October 24, 2020

Nik Nock

Blogger Malaysia

Idea Bilik Tidur Sempit | Izzahrra PeDAS

idea-bilik-tidur-sempit

Ruang yang sempit seperti bilik tidur tidak semestinya tidak boleh dihias untuk menjadikannya lebih menarik dan selesa. Dengan mengikut tips dan Idea bilik tidur sempit, bilik tidur boleh kelihatan lebih luas dan membuat kita tidur dengan lebih lena.

Bilik tidur adalah antara ruang yang penting di dalam sesebuah rumah. Walau apa juga keluasannya, bilik tidur mestilah selesa untuk mendapatkan kualiti tidur yang baik.

Ternyatai ianya tempat amat penting untuk merehatkan badan setelah penat bekerja untuk seharian. Tanpa tidur yang berkualiti, kita tidak akan mendapat menjalankan aktiviti dan kerja pada waktu siang dengan baik.

Oleh itu, keadaan dan ruang bilik tidur mestilah selesa dan menyenangkan mata untuk penghuninya.

Bila tiba masa kita merasakan bahawa bilik tidur semakin sempit menyukarkan pergerakan, itulah masanya untuk kita mengubahsuai bilik tidur.

Bagaimanakah caranya untuk menghias dan menyusun bilik tidur yang mempunyai ruang yang terhad? Jangan risau kerana dengan idea bilik tidur sempit, kita pasti akan dapat mengubahsuai bilik tidur dengan suasana yang lebih menarik.

Bila kita sudah merasakan suasana yang berikut, ianya menandakan kita perlu membuat sesuatu ke atas bilik tidur yang ada sekarang;

  • Bosan dengan suasana bilik tidur
  • Tidur yang tidak lena
  • Memerlukan perubahan suasana
  • Memerlukan lebih keselesaan
  • Memerlukan lebih ruang
  • Barangan bersepah dan tidak tersusun
Idea Bilik Tidur Sempit katil
Pemilihan Perabot Yang Sesuai Akan Membuatkan Bilik Nampak Lebih Luas

Tips dan Idea Bilik Tidur Sempit Untuk Kelihatan Luas dan Selesa

Ruang bilik tidur yang terhad tidak bermakna kita tidak boleh melakukan perubahan ke atasnya.

Nik Nock kongsikan antara tips dan idea bilik tidur sempit untuk membolehkan kita mengubahsuaikannya agar kelihatan lebih luas dan selesa.

Tips #1 : Ubah Warna Dinding Yang Lebih Cerah

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mengubah warna bilik tidur yang sedia ada.

Warnakan mengikut tema yang sesuai. Warna pastel atau warna cerah boleh menjadikan ruang bilik tidur lebih tenang dan luas.

Warna putih adalah pilihan yang sangat praktikal untuk bilik tidur kecil dan sempit. Ianya dapat menghalang ruang bilik tidur daripada kelihatan terlalu padat atau berkotak-kotak.

Menggunakan warna putih atau warna-warna pastel seperti biru lembut, kelabu cair, ungu cair dan krim boleh mencerahkan ruang terutamanya jika bilik itu tidak mempunyai tingkap.

Tips #2 : Tambah Kertas Dinding

Bilik tidur juga boleh ditampalkan dengan pemilihan kertas dinding yang bersesuaian.

Bilik kecil dan sempit tidak bermakna ianya kosong dan membosankan. Penggunaan kertas dinding dapat menambah gaya bilik tidur yang lebih menarik.

Pilih kertas dinding yang berona lembut dan tidak mempunyai corak yang padat untuk mengelakkan bilik kelihatan lebih sempit.

Tampalkan kertas dinding pada titik fokus atau ‘feature wall’ dan pastinya bilik tidur akan lebih menarik dan bergaya.

Tips #3 : Ubah Kedudukan Katil

Untuk bilik yang kecil dan sempit, bolehlah cuba mengubah kedudukan katil ke tepi dinding. Ianya akan memberikan lebih ruang ke dalam bilik tidur.

Dengan sendirinya bilik tidur akan kelihatan lebih luas dan mempunyai ruang lebihan.

Tips #4 : Guna Karpet atau Hamparan Sesuai

Penggunaan karpet dan hamparan (rug) yang bercorak cerah dan lembut akan menjadikan bilik tidur lebih luas dan tenang.

Idea bilik tidur sempit dengan menghamparkan karpet bercorak jalur akan memberikan ilustrasi bilik yang lebih panjang dan luas.

Tips #5 : Pasang Langsir atau Bidai

Untuk idea bilik tidur sempit yang mempunyai tingkap, mestilah menggunakan langsir yang mempunyai rona warna lembut dan material yang lebih ringan.

Jika menggunakan langsir anti cahaya, perlulah memasang langsir ke dua yang nipis (sheer) untuk mencerahkan bilik pada waktu siang.

Satu lagi idea bilik tidur sempit, langsir boleh dipasang dengan kedudukan yang lebih tinggi untuk memberikan ilustrasi bilik yang lebih tinggi dan luas.

Tips #6 : Gantung Perhiasan Yang Sesuai

Jika memasang TV di dalam bilik tidur, pastikan ianya di pasang pada dinding dan bukannya dengan meletakkan di atas rak TV.

Ini akan mengurangkan kuantiti perabot dan akan membuatkan bilik mempunyai ruang yang lebih luas.

Begitu juga dengan hiasan yang lain seperti frame gambar dan jam, mestilah di gantung dengan kedudukan yang sesuai.

Pemasangan cermin pada dinding di bilik tidur juga akan membantu bilik kelihatan lebih luas dan selesa.

Tips #7 : Pilih Perabot Yang Minima

Pemilihan perabot amat penting bagi idea bilik tidur sempit. Elakkan memilih perabot seperti katil dan almari yang besar dan menggunakan ruang yang banyak.

Boleh juga memilih katil yang mempunyai ruang penyimpanan di bawahnya serta almari baju yang berkonsepkan terbuka dan boleh dipasang di dinding.

Idea Bilik Tidur Sempit Almari
Almari Konsep Terbuka Juga Sesuai Untuk Bilik Tidur Yang Kecil

Jika memerlukan meja untuk belajar dan membuat kerja di dalam bilik tidur, bolehlah memilih meja yang kecil atau boleh dilipat untuk menjimatkan ruang.

Dengan pemilihan perabot yang sesuai sudah pastinya idea bilik tidur sempit akan kelihatan lebih luas dan selesa.

Selamat Mencuba Idea Bilik Tidur Sempit !!

Semoga dengan tips dan idea bilik tidur sempit ini dalam memberikan ilham untuk kita sama-sama mengubahsuai kedudukan dan susun atur bilik untuk kelihatan lebih luas dan selesa.

Antara idea bilik tidur sempit yang penting adalah pemilihan perabot yang sesuai untuk diletakkan di bilik tidur terutamanya size katil dan mempunyai ruang penyimpanan di bawahnya.

Oleh itu, kita perlu memilih perabot yang bersesuaian agar bilik tidur kita asalnya kecil dan sempit akan kelihatan lebih luas.

Antara pengusaha perabot yang menawarkan pembelian perabot secara online adalah Izzahrra Enterprise.

Antara Koleksi Perabot Izzahrra

Kedai Perabot Online Izzahrra menyediakan pelbagai jenis perabot yang sedia untuk dipilih oleh pelanggan.

Antara koleksi perabot yang disediakan oleh Izzahrra adalah seperti berikut;

  • Set Ruang Tamu
  • Perabot Jati
  • Set Bilik Tidur
  • Sofa
  • Almari
  • Tilam
  • Meja Makan
  • Kabinet TV
  • Drawer
  • Kerusi
  • Katil
Idea Bilik Tidur Sempit Set Bilik Tidur
Idea Bilik Tidur Sempit Set Bilik Tidur
Koleksi Set Bilik Tidur Izzahrra

Testimoni Pelanggan Izzahrra Enterprise

Kedai Perabot Online Izzahrra sememangnya telah mempunyai ramai pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan yang mereka berikan.

Bukan sahaja terhadap kualiti perabot yang mereka terima, malah harga yang sangat berpatutan dan menjimatkan.

Buat kawan-kawan yang ingin mendapatkan perabot secara Online, bolehlah menghubungi pihak Izzahrra untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai koleksi perabot mereka.

Pihak Izzahrra menyediakan penghantaran ke seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan serta pengeposan ke seluruh Malaysia. Mereka boleh dihubungi melalui LINK wasap yang berikut;

KLIK DI SINI UNTUK WASAP IZZAHRRA

Atau boleh mengunjungi Facebook Izzahrra untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai koleksi perabot mereka.

Facebook Izzahrra

Katil Putih nie nampak cantik sgt2 kannn…Match dgn warna langsir grey tu.. Semua cantikkk…Love…

Posted by Kedai Perabot Online Izzahrra Enterprise on Rabu, 19 Februari 2020

Nik Nock kongsikan juga LINK media sosial, nombor telefon dan lain-lain maklumat untuk berhubung dengan pihak IZZAHRRA.

FACEBOOK IZZAHRRA
INSTAGRAM IZZAHRRA
NO TELEFON
017-3370507
(PUAN IZZATI)
WASAP IZZAHRRA

Terima kasih kepada Usahawan IZZAHRRA yang mempunyai wawasan untuk memperkembangan perniagaan perabot secara online. Semoga usaha IZZAHRRA terus diberikan kejayaan yang berkekalan. Aameen.

Nik Nock

Artikel lain yang boleh di baca berhubung IZZAHRRA boleh KLIK pada link yang berikut;

Artikel ini Nik Nock tuliskan untuk Siri Tulisan Artikel Usahawan PeDAS MDEC. Kawan-kawan boleh KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT PROGRAM PeDAS