusu patuh syariah serta mengikut gaya terkini agar sentiasa kelihatan kemas dan berketrampilan walau mempunyai bayi kecil yang masih menyusu.

Tambahan lagi ibu sekarang kebanyakannya sudah membuka mata kepentingan memberikan susu ibu kepada bayi tersayang.

Menyusukan bayi juga antara detik terindah seorang ibu kerana ketika inilah terjalinya ikatan erat antara ibu dan anak.

Menyedari kesedaran dan keperluan terhadap baju menyusu patuh syariah inilah, Cetusan Hatie tidak ketinggalan untuk menampilkan konsep bukaan menyusu yang mudah untuk koleksinya.

Hanya perlu selak untuk menyusukan bayi, cabaran pemakaian ibu tidak lagi menjadi halangan.

Keistimewaan Baju Menyusu Patuh Syariah Cetusan Hatie

Meskipun terdapat banyak pakaian mesra menyusu di pasaran, namun tidak kesemuanya baju menyusu patuh syariah. Dan kebanyakkannya direka dengan konsep zip ataupun butang.

Koleksi Baju menyusu patuh syariah
Koleksi Busana Cetusan Hatie Yang Mesra Menyusu

Berikut merupakan ciri-ciri keistimewaan baju menyusu koleksi Cetusan Hatie;

(1) Konsep Selak dan Menyusu

Cetusan Hatie pula mengambil langkah mengeluarkan koleksi baju menyusu patuh syariah yang berkonsepkan selak.

Konsep ini adalah lebih praktikal dan memudahkan ibu untuk menyusukan bayi dengan lebih cepat apabila diperlukan.

(2) Praktikal dan Mudah

Dengan konsep selak ini, proses penyusuan akan jadi lebih mudah kerana ibu tidak perlu mengambil masa untuk membuka butang ataupun zip baju.

Cuma selak pada bukaan di baju dan boleh terus menyusukan bayi dengan lebih cepat dan mudah tidak kira masa atau keadaan.

Oleh itu, ianya amat praktikal dan boleh dipakai oleh semua ibu.

(3) Menutup Aurat dan Patuh Syariah

Walaupun ianya mesra menyusu, namun Cetusan Hatie tetap memastikan koleksi mereka ini tetap menutup aurat dan patuh syariah.

Koleksi Cetusan Hatie adalah labuh, longgar, tidak jarang dan boleh dipakai untuk kemana sahaja.

(4) Selesa dan Tak Perlu Digosok

Baju menyusu patuh syariah Cetusan Hatie diperbuat dengan menggunakan material yang berkualiti dan selesa untuk dipakai oleh ibu.

Ianya juga adalah material yang tidak perlu digosok dan dengan sendirinya akan menjimatkan masa ibu. Maklum sajalah, banyak masa ibu adalah terarah kepada penjagaan diri dan juga bayi.

(5) Harga Berpatutan

Apa yang istimewanya lagi, koleksi baju menyusu patuh syariah Cetusan Hatie didatangkan dengan harga yang amat berpatutan dan mampu milik.

Ianya mampu dibeli oleh ibu-ibu yang memerlukan baju seperti ini untuk menjaga aurat semasa menyusukan bayi mereka.

(6) Trend dan Gaya Terkini

Koleksi baju menyusu patuh syariah Cetusan Hati direka mengikut trend dan gaya terkini yang sesuai untuk digayakan oleh ibu-ibu yang masih menyusukan anak mereka.

Koleksi Baju Menyusu Patuh Syariah Cetusan Hatie

Di sini Nik Nock kongsikan antara koleksi baju menyusu daripada koleksi busana Cetusan Hati.

(1) Zaylah Blouse

  • Material Zaylah Blouse Korean Moss Crepe
  • Berpoket sebelah
  • Nursing selak
  • Dewasa cuff , kanak-kanak tiada cuff dan tiada poket
Baju menyusu patuh syariah Zaylah blouse
Zaylah Bouse

(2) Neesa Blouse & Neesa Legend

  • Material Korean Moss Crepe
  • Berpoket Kanan
  • Nursing Selak
Baju menyusu patuh syariah neesa blouse
Neesa Blouse
Baju menyusu patuh syariah neesa legend
Neesa Legend

(3) AnMum Kurung

  • Material Moss Crepe
  • Nursing Friendly (selak)
  • Wudhu’ & Solat Friendly
  • Berpoket
  • Zero  Iron
AnMum Kurung

(4) Fiska Blouse

  • Korean Moss Crepe
  • Nursing Selak
  • Poket kanan
  • Handscok Cuff
  • Zero Iron
  • Loose Cutting
Fiska Blouse

Bagi ibu-ibu yang berminat untuk mendapatkan koleksi baju menyusu patuh syariah Cetusan Hatie ini boleh mengunjungi Facebook mereka seperti berikut;

Facebook Cetusan Hatie

Cetusan Hatie juga mempunyai koleksi pakaian muslimah yang terdiri daripada baju, seluar dan hijab yang juga patuh syariah.

Boleh KLIK pada link di bawah untuk mengunjungi laman web Cetusan Hatie bagi melihat koleksi busana muslimah mereka.

KLIK DI SINI UNTUK KE WEB SITE CETUSAN HATI

Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Cetusan Hatie.

FACEBOOK CETUSAN HATIE
INSTAGRAM CETUSAN HATIE
WEBSITE CETUSAN HATIE
NO TELEFON
014-8404924
(PUAN NORZAMZARINA)
WASAP CETUSAN HATIE
ALAMAT
No 53 A-B, JALAN PERDANA 2
PUSAT PERNIAGAAN SLIM PERDANA, SLIM RIVER
35800, SLIM RIVER, PERAK, MALAYSIA
LOKASI KE BUTIK CETUSAN HATIE

Terima kasih kepada Usahawan CETUSAN HATIE yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan busana muslimah. Semoga usaha CETUSAN HATIE terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.

Nik Nock

Artikel lain yang boleh di baca berhubung CETUSAN HATIE boleh KLIK pada link yang berikut;


Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS