March 8, 2021

Nik Nock

Blogger Malaysia

Kuih Tradisional Sejuk Beku | Aizan Food PeDAS

Kuih-traditional-sejuk-beku

Kuih tradisional adalah kuih yang dihasilkan mengikut resepi turun temurun dan menggunakan bahan tempatan yang di dapati di negara kita. Bagi memastikan kuih tradisi tidak dilupakan oleh masyarakat muda, kuih tradisional sejuk beku adalah satu pilihan agar generasi muda dapat mengenal dan menikmati kuih tradisi.

Ya lah kan, dengan makanan segera dan makanan ringan yang ada di pasaran sekarang, sudah cukup untuk membuatkan generasi kin melupakan kuih tradisional.

Sarapan pagi kini diganti dengan susu dan bijirin, minum petang pula bersama burger atau ayam goreng. Tiada lagi kuih muih yang terhidang di atas meja memandangkan ibu bapa juga sibuk bekerja dan tiada masa untuk membuat kuih.

kuih tradisional sejuk beku karipap sardin

Kelebihan Kuih Tradisional Sejuk Beku Aizan Food

Kuih tradisional sejuk beku atau ‘frozen’ kini semakin mendapat tempat di hati masyarakat kita. Nik Nock berpendapat, ianya adalah kerana kuih sejuk beku ternyata mudah untuk disediakan dan terjamin kebersihannya.

Kuih tradisional Aizan Food adalah keluaran syarikat Bumiputera yang terjamin kualiti dan boleh dimakan tanpa was-was.

Berikut adalah antara kelebihan kuih tradisional yang disejuk beku;

(1) Kuih Tradisional Sejuk Beku Tiada Bahan Pengawet

Proses sejuk beku adalah proses yang tidak memerlukan sebarang bentuk pengawet yang tidak sihat untuk tubuh badan manusia.

Jadi ianya selamat untuk dimakan dalam jangka masa tempoh kuih yang ditetapkam.

(2) Kuih Tetap Segar

Pada dasarnya, proses sejuk beku yang dilakukan pada kuih akan mengekalkan kesegaran kuih terutamanya dari segi rasa dan bentuk.

Rasa kuih tetap sedap untuk dinikmati dan bentuknya tidak berubah dari keadaan asalnya.

(3) Kualiti Kuih Tradisional Sejuk Beku Terjaga

Dengan menggunakan cara penyejuk belu yang betul, kuih tradisional sejuk beku yang terhasil tidak ajak menjejaskan kualiti kuih sejuk beku tersebut.

(4) Kurangkan Risiko Bakteria

Kuih Tradisional Sejuk Beku juga akan mengurangkan risiko bakteria yang boleh menyebabkan penyakit seperti keracunan makanan.

(5) Harga Lebih Murah

Ternyata kos membeli kuih sejuk beku lebih murah jika dibandingkan dengan kos, tenaga dan masa untuk membuat kuih sendiri.

(5) Tahan Lebih Lama

Jika nak dibandingkan dengan kuih yang dibeli, kuih frozen lebih tahan lama dan boleh disediakan pada masa yang diperlukan.

Ianya juga boleh disimpan lama di rumah dan boleh mengurangkan pembaziran.

Jenis-jenis Kuih Tradisional Sejuk Beku Aizan Food

Aizan Food menghasilkan beberapa jenis kuih tradisional frozen yng memberikan pelbagai pilihan untuk para pelanggan. Pelanggan boleh memilih kuih mengikut citarasa mereka sendiri.

Antara kuih tradisional frozen keluaran Aizan Food adalah seperti yang berikut;

  1. Karipap (Tahan 4 Bulan)
  2. Karipap Sardin (Tahan 4 Bulan)
  3. Cucur badak (Tahan 4 Bulan)
  4. Samosa (Tahan 4 Bulan)
  5. Onde-onde (Tahan 4 Bulan)
  6. Donut (Tahan 4 Bulan)
  7. Cucur Kacang (Tahan 3 Bulan)
  8. Roti Canai (Tahan 6 Bulan)

(1) Karipap (Tahan 4 Bulan)

kuih tradisional sejuk beku karipap

(2) Karipap Sardin (Tahan 4 Bulan)

(3) Cucur badak (Tahan 4 Bulan)

kuih tradisional sejuk beku cucur badak

(4) Samosa (Tahan 4 Bulan)

(5) Onde-onde (Tahan 4 Bulan)

kuih tradisional sejuk beku onde onde

(6) Donut (Tahan 4 Bulan)

kuih donut

(7) Cucur Kacang (Tahan 3 Bulan)

(8) Roti Canai (Tahan 6 Bulan)

roti canai

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk Aizan Food ini boleh mengunjungi Instagram mereka.

Instagram Aizan Food

Nik Nock kongsikan juga media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak Aizan Food.

FACEBOOK AIZAN FOOD
INSTAGRAM AIZAN FOOD
NO TELEFON
012 438 9097
(PUAN NOR AIZAN)
WASAP AIZAN FOOD
ALAMAT
KAMPUNG SUNGAI DAUN ATAS
06680 ALOR SETAR, KEDAH

Terima kasih kepada Usahawan Aizan Food yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan kuih frozen tradisional. Semoga usaha Aizan Food terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.

Nik Nock

Artikel lain yang boleh di baca berhubung Aizan Food boleh KLIK pada link yang berikut;


Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS