Tanjak…Jarang-jarang Nik Nock dengar pasal tanjak. Dengar je tanjak Nik Nock terbayang pesilat…takpun pahlawan cerita melayu lama. Inisiatif menaikkan penggunaan tanjak pada zaman moden ini terserlah dengan keluaran produk Momazing Tanjak Melayu Asli keluaran Usahawan dari Tanjung Malim Perak.

Momazing adalah satu jenama yang pakar dalam menghasilkan pelbagai jenis tanjak terutamanya untuk kanal-kanak. Momazing Tanjak Melayu mengetengahkan Tanjak sebagai produk utama mereka untuk mengekalkan warisan tradisi Melayu agar tidak lapuk di telan zaman.

Kenali Pengasas Tanjak by Momazing
Momazing Enterprise ditubuhkan pada 2019 oleh Tuan Muhammad Zulqarnain dan merupakan syarikat penghasilan Kraftangan, pakaian bayi dan kanak-kanak di Malaysia.

Beliau ini adalah seorang bekas Jurutera dan Perunding Perkapalan Minyak & Gas. Menjadikan minat dan hobi isteri dalam bidang jahitan kraftangan kepada sebuah perniagaan, beliau menjadikan Tanjak Moden bagi menjana pendapatan dari rumah dan platform e-dagang.
Mengikut pemilik jenama Momazing ini, misi beliau adalah untuk menjadi pengeluar barangan cenderahati & pakaian tradisional melayu khususnya untuk bayi, kanak-kanak & dewasa. Beliau fokus mengeluarkan tanjak terutama untuk kanak-kanak.
Hidup sebagai usahawan memerlukan kesabaran yang tinggi, usaha yang gigih tanpa kenal erti putus asa. Selebihnya kita bertawakkal pada Allah s.w.t untuk rezeki yang telah ditentukannya untuk kita.
Jangan lokek berkongsi rezeki, kerana dalam rezeki kita, ada juga allah tetapkan rezeki untuk orang lain. cuba makmurkan hidup orang lain, Insyallah Allah akan makmurkan hidup kita
Muhammad Zulqarnain Bin Zainuddin
Founder Tanjak by Momzaing

Keistimewaan Momazing Tanjak Melayu Asli
Jahitan Yang Sangat KEMAS
Antara keistimewaan yang utama Tanjak by Momazing adalah pada jahitannya yang sangat KEMAS. Pembuatan Tanjak yang bagus adalah bergantung kepada cara ianya dijahit yang menjamin kualiti tanjak yang dihasilkan.

Kain, Benang & Dawai Yang BERKUALITI
Pemilihan kain untuk membuat Momazing Tanjak Melayu Asli hanya menggunakan kain yang berkualiti sahaja. Benang yang digunakan juga adalah berkualiti dan dipilih yang berpadanan dengan kain untuk penghasilan Tanjak.
Siapa sangka kan…Tanjak juga menggunakan dawai dalam proses penghasilannya. Nik Nock pun baru mengetahuinyaaa.
Dawai dijahit dengan kemas pada tanjak dan ianya membantu tanjak kekal cantik terletak walau di pakai setiap hari tanpa mudah rosak.
Saiz Momazing Tanjak Melayu Asli Yang Boleh Laras
Apa yang menariknya mengenai Tanjak by Momazing adalah saiznya boleh laras mengikut saiz kepala. Ini adalah penting untuk memastikan keselesaan pengguna yang memakai tanjak. Ianya mudah untuk diketatkan atau dilonggarkan mengikut kehendak pengguna.

Tukang Jahit Yang Berpengalaman
Ini adalah yang paling penting dalam penghasilan Momazing Tanjak Melayu Asli. Ye la kan…Walau bahan-bahan yang digunakan berkuali namun ia tetap bergantung kepada kemahiran si pembuatnya. Tanjak by Momazing sememangnya di jahit oleh pengasasnya sendiri yang mempunyai pengalaman dan kemahiran yang tinggi dalam bidang jahitan.
Macam mana?? Menarik tak. Siapa yang seperti Nik Nock tidak menyedari bahawa Tanjak pun satu bentuk Warisan Melayu yang patut kita pelihara.
Testimoni Momazing
Tapi sebenarnya ramai yang dah mula menyedari pada kepentingan warisan kita ni. Nik Nock tengok banyak testimoni pelanggan Momazing yang berpuas hati. Maksudnya usaha Momazing ternyata berhasil.
Kepada kawan-kawan yang ingin mendapatkan lebih maklumat mengenai Momazing Tanjak Melayu Asli ni boleh melawat Sosial Media Momazing Tanjak Melayu Asli
Instagram Momazing Store
Nik Nock kongsikan juga dengan kawan-kawan media sosial dan nombor untuk dihubungi untuk pertanyaan yang lebih lanjut berhubung produk Tanjak by Momazing ini ya
| FACEBOOK MOMAZING STORE |
| INSTAGRAM MOMAZING STORE |
| SHOPEE MOMAZING BABY TAILOR |
| NO TELEFON 0172997992 (Zulqarnain) 01140217997 (Sazarina) |
Terima kasih kepada Usahawan Momazing yang mempunyai kesedaraan dalam pemiliharaan Warisan Tanjak. Semoga usaha dan perniagaan Tuan akan berjaya.
Tanjak Melayu Asli
Warisan Budaya Kami
Tetap teguh Di warisi
Dari Dulu Sehingga Kini
Nik Nock
Artikel lain yang boleh di baca berhubung produk Momazing Tanjak boleh KLIK pada link yang berikut;
Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS




More Stories
Makanan Bebas Gluten Malaysia | Eatslim Lifestyle
Serunding Daging Tahan Lama | HajiWan Serunding
Senarai Kelengkapan Umrah | Lelaki dan Perempuan