
“Tak Kenal Maka Tak Cinta” bila dah kenal Tanjak, macam mana cara nak pakainya pula ya?? Nik Nock rasa senang je kot. Ambil Tanjak lepas tu letak atas kepala. Betul tak? Namun sebenarnya Cara Memakai Tanjak Kanak-kanak ada cara yang betulnya. Silap pakai nanti ada yang patutnya depan jadi letak ke belakang. Haha.

Sebelum Nik Nock cerita mengenai Cara Memakai Tanjak Kanak-kanak ini, terlintas sekejap di fikiran ini pasal Tengkolok. Aduiii…Tanjak dengan Tengkolok ni sama ke tak? Dan rupanya ada juga orang memanggilnya Destar.
Apa Beza Tanjak, Tengkolok & Destar
Rupa-rupanya Tanjak dan Tengkolok adalah benda yang sama cuma ada sedikit sahaja perbezaan antaranya.
Tanjak, ianya KERAS dan TAK BOLEH DILIPAT.
Tetapi…
Tanjak yang BOLEH DILIPAT dan LEMBUT ianya di panggil TENGKOLOK
Dan…
Tanjak yang KERAS, TAK BOLEH DILIPAT dan di tambah dengan kerongsang JATA NEGERI, pangkat di Tanjak ia dinamakan DESTAR.
Contoh Destar adalah untuk Agong Dan sultan negeri-negeri

Walaupun sekali baca semacam tak tahu nak bezakan, Nik Nock harap ini boleh menjadi nota rujukan bila tetiba ada orang tanya apa bezanya Tanjak, Tengkolok dan Destar.
Nik Nock sempat bertanyakan kepada Tuan Zulqarnain, Pengasas Momazing tips dan Cara Memakai Tanjak Kanak-kanak. Beliau berkata Tanjak daripada Momazing adalah sangat mudah dan senang. Walau bagaimanapun ilmu pemakaian Tanjak mengikut cara dan adat yang betul juga penting untuk di ketahui umum.
Cara Memakai Tanjak Kanak-kanak Secara Betul
Langkah Pertama Cara Memakai Tanjak Kanak-kanak
Tanjak mesti di letakkan atas kepada. Jangan sebarang letak di bawah atau di kaki ya.

Langkah Kedua Cara Memakai Tanjak Kanak-kanak
Laraskan saiz Tanjak mengikut kesesuaian saiz kepala pemakai agar selesa di pakai dengan menarik/menolak Kain Tanjak di bahagian simpulan yang di panggil pucuk.
Langkah Ketiga
Pastikan simpulan Tanjak ( Pelaras/ Pucuk) berada di kedudukan Kanan kepala atau betul² berada di belakang cuping telinga Kanan.
Langkah ke Empat
Kedudukan simpulan Tanjak Ini penting kerana memiliki maksud tersendiri mengikut gaya pemakai.
(1) Simpul Tanjak / Pucuk berada di sebelah Kanan / belakang cuping telinga kanan.
Maksud – Pemakai benar² selari dan seiring mengikut arahan Pemerintah ( Sultan) ,Taat Dan setia kepada Raja & Negara
(2) Simpulan Tanjak / Pucuk berada di kedudukan belakang kepala.
Maksud Pemakai Derhaka kepada Sultan, Memberontak Dan tidak selari dengan Pemerintah (Sultan) ketika itu.
(3) Simpulan Tanjak / Pucuk berada di Dahi depan kepala.
Maksud. “Amuk” – Apa nak jadi ,maka jadilah! “
Selalu bila kedudukan Ini Pemakai sedia untuk bertarung dengan musuh.
(4) Simpulan Tanjak/ Pucuk berada di sebelah Kiri kepala.
Maksud Juga bermaksud Pemakai tidak selari/seiring dengan arahan Pemerintah ( Sultan ).
Langkah ke 5 (Lima)
Letak Tanjak di tempat yang bersih dan suci seperti anda menjaga kopiah/ songkok.

Cara Memakai Tanjak Kanak-kanak dan maksud pemakaian Tanjak yang dikongsikan ini adalah untuk panduan kita sebagai generasi baru. Walau kini Tanjak bukan sebahagian daripada pemakaian harian,

Banyak juga langkan dan cara pemakainan Tanjak ya, silap pakai alamatnya salah maksud. Nasib baiknya ini bukan Zaman Bangsawan, kalau tak mahu Raja murka. Aduhh..Ampun Tuanku

Walau pun begitu, rasanya penting juga untuk kita ambil peduli supaya kita dapat hormati Tanjak sebagai warisan melayu kita. Cara Memakai Tanjak Kanak-kanak mahupun dewasa adalah sama. Tidak ada bezanya. Apa yang penting kita hormati warisan budaya kita.
Nik Nock kongsikan juga dengan kawan-kawan media sosial dan nombor untuk dihubungi untuk pertanyaan yang lebih lanjut berhubung produk Tanjak by Momazing ini ya.
FACEBOOK MOMAZING STORE |
INSTAGRAM MOMAZING STORE |
SHOPEE MOMAZING BABY TAILOR |
NO TELEFON 0172997992 (Zulqarnain) 01140217997 (Sazarina) |
Terima kasih kepada Usahawan Momazing yang mempunyai kesedaraan dalam pemiliharaan Warisan Tanjak. Semoga usaha dan perniagaan Tuan akan berjaya.
Tanjak Melayu Asli
Warisan Budaya Kami
Tetap teguh Di warisi
Dari Dulu Sehingga Kini
Nik Nock
Artikel lain yang boleh di baca berhubung produk Momazing Tanjak boleh KLIK pada link yang berikut;
Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS
More Stories
Idea Bilik Tidur Sempit | Izzahrra PeDAS
Tips Menghias Ruang Tamu | Izzahrra PeDAS
Kedai Perabot Online Izzahrra | Usahawan PeDAS