
Sudah menjadi kebiasaan untuk menggunakan minyak angin untuk meredakan dan mengurangkan kesakitan terutama apabila sakit kepala, sakit perut ataupun lenguh otot dan sebagainya. Antara kelebihan minyak angin beraroma adalah baunya yang segar dan tidak memeningkan kepada seperti minyak angin yang biasa.
Kini lebih banyak inovasi minyak angin beraroma yang dikeluarkan oleh usahawan bagi memenuhi keperluan pengguna. Minyak aroma terapi adalah sejenis minyak angin namun mempunyai lebih banyak manfaat daripada minyak angin yang biasa.
Minyak terapi beraroma ini biasanya di hasilkan daripada pati bahan semualajadi yang bukan sahaja boleh membantu mengurangkan kesakitan, malah dengan baunya yang lebih wangi dapat menyegarkan para pengguna.
Salah satu produk minyak angin beraroma adalah Zana Therapy Oil (ZTO) yang dihasilkan daripada pati pudina semulajadi yang dikeluarkan oleh syarikat Bumiputera.

ZTO sangat sesuai untuk kegunaan bagi sesiapa yang tidak sukakan bau minyak angin yang biasa kerana ZTO mempunyai bau aroma pudina yang wangi dan menyegarkan.
Kelebihan Minyak Angin Beraroma Pudina ZTO
Bahan utama Zana Therapy Oil adalah pati pudina Zana Therapy Oil (ZTO) adalah minyak angin yang dihasilkan oleh Zana Spa Muslimah berasaskan herba semula jadi yang diformulakan dari pati pudina yang berkualiti tinggi dengan aroma dan kesan nyaman yang sangat menyegarkan.
Kelebihan Daun Pudina
Daun pudina merupakan sejenis tumbuhan herba yang berasal dari tumbuhan berbunga yang tergolong dalam rempah yang biasa digunakan dalam hampir semua budaya didunia. Tumbuhan ubatan ini adalah amat kaya dengan menthol sebagai minyak pudina agen utama kepada tumbuhan itu sendiri. Ia bersifat antiseptik, antiparasit dan antivirus.
Antara kelebihan daun pudina yang menjadi bahan utama ZTO adalah seperti yang berikut;
- Kaya vitamin A, C, B2 dan mineral.
- Digunakan untuk melegakan sakit kepala dan migrain
- Meredakan kekejangan otot dan sendi.
- Menyegarkan pernafasan

Ciri-ciri Kelebihan Minyak Angin Beraroma Zana Therapy Oil (ZTO)
Di sini Nik Nock kongsikan antara kelebihan minyak angin beraroma dan ciri-ciri istimewa Zana Therapy Oil.
(1) Keluaran Syarikat Bumiputera
Zana Therapy Oil Malaysia adalah produk keluaran Muslim Bumiputra milik syarikat Suzana The Beauty Touch yang boleh digunakan tanpa was-was.
ZTO juga adalah bersifat mesra wudhuk di mana pengguna boleh mengambil wudhuk seperti biasa walaupun memakai minyak ZTO.
(2) Kelebihan Minyak Angin Beraroma Boleh Digunakan Pelbagai Peringkat Umur
ZTO adalah sesuai untuk digunaka oleh pelbagai peringkat umur.
ZTO banyak membantu orang dewasa untuk meredakan kesakitan yang dialami. Kanak-kanak juga boleh menggunaka ZTO dengan selamat.

(3) Minyak Pati Berkualiti Tinggi
Kelebihan minyak angin beraroma ZTO adalah ianya dihasilkan dengan adunan minyak pati yang berkualiti tinggi dan iaitu pati pudina asli yang memberikan kesegaran.
Bahan-bahan lain di dalam ZTO adalah minyak kayu putih yang dapat meredakan ketegangan otot serta โtea treeโ yang sesuai untuk semua jenis kulit.
(4) Kelebihan Minyak Angin Beraroma Tanpa Champor (Kapur Barus)
(5) Cepat Meresap dan Tidak Melekit
ZTO dirumus dengan formulasi yang tidak melekit apabila disapu dan cepat meresap terus dipermukaan badan.
Jadi, jangan risau kerana ianya akan memberikan keselesaan sepanjang penggunaannya
(6) Bau Wangi dan Mengegarkan
Kelebihan minyak angin beraroma ZTO juga ia mempunyai keharuman mint pudina yang menyegarkan dan tidak mempunyai bauan yang tidak menyengitkan hidung
Baunya yang wangi memang sesuai untuk orang yang tidak sukakan bau minyak angin yang boleh membuatkan rasa tidak selesa.
(7) Berangin Lebih Lama
Apabila menggunakan ZTO, ianya akan memberikan kesegaran dan berangin yang tahan lama.
(8) Kelebihan Minyak Angin Beraroma Tidak Pedih dan Tak Panas
Kelebihan minyak angin beraroma ZTO adalah ianya tidak pedih untuk digunakan serta tidak memberikan rasa panas pada kulit.
(9) Mudah Dibawa Ke mana-mana
Size botol ZTO yang kecil memudahkan untuk kita membawanya kemana-mana sahaja.
Simpankanya ke dalam beg tangan atau ke dalam poket apabila keluar dari rumah memudahkan penggunaannya apabila diperlukan.
Boleh juga dibawa semasa melancong atau trip di dalam atau ke luar negara.
(10) Kelebihan Minyak Angin Beraroma, Ianya Mudah Digunakan
Bentuk roll-on juga membuatkan ZTO senang untuk digunakan dan disapu pada tempat yang diperlukan.
Cara Penggunaan Zana Therapy Oil (ZTO)
Zana Therapy Oil adalah minyak aroma terapi yang boleh digunakan untuk bahagian luaran sahaja.
ZTO boleh disapukan pada bahagian sendi, otot, kepala, perut dan mana-mana tempat yang mengalami kesakitan.

Kegunaan dan Kelebihan Minyak Angin Beraroma Zana Therapy Oil
Zana Theraphy Oil yang diperbuat daripada pati daun pudina yang asli memberikan banyak kebaikan kepada penggunanya.
Antara kebaikan dan kelebihan Zana Theraphy Oil adalah dapat membantu melegakan keadaan seperti yang berikut;
(1) Migrain / Sakit Kepala / Stress / Pening / Mabuk / Mengantuk
ZTO dapat membantu memberikan kelegaan apabila kita mengalami masalah migrain, sakit kepala ataupun stress.
Boleh sapu ZTO pada kepala dan ianya akan memberikan bau yang mint yang menyegarkan serta berangin yang boleh memberikan kelegaan pada kepala.
(2) Sakit Sendi / Otot / Saraf / Sakit Betis / Peha
Untuk kesakitan yang berkaitan sendi dan urat, ZTO dapat membantu mengurangkan kesakitan dengan menyapu ZTO pada tempat yang sakit.
Kemudian urut dengan perlahan-lahan untuk mengurangkan sakit di tempat tersebut.
Rasa berangin akan mengurangka sakit pada sendi dan urat.
(3) Sakit Perut / Kembung Perut / Senggugut / Sakit Dada
ZTO juga boleh di sapu pada bahagian perut atau dada yang mengalami kembung atau sakit.
ZTO akan membantu mengurangkan sakit dan melegakan perut yang kembung dan berangin.
Testimoni Pelanggan Zana Therapy Oil Malaysia
Sudah ramai pelanggan ZTO yang berpuas hati dengan kelebihan minyak angin beraroma ZTO ini. Mereka sudah pun menjadi pelanggan tetap ZTO yang banyak membantu memberikan kelegaan yang segera apabila diperlukan.

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan produk Zana Therapy Oil ini boleh mengunjungi Instagram mereka seperti berikut;
Instagram Zana Therapy Oil
Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Zana Therapy Oil.
FACEBOOK ZANA THERAPY OIL |
INSTAGRAM ZANA THERAPY OIL |
WEBSITE ZANA THERAPY OIL |
NO TELEFON 010-5400300 / 010-6675300 (PUAN SUZANA) |
WASAP ZANA THERAPY OIL |
ALAMAT NO 11-1 & 13-1, JALAN KOMERSIAL, MITC 75450 AYER KEROH, MELAKA |
LOKASI KE SPA ZANA THERAPY OIL |
Terima kasih kepada Usahawan ZANA THERAPY OIL yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan produk berasaskan soya. Semoga usaha ZANA THERAPY OIL terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.
Nik Nock
Artikel lain yang boleh di baca berhubung ZANA THERAPY OIL boleh KLIK pada link yang berikut;
Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS
More Stories
Idea Bilik Tidur Sempit | Izzahrra PeDAS
Tips Menghias Ruang Tamu | Izzahrra PeDAS
Kedai Perabot Online Izzahrra | Usahawan PeDAS