March 8, 2021

Nik Nock

Blogger Malaysia

Goodies Biskut Lutut Sedap | Rasso Tanjung PeDAS

Goodies-biskut-lutut-sedap

Bila tiba untuk mengadakan sesuatu majlis atau perjumpaan, antara persiapan yang perlu dilakukan adalah menydiakan goodies. Apa kata sekali sekala kita menyediakan goodies biskut lutut sedap untuk diberikan kepada tetamu.

Kalau bagi yang tak mengenali biskut lutut, ianya adalah makanan ringan berbentuk roti yang rangup.

Selain biskut lutut ada juga yang memanggilnya biskut kering, biskut mayat, biskut balak, biskut kepala lutut dan mungkin ada lagi panggilan yang lain.

Biskut lutut dihasilkan daripada ramuan-ramuan seperti tepung gandum, tepung roti, marjerin, yis, gula, garam dan air.

Antara proses yang terlibat adalah mengadun adunan dan membentuk adunan menjadi roti mengikut size yang dikehendaki. Seterusnya membakar roti sehingga menjadi kering dan rangup.

Goodies roti kering sedap proses membuat roti kering
Antara Proses Penghasilan Roti Kering

Biskut lutut ni kering je tau dan rangup apabila dimakan. Ianya begitu sedap bila dimakan dan dicicah dengan air kopi, air teh, air milo dan sebagainya.

Kalau makan begitu sahaja pun sedap biskut lutut nih. Makan pula waktu hujan. Mahunya habis sebalang. Itu belum lagi makan dengan keluarga atau kawan-kawan. Memang layan.

Biskut lutut ni sebenarnya sangat sesuai untuk dijadikan goodies bagi sesuatu majlis seperti majlis kahwin, makan malam, hari sukan dan sebagainya.

Nik Nock kongsikan antara majlis dan acara yang sesuai untuk dijadikan goodies biskut lutut sedap ini. Boleh juga dijadikan sebagai buah tangan dan sumbangan untuk sedekah.

Goodies biskut lutut sedap sesuai untuk majlis, buah tangan dan sumbangan bagi event yang berikut;

  • Goodies majlis perkahwinan
  • Goodies majllis pertunangan
  • Goodies majlis harijadi
  • Goodies majlis rasmi syarikat/kerjaaan
  • Goodies majlis perjumpaan persatuam/alumni
  • Buah tangan ketika mengunjungi sanak saudara dan kenalan
  • Buah tangan ketika menziarahi pusat jagaan orang tua
  • Buah tangan ketika mengunjungi rumah anak yatim
  • Hamper untuk majlis anugerah dan pertandingan
  • Hamper untuk hari sukan
  • Sumbangan kepada masjid dan surau
  • Sumbangan kepada majlis amal
  • Hidangan ringan untuk majlis yang diadakan
  • Hidangan ringan untuk aktiviti ‘picnic’
  • Hidangan ringan untuk majlis buka puasa dan selepas terawih bulan Ramadhan

Banyak kan yang kita boleh gunakan biskut lutut ni sebagai goodies. Ianya tidak terhad untuk majlis kahwin sahaja, malah boleh jadikan sumbangan kepada pihak yang memerlukannya.

Antara pengeluar biskut lutut Bumiputera adalah Rasso Tanjung yang berlokasi di Kota, Negeri Sembilan. Mereka sememangnya berpengalan dalam perniagaan biskut tradisional ini.

Goodies roti kering sedap dalam kotak
Goodies Roti Kering Sedap Dibungkus Dalam Kotak

Keistimewaan Goodies Biskut Lutut Sedap

Biskut lutut ni selain untuk dinikmati bersama keluarga dan orang yang tersayang dirumah, ianya boleh dijadikan goodies untuk berkongsi biskut tradisional ini bersama orang lain.

Bila kita memilih goodies biskut lutut sedap daripada Rasso Tanjung, banyak kelebihan dan keistimewaannya seperti yang berikut;

(1) Goodies Biskut Lutut Sedap Hasil Keluaran Bumiputera

Biskut lutut keluaran Rasso Tanjung adalah halal dan boleh dimakan tanpa was-was. Biskut ini dihasilkan dalam persekitan yang bersih dah dibuat oleh syarikat bumiputera muslim.

(2) Biskut Tradisional Sedap Resepi Asli

Goodies biskut lutut sedap ini menggunakan resepi asli melayu dan diadun dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi dan berkualiti tinggi.

Diadun tanpa sebarang pengawet dan pewarna tiruan, biskut lutut Rasso Tanjung memberikan rasa yang sedap, rangup dan rasa asli seperti dulu-dulu.

(3) Kos Yang Murah dan Berpatutan

Keistimewaan yang paling utama mestilah melibatkan kos yang agak murah. Terutamanya majlis kenduri kahwin yang biasanya memerlukan banyak kos untuk kenduri.

Jadi biskut lutut menjadi pilihan dengan budget yang ada kerana biasanya goodies untuk kenduri kahwin memerlukan kuantiti yang agak banyak.

Rasso Tanjung boleh menyediakan biskut lutut dengan kuantiti yang banyak dengan harga yang lebih murah.

(4) Memperkenalkan Biskut Lutut Kepada Generasi Muda

Memilih biskut lutut untuk dijadikan goodies, secara tidak langsung kita akan memperkenalkan biskut tradisi ini kepada kanak-kanak serta generasi muda yang belum pernah kenal biskut lutut.

Oleh itu, kita berharap agar biskut ini akan terus dinikmati turun temurun daripada dulu dan masa hadapan agar ianya terus menjadi satu memori kekeluargaan untuk dikenang.

(5) Pembungkusan Goodies Biskut Lutut Sedap Yang Menarik

Rasso Tanjung juga menyediakan pembungkusan yang menarik untuk dijadikan goodies. Jadi, para pelanggan dapat terus membeli goodies biskut lutut sedap yang siap untuk dijadikan goodies.

Pelanggan boleh memilih packaging secara kotak ataupun plastik mengikut kesesuaian majlis yang diadakan.

Goodies roti kering sedap dibungkus dalam plastik
Goodies Biskut Lutut Juga Boleh Didapati Dalam Pembungkusan Plastik

(6) Goodies Biskut Lutut Sedap Tahan Lama, Rangup dan Garing

Goodies Biskut Lutut Sedap Rasso Tanjung mempunyai tekstur yang rangup kerana ianya dibakar pada suhu yang rendah. Ianya senang dimakan kerana tidak keras.

Ia juga diuli dengan lama untuk menghasilkan biskut lutut yang garing

Biskut ini dihasilkan dengan teliti agar ianya tahan lama dan boleh disimpan sehingga enam (6) bulan di dalam bekas kedap udara.

Oleh itu, sangatlah sesuai untuk dijadikan goodies kerana ia boleh disimpan lama.

(6) Senang Dimakan dan Sesuai Untuk Semua Golongan

Rasso Tanjung mengeluarkan biskut lutut yang bersaiz kecil. Tujuan utamanya adalah untuk memudahkan ianya dimakan dan boleh dicicah bersama air di dalam cawan atau gelas.

Semenjak dahulu, biskut lutut digemari oleh pelbagai peringkat umur. Rasso Tanjung mengekalkan rasa asli, saiz kecil dan kerangupan biskutnya supaya dapat dinikmati oleh orang tua, dewasa dan kanak-kanak.

Secara tak langsung dapat mengekalkan biskut tradisional ini untuk generasi baru turun temurun.

(7) Boleh Dinikmati Begitu Sahaja

Seperti kelazimannya, biskut lutut ini memang sedap dimakan dengan air kopi, teh, susu dan sebagainya. Namun ianya juga tetap sedap untuk dimakan begitu sahaja.

(8) Penghantaran Secara Pos

Bagi pelanggan goodies biskut lutut sedap yang berada jauh dan diluar kawasan kedai Rasso Tanjung, jangan risau kerana kita boleh menempah secara online goodies biskut lutut sedap yang dikehendaki.

Ke semua tempahan akan dibungkus dengan baik dan akan dihantar secara pos kepada pelanggan.

Bagi yang tinggal berdekatan bolehlah mengunjungi Rasso Tanjung untuk membuat tempahan atau terus membuat pembelian goodies biskut sedap di kedai mereka.

Lokasi Kedai Rasso Tanjung

Jadi sangat sesuai lah untuk kita jadikan goodies biskut lutut sedap ini untuk diberikan kepada tetamu atau sumbangan kita kepada pihak yang memerlukannya.

Biskut lutut sememangnya sesuai dijadikan goodies kerana ia boleh dimakan oleh semua peringkat umur dan golongan.

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan biskut lutut Rasso Tanjung ini boleh mengunjungi Instagram mereka seperti berikut;

Instagram Rasso Tanjung

Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Rasso Tanjung.

FACEBOOK RASSO TANJUNG
INSTAGRAM RASSO TANJUNG
SHOPEE RASSO TANJUNG
NO TELEFON
013-2478724
(PUAN AZREEN RIZAL)
WASAP RASSO TANJUNG
ALAMAT
B3 BENGKEL MARASRI KENDONG
71350 KOTA, NEGERI SEMBILAN
LOKASI KE KEDAI RASSO TANJUNG

Terima kasih kepada Usahawan RASSO TANJUNG yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan biskut tradisional. Semoga usaha RASSO TANJUNG terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.

Nik Nock

Artikel lain yang boleh di baca berhubung RASSO TANJUNG boleh KLIK pada link yang berikut;


Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS