March 8, 2021

Nik Nock

Blogger Malaysia

Tips Memilih Pakaian Muslimah | Cetusan Hatie PeDAS

Tips-memilih-pakaian-muslimah

Sudah menjadi trend sekarang ni untuk wanita muslimah berfesyen dengan pelbagai gaya. Namun sebagai wanita Islam kita mestilah memelihara aurat walaupun ingin berfesyen. Tips memilih pakaian muslimah perlu diambilkira dalam memilih fesyen muslimah yang sesuai dengan kita.

Bila berbicara mengenai pakaian muslimah, kita tidak semestinya menghadkan fikiran dengan memberikan gambaran pilihan yang terhad. Ini adalah kerana Islam tidak menentukan jenis fesyen namun, agama kita telah menggariskan panduan cara pemakaian yang menutup aurat dan patuh syariah.

Dengan keberadaan pelbagai jenis pakaian muslimah di pasaran sekarang memberikan banyak pilihan kepada wanita. Dahulunya terhad kepada baju kurung, kebaya dan jubah. Namun kita ianya telah berkembang menjadi lebih trendy dan lebih popular dengan konsep ‘mix and match’.

Baju kurung telah dimodenkan dengan lebih gaya, blouse dan seluar yang lebih trendy kini kian menjadi popular untuk digayakan oleh wanita muslimah.

Tak kurang juga dengan revolusi tudung yang menjadi satu satu perkara utama dalam pemakaian muslimah. Kalau dahulunya hanya tudung bulat dan labuh, namun sekarang terdapat pelbagai gaya selendang dan turban yang kian menjadi ikutan.

Oleh itu, kita mestilah bijak memilih dan mengikuti tips memilih pakaian muslimah yang berikut sebagai panduan supaya kita tidak tenggelam dalam arus fesyen milenia sehinggan mengenepikan ciri-ciri pakaian muslimah.

Tips Memilih Pakaian Muslimah Yang Selesa

Perkara pertama yang perlu kita ambil kira untuk tips memilih pakaian muslimah semestinya adalah pakaian mestilah menutup aurat dan mematuhi syariah Islam.

Tips Memilih Pakaian Muslimah #1 : Pemilihan Tudung

Tudung yang dipilih mestilah tidak nipis yang boleh menampakkam rambut, bentuk telingan dan leher kita.

Ia juga mestilah labuh menutupi dada. Dan jika ingin bersanggul, pastikan bentuk rambut itu tidak kelihatan.

Tips Memilih Pakaian Muslimah Hijap Labuh
Hijab Muslimah Labuh dan Tidak Nipis

Tips Memilih Pakaian Muslimah #2 : Pilih Yang Labuh Menutupi Badan

Baju yang dipilih mestilah labuh dan tidak singkat. Baju yang jenis blouse seharusnya labuh melepasi punggung.

Begitu juga pemilihan jubah, seluar atau kain. Kita mesti memilih jubah, seluar atau kain yang labuh dan menutupi badan.

Elakkan memilih kain yang singkat dan terbelah kerana ianya boleh menampakkan kaki.

Tips Memilih Pakaian Muslimah #3 : Pakaian Longgar dan Tidak Nipis

Pakaian yang ketat akan menampakkan bentuk tubuh kita. Begitu juga dengan pakaian yang nipis. Pakaian nipis dan jarang akan menampakkan tubuh kita dan ianya tidak sesuai untuk pakaian muslimah.

Jadi untuk tips memilih pakaian muslimah, pilihlah yang longgar agar kita selesa memakainya.

Pakaian yang longgar dan labuh juga sesuai untuk dipakai untuk menunaikan solat.

Tips Memilih Pakaian Muslimah #4 : Menutup Aurat

Yang pentinya adalah memilih pakaian yang menutup aurat. Bagi muslimat, pakaian yang dipilih mestilah menutupi semua anggota badan kecuali muka dan tangan.

Jika memilih seluar sekalipun, pastikan ianya juga menutup aurat.

Tips Memilih Pakaian Muslimah #5 : Memilih Seluar

Pemakaian seluar untuk wanita adalah harus. Pemilihan seluar sepatutnya yang longgar, tidak nipis dan tidak ketat.

Seluar seharusnya dipadankan dengan baju yang melepasi punggung.

Tips Memilih Pakaian Muslimah #6 : Memilih Pakaian Bukan Untuk Bermegah

Tips memilih pakaian muslimah bukan sahaja terletak pada fzikal pakaian, namun niat juga adalah penting.

Allah sukakan kepada kecantikan, oleh itu pilihlah pakaian yang cantik dan bersin namun Allah tidak suka kepada orang yang takabbur.

Oleh itu, elakkan memakai pakaian dengan tujuan untuk bermegah dan untuk mendapatkan pujian dan kemuliaan.

Tips #7 : Pilih Lengan Yang Panjang dan Longgar

Tips memilih pakaian muslimah mestilah juga mengambil kira keadaan lengan baju.

Elakkan lengan baju yang ketat dan singkat kerana ianya boleh menampakkan aurat wanita.

Namun begitu, trend zaman sekarang telah disediakan inner baju yang dipakai di dalam baju. Atau boleh juga memakai inner lengan apabila memakai baju lengan yang pendek.

Ia juga boleh mengelakkan aurat terdedah sekiranya tangan diangkat.

Tips #8 : Memakai Pakaian Menyerupai Lelaki

Bagi muslimah, kita tidak seharusnya memakai pakaian yang menyerupai lelaki. Begitu lah juga sebaliknya.

Penyerupaan adalah dari sudut gaya dan sebahagian sifat serta gerakan

Ibn Hajar Asqalani

Dengan perkongsian tips memilih pakaian muslimah ini, dapatlah kita serba sedikit panduan untuk memastikan pakaian yang dipilih sesuai untuk imej kita sebagai wanita Islam.

Antara jenama yang menyediakan koleksi pakaian muslimah yang menepati tips memilih pakaian muslimah ini adalah Cetusan Hatie.

Cetusan Hatie menyediakan banyak koleksi pakaian muslimah yang sesuai untuk digayakan oleh para muslimah yang mencari pakaian menutup aurat dan patuh syariah.

Kelebihan dan Keistimewaan Pakaian Muslimah Cetusan Hatie

Selain menepati tips memilih pakaian muslimah yang mematuhi syariah Islam, Cetusan Hatie juga menitikberatkan koleksi pakaian mereka agar dapat memikat hati muslimah untuk menjadikan pakaian Cetusan Hati sebagai pilihan mereka.

Tips Memilih Pakaian Muslimah baju labuh dan longgar
Baju Muslimah Yang Labuh dan Longgar

Mereka juga mengeluarkan koleksi hijab muslimah yang bukan sahaja cantik tapi juga labuh, tidak nipis dan selesa mengikut syariah Islam.

Antara kelebihan dan keistimewaan busana muslimah Cetusan Hatie adalah seperti berikut;

(1) Pelbagai Koleksi dan Size

Cetusan Hatie menghasilkan pelbagai koleksi dan jenis pakaian untuk wanita dan lelaki muslimah termasuklah kanak-kanak.

Ianya memberikan pelbagai pilihan untuk para pelanggan memilih pakaian yang sesuai untuk mereka dan keluarga.

Setiap koleksi pakaian dibawakan pilihan size yang boleh dipilih oleh pelanggan mengikut ukuran mereka.

(2) Sangat Selesa Dipakai

Apa yang paling utama adalah keselesaan si pemakai. Cetusan Hatie memilih material yang berkualiti sahaja untuk dijadikan bahan koleksi pakaian mereka.

Cetusan Hati ingin memastikan ke semua koleksi mereka menutup aurat namun tetap selesa dipakai.

(3) Sesuai Seisi Keluarga

Koleksi yang ada adalah meliputi pakaian untuk ibu, bapa dan anak-anak, daripada tudung, baju, dan seluar. Jadi ianyakan akan memupuk pemakaian menutup aurat mengikut syariat Islam untuk seisi keluarga

(4) Design Moden dan Terkini

Cetusan Hati tetap menghasilkan koleksi pakaian mereka mengikut design dan corak yang moden dan terkini.

Oleh itu, para pelanggan mereka tetap akan tampil kemas dengan gaya terkini walaupun mengenakan busana muslimah.

Koleksi Pakaian Muslimah Cetusan Hatie

Berikut adalah di antara koleksi busana muslimah Cetusan Hatie yang dihasilkan untuk menjadi pilihan muslimah.

Tips Memilih Pakaian Muslimah Koleksi Blouse
Koleksi Baju Muslimah
Tips Memilih Pakaian Muslimah Koleksi Hijab
Tips Memilih Pakaian Muslimah Hijab
Koleksi Hijab

Testimoni Pelanggan Pakaian Muslimah Cetusan Hatie

Koleksi Cetusan Hatie telah menjadi pilihan ramai orang yang semakin membuka mata untuk memakai busana muslimah. Mereka amat berpuas hati dengan koleksi Cetusan Haitie yang mereka beli.

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan koleksi busana muslimah Cetusan Hatie ini boleh mengunjungi Butik Cetusan Hatie di Slim River, Perak.

Lokasi Butik Cetusan Hatie

Bagi yang tinggal jauh dan berada diluar kawasan Perak boleh menghubungi mereka untuk urusan pembelian dan penghantaran melalui link wasap yang berikut;

KLIK DI SINI UNTUK WASAP CETUSAN HATIE

Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Cetusan Hatie.

FACEBOOK CETUSAN HATIE
INSTAGRAM CETUSAN HATIE
WEBSITE CETUSAN HATIE
NO TELEFON
014-8404924
(PUAN NORZAMZARINA)
WASAP CETUSAN HATIE
ALAMAT
No 53 A-B, JALAN PERDANA 2
PUSAT PERNIAGAAN SLIM PERDANA, SLIM RIVER
35800, SLIM RIVER, PERAK, MALAYSIA
LOKASI KE BUTIK CETUSAN HATIE

Terima kasih kepada Usahawan CETUSAN HATIE yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan busana muslimah. Semoga usaha CETUSAN HATIE terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.

Nik Nock

Artikel lain yang boleh di baca berhubung CETUSAN HATIE boleh KLIK pada link yang berikut;


Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS